Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
BIDADARI BERDARAH

BIDADARI BERDARAH

1,821 129 12

"Abang ceraikan Siti Adilna Binti Naufal dengan talak satu," Berat lafaz talak meniti di bibir seorang Nafiy Iskandar, buktinya ada air mata yang mengalir di pipi lelaki itu. Sayu hatinya sebagai seorang suami apabila isterinya sendiri yang menginginkannya. Begitu juga hancur impian seorang suami yang mengimpikan sebuah keluarga yang sempurna."Bunuh lelaki ni. Dah terlalu banyak dia tahu pasal kita," Namun tanpa sepengetahuan Nafiy Iskandar, sejak lafaz talak itu meniti di bibirnya, hidup lelaki itu telah berada di hujung tanduk. Nyawa dia dan anaknya di ancam. Semuanya kerana perjanjian yang dipersetujuinya sebelum perkahwinan dia dengan Siti Adilna."Enzo... lindungi cucu dan cicit aku. Pastikan mereka berada dalam keadaan yang selamat. Jangan biarkan nyawa mereka terancam bahaya,"Sebuah perintah mutlak untuk seorang ejen rahsia yang dahagakan darah. Pada dasarnya, ejen merupakan unit khas untuk melindungi sesiapa saja, namun berbeza halnya dengan dia. Dia tidak melindungi dan nyawa bukan apa-apa baginya.Namun kerana ianya perintah mutlak, dia akur. Dan sejak saat itu, dunianya telah diterbalikkan 360° bersertakan pengkhianatan terhadap dirinya sendiri.…

CERPEN

CERPEN

419 49 2

Pelbagai kisah terhidang :3…

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS]

KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS]

207,773 19,559 48

(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️Kirito Sasaki, putera sulung kerajaan Esfahan. Namun pangkatnya sebagai putera sama tarafnya dengan seorang hamba. Diberi layanan seperti sampah tiap kali kakinya melangkah keluar daripada istana raja. Malah hampir seluruh rakyat kerajaan Esfahan membenci dirinya .Cerita ini bermula pada ketika dia berumur 5 tahun lagi , apabila sang peramal terhebat iaitu Irulan datang menjejak kaki ke istana kerajaan Esfahan. Hanya untuk memberitahu bahawa ' Ada yang terkuat daripada yang terkuat akan memerintah Dunia 'dalam kalangan keluarga diraja itu . Ramalan tersebut berjaya mengaburi mata raja dan permaisuri, kerana ketika itu permaisuri Daisy kebetulan mengandung anak kedua keluarga diraja kerajaan Esfahan. Malah mereka beranggapan bahawa 'yang terkuat' itu adalah anak yang berada dalam kandungan permaisuri Daisy kerana Kirito Sasaki adalah seorang yang 'cacat' .Dia langsung tidak memiliki kuasa seawal usia mudanya yang ketika itu berumur 5 tahun. Bukan seperti kanak - kanak yang lainnya, yang memiliki kuasa seawal usia mereka 3 tahun lagi. Tetapi tanpa mereka sedari, Kirito Sasaki memiliki daya IQ yang tinggi. Pemikirannya jauh lebih matang daripada orang dewasa di luar sana. Hal ini membolehkan dia mengetahui keadaannya yang dipinggirkan oleh keluarga sendiri kerana tidak mampu membanggakan mereka dengan kuasa.Perkara ini tidak berlarutan lama apabila, ada yang sedang bangkit di dalam diri Kirito Sasaki secara perlahan-lahan. Malah bakal mengubah persepsi rakyat kerajaan Esfahan suatu hari nanti.|| Pewaris sebenar underworld bakal bangkit ||…

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1]

Kembar Ku Dari NERAKA [ C ] [S1]

862,304 44,494 74

(KARYA PERTAMA KHAISHIF)Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [The Ice Award #Romance no. 2][Siri L&D] B1NO COPY! ⚠️Kehidupan aku tak seperti apa yang digambarkan oleh orang yang berada di luar sana. Hidup bersama keluarga yang berada malah dilimpahi pelbagai jenis kemewahan, siapa sahaja yang tidak bahagia bukan?Namun bukan itu yang aku banggakan. Walaupun hidup bersama keluarga yang bahagia dan juga berada, tiada siapa yang menyangka bahawa kehidupan ku dipenuhi dengan pelbagai ancaman malah ada yang sanggup merancang untuk meragut nyawa ku. 'Mereka' sanggup berbuat apa sahaja asalkan harta yang telah sekian lama ku jaga rapi menjadi milik 'mereka' . Malah bukan hanya nyawa ku sahaja yang menjadi taruhan, mereka yang berada di sekeliling ku juga menjadi target seterusnya . Ada yang sanggup merancang untuk membunuh mereka dalam diam. Penuh perancangan yang tertib. Hal itu, mujur sahaja aku sedari awal. Jika tidak, pasti akan ada pertumpahan darah yang berlaku ketika ini. Hal ini berlarutan sehinggalah aku berpindah ke tanah air tercinta. Bertemu dengan seorang lelaki yang telah sekian lama tidak kelihatan. Lalu bertemu pula dengan 'musuh' yang lagi tangguh daripada biasa. Merancang dengan lebih banyak lagi muslihat yang sukar untuk dirungkai sendirian. Sehinggalah membuatkan aku terpaksa 'berehat' dalam 'tempoh masa yang panjang' "Aku terpaksa pergi , aku nak sangat kau jaga anak kita baik baik. Biarkan dia membesar sihat." Tika itu lah langit kelam menghiasi dunia 'si dia'. Hanya kata kata 'maaf' mampu ku ungkapkan beribu kali dalam setiap do'a. Aku tidak mahu 'si dia' terluka lagi dan kerana itu aku merahsiakan tujuan utama ku. Ketika ombak menghempas kuat batuan di gigi air, sang mentari datang menerangi langit yang dulunya kelam. AKU JANJI! Aku pergi dan akan kembali untuk MEMBALAS DENDAM. "DIA TELAH BANGKIT DARI NERAKA."…

Cinta si Ketua MAFIA [ C ][S2]

Cinta si Ketua MAFIA [ C ][S2]

1,426,484 55,133 57

(KARYA KEDUA KHAISHIF) Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif NO COPY! ⚠️[Siri L&D] B2Perginya seorang teman serta seorang bapa menjentik rasa sedih di hati ketua kumpulan mafia EVIL ROSE yang telah dikatakan lenyap . Kerana hal tersebut dia bertekad mahu mencari siapakah dalang di sebalik pembunuh tersebut. Berbekalkan dengan sekeping wasiat terakhir daripada temanya, membuatkan TENGAH AFIQA AYUMI terpaksa memikul tanggungjawab yang besar selain mencari pembunuh papanya. Akhirnya AYUMI memilih untuk berpindah masuk ke SAINS HIGH SCHOOL, sekolah milik papanya. Lain pula halnya dengan seorang jejaka yang dikelilingi dengan aura membunuh yang tersangat pekat. Hanya kerana kesilapannya yang terlepas pandang, nyawa kekasih hati menjadi taruhan. Menjadi seorang pendendam bukan kemahuan SYED IRWAN FARIS. Namun FARIS terpaksa berbuat begitu agar tiada siapa berani mengusik kawasannya. Malah dia juga pewaris seterusnya kumpulan BLACK PHOENIX yang dikatakan mampu membuatkan sesiapa sahaja yang mendengar pasti akan terkonco melarikan diri kerana ketakutan. Di kerana suatu trajedi yang tidak terjangka , mereka dipertemukan. Tetapi tiada siapa yang tahu akan ada bahaya yang bakal menanti di penghujung pertemuan tersebut.…

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]

Suri Hati Mr. MAFIA [ C ][S3]

1,572,506 65,262 75

(KARYA KETIGA KHAISHIF)Asli daripada : KhaiShif Beautiful cover by : KhaiShif [Probook Award:Winner King Of Thriller] [Siri L&D] B3NO COPY! ⚠️TENGKU AFIQA AYUMI Masih ingat aku tak? Alah, budak yang acah sopan dulu tu tapi perangai nauzubillah. Agak lama aku dan kembar aku dekat Jepun ni. Dalam masa yang sama, sudah 9 tahun khabar angin mengenai kebangkitan Rose mula tersebar luas , kini kitaorang pulang semula ke Tanah air. Misinya hanya satu. Sebenarnya Mama dah rancang perkahwinan aku dengan lelaki 'TU'. Tapi tu lah, masa aku tahu aku dah bertunang terkejut jugak lah tapi sekejap je Gembira Katakan! SYED IRWAN FARIS Ingat aku lagi tak ? Budak dingin dekat sekolah dulu. 9 tahun DIA pergi, sunyi je hidup aku ni jadinya. Malah dalam masa yang sama, aku menyambung pelajaran ke US. Masa aku dekat sana Ibu aku ada call yang aku dah bertunang dengan seorang perempuan ni, terkejut gilalah aku masa tu. Tapi yang penting aku gembira . Akhirnya aku dapat juga melindungi DIA macam yang di janjikan."Dan disinilah bermulanya kisah kami dimana ada suka mahupun duka saat berumah tangga. Dan juga jangan lupa saksikan perjalanan hidup kitaorang melindungi antara satu sama lain." Ujar Faris dan Ayumi serentak.Kisah perjalanan Faris dan Ayumi tidaklah terhenti di bangku sekolah saja. Mereka dipertemukan dengan tali pertunangan yang di ikat kemas oleh pihak keluarga ketika masih di dalam rahim lagi.Namun, musuh lama serta orang ketiga telah berjaya masuk ke dalam tali pernikahan mereka. Adakah masjid yang baru di bina akan berkekalan?Dengan pelbagai cabaran dan dugaan, TAPI! Rose memerhati. Hanya tinggal hendak menyerang saja lagi.…