BAB 5: PANADOL
Seminggu kemudian,
Rabiatul menekan perut sambil mukanya berkerut menahan sakit. Nampaknya period pain kembali menyerang. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul dua petang. Setelah melumurkan minyak panas, rasa sakit semakin berkurang. Digagahkan diri untuk bangun kerana sudah tiba masa untuk dia bekerja. Karang lambat tak pasal-pasal kena sound dengan manager yang garang mengalahkan singa betina.
"Ad okey tak ni?" tanya Iqbal risau setelah menangkap perbuatan Adawiyah yang dari tadi sedang memicit dahi.
"Pening lah pak su. Agaknya sebab panas kot," jawab Adawiyah kepada Iqbal.
"Tu lah pak su kan dah cakap kalau tak larat tak payah shopping. Tapi, awak tu degil jugak. Tau tak cuaca kat Malaysia ni panas? Lainlah kalau kat Jepun. Bla bla...," bebel Iqbal panjang lebar.
Adawiyah menyumbatkan earphone ke dalam telinga. Pak su kalau dah membebel memang mengalahkan mama kat rumah. Macam perempuan. Dah lah dia tengah pening kepala. Kalau macam ni perangai pak su, bilalah dia boleh kahwin? Getah rambut dikeluarkan lalu dia gunakan untuk mengikat rambut yang sedikit berserabai. Mata ditutup sambil menghayati bait-bait lagu.
"Dengar lagu lagi best," bisik hatinya.
Adawiyah membuka matanya apabila terasa kereta sudah tidak bergerak.
"Kita kat mana ni pak su?" soal Adawiyah sambil menanggalkan earphone.
"Jepun," balas Iqbal pendek. Lebih kepada perli sebenarnya. Adawiyah memandang Iqbal dengan pandangan tidak puas hati. Dia buat loyar buruk pulak.
"Pak su nak keluar beli makanan tengah hari. Mama whatsapp tadi bagitau tak sempat masak. Ad nak turun tak?" tanya Iqbal sambil membetulkan rambutnya di cermin.
"Nak." Adawiyah memberikan jawapan.
"Jom," ajak Iqbal sambil membuka pintu kereta setelah selesai membetulkan rambut. Cermin kaca hitam dipakai sebelum melangkah masuk ke dalam kafe. Acah hensem lah kononnya.
Adawiyah menjulingkan bebola matanya ke atas. Pak su dan poyo berpisah tiada.
Usai membuat pesanan, mereka berdua duduk di kerusi yang disediakan di dalam kafe itu.
Prang
Bunyi gelas jatuh menarik perhatian rata-rata pelanggan yang berkunjung. Kelihatan seorang gadis sedang mengutip sisa-sisa gelas yang berterabur. Mukanya kelihatan takut. Kemudian dia melihat seorang wanita berumur dalam lewat 30-an menghampiri gadis itu dengan menayangkan muka bengis. Mulutnya terkumat-kamit seperti sedang berbicara sesuatu.
"Kau ni dah kenapa? Kau tahu tak barang-barang dalam kafe ni mahal. Gaji kau yang seciput tu takkan mampu nak bayar balik semua barang-barang yang kau dah pecahkan tu," jerkah perempuan itu kepada gadis tadi. Gadis itu tidak membalas dan menundukkan pandangan ke lantai.
"Eh budak! Aku tengah bercakap dengan kau ni. Yang kau pandang lantai apasal? Kalau dah bodoh tu, simpan sikit boleh tak?" tengking perempuan itu lagi. Kali ini dia menggunakan jari telunjuk dan menunjal kepala Rabiatul berkali-kali.
Adawiyah yang memandang adegan itu berasa panas hati.
"Perlu ke buat sampai macam tu sekali," getus hatinya. Tanpa menunggu lebih lama, dia bangun dan berjalan ke arah mereka.
"Excuse me, puan. Saya minta maaf lah terpaksa menganggu sebab saya rasa saya ada hak untuk menegur perbuatan tak bermoral puan ni," sindir Adawiyah pedas.
"Puan? Siapa ajar kau suruh panggil aku puan? Kau jangan nak kurang ajar dengan aku eh!" balas perempuan itu kasar.
"Tak ada sesiapa ajar. Orang macam puan ni perlu ke saya nak hormat? Kalau puan sendiri tak hormatkan pekerja puan, puan ingat saya sebagai customer akan hormatkan puan?" kritik Adawiyah pedas sambil berbalas pandangan dengan wanita itu tanpa rasa gentar.
"Kau!" marah perempuan itu sambil mencerlung tajam ke arah Adawiyah. Jari telunjuk dihalakan tepat ke muka Adawiyah.
"Ya saya?" tutur Adawiyah selamba. Tangan disilangkan ke dada.
Iqbal menapak ke arah mereka dengan tergesa-gesa. Risau pula dia kalau–kalau Adawiyah tak mampu mengawal emosi dan bergaduh.
"Ad, dah lah. Makanan kita dah sampai. Jom balik. Saya minta maaf lah puan kalau anak saudara saya dah biadap," pinta Iqbal kepada perempuan itu.
"Kau pun panggil aku puan!" jerkah wanita itu lantang. Adawiyah hanya menayangkan muka selamba manakala Iqbal pula sudah tak senang duduk. Dia menarik Adawiyah untuk beredar dari situ namun hampa.
"Ad takkan pergi selagi puan tak minta maaf kat pekerja puan," kata Adawiyah sambil memandang ke arah Rabiatul yang dari tadi diam.
"Awak baliklah. Saya okey. Memang salah saya pun," pujuk Rabiatul. Dia tidak kisah dimarahi seperti ini kerana ini bukannya kali pertama.
"No. Walaupun aku tak kenal kau, tapi itu tak bermaksud yang aku akan biarkan aje orang yang suka menindas orang lain," bantah Adawiyah.
Perempuan yang menjawat jawatan manager itu meninggalkan mereka di situ dan berjalan ke belakang kafe. Lebih kurang dua minit kemudian, dia datang sambil membawa barang-barang kepunyaan Rabiatul dan melempar tepat ke muka gadis itu sehingga Rabiatul terdorong ke belakang.
"Mulai saat ini, kau dipecat. Aku dah tak nak tengok muka kau lagi dah. Kau boleh berambus dari sini," halau perempuan itu sambil bercekak pinggang. Rabiatul terkedu. Mana dia mahu mencari pekerjaan selepas ini? Duit yuran SPM masih belum habis dibayar.
"Miss, saya merayu tolong jangan buang saya. Saya janji selepas ni saya takkan pecahkan apa-apa barang lagi dah," rayu Rabiatul sambil mencantumkan kedua-dua belah tangan.
"Kau tak perlu buat macam tu. Ada banyak lagi kerja lain yang kau boleh cari," pintas Adawiyah apabila melihat Rabiatul yang tampak begitu bersungguh memohon maaf.
"Kau nak aku terima kau bekerja balik? Boleh. Tapi, dengan satu syarat," ujar perempuan itu dengan angkuh.
"Aku nak kau menghadap semua pelanggan yang ada dalam kafe ni dan minta maaf pada diorang semua yang semua masalah ni berpunca dari kau. Kalau kau sanggup buat macam tu, aku boleh fikirkan untuk ambil kau bekerja semula," cabar perempuan itu sambil tersenyum kemenangan.
Keningnya terangkat sebelah sambil memandang tepat ke arah Adawiyah yang berdiri tidak jauh darinya. Budak lurus bendul macam Rabiatul memang senang hendak dibuli. Dia boleh nampak ramai pelanggan yang sudah mula berbisik sesama sendiri. Kalau perkara sampai ke pengetahuan bos, masak dia. Tapi, dia yakin kalau Rabiatul sanggup meminta maaf, secara tak langsung dia akan terselamat sama seperti sebelum ini.
Adawiyah sudah tidak mampu bersabar. Badannya tunduk dan tangannya ligat mengutip semua barang-barang Rabiatul yang dicampakkan tadi dan diberikan kepada Iqbal. Iqbal kelihatan terpingga dengan tindakanya.
"Jom ikut aku," arah Adawiyah kepada Rabiatul sambil menarik lengan kanan yang bersalut baju kerja.
"Eh awak." Terperanjat Rabiatul apabila ditarik begitu. Lengan yang dipegang kejap cuba dileraikan namun tidak berhasil.
"Kau ingat kalau kau tak buat apa yang aku suruh tadi, secara automatik kau akan dipecat," laung perempuan tadi kepada Rabiatul.
Langkah diberhentikan serta merta.
"Saya hargai niat baik awak tapi saya betul-betul perlukan kerja ni. Terima kasih dan maaf sebab dah susahkan awak," tutur Rabiatul perlahan dan kali ini dia berjaya melepaskan pegangan tangan Adawiyah di lengannya.
Adawiyah dapat melihat wajah sedih Rabiatul dan di belakang mereka kelihatan wanita tadi sedang tersenyum senang. Memang menggelegak hatinya saat ini.
Tanpa berfikir panjang, segelas air minuman yang berada di atas meja pelanggan dicapai dan...
SPLASH
Basah kuyup muka wanita tadi dengan simbahan air oleh Adawiyah. Rabiatul, Iqbal dan semua yang berada di situ sudah terlopong dengan tidakan berani mati dari Adawiyah. Wajah wanita itu jua sudah merah padam. Tinggal masa saja akan meletup.
Iqbal lantas menarik lengan Adawiyah untuk keluar. Silap hari bulan, kafe ini akan bertukar menjadi medan perperangan.
Adawiyah sekali lagi menarik lengan Rabiatul.
"Aku janji kau akan okey." Hanya dengan ayat itu, Rabiatul mengikut langkahnya. Jeritan daripada wanita itu tidak dihiraukan. Rasanya sudah tiada apa-apa yang mampu dia buat lagi.
"Aku minta maaf pasal hal tadi. Tapi, perempuan tu memang dah melampau. Dan aku yakin ini bukan kali pertama kau kena buli kan?" tebak Adawiyah memandang Rabiatul yang duduk di sebelahnya.
"Tak apalah, saya dah biasa," jawab Rabiatul lemah dan memandang ke luar kereta. Kalau dia marah pun sudah tiada gunanya.
"Mana aku nak cari duit untuk bayar duit SPM?" fikirnya sambil memejamkan mata.
Rabiatul menekan perutnya yang terasa sakit. Mukanya berpeluh menahan kesakitan sehingga menarik perhatian Adawiyah yang sedang bermain phone di sebelah.
"Eh, kau okey tak ni?" tanya Adawiyah kalut apabila melihat Rabiatul yang sudah berpeluh dan mukanya berkerut menahan sakit.
"Aw...awak ada panadol dengan air mineral tak? Saya kena period pain," maklum Rabiatul sambil menyeka peluh di dahi.
"Ada kejap," balas Adawiyah sambil menyeluk tangan ke dalam beg sandang pak su dan mengambil tablet berisi panadol lalu dihulurkan kepada Rabiatul.
"Kau memang biasa makan Panadol ke kalau period pain?" tanya Adawiyah. Dia cuba berborak dengan Rabiatul. Jujur dia rasa bersalah disebabkan hal yang berlaku tadi.
"Tak juga. Saya jarang makan Panadol melainkan kalau teruk sangat," jawab Rabiatul sambil tersenyum ke arah Adawiyah meskipun tengah menahan sakit.
Iqbal yang memandang dari kelakuan Adawiyah yang cuba beramah mesra dari cermin sisi belakang. "Rasa bersalah lah tu," getus hatinya.
"Pak su, kenapa Panadol ni rasa pelik eh?" tanya Adawiyah kepada Iqbal.
Iqbal memandang Adawiyah melalui cermin dan serta merta matanya membulat.
"Pak su, ada kereta keluar simpang," jerit Adawiyah sebelum semuanya menjadi gelap.
Bumm
# maafkan author klau ada bnyak salah sbb author first time tulis genre fantasy.. 😭
# readers semua ok ka? Mesti dh bosan kan? 😖
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro