Perspektif [SU]
Awfa, seorang pelajar sekolah berasrama penuh, memikul tanggungjawab yang besar. Di sekolah, dia seorang ketua tingkatan yang cuba menyeimbangkan disiplin dan rasa hormat, namun sering dikhianati oleh rakan sekelas. Di rumah, dia memikul beban sebagai abang kepada dua orang adik, Awadah dan Awraq, yang masing-masing memiliki masalah dan cabaran tersendiri.Awadah, gadis yang keras hati dan penuh dendam, menyimpan kemarahan terhadap ibu bapa yang memaksa kesempurnaan hingga menafikan hak anak-anak mereka untuk merasa tertekan. Sering memberontak dan membuatkan orang sakit hati. Namun pemberontakannya bersebab.Awraq, yang baru memasuki sekolah menengah, terpaksa menghadapi penderaan kejam di sekolah dan situasi keluarga yang menguji mental dan fizikalnya sehingga hampir berada di ambang kematian.Tekanan demi tekanan menghimpit mereka, membawa mereka ke titik perpecahan. Awfa terpaksa melawan bukan sahaja ekspektasi orang lain, tetapi juga luka dalam dirinya yang tidak pernah sembuh. Awadah pula terpaksa menghadapi hari-hari dengan dibenci orang lain sementara Awraq yang masih naif, diuji dengan ujian yang keras.Mampukah mereka bertahan setelah diuji dengan kesakitan yang begitu dalam? Adakah luka yang diderita mereka akan menemukan penawarnya, atau semuanya akan hancur kerana kegagalan mereka menerima hakikat diri masing-masing?"Dalam hidup ini, tak semua luka mampu dilihat... dan tak semua duka mampu diungkap."_________________________________________Diinspirasikan dari kisah benar.…