
BAB 4: MUSLIHAT
Iqbal melangkah masuk ke dalam lif dengan tergesa-gesa. Punat ke tingkat 20 dipilih dan butang pintu lif ditekan beberapa kali untuk memaksa lif itu ditutup dengan cepat. Ada maklumat pelik yang perlu dia khabarkan kepada ketua jabatan. Dia sudah mati akal untuk memikirkan alasan yang logik di sebalik eksperimen yang dijalankan. Ada ke patut tikus A yang selama ini merupakan haiwan karnivor yang hanya memakan daging sejak dari lahir tiba-tiba bertukar menjadi tikus yang menggemari brokoli. Perkara yang sama turut berlaku kepada tikus B.
Ting
Bunyi dari lif menandakan dia sudah tiba di tingkat 20. Dengan pantas, dia menuju ke bilik ketua jabatan. Atas alasan mahu cepat, tombol pintu dibuka tanpa diketuk terlebih dahulu. Dia juga tidak dihalang oleh sesiapa kerana kebetulan tiada kelibat setiausaha yang bertugas di situ.
"Seriously sir, you want me to get rid of him after everything is done?" tanya seseorang dari dalam dengan nada tidak percaya. Kakinya tidak jadi untuk melangkah masuk.
"Yes, of course. Why should we keep him if he could be a threat to us?" soal ketua jabatan kepada Irfan. Irfan menganggukkan kepala beberapa kali tanda mengiayakan pertanyaan itu. Iqbal yang menjadi permerhati di sebalik pintu berteka teki dengan diri sendiri.
"Ancaman? Siapa?" desis hatinya.
"I want you to settle Iqbal as soon as you can. If possible, try to make it before he goes back to Malaysia. I don't want to get any other problem," tegas ketua jabatan kepada Irfan.
"Alright sir," balas Irfan patuh. Nampak gayanya dia sudah tidak mempunyai pilihan lain.
Iqbal tergamam. "Aku tak salah dengar kan?" getus hatinya. Apa kesalahan yang sudah dilakukan olehnya sehingga mereka mahu menghapuskan dia?
Setelah mendengar segala perbualan antara mereka berdua, dia lantas mengorak langkah mahu beredar dari situ. Telefon bimbit dia gunakan untuk menempah tiket kapal terbang. Lagi lambat dia pulang ke Malaysia, lagi tipis peluangnya untuk terus hidup.
Pintu masuk makmal dirempuh dengan kasar. Segala data-data yang telah direkod dimasukkan ke dalam beg. Tablet yang berisi ubat yang dicipta olehnya turut disumbat ke dalam beg sandang. Hatinya berat untuk meningalkan makmal ini dan juga dua ekor tikus yang telah dibelanya dari kecil.
"Maafkan daddy. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi. Daddy sayang sangat dengan awak berdua. Selamat tinggal baby daddy," rintihnya sebelum pergi meninggalkan makmal itu.
Dia berpaling memandang tikus-tikusnya buat kali yang terakhir. Ada sebab kenapa dia tak boleh membawa tikus-tikus eksperimennya sekali. Ada kemungkinan untuk pihak musuh tahu bahawa dia telah pun mengetahui hal yang sebenar. Jadi, sebagai langkah berjaga-jaga, dia sudah membuat keputusan untuk tidak membawa tikus-tikus itu ke Malaysia. Dia yakin mereka tidak akan membunuh haiwan ini kerana eksperimen ini masih memerlukan pemerhatian sepenuhnya ke atas tindak balas yang diberikan melalui perilaku haiwan berkenaan.
Rabiatul melangkah masuk ke dalam rumah setelah meletakkan kasut sekolah pada rak kasut yang disediakan.
"Masakkan sambal telur untuk aku. Aku lapar," arah abang kepada Rabiatul. Rabiatul mengeluh tatkala arahan itu menerobos masuk ke deria pendengarannya.
"Rabi baru balik sekolah abang. Penat pun tak hilang lagi. Rabi rehat dulu 15 minit, lepastu baru Rabi masakkan untuk abang," jawab Rabiatul.
"Okey, boleh. Tapi, kau jangan nak rehat lama-lama pula. Aku sekarang ni dah tahap kebulur tahu tunggu kau balik," maklum Rafiq sambil memandang Rabiatul yang sedang berdiri tidak jauh darinya.
"Rabi masuk rehat dulu," pinta Rabiatul kepada abangnya.
Rafiq menyambung semula aktiviti yang tergendala sebentar tadi. Seperti biasa, dia akan menghabiskan masa bermain Free Fire. Langsung tidak terdetik di hatinya untuk mencari kerja selepas tamat SPM. Alasan yang selalu diberi, kalau pergi minta kerja pun, majikan mana yang akan ambil pekerja yang pernah gagal dalam SPM? Dia lebih selesa hidup begini daripada berpeluh mencari keringat di luar sana. Lagipun, mak dan Rabiatul kan sudah bekerja.
Rabiatul menadah tangan untuk berdoa. Bait-bait kata memuji Yang Maha Esa dan tidak lupa juga kepada kekasihnya Nabi Muhammad SAW. Air matanya mengalir tanpa dipinta.
"Ya Allah, aku penat. Penat sangat-sangat. Sampai bila abang nak terus menganggur? Aku cuma berharap yang dia boleh cari kerja dan bantu ringankan beban keluarga kami. Luluh sangat rasa hati ini bila melihat mak tak henti-henti mencari duit untuk menyara kami anak-beranak. Tolong Ya Allah. Aku merayu kepadaMu, tolong ubah pendirian abang. Sesungguhnya Engkaulah pemegang hati. Hanya kepadaMu aku menyembah dan hanya kepadaMu jualah aku memohon pertolongan. Amin ya rabbal'alamin," pintanya di dalam doa.
Usai berdoa, Rabiatul duduk termenung di atas sejadah. Mulutnya terkumat-kamit berzikir kepada Ilahi.
Emak sudah berbuih mulut menasihati abang untuk mencari kerja. Hasilnya tetap sama. Abang masih lagi berkeras dengan pendiriannya yang satu itu. Bila hendak berubah, dia pun tidak tahu. Sisa air mata dilap dengan menggunakan jari. Dia hendak ke dapur masakkan sambal telur untuk abang. Emak pula mungkin ke warung untuk mengambil duit hasil jualan nasi lemak.
Adawiyah merenung pelbagai jenis lauk pauk yang terhidang di atas meja makan tanpa sebarang nafsu. Ada ketam masak lemak cili api, gulai ikan tongkol dan beberapa lagi masakan western yang dia juga tidak tahu apakah namanya. Dia dan mama memang gemarkan makanan kampung namun berbeza pula dengan selera papa. Walau bagaimanapun, bukan itu punca seleranya mati. Duduk bertentangan dengannya, kelihatan mama sedang sibuk dengan telefon pintar. Ada sahaja berita yang hendak dikongsikan dengan rakan persatuannya. Apa yang dia tahu, mama dan kawan-kawannya telah menubuhkan persatuan untuk membantu anak-anak yatim yang memerlukan. Papa pula yang berada tidak jauh darinya sedang menikmati makanan dengan berselera sekali. Adawiyah terasa hati dengan layanan dari mama dengan papa. Dia merasakan dirinya tak ubah seperti orang asing dalam keluarga ini. Lantas punggung diangkat untuk beredar dari situ. Tidak betah hendak berlama di situ.
Bunyi geseran kerusi pada lantai mozek menarik perhatian mama dan papa.
"Eh, Ad nak ke mana tu? Kenapa tak makan nasi tu? Mama masak tak sedap ke," tanya mama risau.
"Ad tak lapar. Mama dengan papa je lah yang makan," jawabnya bersahaja. Sebelum melangkah naik ke bilik, ada satu soalan yang dia teringin sangat nak tanya pada mama dan papa.
"Agaknya lah kan, kalau Ad dah tak wujud dalam rumah ni, mesti mama dengan papa tak akan rasa kehilangan kan?" sindir Adawiyah sambil membalas renungan Rose dan Kamal yang kelihatan terperanjat dengan soalan itu.
"Ad mengarut apa ni? Ad kan satu-satunya anak kami," pujuk Kamal. Mama mengangguk tanda setuju.
"Anak? Tapi, kenapa eh Ad rasa macam tak wujud dalam rumah ni? Ad nak tanyalah. Mama dengan papa pernah ke jemput Ad kat sekolah? Pernah ke pergi mesyuarat PIBG? Sampaikan bila cikgu nak bincang pasal prestasi akademik Ad pun, mama dengan papa tak pernah ada masa," luah Adawiyah sedih. Dia sudah penat dengan kehidupannya. Keluarganya kaya tapi entah kenapa dia langsung tidak merasa bahagia. Betullah apa yang orang cakap, duit tak boleh beli bahagia. Dan, dia sedang merasai semua itu.
"Kadang-kadang Ad terfikir. Betul ke Ad ni anak kandung mama dengan papa? Ad tak minta banyak pun. Cukuplah mama dan papa dapat berikan kasih sayang kepada Ad sama macam keluarga lain," hamburnya dan terus berlalu dari situ.
Panggilan daripada mama dan papa dibiarkan sepi. Pintu bilik dihempas kuat dan dia mencampakkan tubuhnya ke atas katil. Muka ditekup dengan bantal dan perlahan-lahan air matanya jatuh mengalir di pipi.
"Agaknya kalau aku dilahirkan dalam keluarga yang miskin, mesti aku akan bahagia kan?" desis hatinya.
Dia pernah nampak sebuah keluarga yang sangat daif dan menyara hidup dengan hanya mencari tin-tin kosong di sekitar tong sampah tapi mereka masih boleh tersenyum bahagia seperti tidak kisah dengan masalah kemiskinan yang dihadapi. Dia cemburu sangat dengan keluarga itu sampaikan dia pernah terbayang alangkah indahnya jika keluarga itu adalah keluarganya.
"Ya Allah, aku ingin bahagia kerana aku sudah lupa bagaimana rasanya bahagia," adunya kepada Sang Pencipta.
#Alhamdulillah done.
#guys nk tnya ni..
-cerita ni mcm nmpak sarat sgt ka dgn mesej? 👉👈(jujur tau sbb author rasa mcm tu 🤭)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro