CHAPTER 7
"Apa hubungan daddy dengan Chiara?" Damon menyoal sambil menghirup Cappuccino sembari beriak tenang di hadapan aku, Tuan Nathanyel dan juga kekasih gelapnya. Emma. Wanita jalang itu hanya menatap aku sinis dan sedikit sebanyak dia menciptakan wajah mengejeknya. Yelah, kerana dia duduk disebelah Nathanyel manakala aku duduk di sebelah Damon.
Aku juga hanya beriak angkuh di hadapan dia.
"Daddy dengan Chiara hanya pekerja dan boss. Itu saja." Jawab Tuan Nathanyel datar. Sedikitpun dia tidak berminat dengan sentuhan lembut yang dia terima daripada Emma. Sorot mata itu sesekali mencari pandangan ke arah aku.
"Tapi, apa salahnya kalau kami ada apa-apa pun kan?" Sampuk aku lalu mencapai ais coklat mocha yang dihidangkan. Mereka bertiga serentak menoleh ke arah aku. "Yelah, yang sepatutnya jadi ibu tiri you dah gaul. Takkan daddy..." Semasa menyebut 'Daddy' nada segaja aku leretkan dan membuat gaya menggoda memandang ke arah Tuan Nathanyel lalu dikenyitkan mata aku.
Damon yang perasan akan hal itu wajahnya menjadi merah. Semerah tomato. Hahaha. Marah? Biarlah.
"You nak ambil bekas you ni? yang entah berapa jantan dia bersama ni?" Berani. Aku memang berani. Sebab aku—takkan aku nak suruh lelaki hebat dihadapan aku ini merana akibat isteri curang dengan anak sendiri? Kan? Panggilan semua sudah bertukar. Aku hanya menginginkan ke adilan untuk Nathanyel. Aku tak tahu mungkin darpada sudut pandangan aku Tuan Nathanyel sangat lembut melayani anaknya. Tampak darpada riak wajahnya saat memandang ke arah Damon. Dia akan mengalah jikalau Damon menyatakan dia mahu aku semula.
Jadi aku kenal lawan. Aku tak mahu dengan lelaki yang pernah bersatu dengan bakal ibu tirinya. Sungguh menjijikkan.
"Mulut kau jangan kurang ajar, ya?" Emma menaikkan nada suaranya beberapa oktaf. Aku menjelirkan lidah kepada dia. Baru saja dia mahu menaikkan tangan untuk menampar aku ada satu tangan sasa menahan tangannya. Nathanyel dan juga Damon menahan tangan wanita itu daripada melempang wajah aku yang bahkan lebih cantik daripada dia ini.
Nampak sesekali Nathanyel ingin tersenyum namun dia datarkan semula riaksi wajah kacaknya itu saat Emma menjengilkan biji matanya ke arah Tuan Nathanyel.
"Yup, memang kena kurang ajar. Kau hanya wanita tua yang menjijikkan." Aku memandang ke arah Damon yang hanya menoleh ke arah Cappuccinonya. "Lagipula biarlah daddy you dengan I kan? Kita tukar pasangan. You dengan perempuan murah ni, I dengan daddy..." Sekali lagi aku memandang ke arah Nathanyel ternyata dia juga sedang memandang aku bersama pandangan yang...sesuatu.
Damon berhenti menghirup Cappuccino dan meletakkan cawan itu ke atas meja. "Kenapa? Kenapa you ni? You gila ke? Dia bapa I!"
"Habis tu? Sebelum you sentuh Emma, you sedar tak? Dia bakal ibu tiri you? Bakal isteri kepada bapa you?" Kalini persoalan aku Damon tak mampu jawab. Wajahnya berubah tegang. Aku tahu ada sesuatu yang ingin luahkan namun tidak disni. Masih ada bapanya.
"Macam inilah disebabkan semua dah tengok video tersebut apakata kita lupakan saja? Itu benda normal kan? Sebagai tanda pengenalan antara bakal ibu tiri dan anak tiri..." Emma menyampuk bersama wajah tidak bersalah. Riak wajahnya sungguh membuatkan aku ingin melempang wajah solekan 1000 inci itu.
Baru saja aku mahu membuka mulut kerana aku tahu Tuan Nathanyel takkan membuka mulut dia sedari tadi hanya senyap tanpa kata-kat—
"Apa perasaan you dan Damon bila I dan...erm... Chiara pun berkenalan dengan cara yang sama?" Sembari dengan akhir ayat Tuan Nathanyel terus menatap aku semula bersama bibirnya yang mencipta senyuman seperti ingin memberikan aku isyarat bahawa 'Iyakan saja apa yang saya katakan.'
Aku senyum dan angguk...
Walaupun kami tak pernah buat begitu. Aku angguk jugak. Kini tatapan aku beralih ke arah Damon yang sedari tadi menunggu reaksi aku.
Aku gigit bibir bawah seraya mencapai ice coklat yang tersedia di atas meja lalu dihirup pelan. Membiarkan Damon menunggu aku beberapa saat. Ini salah satu untuk membalas dendam, dan menghargai diri sendiri sebagai seorang wanita yang bervalue tinggi. Membuat lelaki menunggu beberapa saat dengan perasaan penuh penasaran.
"Iya... Adakah itu patut diterima, Damon? Emma?" Soalku kepada mereka berdua sembari melihat mereka bergilir-gilir.
"Tidak! Kenapa you buat macam tu? You tu lelaki tau tak?!" Emma terus berdiri dan meninggikan suara ke arah Tuan Nathanyel. Wajahnya mulai memerah seperti menahan amarah.
Aku pula memandang sekeliling, ada beberapa pasang mata memandang ke arah kami. Aku hanya memberikan mereka senyuman manis sebagai tanda minta maaf sebab mengacau suasana makan mereka.
"Tak perlu tinggikan suara. Kau buat dengan Damon, Tuan Nathanyel tak tinggikan suara pun dengan kau." Tegur aku bernada datar. Aku membuat reaksi menganjing ke arah lalu memainkan mata ke arah sekeliling bahawa ramai yang memerhatikan kami.
Aku yang pilih kafe murah ini. Kafe yang selalu ramai orang. Aku nak lihat bagaimana sikap Emma si mata duitan itu.
"I tak kira. Hujung bulan ni kita perlu bersama. Alang-alang you dah berkenalan dengan bapa angkat I ni. Kita kahwin." Putus Damon tidak pedulikan dengan Emma. Dia hanya menatap marah ke arah Cappuccinonya.
Aku pula hanya menayangkan riak biasa meskipun agak terkejut dengan penyataan itu tapi aku perlu sentiasa bersikap tenang untuk menghadapi lelaki curang ini.
"Okay. Tapi kamu tak kisah ke, tu kan daddy dah—"
"Tak. Tak peduli. Walaupun daddy dan Chiara dah pernah bersama." Tangkas Damon pantas. Dia cuba untuk beriak tenang walaupun aku tahu dia masih rasa serbasalah kepada daddynya. Tuan Nathanyel.
"Tapi daddy tak mahu aunty Emma."
"What?!" Emma sudah gelisah seperti orang gila. "Apa maksud you, Luis? Kenapa you tak mahu pula dengan I?"
Tuan Nathanyel mengerling ke arah Emma disebelah, dia hanya duduk dengan ciri khas tanpa reaksi. Tatapan dia datar.
Aku memandang Damon pula dia hanya menunduk sambil sesekali melihat tangan aku yang berada di atas riba aku sendiri setelah itu senyuman yang sukar aku tafsirkan tertayang di bibirnya.
=====
Aku hanya memandang belakang tubuh Tuan Nathanyel yang kini membawa semula aku ke tempat kerja kami. Dah tengah malam kut. Lepas saja aku minta pulang duluan tadi semasa perbincangan sudah selesai tatkala itu juga Tuan Nathanyel ingin pergi dan kami bertemu di luar kafe.
Aku tahu Damon nampak kami di luar bersama. Aku dan Tuan Nathanyel hanya saling menatap tanpa ada apa-apa patah perkataan yang keluar daripada mulut.
"Mari, I—ehem... Saya tunjukkan awak bilik sementara, esok saya bawa awak pergi rumah sewa pula. Sebab ni dah larut malam jadi kita—ehem! Awak tidur di bilik yang ada dalam ofis saya dulu." Ujar Tuan Nathanyel seraya menekan punat tingkat di dalam lif. Aku hanya mengangguk perlahan. Wajah Tuan Nathanyel nampak lain malam ini.
"Maaf sebab masuk campur urusan family yo—erm, Tuan." I ke you, panggil Cinta hatiku orang tua hot karang! Dia tersasul aku pun tersasul. Yelah, daripada tadi siang kut berlakon depan Emma perempuan jalang tu.
Aku menoleh ke arah Tuan Nathanyel yang seperti dengar tak dengar saja apa yang aku katakan. Dia seperti pening. Kenapa ya?
Oh ya. Dalam kereta tadi semasa dia memandu aku keluarkan air mineral daripada beg dan telah aku campurkan dengan ubat pening untuk mengantuk. Aku tahu, aku takkan dapat goda dia apabila dia dalam keadan seratus peratus sedar jadi... aku buat dia menjadi separa sedar.
Aku sembunyi senyum. Telinganya mula memerah.
"Tuan okay tak?" Dengan perlahan aku menampung badan sasanya yang hampir terjatuh. Tepat sampai saja pintu lif terbuka, aku terus menampung badannya sambil berjalan bersama ke arah ofis miliknya.
"Ss-ya pen-ning."
Aku terus membawa masuk dia ke dalam ofis, "Mana biliknya Tuan?"
Jari telunjuknya naik menunjukkan ke arah mejanya, aku memandang kearah mejanya pelik namun aku mendekati juga meja itu dan membawa dia sekali.
Setelah sampai di mejanya, aku meletakkan dia di kerusi empuk miliknya, "Mana tuan?" Sambil aku memandang dia yang sedang seperti menahan untuk mata tidak terlelap. Permainan aku berjaya. Apa yang aku buat ini, hanya untuk membuat Tuan Nathanyel menjadi hak aku. Aku tak mahu Damon. Aku hanya mahu bapa dia.
"Tu dekat bawah lampu." Tunjuknya ke arah lampu meja yang sedikit rendah itu membuatkan aku membelakangi nya dan menunduk sedikit untuk melihat mana yang dikatakan bawah lampu itu. Sedang aku meraba-raba tatkala itu—
Ssap!
Tubuh aku ditarik dan didudukkan ke atas pehanya membuatkan mata aku membulat terkejut. Shit!
"Orang muda macam you ajak I permainan macam ni? Seriously? How dare you, Ms. Chiara Nylili..." Suara itu berat berbisik ditepi bahu aku. Hembusan nafas yang masih berbau kopi membuatkan aku hanya mampu terdiam tidak mampu berkutik. Tangannya yang satu itu berada di bahagian perut aku, manakala satu lagi berada di leher aku.
Mencekik aku dengan perlahan namun agak menyeksakan.
"Tu—an?"
"Sejak bila you berminat dengan orang tua macam I?" Soal Tuan Nathanyel sedikit keras. "You nak Damon atau I?"
Aku memejam mata seketika namun baru saja aku mahu menjawab dia terus berdiri dan meletakkan badan aku yang menunduk ini ke arah meja. Membuat posisi aku menonggeng membelakangi dia, dan dia sedang berdiri di belakang aku.
"I tahu air yang you beri itu, ada ubat tidur. Permainan lapok, sayang..."
Dia merapatkan tubuhnya di belakang aku membuatkan tubuh badan aku automatik menengang.
Sial! Aku lupa dia bukan lelaki muda yang tak banyak pengalaman tapi dia lelaki tua yang terlalu banyak pengalaman.
1300kata!
Korang jangan tak follow ig saya. Haaa banyak spoiler tauu kat sana btw sorry tau lama tak update saya down. Siapa yang tahu dia tahu lah kan. Sedih wak. Hihi. Tapi dah okay ni. Esk kita update lagi okay? Kalau macam cerita saya macam kaku ke apa ke maaf tau saya akan edit sikit part ni. Sebab saya tulis masa saya down and tak semangat nak sambung tapi sebab ramai juga yang sudi support saya, bagi kata-kata semangat saya hargai dan ini dia. Saya usaha juga buat walaupun banyak kurang. Maaf sangat. Hehe saya akan perbaiki lagi tauu! Thankyouuuu tauu!! 💕😚
Btw, korang kalau nak follow ig saya bagus juga tau sebab saya akan buat shortstory dekat sana. Kalau korg sudi mehlah follow hasyakurratu
Haaa tadaaaaa. Ni just oneshot story yang saya akan publish di feed ig. Nanti sudi ii tau baca. Love you!! 😘💕
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro