Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
Penyongsangan : Malapetaka Katastrofa

Penyongsangan : Malapetaka Katastrofa

6,189 654 43

Melalui hasil kajian lapangan, Dr. Asyfan Haziq berupaya meramalkan kejadian perubahan menyongsang medan magnet Bumi. Tetapi, amarannya langsung tidak diendahkan sehingga bencana global berlaku. Dengan masa yang semakin suntuk, dapatkah dia menyelamatkan jutaan populasi rakyat Malaysia?[Pemenang Anugerah Wattys 2017 dalam kategori 'Penulis Luar Biasa']…

VORTEKS

VORTEKS

88 5 6

Terperangkap di sebuah 'Vorteks' atau pusaran waktu secara tidak sengaja, Adam dihidangkan dengan episod penjelajahan tidak terduga ke dalam berbilang dunia luar realiti dan dia terpaksa mencari jalan untuk kembali semula pada realiti tempat asalannya.…

Nota Ngeri Bakti Siswa

Nota Ngeri Bakti Siswa

49 1 4

Sekumpulan mahasiswa menyertai Program Bakti Siswa di Kampung Lembah Geruh, namun pengalaman itu berubah menjadi mimpi ngeri apabila adat dan pantang larang kampung dilanggar. Kejadian aneh mula menghantui mereka, dan satu demi satu nyawa seolah-olah menjadi taruhan. Dalam usaha memulihkan keadaan, mereka mendapati diri mereka telah terjerat dengan rahsia gelap yang tersembunyi di kampung itu. 'Nota Ngeri' yang mereka tinggalkan pula menjadi bukti tentang misteri 'pantang larang' yang menjadi sebuah igauan. Mampukah mereka membebaskan diri, atau adakah mereka selamanya diburu oleh dendam yang tidak pernah mati?…

Galaksi Sakti

Galaksi Sakti

48 6 2

Lima makhluk yang berbeza bangsa, asal dan rupa serta memiliki ilmu magik yang tersendiri bersatu melawan ancaman gelap yang datangnya daripada Kota Larangan yang terletak dalam dimensi terlarang. Pemimpin mereka, seorang penyihir legenda, sedang dalam usaha mencari Artifak Kosmik untuk memenangi perang ini selain ingin menguasai seluruh galaksi.#InkfinityNovellaChallenge2024 #INC2024…

Riwayat Caturdasa

Riwayat Caturdasa

662 52 12

Pengembaraan seorang pemuda bernama Athran di alam Sarwajagat. Athran berusaha menyatukan tiga bangsa yang kerap bertelagah demi memenangi peperangan 'Cyberlord of the Chips' dalam menentang robot AI yang memberontak.Cover by : @Abyss-of-Crazy…

Episiklus Cakerawala : Skyblood

Episiklus Cakerawala : Skyblood

566 35 30

Seorang anak petani angkasa, Ædrian telah disabitkan beberapa kesalahan berat lalu dijatuhi hukuman diapungkan ke luar angkasa sehingga mati. Namun hukuman ditukar pada saat akhir dengan menghantarnya ke permukaan bumi yang dipercayai masih dicemari sisa radiasi berbahaya bersama sembilan pesalah yang lain untuk satu misi baru.…

Sang Gangga Sakti

Sang Gangga Sakti

43 1 1

"...Sang Gangga Sakti, diperbuat daripada besi tahi bintang yang ditempa bersama besi semberani. Kedua-dua bahan langka ini datangnya daripada kawasan pergunungan Gangga Sakti telah ditempa oleh sang penempa besi, lalu terhasillah 'Sang Gangga Sakti' yang bakal memakan banyak jasad dan juga nyawa. Darah merah yang mengalir pada alurnya menjadi saksi kepada kesaktian alat pertahanan diri itu..."Ini adalah hikayatnya.…

SESAR

SESAR

92 12 4

Hadif, seorang pelajar sekolah rendah yang mempunyai tubuh yang genit, berkaca mata, dan usianya baru mencecah tujuh tahun. Dia hidup dalam keluarganya yang serba sederhana. Pada usia dimana rakan-rakannya (Batrisya) sedang sibuk berkeliaran di KLCC manakala abangnya yang bernama Ali sedang sibuk mendaki Bukit Tabur, Hadif kekal tekun mempelajari bacaan dalam solat dan juga hafazan kitab suci Al-Quran dengan bantuan ayahnya. Namun, sesuatu keadaan luar jangka telah berlaku apabila sebuah episod gempa bumi melanda Sesar Kuala Lumpur. Empangan Klang Gates yang pecah memusnahkan harta benda dan juga kegembiraan pada wajah Hadif yang polos itu. Takungan air Empangan Klang Gates bersama lumpur, batu-bata dan potongan kayu balak yang menerjah ke kawasan perumahannya telah mengambil segala-galanya. Keluarga, organ mata serta tangan kirinya hilang sekelip mata. Yang tersisa, hanya dia dan ibunya sahaja. Dalam keadaan sehelai sepinggang itu, apakah Hadif mampu terus dapat mengukirkan senyuman pada wajahnya seperti dahulukala serta menyelesaikan aktiviti pembelajaran dalam solat dan hafazannya?…

Saka Nyawa

Saka Nyawa

69 5 2

Kisah sebuah keluarga yang dihantui Saka Harimau Belang dan juga Saka Buaya Putih lalu terpaksa menggunakan khidmat perawat bagi membuang saka ini. Ada sesuatu yang misteri tentang perawat yang merawat keluarga ini.…

Siri Bercakap Dengan Batu

Siri Bercakap Dengan Batu

543 6 6

BATU, seketul makhluk yang amat pendiam. Tetapi apabila ia 'berkata-kata', kata-katanya lebih arif daripada seorang pujangga dan lebih jujur daripada seorang hakim.…

Assasin 2084

Assasin 2084

483 35 13

Sebaris kod rahsia yang ditinggalkan oleh jejak-jejak penjelajah masa. Kod rahsia ini sedang menunggu masa untuk dipecahkan oleh individu terpintar abad ini. Nombor-nombor ini bakal mencorakkan masa depan yang penuh dengan rahsia, jejak-jejak misteri dan juga bibit-bibit aksi yang mendebarkan.…

Awanama Kosmos

Awanama Kosmos

2,517 224 56

"Awanama Kosmos", makhluk jelik yang datangnya dari luar galaksi telah bereaksi dengan bahan ujikaji yang ada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) melalui radiasi semulajadi kosmik lalu menjadi penyebab kepada tercetusnya pandemik dan cemaran radiasi berbahaya di seluruh bumi.…

Utopia Distopia : Knightblood

Utopia Distopia : Knightblood

663 43 12

Seorang kesatria di zaman kepupusan elektrik mengetuai sebuah koloni distopia 'knightblood' dan perlu menyatukan kehidupan mereka dengan sekumpulan individu yang datangnya daripada koloni utopia 'skyblood' yang datangnya dari luar orbit demi mengalahkan ancaman koloni distopia yang lainnya.[Siri 3]…

Misteri Kalam Purba

Misteri Kalam Purba

2,258 131 20

Pembuktian demi pembuktian di Selat Melaka, diselang-selikan dengan jejak-jejak misteri yang sedikit demi sedikit berjaya dirungkai oleh sepasang remaja telah memadukan takdir mereka dengan suatu warisan sejarah yang berisiko tinggi, demi menguji kerendahan hati serta kecekalan jiwa mereka.…

Rendang Raya Berkuah Airmata

Rendang Raya Berkuah Airmata

171 19 3

Pengumuman kerajaan berkenaan larangan merentas negeri akibat wabak Covid-19 telah menyedarkan Pak Rahmat, seorang duda tua yang hidup berseorangan itu bahawa rendang daging yang telah dimasaknya ini, sudah tiada berguna lagi. Anak-anak yang bekerja di kota raya tidak dapat pulang berhari raya di kampung untuk tahun kedua berturut-turut.…

anekdot tentang kehidupan

anekdot tentang kehidupan

26 1 1

Anekdot [a.nek.dot] ialah kisah ringkas dan kebiasaannya agak lucu tentang sesuatu perkara, kejadian ataupun peristiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015 : 55)Ini merupakan kompilasi 'anekdot tentang kehidupan' hasil karya sendiri penulis samada melalui pengalaman penulis sendiri, pengalaman rakan-rakan mahupun hanyalah rekaan semata-mata yang merangkumkan pelbagai cerita lucu, lawak mahupun 'mind-blowing' untuk tatapan semua.Gaya penceritaan diolah dengan santai dan mudah selain ringkas serta menawarkan pelbagai koleksi bacaan ringan bagi menghilangkan stress ketika menghadapi musim pandemik, kuarantin, perintah berkurung mahupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengubati hati yang lara. Selamat membaca.…

Jumantara Cinta

Jumantara Cinta

333 11 6

Antara perjuangaan makanan ruji serta darjat dan pendidikan, tentangan keluarga membuatkan cinta dua insan ini terhalang. Namun, takdir menentukan segalanya. Walaubagaimanapun, perjalanan ini penuh ranjau dan duri untuk ditempuhi.…

Transgenik Kaloi

Transgenik Kaloi

862 90 20

Sorotan demi sorotan peristiwa akan disingkap oleh Bawang Putih dan juga Putera Kentang, dua orang anak muda yang tercatat kemas dalam lagenda nusantara, lalu menyimpulkan takdir mereka dengan suatu hidupan bahaya demi menguji kecekalan jiwa, kerendahan hati serta survival sebagai seorang manusia.…

Tercipta Takdirnya

Tercipta Takdirnya

1,489 61 27

Dendam kesumat dua puluh lima tahun lalu seharusnya dibalas dengan kekejaman yang tiada belas kasihan. Namun, dek kerana perasaan cinta yang tiba-tiba datang menerpa, jalan cerita yang sudah dirancang pada awalnya menjadi caca marba dan tidak seperti yang diharapkan. Bapa yang menghilang entah ke mana tiba-tiba muncul di depan mata, menyerahkan segala-gala harta dan pusaka yang ada. Muncul pula satu garis halus yang memisahkan antara jurang cinta dan jurang derita. Masih wujudkah sekelumit kemanusiaan dan pengharapan demi mencipta takdirnya?…

The Bloodbook Escape

The Bloodbook Escape

960 96 16

In the far future, an abnormalities virus has infected humankind. Those who survived transformed whether to became vampire or werewolf. To save the humankind, some cure of vaccines was developed by scientists including some selected escape plans that designed as an optional methods but the plans must work accordingly. Good news is, who follow the escape plans can live eternally but the bad news is, all escape plans has it's consequences. And, only one of them will live to see the sunrise.…