Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥
Kampung Girl

Kampung Girl

103,624 3,025 50

Perkahwinan yang diatur oleh keluarga? Amar langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila mengetahui siapa calon yang disebut oleh mummynya, Puan Mazlin. Hannah! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin."Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu... mummy jangan paksa Am!" - Amar Khairi."Hannah akan kahwin dengan Abang Am!" - Hannah.Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Amar kehilangan kata. Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Amar jika Hannah ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan."Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?" - Amar KhairiDan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Hannah naik darah. Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa... kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Hannah merupakan titik tolak yang 'menjahanamkan' diri Amar."Am nak ajak dia beli cincin tunang." - Amar Khairi.Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Amar dan Hannah. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Hannah dek kerana ada 'rahsia' yang disimpan kemas daripada pengetahuan Amar. Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Hannah di saat terpaksa menghadapi kemarahan Amar yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya."And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh?" - Amar Khairi.Kelu lidah Hannah tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Hannah dengan helahnya.Kesudahannya... Amar makin membenci? Hannah menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?…