Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 9: CARI PASAL

"Eh kenapa tudung kau basah?" soal Rania pelik sambil mengerutkan dahi. Rabiatul menaikkan kedua-dua belah bahu tanda tidak tahu. Gelak tawa yang didengari dari koridor di atas menarik perhatian mereka berdua. Rania memandang ke atas dan matanya menangkap Aniq yang sedang ketawa terbahak-bahak.

"Hoi budak baru! Kau tuang air atas kepala Ad eh?" tanya Rania tidak puas hati. Di tangan Aniq terdapat sebotol air mineral bersaiz kecil yang telah dibuka penutupnya.

"Alamak, terkena kawan kau ke? Aku sebenarnya nak siram rumput yang kau pijak tu. Rumput tu nampak nazak sangat perlukan air untuk terus hidup," sakat Aniq sambil menayangkan muka tidak bersalah. Hakim yang berdiri di sebelah sudah rasa bersalah. Tangan kanan naik menepuk dahi sendiri. Waktu Aniq minta air tadi, mati-mati dia ingatkan Aniq hendak minum. Lepastu, dengan selamba badaknya dia menuang air ke bawah. Terperanjat Hakim dibuatnya.

"Kau!" marah Rania namun belum sempat dia membalas ayat lelaki itu, Rabiatul lantas menariknya. Jari telunjuk yang dihalakan ke arah lelaki itu diturunkan oleh Rabiatul.

"Biar lah dia. Jom pergi makan, saya laparlah," bohong Rabiatul. Pelajar yang lalu lalang di situ memandangnya pelik apabila melihat tudungnya yang basah. Dia tidak berminat untuk menjadi tumpuan pelajar.

"Jom. Kesian kau basah," tutur Ranis simpati. Sehelai sapu tangan dikeluarkan dan diberikan kepada sahabatnya itu. Rabiatul tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

"Apasal kau pergi tuang air atas kepala dia?" tegur Hakim tidak puas hati.

"Alah kau ni. Aku main-main je pun. Ikutkan hati nak je aku beli air coke lepastu tuang atas kepala dia. Baru lah syok," balas Aniq sambil tersenyum jahat. Hakim hanya mampu menggeleng. Berbuih sudah mulut memberikan nasihat kepada Aniq tapi satu pun tak dilayan.

"Lepas ni nak buat apa pula eh?" getus hatinya. Dia masih belum berpuas hati untuk kenakan Adawiyah.













Adawiyah menyuruh Rafiq membuang topi keledar dari kepalanya.

"Balik nanti aku ambil. Kau tunggu ja kat bus stop depan tu. Jangan balik jalan kaki pula," pesan Rafiq kepada Rabiatul.

"Ye lah," jawab Adawiyah acuh tak acuh. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam sekolah, Rafiq terlebih dahulu menghalang.

"Salam dulu," tutur Rafiq sambil memandang wajah masam Rabiatul. Adawiyah menarik tangan kanan Rafiq dan dilagakan ke dahinya.

Belum sempat Rafiq membebel lebih panjang, adiknya sudah berjalan ke arah pintu pagar. Bertuah punya budak. Dia hanya mampu menggelengkan kepala.

Adawiyah memandang sekolah itu dengan perasaan kosong. Satu keluhan berat dilepaskan.

"Rindunya dengan sekolah lama," luah Adawiyah. Kalau di sekolah lama, dia terkenal dalam kalangan pelajar dan guru-guru. Tapi, di sini, dia rasa seperti tersisih. Barangkali Rabiatul tidak terkenal di sekolah. 

Farhan memerhatikan Rabiatul yang sedang berjalan sambil memandang ke bawah dengan penuh minat. Macam gaya orang tengah kecewa pun ada.

"Kenapa dia nampak sedih?" getus hatinya.

"Amboi. Dari tadi kau asyik pandang dia. Cinta sudah berputik ke," usik Aman dari sisinya. Entah dari mana dia timbul. Musykil betul. Tiap kali Farhan teringatkan Rabiatul atau sedang memerhatikan gadis itu secara sembunyi tiap kali itulah Aman akan muncul secara tiba-tiba.

"Sibuklah kau ni," ujar Farhan kepada Aman. Aman tergelak kecil dengan respons Farhan. "Eleh, malu lah tu," detik hatinya.










Sebulan kemudian,

Tangan kanan Rabiatul memegang sepinggan mee goreng manakala di sebelah kiri pula segelas air milo sejuk. Matanya meliar untuk mencari kelibat Rania yang sedang menjaga tempat duduk. Lambaian tangan Rania dia balas dengan senyuman. Tinggal beberapa langkah sahaja lagi dia akan tiba di meja yang dipilih oleh Rania.

"Hai," sapa Aniq secara tiba-tiba. Entah dari mana lelaki itu muncul tup-tup sudah ada di depan mata. Rabiatul memberhentikan langkahnya serta merta. Nasib baik tak terlanggar dada bidang Aniq. Kus semangat. Kalau dia melangkah setapak saja lagi, konfem akan terpeluk lelaki itu.

Rabiatul tidak melayan sapaan Aniq. Bila dia bergerak ke kanan, Aniq juga ke kanan. Dia ke kiri, lelaki itu turut ke kiri. Apa masalah lelaki ni?

"Saya nak lalu. Boleh bagi laluan tak?" keluh Rabiatul sambil memandang Aniq yang berketinggian lebih kurang 179cm. Nasib baik Adawiyah boleh tahan tinggi. Kepalanya yang dilitupi dengan tudung sama paras dengan dagu lelaki itu. Tidak perlulah dia melanggut terlalu tinggi untuk memandang lelaki itu.

"Tak boleh," jawab Aniq laju. Pelajar lelaki mahupun perempuan memandang adegan Aniq dan Rabiatul penuh minat. Terdengar juga bisikan beberapa pelajar perempuan yang melabelnya sebagai perempuan gedik.

"Malulah orang tengok," marah Rabiatul kepada Aniq apabila terdengar suara-suara sedang menghinanya.

"Air untuk aku ke? Thank you," balas Aniq sambil menyambar segelas air minuman yang dipegang oleh Rabiatul.

"Eh, itu air saya." Rabiatul terjerit kecil. Aniq langsung tidak menghiraukan gadis itu sebaliknya melabuhkan duduk di atas bangku yang disediakan di kantin. Tidak jauh dari tempat yang dijaga oleh Rania.

Rabiatul akhirnya pasrah dan berjalan ke arah Rania dengan muka hampa. Apalah kesalahan yang dia pernah buat kepada lelaki itu? Dari hari pertama sampailah ke hari ini,  bermacam-macam dugaan telah dia tempuhi.

"Kesian kau. Dah duduk sini. Entah apa mamat tu suka sangat kacau kau pun aku tak faham. Apa masalah dia sebenarnya?" tanya Rania tak puas hati. Nasib baik dia tak sempat bangun tadi. Kalau tak, memang kena si Aniq.

"Biarlah dia. Buat sakit hati je melayan," balas Rabiatul sebal. Kedua-dua belah tangan ditadah lalu dia membaca doa. Mee goreng yang dibeli tadi disuap ke dalam mulut. Rania yang memandang wajah mendung Rabiatul menjadi kesian. Kalau Adawiyah tak hilang ingatan, mesti dah lunyai dia kerjakan si Aniq.

"Kau makanlah dulu. Aku pergi beli air baru untuk kau," tutur Rania simpati dan terus berlalu dari situ.

Tidak sempat Rabiatul hendak menghalang. Dia tidak suka menyusahkan orang lain. Sementara menunggu Rania, dia menikmati makanan meskipun fikirannya sedang menerawang ke lain.

"Rindu sekolah lama. Rindu mak, abang," rintih hati kecilnya. Ada air mata yang sedang bertakung di kolam mata manakala bibirnya menggigil menahan tangis. Mee yang berada di dalam mulut tidak dikunyah sebaliknya terus ditelan. Belakang tangan mengusap air mata yang jatuh ke pipi.

"Nah, air kau. Aku usik sikit pun nak menangis. Hati tisu lah kau ni," ejek Aniq selamba sambil memulangkan semula air milo sejuk yang dia ambil tadi. Dia bukanlah kejam sangat.

Rabiatul hanya membatukan diri. Dibiarnya Aniq berbicara seorang diri. Tak nak dia angkat muka bila sedar ada air mata yang sedang memenuhi kolam matanya.

"Hei apa lagi yang kau tak puas hati? Boleh tak biarkan dia makan dengan aman?" marah Rania yang ternampak kelibat Aniq yang sedang berdiri di tepi sahabatnya.

Aniq lantas berlalu dari situ. Dia jadi tidak sampai hati apabila ternampak gadis itu sedang menangis. Dia nampak perubahan yang ketara pada wajah Rabiatul. Niat ingin mengusik lenyap apabila ternampak gadis itu sedang mengelap air mata.

"Kau okey tak?" soal Rania prihatin.

"Okey," balas Rabiatul pendek. Matanya tertumpu kepada minuman yang telah dipulangkan oleh Aniq. Apa masalah lelaki itu sebenarnya?











"Rania, saya nak tanya sikit boleh," tanya Rabiatul kepada Rania semasa dalam perjalanan hendak ke kelas.

"Boleh. Nak tanya banyak pun boleh. Kau nak tanya apa?" Soalan Rabiatul dibalas dengan soalan.

"Awak pernah cakap yang Diva Eva ada empat orang ahli. Tapi, kenapa saya tak pernah nampak pun diorang?" soal Rabiatul pelik.

Rania menggaru pelipis yang tidak gatal. Macam mana eh nak bagitau hal yang sebenar kepada Adawiyah?

"Ermm diorang sibuk sikit. Ye lah, minggu depan kan dah nak ujian," ujar Rania memberikan alasan. Ada rahsia yang dia simpan dari pengetahuan Adawiyah. Lagipun, sekarang bukan masa yang sesuai untuk memberitahu hal yang sebenar. Tambahan pula, Adawiyah sekarang ini sedang hilang ingatan. Dia tidak mahu Adawiyah risau.

"Ouh. Hah! Minggu depan dah ujian?" balas Rabiatul tidak percaya. Matanya terbeliak memandang Rania.

Terbit satu keluhan berat dari Rabiatul setelah menerima anggukan kepala dari Rania. Bertambah lagi satu beban. Minggu depan dah ujian dan dia tak study lagi. Huhu. Habislah kau.









Doktor Hani memandang seorang lelaki yang sedang terbaring kaku di atas katil hospital.

"Bilalah awak nak bangun? Dah sebulan lebih terbaring kaku macam ni," tanya Hani sambil memandang wajah lelaki itu.

"Bangunlah awak. Mereka perlukan awak," rayu Hani kepada lelaki itu. Siapa sangka rakan sekelasnya semasa di universiti dahulu sedang terbaring kaku di depannya. Lelaki itu disahkan koma setelah terlibat dalam satu kemalangan.

Tiba-tiba, telefon Hani menjerit minta diangkat. Tangannya menyeluk poket labcoat yang tersarung pada tubuh. Jari dileretkan di atas skrin telefon.

"Waalaikumussalam. Baik kak. Terima kasih," ucap Hani kepada seorang jururawat yang memaklumkan bahawa ada pesakit yang perlu dia rawat.

"Saya pergi dulu. Nanti saya datang semula kalau ada masa," tutur Hani.

Usai membetulkan selimut pada badan lelaki itu, Hani melangkah berat ke arah pintu untuk menyambung semula tugasnya. Sempat dia mengerling ke wajah itu buat kali yang terakhir sebelum menutup pintu wad.

#berat utk saya katakan bahawa selepas ini, story SWITCH akan lambat tuk diupdate.. Huhu 😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro