Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 5


"Miss, awak nak Cafe Latte atau Cappucino?" soal staff manis dihadapan aku ini. Dia sedang menekan-nekan sesuatu di skrin cashier.

"Cafe latte lepas tu saya nak brown sugar ya? Sikit je." Ujarku sambil membalas senyuman dia. Manis sungguh gadis ini. Dia kembali menekan-nekan di atas skrin cashier itu. Setelah itu, kembali melihat aku. Aku sudah bayar.

"Anything else, miss?"

Aku geleng perlahan.

"Okay, miss boleh duduk dulu tau. Nanti dah siap saya akan panggil ya, erm—Miss Chiara," ujarnya sembari itu mata kembali ke skrin cashier untuk melihat nama aku yang dia minta tadi. 

"Terima kasih, Alessia." aku tersenyum lalu aku berlalu pergi mencari tempat duduk. Malam dikota itali ini tidak lah ramai mana singgah di kafe ini, bagi aku sungguh menyenangkan kalau ingin rasa keseorangan untuk seketika. 

Reka bentuk juga ubah suai di dalam kafe ini juga sangatlah santai tapi dalam masa yang sama elegan. Sungguh aura klasik dan aura mahal bergabung menampakkan dia elegan.

Aku mengambil tempat duduk di luar kafe, ingin mengambil angin malam. Malam ini, di luar tidak sunyi. Masih ramai manusia yang mungkin baru pulang kerja, ingin pergi kerja Dan lain-lain. Aku memerhati manusia hari ini yang sibuk dengan dunia dan masalah masing-masing. Sedang enak aku menikmati suasana malam di kota Milan Itali ini bunyi kerusi dihadapan aku ditarik.

Seketika mata aku membulat kedatangan yang tidak si dia yang tidak dialu-alukan. Damon. Lelaki gila lubang bakal ibu tirinya. Jantan gila!

"Kenapa you lari daripada I? I pergi rumah sewa you dah tak duduk sana. You pergi mana?" Soal Damon bersama wajah yang memang sedari tadi sudah tegang.

Aku hanya melihat dia atas bawah sebelum memeluk tubuh sendiri dan menyandarkan badan ke tempat penyandar kerusi. Riak wajah biasa aku pasang. Sebenarnya, aku mengambil masa dan menjauhkan diri aku daripada dia kerana ini. Kerana aku perlu betul-betul bersedia hadapi lelaki daripada keturunan Parker ini.

Damon Vairel Parker.

"Kenapa? I rasa macam I dah banyak sangat susahkan you, why not kita putus. Tak ada apa-apa?" Ujarku cuba psiko dirinya dengan ayat seperti aku ni 'beban' baginya.

Damon menghela nafas berat dan memejam mata seketika sebelum merenung aku kembali. "I tak pernah cakap you beban pada I. Why? Kenapa tiba-tiba you nak jauhkan diri daripada I? I ada buat salah ke?" Suara lelaki itu memberat. Wajahnya tampak letih juga tidak bermaya.

Sedikit sebanyak rasa kasihan menyelubungi diri akan tetapi mengingatkan perilaku dia terhadap lelaki yang menjaga dia sedari kecil membuatkan rasa kasihan itu tenggelam dengan rasa jijik yang mengunung hendaknya.

"You tak cakap, tapi mana tahu hati you yang cakapkan?" Aku menoleh ke sisi setelah melihat gadis manis tadi Alessia menghantar minuman Cafe Latte untuk aku.

"Maaf ganggu miss, tadi saya panggil mungkin miss tak dengar, jadi saya hantar." beritahu gadis itu manis bersama senyuman manis sembari meletakkan Cafe Latte aku di atas meja.

"Thank you, dan maaf sebab tak dengar." Aku membalas anggun bersama senyuman juga. Membalas senyuman manis daripada dia.

Alessia mengangguk manis dan terus berlalu pergi.

Kini mata aku menoleh ke arah Damon yang sedari tadi memerhatikan aku. Lelaki itu memang kacak sempurna tapi sayang, cacat nafsu. Nafsu gila. Keparat.

"Mungkin, I patut bersyukur I tak ada ibu. Ibu I buang I mungkin sebab dia tahu I akan jumpa lelaki manusia binatang macam you," tenang aku bicara sembari menghirup hot cafe latte aku. Tatapan datar aku berikan pada Damon. Riak wajahnya berubah dan sedikit terkejut namun cepat-cepat dia sembunyikan.

"Apa maksud you? I tahu ibu you buang you, kenapa nak cerita dekat I benda yang menyakitkan you? I kat sini, Nylili."

Aku tersenyum senget. "Yelah, mana lah tahu kan kalau ibu I pun you bersemai kasih asmara macam mana you bersemai kasih asmara dengan—bakal ibu tiri you? Kan?" Sinis. Mata aku tidak beralih kemana-mana—hanya menatap wajah yang mula memucat itu. Dalam hati aku dah tergelak besar mengingatkan yang dia sedar bahawa setinggi manapun kekayaan lelaki seperti dia itu pasti akan jatuh kerana nafsu yang merosak keiman pada Tuhan. Bukan sekadar merosak iman, maruah, kewarasan juga kemaluannya. Rosak. Menjijikkan sekali.

Baru saja Damon mahu membuka mulut aku membuka telefon aku dan memberi Damon video dan gambar-gambar tidak senonohnya itu kepada  nombornya.

"Kau lelaki paling menjijikkan yang pernah kutemui. Sejujurnya, sejijik-jijiknya aku kepada bakal ibu tiri kau, aku lebih jijik kepada lelaki lupa daratan seperti kau." Aku bangkit dari kerusi. "Lihatlah telefon kau tu. Memang dia bukan ibu aku, dia bukan sesiapa pun pada aku tapi dia bakal ibu tiri kau. Apa nafsu kau bercelaru? Atau kau yang sudah gila?" Soalku kepada Damon yang terkaku melihat telefon sendiri. Melihat isi apa yang aku hantar.

"Aku tunggu kau ajak jumpa bapa kau, sedikit pun kau tak sudi dan aku tak mempersoalkan hal itu. Haha. Tapi tanpa aku persoalkan kepada kau, Tuhan tunjukkan kepada aku lelaki jenis apakah kau ini." Aku menggeleng dihujung ayat masih lagi berdiri dan memegang pinggang sendiri menatap Damon yang masih duduk terkaku itu jijik.

"Aku sungguh jijik dengan kau." Sembari melepaskan semua amarah yang selama ini terbuku dihati dan setelah itu aku terus berlalu pergi tanpa menoleh lagi, meninggalkan Damon dengan maruah yang tercalar hebat. Harga diri jatuh.

Sungguh dia menjijikkan sekali.

===

Setelah seminggu aku bekerja di sini aku mulai selesa dengan kerja yang diberikan iaitu hanya membuat kopi, print kertas kerja, panaskan meggi, buat origami, merwarna, melukis. Itu semua arahah Nathanyel yang sedang sibuk dengan kerja.

Sejujurnya, dia bukanlah lelaki tua yang gatal tapi dia baik. Salah kah kalau suka bapak orang? Duda?

Juga semenjak aku rapat dengan Nathanyel aku baru mengetahui yang dia juga ada seorang anak kandung hasil perkahwinan dia dengan isteri lamanya iaitu Luciya Parker.

Sesekali anak lelakinya yang bernama Nolan Gairel Parker berusia 20 tahun itu berjumpa dengan ayahnya.

Sesekali kami ada juga berborak membuatkan aku tahu bahawa keluarga Parker tidak lah sesombong mana seperti yang selalu dibicarakan di media.

Mereka tampak sombong kerana wajah bengis, tegas, dan jalan penuh wibawa. Mungkin, media sekarang salah anggap. Aku mengangkat bahu aku sendiri.

"Kamu dah siap ke kopi? Macam lama sangat je?" Suara garau itu mengejutkan aku daripada berangan dan memikirkan hal keluarga mereka.

Aku yang sedang mengacau kopi miliknya itu menoleh sambil itu aku berjalan perlahan ke arah dia. Sebenarnya ada benda yang aku ingin bincangkan tentang rumah sewa aku.

"Hrmm... Nah." Aku meletakkan kopi ditepi jauh sedikit daripad dokumen-dokumen pentingnya. Karang tumpah naya aku.

"Thank you."

Aku masih lagi berdiri di depannya. Benar-benar ingin menarik perhatian dia untuk melihat aku dan menanyakan kepada aku 'Kenapa?'.

"Kenapa? Ada apa-apa ke?" Soal dia. Tepat. Dia mengangkat wajah dan memandang aku. Aku terus tersenyum seperti kerang busuk.

"Sebenarnya, duit rumah sewa saya tak cukup. Boleh tak saya nak pinjam? Lagipun, duit saya yang sekarang cukup-cukup untuk tambang pergi balik saya je." senyuman kerang busuk masih lagi menghiasi wajah. "Ha, nanti saya gaji. Saya akan bayar semula."

Lama Nathanyel memandang aku sebelum bibirnya tersenyum nipis. "Kenapa tak cakap awal-awal?"

Wajah aku tadi senyum seperti kerang busuk dengan serta-merta menjadi blur. Dia tanya macam tu dah kenapa?

"Maksud, Sir?"

"Saya ada sediakan awak tempat tinggal. Saya tahu awak tak ada tempat tinggal tetap."

Aku mula pelik. Macam mana dia tahu? Oh, mungkin Damon bagitahu kan? Ke—

"Malam ni ikut saya pergi tengok tempat tinggal baru awak."

"Hah?"


1200kata!

Seperti yang korang tahu cerita ni SHORT STORY SAJA TAU. So, target saya lagi 5 BAB lagi dan cerita ini akan tamat, pastu kita akan sambung dengan cerita Damon dan Nolan SHORT STORY JUGAK. TARGET SAYA 10 BAB SAJA UNTUK SHORT STORY SAYA SEMUA NI.

Lagi satu umur Nolan saya tukar tau, kat CHAPTER 4 saya buat umur dia 26 kan? Saya tukar kepada 20 tahun ye sebab takkanlah bapak dia kahwin muda sangat. Maaf ye, saya terlepas pandang dan terlupa bahawa bapak dia ni ML penting dalam ni. Hahaha.

Bagi saya kan cerita pasal Nathanyel tak timbul tau, macam ada yang terlepas je. Tak apa nanti ada masa saya akan sentiasa buat rombakkan kat cerita ni. So kalau cerita ni tamat pun saya still akan edit sampai saya puas hati 😭 maaf tau. Saya dah lama tak tulis cerita sebab asyik edit je. Otak saya dah tumpul nak tulis ayat madah bercinta 🙂‍↔️ maaf ye apa-apa yang terlepas pandang tu. Saya akan cuba sebaik mungkin edit dengan baik.

Tak sabar nak habis kan story ni. Lepas ni banyak scene-scene comolot, peluk, pegang tangan tau! Kalau korang tak suka stop sampai sini je. Bab 5 ke atas banyak scene yang mungkin segelintir geli dan segelintir lagi tidak.

Okay itu saja. Terima kasih.

Jangan lupa vote dan komen ❤️ sayang korang! ❤️‍🔥💋🫶🏻

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro