Arya Ardelia : The Chosen One
Arya Ardelia merupakan seorang gadis biasa dengan hidup sederhana. Kehidupannya berubah tiga ratus enam puluh darjah apabila dia tanpa sengaja tersesat ke dunia lain lebih tepatnya di sekolah Magic kerajaan Skylark. Pada awalnya, Arya merasakan hal itu merupakan satu kesilapan dan dia hanyalah tersesat. Tapi, namanya memang sudah terdaftar di sekolah tersebut. Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Tidak mungkin semua hal yang berlaku itu hanyalah kebetulan. Yang menjadikannya lebih teruk, semua orang di sekolah itu mempunyai kuasa mereka yang tersendiri kecuali Arya. Tak cukup dengan itu, ada pula seorang lelaki bernama Dino Andrian yang selalu menyakitkan hati Arya. Hari-hari asyik bergaduh, dah macam anjing dengan kucing."Sebab kau lah fokus aku terganggu! Tak pasal-pasal kena hukum dengan professor." - Arya Ardelia"Peduli apa aku." - Dino Andrian.Mereka berbeza.Sentiasa berbalah.Tiada persefahaman.Semuanya berkisarkan rasa benci yang menebal dalam diri. Apakah yang akan berlaku pada Arya sepanjang dia bersekolah di sekolah Magic kerajaan tersebut? Satu demi satu kuasa dan rahsia tentang diri termasuklah sejarah keluarga Arya mula terungkai. Tambahan pula, Arya dapat mengetahui bahawa terdapat sebuah ramalan tentang peperangan antara manusia dengan demons.Peperangan yang bakal meragut nyawa ribuan orang.…