Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 1

AKU hanya merenung ke arah langit malam. Walaupun jam sudah menjejakki angka 12 tengah malam dimana bandar masih lagi bekerja. Sibuk tapi tidaklah sesibuk siang. Aku pula? Menjadi penganggur berjaya di usia 25 tahun dimana aku dibuang kerja kerana apa? Kerana di fitnah. Hebat sekali mulut manusia. Hanya dengan kata-kata hancur lebur hidup seseorang yang sibuk diperkatakan itu.

Seperti aku—

Sudahlah tiada keluarga, menganggur saja. Cuma aku bersyukur mempunyai teman lelaki yang sentiasa sudi menemani aku di saat jatuh atau bangun aku. Dia—Damon Vairel Parker. Lelaki yang sopan, santun, kacak serta berjaya dan mempunyai kejayaan yang mulai mendunia. Buat masa ini dia yang menanggung aku dengan senang hati--mungkin sebab dia tak pernah mengeluh dihadapan aku. 

Telefon di atas meja kopi aku capai, nombor Damon aku dail, tak menunggu lama dia sudah berada di talian. Dia Masih lagi belum tidur. Suara garaunya yang kedengaran memberat juga bertambah seksi membuatkan serta-merta bibir bawah aku gigit. Damon lelaki yang baik juga sempurna yang pernah aku jumpa sepanjang hidup. 

"Do you need anything, Miss Lilli?"  suaranya menyoal dengan penuh seksi di telinga aku. Sungguh aku jatuh cinta dengan lelaki ini . Dia lelaki daripada keluarga Parker yang sungguh dan tersangat sempurna dimata aku. "Sorry sebab hari ni, I sibuk sangat sampai tak sempat update apa-apa dekat you

Aku hanya terkekeh kecil. Itu bukan tujuan utama aku hubungi dirinya tapi aku hanya ingin mendengar suara indah lalu terbayangkan rupa parasnya yang tiada tandingan dengan lelaki lain. Hanya dimana aku. 

"Nothing, I rindu dekat you je. Bila you nak bapak I jumpa family you?" soalku teruja bersama mata yang meliar melihat suasana malam kota Milan yang dingin, seperti dinginnya suara Damon tika ini. "You dah balik apartment ke?" soalku saat terdengar sesekali dia mengeluh keras. 

Mengambil beberapa saat juga dia untuk membalas soalan aku tapi Masih kedengaran lagi suara mengeluh kuat itu. Fikiran negatif ingin menyerang otak, namun dengan cepat aku tepis dan berfikiran dia mungkin sibuk dengan pekerjaannya. 

"Maaf ganggu, buat lah kerja dulu, I tutup call dulu. Bye." beberapa saat lagi aku menunggu dia berkata 'Tak payah tutup call, teman I buat kerja sambil tu boleh borak-borak.' Tapi-- tak ada seperti selalu, mungkin kali ini dia sibuk berkali ganda? Jadi aku terus putuskan talian, entah kenapa aku terasa berdebar-debar ini, sepertinya ada benda yang tidak kena. Walaupun berkali-kali aku cuba tepis tetapi saja dapat aku rasakan ada sesuatu yang tak kena. 

Untu kesekian kalinya aku menunggu Damon untuk hubungi aku semula. Namun hampa. Apa yang sedang dia lakukan di tengah malam begini? Tanpa memeikir panjang aku terus mencapai jacket kulit untuk menahan sejuk juga kunci dan kad akses rumah apartment yang sudah lama dia berikan pada aku. Pernah dia pesan bahawa kalau aku mahukan apa-apa tapi dia tak angkat telefon datang saja ke apartment dia yang berada di bandar Milan. Piazza Duomo tempat apartment yang dia duduki. 

   =====

Setelah mengambil masa beberapa minit akhirnya sampai juga aku di Piazza Duomo, tidaklah jauh mana daripada rumah sewa aku yang juga terletak di kota Milan. Sampai saja di bangunan gah itu, beberapa orang sekuriti guard melihat aku pelik terus aku terus berjalan mendekati mereka dan menunjukkan kad akses dan juga kunci. 

"Saya nak jumpa, Damon Vairel Parker." beritahu aku setelah sampai dihadapan mereka berdua. Dengar saja nama Damon kedua mereka terus mengangguk memberikan aku laluan akses kad dan naik ketingkat atas. Aku hanya memberikan senyuman nipis dan terus berlalu naik. 

Sampai saja dihadapan rumahnya dan tanpa fikir panjang aku terus menggunakan kunci untuk masuk. Pintu dibuka dan saat itulah kedengaran suara aneh yang—membuatkan aku agak terkejut sembari melihat pakaian luar—dalam lelaki dan perempuan bersepah dikawasan ruang tamu. Aku mula rasa tak sedap hati. Tak—tak mungkin.

Damon bukan lelaki yang macam tu. Dia lelaki baik. Ya Tuhan bukan Damon kan? Aku sudah berdoa di dalam hati bahawa itu semua bukan pakaian Damon. Tadi akhir sekali aku telefon dengan dia juga dia berkelakuan pelik serta keluhan lain macam yang dia kedengaran.

Aku mulai menapak tepat di tengah ruang tamu rumahnya yang sunggu tampak tunggang-langgang ini. Ini ialah kali kedua aku ke rumahnya. Selama satu tahun kami bercinta tak pernah lebih lima kali pun aku berkunjung ke rumah mewah milik Damon ini.

Saat aku mendekati pintu bilik utamanya, suara aneh itu semakin kuat kedengaran. Pintu bilik yang tidak tertutup rapat membuatkan perasaan penasaran aku membuak-buak ingin tahu kerana suara aneh itu suara perempuan!

Berdebar sungguh hati aku saat semakin dekat ke arah pintu dan tiba saja di celahan pintu yang tidak rapat itu dapat aku lihat bahawa Damon bersama—bakal ibu tirinya sedang berasmara-dana!!

Apa benda ni?! Oii!

Namun, itu hanyalah kata-kata hati aku. Tanpa fikir panjang aku keluarkan telefon dan merakam aksi mereka berdua tanpa sehelai benang yang melekat di badan. Gambar juga tidak lupa aku tangkap. Air mata jangan cakap, sedikit saja lagi esakkan aku akan pecah akan tetapi tetap saja aku tahan.

Dapat aku lihat dengan jelas lelaki yang selama setahun aku puja-puja ini sebenarnya binatang! Dia rampas bakal ibu tirinya daripada bapa dia sendiri?! Aku yang cantik, berdara ni kena curang dengan kau sebab perempuan tua nak mampus dan nak monopous tu?

Aku kenal bakal ibu tirinya itu semasa aku keluar makan dengan Damon dan terserempak dengan perempuan tua sundal ini, tak sangka pula senyap-senyap aksi mereka gatal begini?

Patutlah aku ajak jumpa bapak kau, kau tak mau. Ini rupanya sebabnya.

Tak apa. Esok juga aku jumpa bapak kau! Kau tunggu.

Habis saja aku merakam aksi mereka dan juga beratus gambar aku snap akhirnya aku keluar daripada rumah apartment Damon dengan hati yang penuh rasa sakit, air mata jangan cakap. Tidak berhenti.

====

Apa yang aku buat ini bukanlah perkara buruk melainkan aku tidak mahu lagi dicurangi aku juga tak mahu bapanya terseksa akibat perkara tidak senonoh yang berlaku antara anaknya dan bakal isteri sendiri. Walaupun aku tidak kenal siapa gerangan bapa kepada Damon aku perlu juga mencari dia. Namanya saja aku tahu. Nathanyel Luis Parker. 

Sampai saja aku dikediaman gah milik keluarga Parker yang terkenal, kaya dan elegan ini. Aku tak percaya bahawa aku buat semua ini. Aku tak pernah jejakkan kaki ke sini. Tidak pernah. Damon selalu banyak mengelak untuk bawa aku berjumpa ayahnya. Dulu aku selalu tertanya-tanya kenapa dia tak mahu bawa aku jumpa keluargannya? Sekarang aku tahu kenapa. 

"Ya? Miss cari apa ya?" soal seorang—mungkin tukang kebun kerana pakaian dia. Tapi muka boleh tahan hot. Tapi agak berumur juga, tapi ya—em..em hot! Titik!

Aku memberikan senyuman kecil kepada dia. "Saya nak cari, Mr. Nathanyel Luis Parker. Oh, saya bekas teman wanita Damon. Saya datang ke sini nak beritahu dia sesuatu hak mustahak." Beritahu aku penuh jujur kenapa niat aku ke sini.

Lama lelaki itu pandang aku atas bawah, eh tukang kebun ni... lain macam je. Dapat aku lihat mata kecoklatan cairnya tambahan lagi ada cahaya matahari yang menyinari di waktu pagi tika ini. Wajahnya yang sedikit berkumis, bentuk wajah yang tajam serta tubuh yang gagah dan juga tampan tanpa akhir kelihatan sungguh sempurna cuma sayangnya, dia tukang kebun.

"Hal mustahak apa yang ingin Miss?"

"Chiara Nylili." selit aku.

"Miss Chiara apa ingin perkatakan?" Sungguh sopan dan juga sungguh berwibawa penuh lelaki tua ini bertanya. Dia masih lagi melihat aku, menunggu jawapan.

"Tentang anak dia, Damon Vairel Parker dan juga bakal isterinya. Emma Wong." Jawab aku telus.

Dia mengangguk angkuh, tinggi, sungguh. Lelaki tua jenis apakah ini? Mukanya tidaklah nampak begitu tua tapi itulah dia. Anggaran aku umurnya agak-agak 30-an? Mungkin.

Dia tersenyum ke arah aku lalu menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik. Tolong! Di kedua belah sisi giginya ada taring kecil.

"Silakan masuk, kejap lagi. Mr. Parker muncul." Ujarnya lalu berjalan ke depan meninggalkan aku.

Aku masih lagi terpaku dengan senyuman itu.

Aku ni dahlah minat lelaki perwatakkan matang, maskulin dan sopan juga ada dua taring giginya. Macam drakula.



1300 kata

Untuk short story ini saya akan target di setiap character 1k lebih kata untuk setiap bab. Jadi kalau pendek maaf ya, sebab memang hanya short story dan suka-suka saya saja.

Macam mana bab 1 okay tak?

Vote and comment jangan lupa! Kalau ada typo please tegur ya?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro