The Strong Heart
Sukar perjalanan hidup Hannah Lea apabila bapanya seorang banduan akhir telah kembali ke rahmatullah. Agak perit untuk menelan semua kutukan yang rata-ratanya daripada orang kampung. Mereka tak lalui apa yang keluarganya lalui sebelum ini."Kenapa kau biarkan pak cik tu hina kau!"Hadirnya dia ibarat cahaya baru yang bakal menyinari hidup Hannah. Ketampanannya, sikapnya yang tak ubah seperti lelaki prihatin dan bertanggungjawab membuatkan jantung Hannah sentiasa berdegup kencang.Namun disebabkan Hannah lebih mementingkan adiknya, Muhammad Aryan, dia terpaksa mengabaikan perasaan yang telah berputik itu. Fokusnya cuma kepada Aryan sahaja. Dia ingin menjauhkan adiknya daripada Airin Nasuha iaitu adik kepada Luth Naufal.Bukan niatnya ingin menyekat kebebasan Aryan tetapi dia tak mahu perkara yang sama berulang sekali lagi. Aryan berhak bahagia."I'm sorry, kakak. Iyan terpaksa buat semua ni. Kakak terlalu mengongkong Iyan. Kakak buat Iyan tak ubah seperti lembu dicucuk hidung. Sorry but I'm done. Totally done.""Hannah, ini semua salah adik kau!""Tak apa, Ana. Aku redha dengan ketentuan ni. Mungkin aku tak layak untuk dia."Hannah buntu. Satu demi satu masalah menjadi bebanan di bahu. Tangisannya seolah tiada penghujung. Dia terlalu kusut menerima kata hinaan dan kutukan yang bertubi-tubi."Tolonglah balik... Mama rindu kau...""Hannah, aku nak minta maaf."Keadaan Hannah seakan mayat hidup. Walaupun masih mengalir rasa benci terhadap perbuatan Hannah, Naufal masih punya rasa simpati. Ego perlu direndahkan untuk mencapai matlamatnya.Naufal tak boleh menafikan bahawa...Hatinya sakit melihat keadaan Hannah sebegitu."Kita kahwin. Aku akan jaga kau sampai akhir hayat aku."•••cover & banner by @stargazell @nazblqs @azleyanaaa @nurflwr…