BAB 1: SPM
Rabiatul POV
Rabiatul berlari dengan laju untuk ke sekolah. Jam tangan yang tersarung di pergelangan tangan dikerling sekilas. Lebih kurang lima minit berbaki sebelum pintu pagar sekolah ditutup. Kelibat seorang pengawas lelaki yang sedang menjaga di pintu pagar sekolah sudah mulai kelihatan. Sesampainya di pintu pagar, dia memberhentikan larian. Tudung yang sedikit senget diperbetulkan.
"Lambat lagi?" tegur seorang pengawas lelaki yang sedang menjaga pintu masuk sekolah.
Muhamad Farhan mengeluarkan sebuah buku catatan dan sebatang pen daripada poket seluar. Rabiatul tidak kisah andai namanya ditulis di dalam buku itu. Yang penting, dia perlu masuk ke dalam kelas dan belajar seperti pelajar yang lain. Peperiksaan SPM berbaki lebih kurang enam bulan sahaja lagi.
Dia tidak mahu melepaskan peluang ini. Jika dia tidak mampu menduduki peperiksaan besar itu, bagaimana pula dengan masa depannya nanti? Jika dia tidak belajar, bagaimana dia mahu mengotakan janji kepada arwah abah yang sudah pergi menghadap Ilahi.
"Maafkan saya," pinta Rabiatul sambil memandang ke bawah. Lelaki yang bernama Farhan itu langsung tidak dipandang. Dia lebih selesa jika tidak bertentang mata dengan lelaki itu.
"Pergilah masuk," arah Farhan kepada Rabiatul.
"Terima kasih," ucap Rabiatul beserta dengan satu senyuman manis. Dia meneruskan langkah untuk ke kelas. Farhan memandang belakang gadis itu.
Sebenarnya, dia kesiankan Rabiatul. Gadis itu berasal dari keluarga yang miskin dan tinggal tidak jauh dari rumahnya. Ibu Rabiatul mengambil upah menjual nasi lemak di beberapa buah gerai untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga.
Kebiasaanya, selepas pulang dari sekolah, Rabiatul akan bekerja sebagai waitress di sebuah kafe di bandar untuk mencari duit bagi melunaskan yuran SPM yang tertunggak. Semangat yang dimiliki oleh Rabiatul untuk berjaya dijadikan inspirasi untuk dirinya. Kemiskinan bukanlah penghalang untuk seseorang itu berjaya.
Cumanya, dia pelik mengapa gadis yang berumur 17 tahun itu sanggup bekerja di bandar semata-mata untuk mencari duit. Adakah abangnya tidak bekerja? Setahu dia, Rabiatul mempunyai seorang abang yang merupakan bekas seniornya dalam Kelab Bola Sepak.
"Hoi! Termenung pulak," sergah Aman dari belakang sambil menepuk lembut belakang Farhan. Matanya turut dihalakan ke arah figura yang sedang diperhatikan oleh Farhan dengan penuh minat.
"Kau syok kat dia kan?" usik Aman sambil memandang Farhan.
"Banyak lah kau. Dah aku nak masuk kelas dah ni," nafi Farhan sambil memasukan buku catatan dan pen ke dalam poket seluar semula.
"Eleh, tak nak mengaku lagi ke? Kau ingat aku tak tahu yang kau sebenarnya tak pernah sekali pun tulis nama dia dalam buku catatan tu. Bukannya sekali dia datang lambat. Orang lain kau bolehlah nak menipu. Ini Aman lah. Sekilas ikan di laut, sudah kutahu jantan atau betina," guraunya sambil mendabik dada. Farhan mula beredar dari situ. Aman bukannya boleh dilayan sangat. Makin dilayan, makin menjadi.
**********
Adawiyah POV
Adawiyah melayangkan penumbuk sulungnya ke arah seorang pelajar lelaki. Sebiji penumpuk yang singgah tepat di hidung Afiq membuatkannya hilang keseimbangan lalu terjatuh ke belakang.
Suara pelajar dari kiri dan kanan yang sedang bersorak menjadikan Adawiyah semakin berani untuk menghadiahkan penumbuk untuk kali yang kedua. Darah pekat mengalir keluar dari batang hidung Afiq. Tenaga yang dimiliki oleh Siti Adawiyah setanding dengan tenaga seorang lelaki. Afiq mengesot ke belakang apabila mendapati Adawiyah yang sedang mara ke arahnya tanpa rasa gentar.
"Ad, sudahlah. Jangan bergaduh lagi boleh tak? Nanti cikgu disiplin datang habis kita!" pujuk Rania sambil menarik lengan Adawiyah untuk beredar dari situ. Namun, tarikannya tidak berhasil.
"Kau nak suruh aku pergi macam tu je? Kau sedar tak apa yang dia dah buat pada kau? Dia dah jatuhkan maruah kau. Maruah sebagai seorang perempuan," bangkang Adawiyah keras.
Gelaran Ad sudah sebati dengannya semenjak mereka menubuhkan kumpulan Diva Eva. Rania diam tidak membalas. Memang betul lelaki itu cuba mencabulnya, tetapi ini sekolah. Apa yang Ad lakukan boleh dikenakan tindakan disiplin yang berat. Dalam hati tidak berhenti menyeru nama Atin dan Syifa.
'Mana pulak lah perginya budak dua orang ni?' gumamnya di dalam hati. Nak harapkan dia seorang diri untuk menghalang Adawiyah memang dia tidak mampu.
"Apa kecoh-kecoh ni!" jerkah Cikgu Zambri sambil memegang sebatang rotan panjang.
Pelajar yang berkerumun untuk menyaksikan kejadian itu sudah hilang entah ke mana. Siapa yang tak kenal dengan Cikgu Zambri? Cikgu disiplin yang tergarang di abad ini. Jerkahannya mampu membuatkan pelajar terkencing di dalam seluar. Tapi tidak bagi seorang pelajar yang bernama Siti Adawiyah. Dia tidak akan berganjak walaupun disebat kerana dia yakin jika dia tidak bersalah, mengapa harus dia takut?
"Kamu lagi?" Cikgu Zambri mengelengkan kepala apabila melihat Adawiyah.
"Siti Adawiyah, Afiq dan kamu, ikut saya ke bilik pengetua. Sekarang!" arah Cikgu Zambri dengan intonasi yang tinggi. Rania diam tidak berkutik. Dikerling Afiq yang sedang mengesat hidungnya yang berdarah dengan belakang tangan. Adawiyah pula hanya menayangkan raut wajah selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku.
*************
Di bilik pengetua
"Baiklah, Datuk. Maafkan saya sekali lagi kerana menganggu," ucap pengetua sekolah di telefon. Dia terpaksa memaklumkan berita pergaduhan antara Adawiyah dan Afiq kepada waris masing-masing.
"Adawiyah, papa kamu tidak dapat datang. Tapi dia ada wakilkan Encik Ahmad. Kejap lagi dia sampai," maklum pengetua. Tidak berapa lama selepas itu, ibu kepada Afiq datang dan mencerlung tajam ke arah Adawiyah.
"Apa masalah kau dengan anak aku hah! Anak aku tak lama lagi nak duduki SPM. Kau boleh tak jangan kacau hidup dia?" tengking Puan Maria. Selepas dia diberitahu bahawa Afiq telah ditumbuk oleh seorang pelajar perempuan sebentar tadi, terus dia memecut kereta datang kesini.
Hidung Afiq yang disumbat dengan tisu menyakinkan dia bahawa anaknya langsung tidak bersalah. Berasap telinga Adawiyah mendengar bebelan dari Puan Maria. Namun, dia tidak akan bertindak mengikut emosi. Dia cuba menenangkan diri sendiri.
'Kau boleh setlekan semua ni. Trust yourself. Ini Adawiyah la' getusnya di dalam hati.
"Excuse me, mak cik. Saya nak minta maaf in case apa yang saya akan cakap selepas ni akan mengguris hati mak cik. For your information, saya pun akan duduki SPM juga tahun ni. Dan apa kata mak cik tanya pada anak kesayangan mak cik ni apa yang dia dah buat pada kawan saya?" sindir Adawiyah pedas sambil memandang sinis ke arah Afiq yang hanya diam dari tadi.
Puan Maria berpaling menghadap wajah Afiq.
"Afiq tak salah kan? Mama tahu anak mama ni baik orangnya. Mama yakin sangat orang yang bersalah dalam hal ini ialah perempuan ni," tuduh Puan Maria sambil menghalakan jari telunjuk ke arah Adawiyah. Tidak lama selepas itu, dia mengusap lembut bahu anaknya tanda memberikan kekuatan.
"Wau, anak kesayangan rupanya! Bravo," suara Adawiyah sambil menepuk tangan.
"Kau tak nak cerita ke hal yang sebenar kat mama kau?" tanya Adawiyah. Kali ini, jika Afiq tidak mahu menjelaskan apa yang susah terjadi, dia akan buka mulut. Biar satu sekolah tahu apa yang sebenarnya Afiq dah buat pada Rania.
Tiada gelengan mahupun anggukan dari Afiq. Lelaki itu masih diam seperti tadi. Adawiyah sudah mula hilang sabar.
"Agaknyalah kan, apa perasaan mak cik kalau dapat tahu yang anak kesayangan mak cik ni sebenarnya dah buat benda terkutuk di belakang mak cik? Kalau mak cik nak tahu Afiq ni sebenarnya nak rogol kawan saya, Rania," ujar Adawiyah sambil memandang ke arah Rania yang dari tadi asyik menunduk memandang kasut sendiri.
Semua yang berada di situ sudah terlopong mendengar bicara Adawiyah.
"Ka... kau cakap apa ni? Apa yang kau mengarut ni? Anak aku bukan macam tu!" bangkang Puan Maria tegas. Mustahil. Dia tidak percaya. Tak mungkin Afiq akan sanggup melakukan perkara terkutuk macam tu.
Dia merenung mata Afiq dalam dan mengharapkan anaknya akan menafikan tuduhan itu namun hampa. Tiada sebarang bantahan yang keluar dari mulut Afiq. Sepertinya ada emas di dalam mulut lelaki itu.
"Mengarut? Tak, saya tak mengarut. Rania...bagitahu mereka semua apa yang si durjana ni cuba buat pada kau," arah Adawiyah sambil memandang ke arah Rania.
Rania lantas menggeleng tidak mahu. Dia takut andai lelaki itu akan bertindak lebih kejam selepas ini.
"Kau pilih nak bagitau hal yang sebenar atau biar aku je yang buka mulut?" ugut Adawiyah. Dia sudah tidak mampu bersabar lagi.
Rania tersepit. Dia memandang ke arah Afiq yang sedang berdiri tidak jauh darinya. Pandangan semua orang kini sedang dihalakan ke arahnya dan menanti jawapan daripadanya.
#ok lg ka? Ka KO dah? 🙈
#tq kpd yg sudi baca
#jgn lupa vote dn komen 🤧
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro