Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
Selamat datang ke Toko Blink House...Toko Blink House. Pernah anda mendengar orang-orang di sekitar anda menyebut nama toko ini? Jika anda pernah mendengarnya, beruntunglah anda.Tidak semua orang tahu toko tersebut mempunyai layanan yang sangat istimewa kepada 'pelanggan terpilih' yang datang ke sana. Jika anda salah seorang daripada 'pelanggan terpilih' maka beruntunglah anda.Minta sahaja yang anda mahu, mereka pasti tunaikan. Namun, berhati-hatilah jika anda membuat permintaan. Jangan sampai apa yang anda minta memakan diri anda sendiri.~Inspired by Chocolate No Mahou~…
Tujuan asal pengembaraan Ryan hanyalah ingin meneruskan permintaan terakhir datuknya yang ingin dia mencari keberadaan sebenar Kerajaan Sade. Sebuah kerajaan kuno yang pernah masyhur di muka bumi. Namun begitu, dia ditakdirkan terpilih menjadi seorang pahlawan setelah berjaya memecahkan misteri di sebalik kisah lagenda pohon suci, Sacris Dentronia itu dan dianugerahkan kekuatan yang luar biasa. Siapa sangka, terpilihnya dia menjadi seorang pahlawan ada kaitannya dengan kisah dahulu kala yang berkaitan dengan Kerajaan Sade. Salah satu tujuan pengembaraannya bersama anggota Alpha X iaitu Ayla, Reese dan Mia tetapi kali ini dia harus menjadi harapan untuk menentang musuh setelah 1000 tahun berlalu tanpa peperangan. Start : 28 Januari 2020End :…
Kisah ini bermula ketika penguasa padang pasir iaitu Raja Una menyelamatkan seorang wanita muda terbaring tidak sedarkan diri di tengah - tengah padang pasir yang gersang sewaktu dalam perjalanan kembali ke Kota Emas.Apabila wanita itu tersedar, Raja Una mendapati wanita itu tidak mengingat apa - apa melainkan namanya sendiri iaitu Gyzeem Ezlyn. Raja Una yang kasihan dan berempati dengan keadaan Gyzeem yang tidak mengingat apa pun itu setelah tersedar langsung saja menjemputnya untuk tinggal di Taman Oasis, tempat ibunda Raja Una dahulu sebelum mangkat.Raja Una memerintahkan Jnari tabib diraja untuk merawat Gyzeem bagi memulihkan kembali ingatan wanita itu. Namun, apa yang Raja Una dapat adalah laporan - laporan aneh dari sang tabib yang mengatakan perlakuan aneh yang berlaku pada Gyzeem sewaktu berada di bawah pantauannya. Gyzeem terlihat melakukan hal aneh seperti mengatakan sesuatu yang tidak jelas bahkan melakukan gerak tari yang sangat asing. Ingatan yang Gyzeem alami terlihat tidak biasa. Dalam waktu yang sangat singkat, Gyzeem kembali tidak mengingat satu apa pun yang telah dia lakukan dalam beberapa detik berlalu. Hal itu membuatkan Jnari makin kebingungan bahkan ini pertama kalinya dia melihat keanehan penyakit Gyzeem itu.Di sisi lain, ada pihak yang tidak menyukai kehadiran Gyzeem di Kota Emas apatah lagi menjadi tumpuan Raja Una. Miray Rutvi atau dikenali sebagai Dewi Cinta iri pada Gyzeem yang mendapat tumpuan Raja Una. Miray tidak senang melihat atau mendengar hal - hal yang berkaitan dengan wanita itu lebih - lebih lagi Raja Una yang sering beri perhatian khusus yang Miray inginkan dari sang raja tetapi diberikan kepada Gyzeem.Bukan itu sahaja, seorang wanita ras elf datang menceroboh Kuil Khonsu pada waktu malam setelah kepulangan Dewa Bulan demi mendapatkan sepasang pedang bulan sabit yang tersimpan rapi di tempat penyimpanan senjata. Hadirnya penceroboh itu mengundang rasa ingin tahu sang dewa terhadap pencoroboh yang berani itu.…