Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
Apabila manusia itu membuka mata, dia tidak mengingati apa-apa termasuklah diri sendiri. Sebuah boneka menemuinya, dan mereka bersama-sama mengembara demi mencari jawapan. Kehadiran bayang-bayang misteri, dunia yang terlah hancur, dan masa lepas manusia itu. Mampukah dia juga sahabat bonekanya menemui jawapan yang dicari-cari?…
Cover oleh @tsweetestrain15+Cerita sedang diedit. Plot sedang diubah sedikit.AMARAN PENCETUS: Berkemungkinan terdapat adegan yang kurang menyenangkan atau mengganggu pembaca kerana ada kekerasan, sedikit bahasa kasar, kematian dan fikiran untuk membunuh diri.Setelah bangsa Arnasyaz dibuang daripada kerajaan langit, mereka akhirnya terpaksa berlindung di Sahmera, empayar yang diperintah bangsa manusia tidak bersayap.Namun, kedatangan bangsa Syalis telah menghuru-harakan mereka. Empayar telahpun runtuh dijajah bangsa bersayap hitam. Eyzek, seorang Arnasyaz yang terpaksa berjuang hidup demi mencari adindanya. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja, walaupun memotong sayap bangsanya sendiri.…
15 + [Mengandungi bahasa kasar dan aksi buli tidak bermoral]Rayyan baru berpindah sekolah dan tujuannya hanya satu:"Aku mahu belajar bersungguh-sungguh!"Malangnya, sekolah itu terkenal dengan samseng yang tidak berhati perut. Guru-guru dan polis juga disenyapkan. Apatah lagi samseng-samseng sekolah itu tertarik dengan Rayyan seperti magnet."Siapa kau sebenarnya!"- Samseng sekolah.Mampukah Rayyan dan kawan-kawannya mempertahankan pelajaran mereka? Bagaimanakah mereka mahu menghadapi para samseng yang mengganas?"Kalau betul kau kuat, lawan aku, Rayyan." - Mahkota Emas.Tanpa mereka menjangka, sesuatu yang lebih besar menanti mereka!…
[Fanfic Genshin Impact]☆゜・。_。・゜☆゜・。_。・°☆Kita tenggelam di dalam salji yang beku,Biarkan kedinginan menyelimuti dunia,Kerana adanya engkau,Bersama cerita.☆゜・。_。・゜☆゜・。_。・°☆…
[Fanfic Genshin Impact]Selama beratus-ratus tahun, mereka berdua hidup dengan tenang dan bahagia, di sebuah bintang yang jauh. Hanya Klee dan Albedo. Bintang yang dingin, sejuk dan membeku, tetapi anehnya, hangat. Semuanya berubah apabila cahaya misteri muncul dari langit. Cuaca di bintang berubah mendadak. Salji berubah hitam pekat. Lebih malang, abangnya berubah menjadi batu, meninggalkan Klee bersendirian.Demi Albedo, Klee meniup Dandelion agar memberitahu si angin mengenai harapannya. Angin mendengar kata-katanya, mengubah Klee menjadi tahi bintang di langit. Mengantar si kecil itu ke sumber cahaya aneh itu, iaitu Bintang Teyvat. Bintang Teyvat.Tetapi, bintang itu seperti dilanda kiamat. Hancur. Menunggu masa untuk hilang dari angkasa, menjadi sejarah yang lenyap. Sehinggalah, Klee bertemu dengan dia, Si Pengembara itu. Maka, bermulalah pengembaraan Klee ke dunia yang lebih gelap daripada yang disangkakannya. Persoalan demi persoalan menjentik fikirannya.Dari sana jugalah, Klee mula mengetahui rahsia Albedo, juga dirinya sendiri.…
Arjuna, seorang petarung kuat Laga Wau yang dijangkiti penyakit berbahaya setelah Kerajaan Dewangga didatangi sekumpulan kupu-kupu misteri. Pertemuannnya dengan Intan, seorang gadis biasa yang membawa jurnal memberi harapan kepada Arjuna. Jurnal tersebut mempunyai maklumat mengenai bunga penyembuh yang mampu menyelamatkan dirinya sendiri. Kurnia, seteru Arjuna juga tidak disangka mengikuti perjalanan mereka. Mereka perlu menyelamatkan Kerajaan Dewangga, bertarung dengan raksasa, pada masa yang sama membongkar masa lepas kerajaan mereka.Kisah mengenai persahabatan yang terjalin sepanjang perjalanan. Adakah Arjuna berjaya menemui bunga itu? Berjayakah dia menyelamatkan Kerajaan Dewangga, juga dirinya sendiri?…
#InkfinityNovellaChallange#INC2024Hana hilang.Eva menjadi pendiam sejak kehilangan sahabatnya beberapa hari yang lalu. Percutian kedua-dua keluarga mereka di Kundasang bertukar tragedi. Eva seharusnya pulang ke rumah, sementara ibu bapa Hana akan menetap di Kundasang demi menunggu kepulangan anaknya.Sehinggalah, lelaki bertopeng itu memunculkan diri. Si Penghibur yang muncul di antara kegelapan malam, mempersembahkan hiburannya kepada Eva."Saya rasa, ini bukan kali pertama saudari di sini?" - Bunga Matahari."Kau cari kawan kau?" - Penghibur.Eva mengikuti permainan Penghibur, lalu terjerumus ke dalam dunia di sebalik dunia. Di situlah, dia akan mencari Hana.Walaupun dia terpaksa mempertaruhkan nyawanya sendiri.…
Si Kecil Haifa baru berpindah ke kampung halamannya. Dia bertemu dengan remaja bertopi jerami yang gembira mendengar kisah-kisah hutan. Senyap-senyap, mereka pun bermain bersama-sama. Pada masa yang sama, penduduk kampung mula berang. Kata mereka, malapetaka yang berlaku semuanya kerana budak syaitan yang tinggal di hutan dan sukakan daging budak.Ini hanyalah kisah biasa-biasa di antara si kanak-kanak yang tidak mengerti apa-apa, juga seorang remaja bertopi jerami yang kesunyian. Persoalannya, adakah persahabatan mereka akan terus kekal, ataupun mereka terpaksa berpisah di akhirnya?…