Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
Gadis Acah Kerabat #2

Gadis Acah Kerabat #2

50,129 499 3

Kisah bersambung semula di Insitut Agung Altair namun kini, membawa kejutan yang tidak disangka.Fiya yang cantik dan periang, Maira yang bijak dan comel, Mini yang nakal dan jelita serta Firah yang kreatif dan banyak idea.Empat sahabat yang sangat terkenal di sekolah mereka. Sahabat sejati, sehidup semati.Bersama dengan empat orang jejaka yang sentiasa berada di sisi yang sudah bagaikan peneman hidup.Namun suatu hari, mereka berempat terjumpa akan sesuatu benda di kawasan kejiranan mereka. Tambahan itu, ia merupakan harta pusaka ibu bapa mereka.Walaupun begitu, apabila diceritakan pada sang jejaka, muka selamba ditayangkan. Adakah mereka sudah tahu?Apabila rahsia terbongkar, istana menjadi kediaman.Apa?• ────── ✾ ────── •Ditulis dan diterbit pada tahun : 2016Dipadam terbit pada tahun : 2018Ditulis semula pada tahun : 2025♡Penulis : Merci_Misha / Haninay ♡Sumber : Wattpad…

Agent Clone : Misi Pencarian (Terbit ✅️)

Agent Clone : Misi Pencarian (Terbit ✅️)

391 27 4

Dua orang kembar seiras, Arash dan Adam. Meskipun terlihat sama dan sentiasa berada dengan satu sama lain, kedua-duanya mempunyai kelebihan yang berbeza. Arash seorang ejen handal dalam beraksi dan merupakan seorang pengintip muda yang mempunyai ingatan fotografi. Di dunia luar pula, dialah yang sentiasa disebut-sebut oleh keluarga dan guru-guru.Adam merupakan seorang yang biasa-biasa dan rendah diri. Dia juga mempunyai ingatan jangka pendek, yang mana sering memberi masalah pada semua orang. Dia hanya dihormati kerana adanya Arash yang sentiasa mempertahankan adik kembarnya itu. Namun kelebihannya dalam bersukan menjadikannya tumpuan di sekolah tersebut.Tetapi satu hari, kehilangan Arash menjadi misteri memandangkan agensi penyiasatan abangnya itu menyembunyikan segala informasi. Adam dipilih untuk menyelesaikan misi yang 􀀊' tergendala sekaligus mencari abangnya dalam masa yang sama. Tetapi, berjayakah dia dengan kondisi ingatan jangka pendeknya itu?"Satu soalan, jadi ejen ni dapat gaji tak?"-Adam.…

Muzika Melodia

Muzika Melodia

505,495 41,600 94

Muzika Melodia.Sebuah sekolah Elit yang mana hanya menerima pelajar-pelajar yang mahir memainkan alat muzik.Alat muzik? Semua orang boleh latih diri untuk main.Eh, tapi bukan untuk sekolah ini.Ochestra World. Setiap penghuni dunia ini pasti akan dilahirkan dengan satu tanda lahir di mana-mana bahagian tubuh badan. Tanda lahir yang mana memastikan kelebihan seseorang itu untuk memainkan sejenis alat muzik. Setiap seorang, pasti akan memiliki bakat khas untuk satu alatan muzik.Tapi tidak bagi Hailey, seorang gadis Perancis yang dilahirkan dalam keluarga Chanson. Keluarga yang mempunyai kelebihan untuk memainkan semua alatan muzik.Namun, keluarga inilah yang diburu dari zaman dahulu kala oleh sesebuah pihak. Bersembunyi di sebalik bayangan magis piano, Hailey memencilkan diri. Tibanya surat diraja buat keluarga mereka, menjunamkan lagi nama keturunannya. Adakah hanya dengan muzik, segalanya bakal terbongkar bagai tidak terusik?"Let the music begin."• ────── ✾ ────── •Best achivement : The Watty Award 2019 Winner #1 in Fantasy #1 in Adventure #7 in Teen FictionDitulis pada tahun : 2018♡ Sumber : Wattpad♡ Penulis : Merci_Misha/Haninay…

Pelepah Emas

Pelepah Emas

5,643 744 39

Noctu Aviary, terbahagi kepada empat kota utama. Kota Flightwest, Kota Northwing, Kota Aveast dan Kota Feasouther.Penghuninya bukan biasa-biasa, mereka mengamalkan teras alchemy yang berbeza-beza.Apa yang istimewanya tentang dunia ini adalah setiap manusia memiliki sayap untuk kemudahan mereka menjalankan pengembaraan dan ekspedisi. Hanya dua atau tiga warna sahaja yang pernah dilihat oleh penduduk dunia ini.Putih dan hitam itu sering dilihat. Namun, sayap putih tidak bermakna suci dan sayap hitam tidak bermakna hina. Hanya keturunan mereka yang sebegitu menyebabkan sikap perkauman wujud antara mereka.Jika kedua-dua warna itu sekali? Tidak pun, berwarna kelabu akibat campuran. Oh, itu sudah biasa. Tiada apa yang istimewa buat mereka sepertimana dalam cerita dongeng dan novel fantasi.Tetapi kali ini, hadirnya seorang manusia yang sedikit berbeza. Mungkin bukan sedikit, banyak bezanya. Sayap emas? Pernahkah wujud di dunia ini?Atau pun dia... Sudah tersilap dunia?"Rae, aku rasa kau kena lari untuk selamatkan diri kau." -Taikuri."Aku... Nak terbang macam dulu lagi." -Raeya.• ────── ✾ ────── •Ditulis pada tahun : 2020♡ Sumber : Wattpad♡ Penulis : Merci_Misha/Haninay…

Miss Prodigy : Pahlawan Emelda (Terbit ✅️)

Miss Prodigy : Pahlawan Emelda (Terbit ✅️)

272 16 3

"Pewaris Zailyrosam akan muncul bersama penjaganya. Fariha, awak harus sentiasa bersedia."Seorang gadis yang lemah-lembut dan bersopan-santun. Itulah Fariha, gadis bijak yang disenangi ramai dan digemari para guru di sekolah. Sehinggalah satu hari, pelajaran terpaksa ditinggalkan. Dalam keterpaksaan, dia dipanggil untuk menghadap datuknya Tok Mali di sebuah perkampungan yang sangat asing baginya.Tanpa diduga, dia telah diarahkan untuk menjadi seorang pahlawan di kampung tersebut yang dikenali sebagai perkampungan Emelda. Sebatang pena sakti yang dipanggil 'Pena Zailyrosam', bakal bertemu dengan pemiliknya, menjadi faktor utama arahan tersebut dipertanggungjawabkan ke atasnya. Oleh itu, fenomena misteri yang terjadi ini memaksanya untuk menjadi seseorang yang berlainan. Mampukah dia, seorang yang lemah-lembut menjadi seorang yang lasak dan mahir bermain pedang?…

Mission IM120 : Perpustakaan Aksara, Latihan Industri

Mission IM120 : Perpustakaan Aksara, Latihan Industri

359 61 11

Perpustakaan? Sudah biasa kita dengar bahawa tempat ini ialah gedung ilmu, memiliki setiap buku yang ada untuk membantu setiap orang yang datang. Pelajar, guru, pensyarah dan penyelidik datang ke sini untuk mencari bahan bagi menyiapkan rujukan mereka atau sekadar hadir untuk membaca buku. Itulah stereotaip perpustakaan yang sering kita fahami.Hadirnya pelajar-pelajar Universiti Ixora ke Perpustakaan Aksara untuk menjalani latihan industri, mereka memampatkan segala yang dipelajari demi membantu perpustakaan ini bangkit semula di mata orang. Cempaka menjadi orang pertama yang mengusulkan segala aktiviti dan promosi yang boleh dilakukan. Perpustakaan ini banyak kegunaannya, bukan sekadar menempatkan buku sahaja.Dalam diam, ada kisah yang tiada sesiapa ketahui. Perpustakaan juga ada sesuatu yang menghuni. Misteri dan konflik? Jangan risau, pasti dapat mereka atasi.Oleh itu, ayuh kita mendalami perpustakaan bersama-sama!• ────── ✾ ────── •Ditulis pada tahun : 2022♡Penulis : Merci_Misha / Haninay ♡Sumber : Wattpad / EbookKalau anda peminat perpustakaan, cerita ini untuk anda! Penulis merupakan seorang pelajar yang mengambil jurusan perpustakaan dan cerita ini sarat dengan ilmu pengetahuan. Cerita ini ada ebook tau! Jika berminat nak ebook-nya, boleh dm @haninay_ di akaun Instagram! Terima kasih :D…

Akademi Dary : Sixth Sense

Akademi Dary : Sixth Sense

498,850 37,342 68

Akademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam.Sehinggalah pada suatu hari, lima orang pelajar perempuan yang mewakilkan diri mereka sendiri dari setiap lima kelas yang mana tidak mengenali antara satu sama lain telah dipilih untuk dibawa ke akademi lain.Iaitu akademi yang mana menempatkan, pelajar biasa.Sudahlah masing-masing mempunyai deria keenam yang berlainan.Apakah nasib mereka berlima? •━━━━━━━༺༻━━━━━━━Best Achivement : #1 in Fantasy (2016) #2 in Fantasy (2019)• ────── ✾ ────── •Ditulis pada tahun : 2016• ────── ✾ ────── •🌸🌸 Beautiful cover by @sevennie 🌸🌸♡ Sumber : Wattpad♡ Penulis : Merci_Misha/Haninay…

Akademi Dary : Sihir dan Jampi

Akademi Dary : Sihir dan Jampi

94,884 7,902 40

Akademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam.Sehingga suatu hari, pelindung yang berada di sekeliling bangunan akademi tersebut kehilangan cahayanya. Ini bermaksud, akademi tersebut telah diceroboh!Sejak itu, pelajar-pelajar dari akademi tersebut mula hilang, seorang demi seorang. Misteri harus dirungkaikan dengan segera.Namun, hanya terdapat lima orang pelajar terpilih sahaja yang dapat menyelamatkan keadaan tersebut dengan deria keenam masing-masing yang berlainan. Siapakah mereka itu? •━━━━━━━༺༻━━━━━━━Ditulis pada tahun : 2018Best achivement : Wattys 2018 Winner (The Change Maker)🌸🌸 Beautiful cover by @sevennie 🌸🌸♡ Sumber : Wattpad♡ Penulis : Merci_Misha/Haninay…

Akademi Dary : One Shot (SS)

Akademi Dary : One Shot (SS)

29,662 2,636 32

Akademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam.Tetapi, apakah benar kehidupan mereka sentiasa dipenuhi cabaran? Pastilah tidak. Kehidupan haruslah juga dipenuhi dengan keseronokan dan kegembiraan.Buku ini mengisahkan kehidupan seharian pelajar-pelajar yang belajar di Akademi Dary.Selamat membaca!• ────── ✾ ────── •Ditulis pada tahun : 2019♡ Sumber : Wattpad♡ Penulis : Merci_Misha/Haninay…

Miss Miracle : Sakti di Mata Pena (Terbit ✅️)

Miss Miracle : Sakti di Mata Pena (Terbit ✅️)

402 26 3

"As long as Emelda is here, Xyphea cannot enter or come. As long as you are here, in this box lies Zailyrosam."Pena Zailyrosam, matanya berkuasa sakti. Seseorang yang menggunakan pena tersebut, pasti mampu menghasilkan sesuatu yang hidup melalui lukisannya. Namun, setelah sekian lama, tiada sesiapa yang mampu memiliki pena tersebut. Benarkah? Kalau benar, mengapa perkara ini terjadi kepada Haniya?Meski gembira dengan apa yang tercapai, impian Haniya bukan sekadar impian indah dihiasi bunga-bunga pelangi. Tidak disangka, berbagai-bagai masalah harus dirintangi. Pedang dan panah akhirnya menjadi senjata, perang lama kembali menunjukkan rupa. Kerana ketahuilah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan akibat. Kini, dia menanggung beban yang berat.…

Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?

Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi?

30,812 3,543 62

"Sahabatku, hamba rasa hamba telah jatuh cinta!"Zarina, anak dara pingitan Makcik Zakiyah yang diminati ramai jejaka, telah patah hati setelah mendapat tahu watak novel kegemarannya mati di medan peperangan.Sungguh, dari kecil sehingga besar, dia sering menghanyutkan diri dalam dunia novel. Sehinggalah muncul sebuah novel kegemarannya yang mana memaparkan seorang watak yang telah membuatnya jatuh cinta. Namun, dia setia kepada yang tidak nyata walaupun ramai yang telah melamarnya. Walaupun begitu, tiada sesiapa pun yang tahu perwatakannya yang sebenar. Di luar nampak lembut. Di dalam? Wah, siapa tahu.Dalam kesedihan dan keperitan yang dirasainya itu, tanpa disangka perlian sahabatnya menjadi nyata. Seorang jejaka yang berperwatakan sebiji dengan watak kegemarannya, muncul di layar mata!Apakah benar apa yang dia lihat ini? Apakah ini... cinta sejati?"Hamba akan cuba tarik perhatian dia! Tak nak pikat, sebab nanti bahaya!" Tekad Zarina.Tengku Shafhan Iyyad, putera impian para gadis, tidak tahu bahawa dirinya kacak. Malah, dia juga tidak lepas daripada memandang wajah Zarina yang comel dan mulus bak mutiara di laut."Perasaan apa ni ya?" Soal Shafhan, tidak memahami rasa hatinya itu. Tetapi, suka dan duka bukanlah memenuhi cerita, namun lawak dan jenaka turut ada. Sahabat dan musuh haruslah dimasukkan, jikalau tidak, manakan cerita dapat berjalan?Mari kita lalui kisah si Zarina yang telah jatuh cinta dan Shafhan yang sedikit kureng orangnya."Apa erti cinta sekiranya status memisahkan kita?"Bermulanya kisah di istana kerajaan negara Angin Putih.Genre :-Teen Fiction-Romance-Classic-Fantasy-Islamic• ────── ✾ ────── •Ditulis pada tahun : 2020♡Penulis : Merci_Misha / Haninay ♡Sumber : Wattpad🌸🌸Lovely cover by @jebatqays_🌸🌸…

Isteriku Supernatural

Isteriku Supernatural

180,861 11,769 17

Ikhwan, seorang lelaki yang sangat pendiam dan panas baran. Dia tidak mempunyai ramai kawan kerana akan sifatnya.Akibat sifatnya yang sebegitu, ayahnya telah mencari jodoh untuknya.Jodohnya ialah seorang perempuan yang sangat cantik, lemah lembut, sopan, menutup aurat dan taat.Ayahnya memilih gadis yang bersifat seperti itu supaya egonya yang tinggi berkurangan.Tapi, Ikhwan tidak suka. Dia membangkang habis-habisan. Namun, apakan daya, arahan bapa harus dituruti.Bagi si perempuan pula, Qaisha memang seorang gadis yang baik. Tetapi disebaliknya, dia amatlah luar biasa.──────⊱◈◈◈⊰──────(Sedikit Scene)"Awak, papa suruh naik kereta awak." - Qaisha."Har? Masuklah! Aku tak larat dah nak kena marah dengan papa." - Ikhwan."Terima kasih." - Qaisha."Tapi, kau jangan sentuh apa-apa termasuk kerusi." - Ikhwan."Habistu, macam mana saya nak duduk?" - Qaisha."Pandai-pandai kaulah." - Ikhwan."Okey." - Qaisha.*Qaisha pun duduk*"Woi, kan aku kata jangan usik..." - Ikhwan.Ikhwan terkejut yang teramat.• ────── ✾ ────── •ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴋᴇʟᴀᴋᴀʀ ᴅᴀɴ ᴄʀɪɴɢᴇ. ᴊᴀᴅɪ, ꜱᴀʏᴀ ᴍɪɴᴛᴀ ᴍᴀᴀꜰ ʏᴀ.Best Achivement : #7 in Fantasy #1 in Romantic 😂Ditulis pada tahun : 2016…

Isteriku Supernatural 2

Isteriku Supernatural 2

118,660 9,283 28

Mestilah sambungan yang pertama!• ────── ✾ ────── •ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴋᴇʟᴀᴋᴀʀ ᴅᴀɴ ᴄʀɪɴɢᴇ. ᴊᴀᴅɪ, ꜱᴀʏᴀ ᴍɪɴᴛᴀ ᴍᴀᴀꜰ ʏᴀ.Best Achivement : #17 in FantasyDitulis pada tahun : 2016…

Kisah Rahsia Puteri Raja

Kisah Rahsia Puteri Raja

113,667 5,115 15

Nur Zara Arissa Suraya. Ya, nama itu sangat popular dalam kalangan kerabat. Dia seorang anak raja di negeri Silama iaitu, di negara Pengkalih.Walaupun seorang puteri raja, dia hanya bersekolah di SMK Silama. Dia merasakan bahawa SMK Kerabat Diraja sangat bosan baginya.Namun, statusnya sebagai anak raja dirahsiakan. Termasuklah sahabat baiknya sendiri.Tetapi, seorang lelaki yang menyukainya ingin mencuba membongkar rahsianya kerana baginya, ada sesuatu dalam diri Zara yang dirahsiakan."Kenapa awak ni, suka menyibuk Azmin?" -Zara."Macam ada sesuatu yang rahsia yang Zara sorokkan dari semua orang." -Azmin."Weh, Zara. Kenapa kau suka guna bahasa istana? Ni yang buat aku curiga ni." -Farah.Namun, Zara ini bukan calang-calang orang. Dia pandai membaca gerak muka, menyiasat dan seorang yang sangat pandai.Mahupun sebegitu, mampukah dia untuk menyimpan rahsianya buat selama-lamanya?• ────── ✾ ────── •ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴋᴇʟᴀᴋᴀʀ ᴅᴀɴ ᴄʀɪɴɢᴇ. ᴊᴀᴅɪ, ꜱᴀʏᴀ ᴍɪɴᴛᴀ ᴍᴀᴀꜰ ʏᴀ.Ditulis pada tahun : 2016♡ Sumber : Wattpad♡ Penulis : Merci_Misha/Haninay…

Agent of the university (Malay)

Agent of the university (Malay)

22,648 1,401 19

Fantasy, fantasy ,fantasy. Korang tak bosan ke dengan fantasy? Mungkin tak, mungkin ya. Apa kata kita buat cerita yang hampir-hampir logik tapi tak logik? Apa-apa jelah kan? Okey.Sebenarnya, nak buat cerita ni dlm bahasa inggeris, tapi kita kenalah mencintai bahasa kita, bukan?Ini mengisahkan empat orang agent._________ ׂׂૢ་༘࿐ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴋᴇʟᴀᴋᴀʀ ᴅᴀɴ ᴄʀɪɴɢᴇ. ᴊᴀᴅɪ, ꜱᴀʏᴀ ᴍɪɴᴛᴀ ᴍᴀᴀꜰ ʏᴀ.Ditulis pada tahun : 2016Best Achivement : #7 in Action…

Superhero Nerd?

Superhero Nerd?

18,485 1,218 18

Sebuah kisah yang mengisahkan enam orang sahabat yang digelar 'nerd' menjadi superhero. Wait, what? Superhero nerd?_________ ׂׂૢ་༘࿐ᴘᴇʀɪɴɢᴀᴛᴀɴ ᴀᴡᴀʟ, ʙᴜᴋᴜ ɴɪ ꜱᴀʏᴀ ᴛᴜʟɪꜱ ᴍᴀꜱᴀ ꜱᴀʏᴀ ᴍᴀꜱɪʜ ᴍᴇɴᴛᴀʜ. ᴘᴇɴɢɢᴜɴᴀᴀɴ ʙᴀʜᴀꜱᴀ ᴅᴀɴ ᴛᴀᴛᴀʙᴀʜᴀꜱᴀ ꜱᴀɴɢᴀᴛʟᴀʜ ᴋᴇʟᴀᴋᴀʀ ᴅᴀɴ ᴄʀɪɴɢᴇ. ᴊᴀᴅɪ, ꜱᴀʏᴀ ᴍɪɴᴛᴀ ᴍᴀᴀꜰ ʏᴀ.Ditulis pada tahun : 2016…

Gadis Acah Popular #1

Gadis Acah Popular #1

58,079 3,397 17

Bermulanya kisah, dengan empat orang sahabat di Institut Agung Altair. Maira yang tegas dan cantik, Fiya yang lemah lembut dan bergaya, Mini yang lasak dan kelakar serta Firah yang berkaca mata dan baik hati. Empat orang gadis ini ialah murid yang agak terkenal di sekolah. Kumpulan mereka yang selalu mendapat anugerah, yang selalu mendapat kehormatan, yang selalu berebut untuk kecemerlangan dan yang selalu merebut gelaran popular.Namun, kisah persahabatan ini sedikit terjejas apabila munculnya empat jejaka yang diidamkan oleh ramai gadis di sekolah itu.Tanpa disangka pula, empat jejaka itu menaruh perasaan kepada empat gadis itu pula.Maka dari situ, dendam oleh musuh bermula.Ikutilah kisah 'Gadis Acah Popular'.• ────── ✾ ────── •Ditulis dan diterbit pada tahun : 2016Dipadam terbit pada tahun : 2018Ditulis semula pada tahun : 31/12/2021♡Penulis : Merci_Misha / Haninay ♡Sumber : Wattpad…