Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 8: PERSEKITARAN BARU

         Vote & komen klau best 💖

Adawiyah membetulkan rambut yang sudah diikat kemas melalui pantulan cermin.

"Rajin betul si Rabi ni simpan rambut. Kalau aku tak ada maknanya," ujar Adawiyah sambil menilik dirinya di hadapan cermin. Usai bersiap, beg sekolah digalas dan dia keluar menuju ke dapur.

Dari tempat dia berdiri, matanya dapat menangkap kelibat emak yang sedang menyusun pinggan di atas meja makan. Ada nasi lemak ayam beserta ikan bilis dan telur yang terhidang. Tidak dilupakan juga kacang dan timun sebagai pelengkap kepada menu itu.

"Selamat pagi mak," sapa Adawiyah ceria. Kerusi ditarik dia melabuhkan duduknya di situ. Beg sekolah telah diletakkan di sofa ruang tamu. Senang nak ambil nanti.

Puan Aida terkejut dengan penampilan terbaru Rabiatul. Sejak bila pula Rabi tak pakai tudung?

"Selamat pagi sayang. Rabi memang nak pakai macam tu ke pergi sekolah?" soal Puan Aida tidak percaya.

Adawiyah lantas membawa pandangan matanya ke seluruh tubuh.

"Kenapa mak? Pelik ke?" tanya Adawiyah kepada Puan Aida.

"Kau biasanya pakai tudung pergi sekolah," tegur Rafiq sambil menarik kerusi untuk duduk.

Adawiyah menepuk dahi. "Macam mana aku boleh lupa yang Rabiatul tu stok budak-budak baik?" desis hatinya.

"Kena pakai tudung lah kiranya?" tanyanya sambil mengharapkan mereka berdua akan faham dengan kiasannya.

"Dah tu? Kau nak masuk neraka? Dah pergi masuk bilik, iron tudung sekolah kau cepat. Lambat bersiap, jalan kaki pergi sekolah. Aku tak nak lambat pergi kerja," sindir Rafiq. Nasi lemak buatan emak disendukkan ke dalam pinggan.

Adawiyah mengeluh berat. Matanya dihalakan ke arah Puan Aida yang sedang ligat membungkus nasi lemak meminta simpati.

"Tak apa. Rabi makan dulu biar mak yang pergi ironkan tudung. Nasi lemak yang siap dibungkus dimasukkan ke dalam bakul.

Bukan main seronok Adawiyah apabila mendengar ucapan Puan Aida. Namun belum sempat Puan Aida hendak bangun, Rafiq terlebih dahulu menghalang. Mati sudah senyuman Adawiyah.

"Mak duduk. Yang nak pakai tudung tu bukan mak tau tapi kau. Kau tak nampak ke mak tengah sibuk bungkuskan nasi lemak?" tanya Rafiq tidak puas hati. Sebelum ini, Rabiatul bukannya berperangai macam ini. Rabi, adiknya tidak suka menyusahkan semua orang terutamanya emak mereka.

"Ala...ye lah. Aku nak bermanja dengan mak pun tak boleh," rajuk Adawiyah dan mengangkat kaki dari situ. Kakinya dihentakkan ke lantai tanda protes. Nasi lemak yang sudah terhidang di dalam pinggan langsung tidak diusik.

"Rafiq, apa cakap macam tu pada adik kamu? Dia kan hilang ingatan," nasihat Puan Aida. Kesian pula dia melihat wajah cemberut Rabiatul.

"Mak, Rafiq tak nak dia naik lemak. Rafiq tak nak dia jadi macam Rafiq. Dulu, mak pun selalu manjakan Rafiq dan mak tengoklah apa yang dah jadi. Rabiatul yang kita kenal bukan macam tu mak. Seingat Rafiq, mana pernah dia suruh mak ironkan baju sekolah dia," hujah Rafiq untuk mempertahankan pendiriannya.

"Kamu makanlah dulu. Mak pergi tengok dia kejap," ujar Puan Aida dan berlalu dari situ. Kesian anak dara aku.

"Mak, mak." Rafiq hanya mampu menggelengkan kepala. Dia meneruskan suapan yang terhenti tadi. Harapnya cepatlah Rabiatul dapat semula ingatannya. Rabiatul versi sekarang keras kepala dan tidak mahu kalah. Sabar je lah.








Adawiyah menayangkan muka masam. Mulutnya muncung dan tangan disilang rapat ke dada. Rafiq kelihatan langsung tidak berminat untuk melayan rajuk Rabiatul.

"Nah pakai ni," ujar Rafiq sambil menghulurkan topi keledar secara kasar kepada Rabiatul. Usai memakai topi keledar, dia menghidupkan enjin motosikal arwah abah.

"Kenapa tak pakai lagi topi keledar tu?" tanya Puan Aida apabila melihat Rabiatul yang sepertinya kebinggungan.

"Mak tolong pakaikan boleh? Hehe," sengih Adawiyah sambil menyuakan topi itu kepada Puan Aida. Yang sebetulnya seumur hidup dia tidak pernah menunggang motosikal. Manalah dia tahu nak pakai topi keledar.

"Alahai manjanya dia," tutur Puan Aida sambil menyambut huluran Rabiatul. Rafiq sudah menggerakkan bebola matanya ke atas.

"Salam dulu lah. Nanti kalau dah pakai topi keledar susah pula," kata Puan Aida.

Adawiyah menyambut kekura tangan kanan Puan Aida dan diciumnya. Pipi kanan dan kiri Adawiyah dicium sekilas membuatkannya rasa bahagia. Dia dapat merasakan kehangatan kasih sayang seorang ibu.

Tangan Puan Aida ligat memakaikan topi keledar di kepala Adawiyah. Tali dimasukkan ke dalam tempatnya.

"Hoi! Nak bermanja balik nanti. Dah lewat ni," sembur Rafiq sekaligus mematikan lamunan Adawiyah.

"Hish kau ni. Sabarlah kejap," marah Adawiyah.

"Pergi dulu mak. Assalamualaikum." Adawiyah memberi salam dan membonceng motorsikal. Tangannya dilambai ke arah Puan Aida.

"Waalaikumussalam," jawab Puan Aida sambil melambai ke arah Rabiatul yang sedang pergi meninggalkannya.









Rabiatul melipat kecil tudung di bahagian pipi. Beg sekolah dicapai dan dia menghembuskan nafas perlahan. Belum pergi sekolah lagi, dia sudah berdebar.

"Ad, cepat turun sarapan. Nanti lambat ke sekolah," laung mama dari tangga bawah.

Rabiatul menilik wajahnya di cermin buat kali yang terakhir.

"Kau sekarang ialah Adawiyah. Ingat tu," pesannya kepada diri sendiri.

"Dah turun pun anak mama. Cepat duduk lepas tu makan. Nanti Pak Mat sampai," arah mama kepada Adawiyah.

Syukurlah anak gadisnya itu sepertinya sudah mampu menerima dia dan suaminya. Dia dan suaminya berjanji akan cuba mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya kepada Adawiyah meskipun gadis itu disahkan telah hilang ingatan.

Rabiatul pelik melihat Rose yang hanya memerhatikannya sambil berdiri tidak jauh dari tempat duduknya.

"Mama tak makan sekali?" tanya Rabiatul lembut.

"Tak menganggu Ad ke?" balas Rose berbasa basi. Dia jarang berbual dengan Ad selama ini. Pagi petang asyik sibuk dengan persatuan sampai terlupa dengan tanggungjawabnya terhadap Adawiyah.

"Mama temankan Ad makan boleh? ," pinta Rabiatul sambil menghadiahkan satu senyuman manis. Dia bangun dan menarik kerusi di sebelah untuk mama Adawiyah.

Rose lantas menggunakan peluang yang ada. Nampaknya Adawiyah sudah tidak sedingin dulu. Syukurlah. Tidak sabar hendak dia khabarkan berita gembira ini kepada suaminya yang kini sedang outstation di Pahang.

"Cantik anak mama bila bertudung," puji Rose sambil mengusap lembut kepala Ad yang dilitupi dengan tudung sekolah.

Rabiatul hanya tersenyum janggal. Sudah terlupa dia bahawa Adawiyah sebenarnya tidak memakai tudung. Tapi, amat mustahil baginya untuk turut sama tidak memakai tudung. Semoga pertukaran jasad antara mereka mengandungi hikmah yang dapat memberikan manfaat kepada mereka dan juga orang sekeliling.







Adawiyah membuka langkah menuju ke dalam sekolah. Pandangan dari pelajar lelaki mahupun perempuan yang sedang memandangnya pelik dia balas dengan senyuman hambar.

"Ad!" laung Rania dari pagar sekolah. Rabiatul memberhentikan langkahnya dan berpusing ke belakang. Kelihatan seorang gadis sedang melambai ke arahnya.

"Kau dah pakai tudung ke?" Rania menyoal tanda tidak percaya. Sudah dua orang bertanyakan hal yang sama. Dia menepuk dahi sendiri apabila melihat Adawiyah yang kelihatan terpingga-pingga. Dia terlupa bahawa Adawiyah telah disahkan hilang ingatan.

"Ouh maaf. Aku terlupa yang kau amnesia. Aku Rania. Kawan baik kau dan ahli kumpulan Diva Eva," ujar Rania sambil memperkenalkan diri.

"Kumpulan Diva Eva? Dah macam tajuk drama," tutur Rabiatul sambil tersenggih.

"Yup, Diva Eva. Dalam kumpulan tu, kau lah ketua. Termasuk aku dengan kau, ada empat orang ahli keseluruhannya. Semua pelajar kat sekolah ni hormatkan kau," puji Rania dan dileretkan ayat yang terakhir.

"Ye ke?" tanya Rabiatul tidak percaya. Hebat betul Adawiyah sampai satu sekolah kenal.

"Aku ni orang kenal pun disebabkan dua perkara sahaja. Satu, selalu lambat ke sekolah dan dua, didenda oleh cikgu sebab tidur dalam kelas," bisik hati kecilnya. Dia mula rasa rendah diri.

"Jom aku tunjukkan kau kelas kita," kata Rania ceria sambil menarik tangan Adawiyah supaya mengikutinya.

"Kau tahu dalam kelas kita ada budak baru. Hensem lah juga tapi perangai dia...bapak samseng. Poyo je lebih," ujar Rania dengan penuh bersemangat. Rabiatul hanya melayan dengan menayangkan muka pasrah.








Rabiatul menunggu Rania mengambil purse yang tertinggal di dalam kelas. Sekarang sudah waktu rehat. Dari tempat dia berdiri, kelihatannya ramai pelajar sedang membanjiri kantin sekolah. Hendak pergi seorang diri, dia masih belum dapat menyesuaikan diri di sekolah ini.

Semasa sedang berdiri tepat di bawah koridor tingkat atas, tudungnya tiba-tiba dibasahi dengan air. Kedua-dua belah tangan menutup kepalanya dan lantas dia membawa diri ke dalam laluan pelajar. Matanya tunak memandang ke langit. Dahinya berkerut apabila melihat langsung tiada tanda-tanda hari akan hujan.

"Eh, panas je hari ni. Macam mana tudung aku boleh basah?" desis hatinya.

#jeng3..siapa punya angkara tu?🤣

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro