Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 8

"Apa maksud, Tuan? Saya tak buat apa-apa pun lah." Soalku masih lagi dalam posisi yang sama. Ya, aku lupa dia ialah lelaki yang sudah berumur, pasti dia sudah banyak pengalaman tambahan lagi pengusaha. Sudah tentu ini trik lapok bagi dia.

"I atau saya ya?" Soal Tuan Nathanyel masih lagi dibelakang aku. Aku terkunci dengan posisi yang sungguh memalukan ini! Di hujung ayat dia terkekeh sinis, Tuan Nathanyel mungkin memerli aku kerana sekejap aku menggunakan 'I' sekejap 'Saya'. Dia semakin mengeratkan pegangan dibelakang aku. 

"Jangan mulakan permainan kalau tak mampu kawal permainan, kamu nak saya atau Damon. Kamu tahu tak? Saya ni dah berumur? Saya Duda. Kamu juga tahukan banyak risiko kalau suka dengan duda?" perlahan dia berbisik sembari mengikut menunduk dibelakang aku. Tubuh antara kami semakin merapat sudah tiada ruang yang ditinggalkan antara aku dan dia. Tipulah kalau aku tak rasa 'sesuatu' itu. 

Aku tidak tahu apa yang merasuk. Sedari tadi aku tidak rasa takut melainkan terkejut dengan perbuatan dan pengakuan dia tentang air tadi. Macam mana dia nampak aku letak ubat tidur? Mungkin aku buat kerja tak berhati-hati.

Aku sembunyi senyum jahat. Aku cuba untuk melepaskan diri dengan merenyah-renyah namun dalam masa yang sama aku mendekatkan  lagi posisi tubuh antara kami.

"I nak you, Mr. Parker." Ayat itu saja membuatkan pegangan dibelakang aku terlepas. Aku dapat rasakan dia tak selesa kerana aku membuatkan tubuh kami semakin merapat dan ayat yang baru saja aku ujarkan. Gila? Memang! Daripada awal aku bertemu dia selepas dapat tahu Damon curang, aku berminat dengan bapa dia. Salah ke?

Dia duda. Tiada peneman, kalau ada peneman pun, peneman tu dah curang dengan anak bakal suami sendiri. Kalau pun Damon tak curang aku akan tetap mahukan dia. Nathanyel Luis Parker. Entah, apa yang membuat aku tertarik dengan dia. Cara dia bercakap? Tidak. Cara dia berjalan? Tidak. Cara dia yang sungguh berwibawa dan ada satu rasa dan ciri khas? Tidak. Aku perasan semua itu tapi bukan itu yang membuatkan aku suka pada dia.

Tapi mata dia, bibir dia, senyuman dia. Aku suka dia. Aku tahu dia lelaki baik, dia tak pernah curang itu yang Damon pernah ceritakan kepada aku suatu ketika dahulu disaat kami bercinta. Ak

Kini aku yang tadi berdiri membelakangi dia menoleh perlahan ke arah dia. Tuan Nathanyel yang sedang memerhatikan aku dengan sesuatu. Aku suka pandangan sesuatu itu. Aku tatap matanya lama. Ofisnya yang samar-samar ini membuatkan aku ingin mendekat dengan dia.

"Kenapa? Kenapa lepaskan saya?" Aku membuat muka kecewa sembari berjalan mendekati dia. "Kenapa tak buat saya macam mana Tuan buat dekat Emma? Dia dah curang dengan, Tuan! Saya—" aku menarik nafas pelan dan dihembus pelan. Aku dapat tahu kenapa Emma jumpa dia di ofis kerana malam itu dia dan Tuan Nathanyel bersama. Jijik. Namun aku tetap mahukan Nathanyel.

"Saya sanggup rekod video dan bagi dekat Tuan tentang Emma dan Damon! Saya—kecewa dengan Tuan." Aku menunduk. "Saya tahu sebab Emma ada mesej saya dan bagi gambar Tuan dan dia sedang tidur bersama, dia ambil gambar tuan yang sedang tidur rapat dengan dadanya." Oh shit. Aku tak patut beritahu sedetails ini. 

Tuan Nathanyel hanya senyap, riak wajahnya datar namun sorot matanya tampak serbesalah dan tertanya-tanya. Namun, setelah dia melihat aku sedang menunggu sesuatu keluar daripada mulutnya dia berjalan ke arah aku. Berhenti tepat didepan aku .

"Rehatlah. Saya tahu kamu penat. Esok kamu cuti." Nafasnya menderu lembut di ubun-ubun kepala aku. Aku ingat dia ingin mencium aku namun sangkaan aku meleset kecuali dia menekan punat untuk membuka pintu bilik, dan punat itu di tepi lampu meja yang dia katakan.

"Salah kah kalau perempuan muda macam saya inginkan lelaki tua?" Aku berbisik perlahan namun dengan suara yang cukup menggoda sembari itu aku semakin mendekatkan lagi tubuh antara kami. Tiada ruang.

Aku mahu dia.

"You tak jijik dengan Emma? Bekas anak you punya?" Aku tukar panggilan lagi.

Klak! Zeee!

Bunyi satu pintu diruangan ditengah rak bukunya bergerak dan terbuka. Mungkin, Tuan Nathanyel dah dapat mencapai dan menekan.

Aku hanya berdiri statik betul-betul rapat dengan badannya. "Rehatlah." Bisik Tuan Nathanyel dan perlahan-lahan berjalan mengundur daripada aku seraya bibirnya mencipta senyuman manis. "Kalau mahu apa-apa telefon saja. Saya minta diri dulu."

Dia terus berjalan melepasi meja.

Aku menoleh menatap tubuh tegapnya daripada belakang berlalu pergi. Aku tersenyum sini.

Apa? Kalau nak apa-apa telefon dia? Hahaha, aku nak kau lah orang tua.

======

JAM 2:40 pagi.

Aku terjaga dan merasakan perut aku berbunyi menandakan dia lapar. Aku bangkit daripada tidur dan melihat sekeliling, semua hanya bilik Tuan Nathanyel yang cantik. Berwarna putih dan emerald menjadikan bilik ini gah.

Aku tak pernah tahu ofisnya ini ada bilik.

Aku turun daripada katil ingin mencari makanan kalau ada. Kaki aku yang tidak memakai apa-apa dan tubuh aku hanya tersarung baju kemeja putih milik lelaki itu tanpa pakaian dalam dan sebab baju salinan aku semua aku simpan di bilik sewa aku.

Mata aku dililaukan melihat sekeliling sekali lagi.   Mana tahu ada makanan, namun hampa. Tiada. Hanya pakaian-pakaian mewah, jam tangan, perfume dan lain-lain—semestinya itu bukan makanan.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

"Kalau mahu apa-apa telefon saja. Saya minta diri dulu."

Ayat itu. Hehe. Laju kaki aku menuju ke arah katil dan mengambil telefon di atas rak kecil tepi katil itu, nombor telefon Tuan Nathanyel di dail. Tak tunggu lama dia menjawab panggilan aku.

"Ya?" Suara serak-serak basah seperti baru bangun dari tidur. Sungguh seksi! Suaranya berat dan dalam. Sungguh enak didengari.

"Tuan Nathanyel boleh tak saya nak pesan makanan? Saya lapar. Rider boleh naik atas ke?" Soalku. Sebenarnya, aku nak suruh dia yang datang hantar makanan tapi malu pula. Jadi aku minta order makan online je.

"Eh, jangan. Mana boleh rider naik atas. Kamu sorang je tu. Sekejap. Sekejap lagi saya sampai. Kamu nak makan apa?" Aku mendengar dia seperti bangun daripada baring sambil bercakap denganku.

Aku senyum sinis. Aku tahu, dia risau kalau lelaki lain rapat dengan aku. Atau—dia tahu aku pakai macam ni? Seketika mata aku memandang sekeliling. Mana tahu ada cctv. Kalau aku tahu memang aku tak pakai baju!

"Pizza dan hot chocolate. Lepas tu kalau boleh semua tu nak dua. Tapi betul ke ni, Tuan boleh datang? Kalau tak boleh tak apa, saya boleh turun dan beli sendiri di luar." Ujarku dengan nada suara datar dan sedikit sedih namun riaksi wajahku tatkala ini sungguh sinis. Aku gigit tepi bibir. Membayangkan apa yang akan jadi seketika nanti.

"20 minit lagi saya sampai. Tunggu. Jangan keluar daripada situ."

Panggilan ditutup oleh dia.

Aku memeluk tubuh, memikirkan bagaimana ingin membuat dia jatuh dalam genggaman aku. Salah ke obses dengan bapa orang? Tak salahkan?

Aku tak mahu Damon, aku mahu dia. Tuan Nathanyel Luis Parker.

1190 kata!

Mesti korang tak sabarkan nak tunggu part dorg comolot. Hehehe. Sabar. Slowly but surely. Ehek. Hahahaha. Lagi 2 bab saja berakhir juga kisah mereka. Macamana ni? Damon nak dekat Chiara. Tapi mesti ramai kan dah dapat agak apa yang akan jadi antara mereka.

Mesti Chiara pilih Nathanyel, kan?

Okaylahhh esk atau lusa saya update lagi tauu.

Jangan lupa, vote, komen dan kalau ada yang tertinggal atau salah silakan tegur. Sbb wattpad saya ni prob sikit kalau tulis citer.

Sayang semua yang baca ni ❤️🤭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro