Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
KAMIL

KAMIL

276,200 437 1

* Karya ini hanya dipaparkan untuk tujuan promosi. Cuma ada 15 bab yang dibuka secara umum.Sebelum bergelar Mrs.Kamil, Shafina hanya seorang wanita biasa. Salah seorang staff di Green Pine Holdings. Dan dalam diamnya, dia ada menyimpan cinta untuk Ahmad Kamil, CEO syarikat tersebut. Saat lamaran dari Kamil datang untuknya, dia menyangka itu semua adalah seratus peratus berdasarkan cinta. Rupa-rupanya, dia hanya berilusi. Cinta Kamil hanya bayangan. Kasih Kamil hanya tumpangan. Sekian lama memendam rasa dalam perkahwinan mereka, Shafina akhirnya berjaya mengumpul keberanian. Bibirnya terbuka juga untuk meminta perpisahan. Tapi apa penerimaan Kamil? Betahkah dia melepaskan Shafina dari ikatan perkahwinan mereka? Shafina bertegas. Tidak mahu lagi digelar Mrs.Kamil. Kamil berkeras. Tidak mungkin akan ada Mrs.Kamil yang kedua.…

PEMILIK HATI RAFIE (Sudah Diterbitkan)

PEMILIK HATI RAFIE (Sudah Diterbitkan)

2,166 137 4

Pencarian isteri A.Rafie berakhir apabila dia bertemu dengan Natasha, stafnya sendiri. "I'm looking for a woman to marry." - Rafie "Rich hot dude macam you ni Tuan Rafie, banyak perempuan di luar sana beratur untuk jadi wife you." - NatashaTerperangkap dalam mainan Rafie, Natasha akhirnya bersetuju mengahwini duda kaya itu. Dia akur pada prinsip dirinya yang cintakan wang. Tapi tanpa diduga, rupa-rupanya ada harga yang dia perlu bayar untuk kehidupan barunya itu. "This is the real me, Nat. The real me yang hanya wife I punya privilege untuk kenal." - Rafie"I don't want to know the REAL you. Tak perlu tunjukkan pada I." - Natasha.Tak cukup hidupnya kucar kacir sebaik menjadi isteri Rafie, kemunculan Zachary memaksa Natasha berdepan dengan kisah silam yang selama ini cuba dirahsiakan."Mungkin ini balasan untuk I kerana tinggalkan you dulu." - Zachary Dalam kesibukan menepis gangguan Zachary, Natasha terpaksa juga melawan perasaan yang mula seronok dimanjakan Rafie. Hati mahu setia, tapi akal masih degil tak menerima. Dia tidak percaya Rafie akan selama-lamanya berada di sisi. Dan kerana kedegilan itu juga, Natasha akhirnya ditinggalkan."You jahat, Rafie." - Natasha "Kalau I tak buat begini, adakah you akan sedar yang you sayangkan I?" - Rafie Bagi Rafie, wanita yang boleh mencuri hatinya bukanlah mudah untuk dicari. Kerana itu, Rafie tetap menerima walaupun dari awal lagi dia sudah tahu tentang Natasha yang dikenali hari ini, satu masa dulu pernah melintasi jalan takdirnya. Tapi adakah dia mampu mengubah hati Natasha yang sudah terlalu lama dibiarkan dingin dalam kegelapan itu?…

SATU REALITI (eBOOK)

SATU REALITI (eBOOK)

2,335 122 8

Satu prasangka telah mempertemukan Said dan Selina dalam ikatan pertunangan yang penuh dengan permainan dan penipuan. 'You Selina, tunang I. Kan?'- Said'I'm sorry?' - SelinaDari satu alasan ke satu penyelesaian, kisah roller coaster mereka berakhir dengan kemaafan dan persetujuan untuk sama-sama menyulam cinta.'Just say yes, Sel.' - Said'NO to a marriage, but a solid YES to 'us'' - SelinaGembira, tapi rupanya ada mata yang memerhati.Bahagia, tapi rupanya masih ada masalah yang meniti.Kazi si teman durjana, tiba-tiba kembali membayangi hidup Said. Tidak putus asa mengganggu jiwa dan mental mangsanya dengan teka-teki yang tak berpenghujung. Saat Said mengambil keputusan untuk menghentikan kegilaan Kazi, segala yang tersembunyi mula memunculkan diri. Satu persatu timbul, sehingga Said tidak lagi boleh menjadi penonton bisu dari tepi.'Kau muncul kali ini untuk apa Kazi?'- Said'Sampai sekarang pun kau masih tak dapat teka apa yang sebenarnya buat aku muncul semula di depan kau?' - KaziBahaya dari arah manakah sebenarnya yang sedang bertiup masuk ke dalam kehidupan Said yang selama ini aman tanpa gangguan?…

3 Years Later (eBOOK)

3 Years Later (eBOOK)

2,376 124 6

Bangun dari tidur dan tiba-tiba ada lelaki tak dikenali di sebelah. Bunyi macam mimpi, tapi itu yang sedang terjadi dalam hidup Mimi, pagi selepas dia meraikan hari jadinya."Pinas! Aku kena kidnap wei! Aku taktau aku ada dekat mana! Aku takut ... aku nak buat apa ni?" - Mimi"Please tell me you're joking. You tahu kan I siapa?" - Bi"Yo, wassup mommy-to-be? Morning sickness macam mana? Dah boleh handle?" - Finaz"Kak Mimi tak kenal Aki ke?" - AkiMemori 3 tahun Mimi hilang lesap seperti langsung tidak pernah berlaku. Isu kecil jadi semakin mengelirukan bila lelaki yang memanggilnya Sayang itu sering membuat Mimi naik gila. Tak tahu nak percayakan cerita yang mana.Bila semua persoalan dah terjawab, Mimi pula tak boleh terima hakikat. Kisah 3 tahun lepas dan 3 tahun kemudian yang bercanggah membuatkan ada saja perkara negatif menerjah fikiran."Awak tak ada kekasih gelap kan?" - Mimi"Kisah you benci I tu bukannya bulan lepas, Yang. Itu 3 tahun lepas. Sekarang ni dah 3 tahun kemudian. You kena tahu bezakan dua perkara tu." - BiYang Mimi mahu cuma kebenaran, tapi adakah kebenaran itu semanis yang Mimi harapkan?…

HAIRA THAQIF (eBOOK)

HAIRA THAQIF (eBOOK)

1,774 74 5

Terkurung dalam kegelapan yang dipenuhi duka, Zuhaira dan Thaqif sama-sama berusaha mencari makna bahagia. Sama-sama berusaha membebaskan diri dari penjara jiwa yang menyeksa. Benarkah sinar cahaya yang selama ini kelihatan jauh di hujung sana, sebenarnya memerlukan mereka melangkah setapak sahaja lagi ke hadapan untuk digapai?…

Hati Nurani (eBOOK)

Hati Nurani (eBOOK)

2,105 106 3

Adam x Nurani©Project E-ZineSemasa datang membuat penilaian tentang syarikat yang baru diambil alih oelh majikannya, Adam bertemu dengan Nurani.Nurani yang misteri, tahu membancuh kopi mengikut cara dan sukatan yang Adam suka. Lebih mengejutkan, gadis itu juga tahu nama penuh Adam yang jarang digunakan dalam urusan kerja.Semua rasa tertanya Adam membawanya pada jawapan yang tidak masuk akal. Lantas Nurani dituduh penipu dan dipadam keluar dari memori hidupnya. Pada Adam, gadis seperti Nurani tidak boleh dipercayai.Namun rupanya tidak semudah itu dia boleh melupakan Nurani.Tiga bulan kemudian dia kembali mencari si gadis. Pertemuan kali ini membawa Adam pada jawapan untuk satu persoalan yang tidak pernah wujud. Mimpi yang selama ini menghantui tidurnya, rupa-rupanya bukan permainan tidur semata. Mimpi itu juga yang sebenarnya membuatkan takdir Nurani bertembung dengannya.Adam dan Nurani. Kedua-duanya sedang berada di atas jalan hidup yang masih kabur tidak jelas hala tujunya. Mungkinkah pertemuan ini akan membawa mereka masuk ke dalam haluan yang sama? Atau salah seorang daripada mereka cuma singgah untuk sementara?…

Tentang Rasa (eBOOK)

Tentang Rasa (eBOOK)

7,258 250 4

Irfan x Hana©Project E-ZineKepulangan Irfan Hadi, anak tunggal Khairi dan arwah Nora, menimbulkan pelbagai idea dan prasangka di dalam fikiran penghuni rumah Khairi.Nur Hanani jadi semakin keliru dengan perasaan sendiri. Irfan yang kembali kali ini tidak lagi sama seperti yang dulu. Lelaki itu sekarang semakin berani meluah rasa, tidak lagi teragak dalam membuat keputusan. "Abang balik kali ni untuk stay terus. Abang tak mahu tengok apa yang terjadi malam tadi dan pagi ni, berulang lagi depan mata abang." - Irfan"Abang ingat semudah tu saja abang boleh balik dan ubah semua benda ikut kesukaan abang?" - HanaMungkin permulaan takdir mereke bersama tidak seindah yang diharapkan. Namun adakah itu bermakna mereka perlu berterusan membuat pilihan yang salah? Hati mereka sudah lama mengalunkan nada yang sama. Mereka cuma perlu membuka mata. Sama-sama melihat apa yang sebenarnya ada di dalam jiwa. Sama-sama mendengar apa yang selama ini didamba. Sama-sama berbicara .... Tentang. Rasa.…

Emelda (Sudah Diterbitkan)

Emelda (Sudah Diterbitkan)

34,721 2,546 26

Sejak dari umurnya belasan tahun lagi, Akasyah sudah tahu Emelda adalah belahan hatinya. Satu-satunya wanita yang dia mahu sentiasa ada di dalam hidupnya. Tapi dia tidak pernah dapat faham mengapa Emelda sering menolak cinta yang dihulur olehnya.Dibayangi rasa risau akan kehilangan gadis itu, Akasyah meminta Taufiq untuk melepaskan Emelda ke dalam jagaannya dengan janji, dia akan menjadi suami terbaik untuk Emelda."You deserved better, Akasyah." - Emelda"I don't want better. I just want you." - AkasyahTinggal sebumbung, tetapi tidur berasingan. Itu yang Emelda tuntut di malam pertama bergelar isteri. Akasyah bersetuju. Apa saja untuk si isteri yang dia yakin lambat laun akan tetap tunduk padanya kerana cinta itu sebenarnya ada. Cuma Emelda saja yang tidak mahu meluah rasa.Merentasi masa, hubungan mereka mula berubah.Seperti bunga yang mekar kembang disirami mentari pagi. Tapi awan mendung berarak datang, membuat harapan yang mula berputik tiba-tiba layu. Si isteri rupanya sudah lama menyimpan satu rahsia yang menunggu masa untuk dilepas keluar. Bila dipaksa untuk berterus terang, baru Emelda memberitahu tentang rancangan asalnya mahu meminta perpisahan."Awak kahwin dengan saya dalam keadaan awak tahu satu hari nanti awak akan minta untuk berpisah?"- Akasyah"Saya pernah cakap awak akan menyesal. Saya pernah beritahu awak bukan priority pertama dalam hidup saya." - EmeldaSelagi manusia berusaha, selagi itu akan tetap ada cara. Tapi bagaimana jika hanya sebelah pihak saja yang berusaha, sedangkan sebelah lagi pihak berkeras tidak mahu membuka jalan? Sejauh manakah Akasyah mampu pergi untuk membahagiakan wanita yang bernama Emelda?…

Tercipta Satu Ikatan (Sudah Diterbitkan)

Tercipta Satu Ikatan (Sudah Diterbitkan)

181,210 4,724 28

Kematian Jeffery telah membongkar satu persatu hal yang sebelum ini tidak pernah diketahui oleh Leanna tentang bapanya. Hubungan perkahwinan yang sudah lama dibina bersama Daniyal juga tiba-tiba menjadi mangsa curiga. Kenapa you kahwin dengan I? - LeannaTetapi bila persoalan itu sudah terjawab, hati Leanna tetap tidak sepenuhnya dapat menerima. Masih ada perkara yang tergantung tidak selesai. Layanan Daniyal yang lebih baik dari sebelumnya juga sesekali menimbulkan rasa pelik di hati. Mengapa sikap suaminya berubah?Because I love you - DaniyalWalaupun berulang kali menyebut cinta, Daniyal tahu semua itu tidak akan selamanya mampu menutup rahsia yang sudah bertahun disimpan di dalam kamus hidupnya. Kepulangan Risa dalam keadaan dia sedang berusaha membina bahagia menegangkan semula keadaan. Wanita itu tidak akan berhenti mengejar selagi apa yang diinginkan tidak tercapai. Lepas you dah sayangkan dia, you terus lupa pada I! Lupa pada sebab asal kita mulakan semua ni! - RisaDon't do this, Risa. I don't want to fight with my own sister. - DaniyalAdakah cinta Daniyal memang benar telus lahir dari hati? Atau sebenarnya kerana ada rasa bersalah yang sedang menggunung tinggi? Leanna pula sekali lagi tersepit di dalam dilema. Antara percayakan suami yang dicinta, atau terus mempertahankan bapa yang sudah tiada.Apa yang berlaku semuanya tidak pernah melibatkan Leanna. Tapi kenapa di akhirnya dia juga yang terpaksa menanggung semua sengsara?…

Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)

Suami Berat Mulut (Sudah Diterbitkan)

424,068 11,748 36

-Ni cincin merisik. Sekali dengan nombor telefon laki tu. Hang kenai-kenai tengok. Kalau tak berkenan, hang habaq elok-elok- Itu dialog emak semasa memberitahu yang aku dirisik orang. -Maksud saya....err...awak betul-betul serius ke nak kahwin? Dengan saya? Confirm?- Ini ayat aku semasa berjumpa dengan Si Dia kali pertama. -Saya yakin, awak jodoh saya. InsyaAllah- Ini pula jawapan Si Dia yang buat aku mati kata. -Lelaki pendiam ni banyak rahsia tau. Perangai buruk dia pun tak boleh nak detect- Ini ayat Linura bila aku mengadu tentang Si Dia yang susah benar nak diajak berbual. -Apalah nasib badan....rindukan orang yang tak ingatkan kita langsung- Dan ini, keluhan aku bila Si Dia langsung tak reply mesej aku semasa kami berjauhan. Suami aku, bukan setakat mulutnya saja berat. Jari jemari dia pun ikut sama berat nak menaip mesej!…