Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 6: TUKAR

    Vote & comment tau klau best 💖

Adawiyah membuka matanya perlahan-lahan. Tangan naik menutup mata apabila terasa silau akibat pancaran cahaya lampu. Dia memandang ke sekeliling. Bau ubat menerobos masuk ke dalam hidung. Tahulah dia bahawa sekarang ini dia sedang berada di hospital. Apabila dia hendak bangun, kepalanya tiba-tiba sakit. Berdenyut-denyut rasa.

"Macam mana aku boleh ada di sini?" soalnya kepada diri sendiri. Serentak itu, bunyi pintu yang ditolak dari luar menarik perhatian Adawiyah. Matanya tertumpu ke arah seorang wanita yang berbaju kurung dan sehelai tudung sarung menutupi kepalanya.

"Eh anak mak dah bangun?" suara yang kedengaran ceria menyapa halwa telinganya.

Mukanya berkerut melihat seraut wajah yang amat asing baginya.

"Mak cik ni siapa?" tanya Adawiyah kepada wanita yang berumur dalam linkungan 40-an itu.

Wanita tua itu tersentak dengan pertanyaan yang diutarakan. Wajahnya berubah menjadi mendung dan kelihatannya terdapat mutiara jernih yang sedang menuruni lekuk pipi.

"Ini mak, Rabi. Rabi tak ingat mak ke?" ujar Puan Aida sambil meletakkan tangan di dadanya.

Adawiyah kebingungan. "Mak? Apa semua ni? Apa yang dah jadi sebenarnya?" getus hatinya kebingungan.

"Puan salah orang rasanya. Saya Adawiyah bukannya Rab..." Ayatnya terhenti di situ. Rabi bukankah gadis yang telah ditolong oleh dia dan pak su semalam kerana dibuli oleh manager di tempat kerja? Pak su? Mana pak su?

"Pak su!" jerit Adawiyah sambil memandang ke arah Puan Aida.

"Puan, bila saya kemalangan?" tanya Adawiyah mahukan kepastian.

"Tiga hari lepas Rabi kemalangan. Kereta yang Rabi naiki terlanggar dengan penghadang jalan sebab nak elak daripada kereta yang keluar dari simpang. Gadis yang sebaya dengan kamu tengah koma sekarang ni. Malangnya lelaki yang memandu kereta telah meninggal dunia semalam," tutur Puan Aida.

Ayat terakhir yang dituturkan oleh Puan Aida berlegar dalam kotak fikirannya.

"Tak! Mustahil pak su dah meninggal. Puan tipu saya kan? Saya tak percaya," nafi Adawiyah sambil menggelengkan kepala.

"Arghhh!" Adawiyah mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya. Puan Aida menjadi panik melihat anaknya dan segera menekan butang merah yang disediakan di situ untuk memanggil doktor.












Rafiq menemani Puan Aida di ruang menunggu.

"Mak. Tolonglah jangan menangis lagi. Kan doktor dah cakap walaupun Rabi hilang ingatan tapi kita boleh berusaha untuk bantu dia ingat semula siapa diri dia," pujuk Rafiq sambil mengelus lembut tangan Puan Aida.

"Mak sedih Rafiq. Rabi akan ambil SPM tahun ni. Mak tak nak dia tertekan," lirih Puan Aida.

"Mak ingat tak dulu mak selalu pesan pada kami adik beradik? Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Mesti Rabi akan sedih kalau dia tengok mak menangis macam ini. Kita sama-sama bantu dia. Pasal duit rawatan, mak jangan bimbang. Rafiq akan cuba cari jalan. Sekarang yang paling penting, kita doakan yang terbaik untuk Rabi," tutur Rafiq sambil mengoyakkan senyuman buat emak yang sedang bersedih.



"Assalamualaikum," laung Rafiq dari luar rumah Pak Samad. Matanya meliar memandang ke sekeliling rumah.

"Waalaikumussalam. Hah Rafiq. Apa hajat kamu kemari?" soal Pak Samad sambil memandang ke arah Rafiq yang kelihatan serba salah.

"Mari masuk dulu. Kita bincang kat dalam rumah. Leha, tolong buatkan kopi. Kita ada tetamu ni ha," laung Pak Samad dari luar rumah.

Usai melabuhkan duduknya, Rafiq menyampaikan tujuan sebenar dia bertandang ke rumah Pak Samad yang juga merupakan ayah kepada Farhan. Di dalam kampung ini, Pak Samad dikenali kerana kekayaannya dan mempunyai beratus ekor haiwan ternakan.

"Saya malu sebenarnya Pak Samad. Tapi, saya terpaksa sekarang ni. Saya dah tak tahu nak minta tolong pada siapa lagi dah," luah Rafiq sedih. Raut wajahnya yang keruh dapat dibaca oleh Pak Samad.

"Rafiq, kamu bukan tak tahu yang aku ni rapat dulu dengan arwah abah kamu. Tak payah nak malu-malu. Ada apa yang aku boleh tolong kamu?" tanya Pak Samad.

"Saya nak pinjam duit daripada Pak Samad boleh. Dua tiga hari lepas, Rabiatul kemalangan. Saya nak minta pinjam duit untuk bayar duit rawatan adik saya." Usai berbicara, dia menundukkan pandangan ke bawah. Dia malu pada diri sendiri. Kalau lah dia tidak mementingkan diri sendiri. Kalau sekarang ini, dia telah mempunyai pekerjaan, sudah tentunya dia perlu meminta seperti ini. Duit emak sudah habis digunakan utk membayar bil air dan api.

"Aku tak ada masalah untuk bagi pinjam duit pada kamu. Kamu dengan Rabiatul dah macam anak aku dah. Tapi, ada syaratnya," kata Pak Samad sambil merenung Rafiq.

"Syarat? Syarat apa Pak Samad?" soal Rafiq kebingungan.

"Kamu kena kerja dengan aku. Aku tahu kamu pun tengah mengangur sekarang ni. Kesian aku tengok mak kamu dengan Rabiatul berkerja siang malam untuk menyara kehidupan. Kamu lelaki. Tanggungjawab kamu lebih besar dan sepatutnya kamu yang bekerja," nasihat Pak Samad sambil meletakkan tangan kanan ke atas bahu Rafiq. Lelaki itu sedang menekur lantai.

"Kamu tunggu sekejap. Aku pergi ambil duit. Kamu fikirkanlah apa yang aku cakapkan tu. Nanti dah fikir masak-masak, bagi aku jawapannya. Kalau kamu menolak pun, aku tetap akan bagi pinjam duit," jelas Pak Samad.

Rafiq ditinggalkan bersendirian di situ. Dia menghela nafas berat. Tanpa dia sedar, dia telah menghabiskan masa selama dua tahun tanpa berbuat apa-apa melainkan bermain game siang dan malam.

"Eh abang Rafiq. Bila sampai?" sapa Farhan dari muka pintu. Patutlah dia nampak ada sepasang selipar yang asing di luar rumah. Dia lantas meluru ke arah Rafiq dan badan direndahkan untuk bersalam dengan lelaki itu.

"Baru je. Farhan dari mana?" soalnya kepadanya Farhan. Kelihatannya lelaki itu sedang menyandang beg sekolah.

"Tuisyen. Dah nak SPM kan, banyak lah tuisyen nak kena pergi," jawabnya sambil melabuhkan duduk di atas sofa yang bertentangan dengan Rafiq.

"Rafiq. Ini ada duit RM 500. Aku lupa nak tanya berapa yang kamu nak pakai tadi. Kalau tak cukup, datang lagi. In Shaa Allah, aku cuba tolong setakat yang mampu," sebut Pak Samad.

"Ya Allah banyak sangat ni Pak Samad. Saya ambil RM 300 je," kata Rafiq sambil memulangkan semula baki dua ratus ringgit kepada ayah Farhan.

"Dah tak payah bagi balik. Aku ikhlas nak tolong kamu. Nanti jangan lupa kirim salam pada mak kamu dengan Rabiatul," ujar Pak Samad.

"In Shaa Allah. Saya balik dululah Pak Samad. Terima kasih untuk duit ni. Pasal tawaran Pak Samad tadi, saya dah buat keputusan untuk terima. Tapi, saya nak minta izin untuk masuk kerja selepas Rabiatul dah keluar dari hospital. Saya kena hantar mak ulang-alik untuk jaga Rabiatul kat sana," terang Rafiq.

"Baiklah. Pasal kerja tu, nanti kita bincang lagi," balas Pak Samad.

Farhan yang mendengar perbualan itu tersentak. "Rabiatul sakit ke? Sebab tu ke dia tak pergi sekolah dua tiga lepas?" getus hatinya.

Nak tanya Rafiq macam pelik pula kerana dia bukannya rapat sangat dengan Rabiatul kerana mereka bukannya rakan sekelas. Dia pelajar sastera manakala Rabiatul pula pelajar kelas Sains.

"Ayah, kenapa Rabiatul masuk hospital?" tanya Farhan selepas Rafiq meminta diri.

"Dia kemalangan," balas Pak Samad pendek.

Alangkah terkejutnya Farhan apabila mendengar jawapan dari Pak Samad.

"Bila? Dengan apa? Punca kemalangan?" soalnya kepada Pak Samad bertubi-tubi. Hatinya tak senang duduk inginkan jawapan.

"Amboi kamu ni. Banyak pula soalan kamu. Dalam dua tiga hari lepas dia kemalangan," jawab Pak Samad. Hati tuanya kuat mengatakan yang anak tunggalnya itu ada perasaan kepada Rabiatul.

"Kamu ada hati dengan dia ke?" sakat Pak Samad sambil merenung Farhan.

"Man...mana ada. Han masuk bilik dulu," dalih Farhan sambil menyandang beg sekolah pada bahu kanan. Macam mana pula ayah boleh tahu?








Adawiyah memerhatikan sekujur tubuh yang sedang terbaring kaku di atas katil. Dia pening memikirkan sebab yang logik di sebalik apa yang telah berlaku. Doktor yang merawatnya sudah mengesahkan bahawa dia telah hilang ingatan tapi tak mungkin. Macam mana dia boleh dikatakan hilang ingatan jika dia masih ingat dengan jelas siapa dirinya. Cuma apa yang pelik macam mana sekarang ini dia boleh berada di dalam tubuh Rabiatul dan Rabiatul juga sedang berada di dalam tubuhnya. Kalau dia beritahu apa yang sedang berlaku pada mama dan papa, mesti mereka tidak akan percaya. Hish, serabutlah!

Kelopak mata Rabiatul bergerak-gerak.

"Kau dah sedar?" Adawiyah bangun duduknya dan merenung mukanya sendiri dengan rapat.

Alangkah terkejutnya Rabiatul melihat dirinya sedang memandang penuh teruja.

"Aku dah mati ke?" ujarnya dan turut berbalas pandangan dengan makhluk yang serupa dengan dirinya.


#Akhirnya dapat publish jugak bab ni💃
#ok @ ko? 🤧

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro