Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CAPITULO UNO

"An Orchid in my mystical garden.
One and only."



"This story belongs to one reader only."
_____

Beijing, 20__

CAHAYA nan terang menerangi kegelapan malam. Pandangan dan pendengaran dikaburi dengan kemeriahan festival.

Terlalu asyik dengan keghairahan dunia sehingga melupakan perkara yang utama. Kebersihan tak dijaga, kekotoran di mana-mana. Semuanya diabaikan. Langsung tidah mengendahkan orang yang terkesan dengan situasi ini.

Tanpa menyedari mereka telah mencipta penyakit yang mungkin tiada penawarnya.

Port of Tianjin

Hon kereta tidak berhenti berbunyi tidak menghentikan langkah laju pelintas yang kelihatan resah dan tergesa-gesa. Kalau boleh ingin lenyap dari kawasan ini dengan segera.

Pemegang luggage digenggam erat dan diheret sekali ke dalam pelabuhan ini. Teruskan saja langkahnya sehingga berhenti di lokasi yang dimaksudkan.

"You're the last one?" Suara garau menerjah pendengarannya.

Dia mengangguk laju. Tangan lelaki itu laju saja merampas begnya. Badan ditolak ke arah kontena menempatkan yang lain. Dengan keadaan terpaksa dia duduk berhimpit, bau hapak dan bermacam lagi menusuk hidungnya menambah ketidakselesaan.

Seseorang berdehem. Lelaki tadi- bersama seorang lagi lelaki asing. Mungkin pembantunya. Semua mata tertumpu pada mereka

"You'll be cold during the journey." Datar nadanya, mata melilau pada manusia-manusia ini. "If you don't want to die, stay close."

Semua menunduk. Sama ada takut atau mengelak dari suluhan lampu.

"I know you need money-you're doing this for the sake of your family."

Uhuk! Uhuk!

"Hey! You're sick?!"

Wajah mereka berubah garang. Lampu disuluh mencari orang yang batuk tadi. Cahaya lampu berhenti di salah satu penumpang remaja lelaki, Philippines.

"N...no. Not me..." Dia menunjuk orang di belakangnya.

Mata tertumpu pada lelaki lewat 30-an. "I-I'm fine. I'm fine." Wajahnya jelas pucat. Sedaya upaya menahan rasa gatal di kerongkong.

Lelaki itu kelihatan ragu-ragu pada awalnya tapi membiarkan saja. Mereka sudah kesuntukan masa.

"Shua." Dia mengarah adiknya meguruskan apa yang patut. Sementara dia mengambil udara segar di luar kontena.

Rokok dikeluarkan. Disedut dahulu sebelum dipegang antara dua jari. Kepulan asap keluar dari mulut sambil badan disandar di dinding kontena. Tertekan dia melakukan kerja haram ini hari-hari, namun terhibur juga melihat kebodohan manusia itu.

Mudah tertipu. Dengan senangnya termakan dengan pujukan dan mengambil jalan mudah untuk kembali ke pangkuan keluarga.

Tanpa mengetahui lokasi sebenar ingin dituju.

"Shen."

"You're done checking everything?" Shua mengangguk. Rokok abangnya diambil dan dicampak ke tanah. "This is the fifth time you've fucking smoked tonight." Jelas di wajahnya tidak berpuas hati.

Shen menjuling mata. Tahu sangat adiknya sangat sensitif dengan bau rokok.

Rokok itu dipijak. "Have you locked the door?"

Shu merengus sebelum mengangguk. Shen tersenyum sumbing.

"Nice." Luggage yang dipegangnya ditolak menjatuhi tebing. Tenggelam timbul di tengah lautan dan semakin jauh menghanyut. He doesn't need it anymore.

"Let's get move."

***

14 days later;
Port of Sattahip, Thailand

BUNYI kren yang sibuk mengangkat kontena bergema di segenap pelabuhan. Sana sini disusun kemas secara meninggi.

Tetapi terdapat satu kontena yang diangkat dan diletak terus atas lori yang dari awal menanti kedatangan mereka.

Shua menutup mulutnya yang terbuka luas menguap. Dia menggeliat sedikit, betulkan urat terbelit sambil mengemaskan baju sejuknya. Sumpah, inilah perjalanan paling jauh setakat ini dia pergi sepanjang dia bekerja. Segera dia melompat masuk tempat duduk penumpang.

"Longer than I expected." Shen menutup telefonnya sebelum hidupkan enjin kereta. "Boss is waiting for us."

Shua menguap untuk kesekian kalinya. "Then? Talk less, more work." Badan meringkuk seperti bola. Mata dipejam. Tak ambil masa yang lama untuk Shen dengar dengkuran raksasa adiknya.

Giliran Shen pula merengus. Gatal saja tangan dia nak luku kepala si bedebah ni.

"I should just push you in the ocean when I got the chance." Sudah-- tentu ianya gurauan. Takkan dia nak biarkan satu-satunya darah dagingnya mati.

Lekas, pedal minyak ditekan. Laju kenderaan besar membelah jalan yang masih lenggang. Ditemani dengan lampu kalimantang dan udara sejuk di pagi buta.

Tanpa mengetahui apa yang bakal berlaku.

"Calm before the storm."

***

.Emerald Residence.

TERJINGKIT-jingkit dia menaiki anak tangga. Tak mahu terkantoi dengan ahli keluarganya yang lain. Berhentinya dia di depan muka pintu, tombol itu dicapai.

"Nii-san?" Kecil suara itu memanggil abangnya.

Langsung gerangan itu tidak berpaling, kusyuk dengan assignment yang ditugaskan. Menyahut pun tidak. Dia mengeluh.

"Abang~ jom pergi funfair."

Mendengar rengekan Si adik, barulah Si abang menoleh. Ear pods dicabut.
"Adik cakap tadi? Abang tak dengar lah."

Dia memuncungkan bibir.

"Bosanlah duduk rumah. Kita pergi have fun, nak? Abang selalu busy lately. Takde masa untuk Alice!" Katil abangnya dipanjat kemudian badan dihempas di katil itu.

Aleksis merenung adiknya dengan tatapan sebersalah. Bukan dia taknak tapi tugasan dia makin hari makin bertambah. Kertas yang berselerak dilihat sekejap sebelum Alice kembali jadi tumpuannya.

Mungkin harini dia boleh rehat-

"Alice takde kerja ke kacau abang buat kerja?" Puan Emerald menerjah masuk dalam bilik anaknya bersama dulang makanan.

Panjang muncung anak gadisnya tarik. Aleksis segera bangun dan mengambil dulang dari pegangan ibunya.

"Kenapa Ma bawa naik? Aleks boleh turun sendirilah." Wanita itu mencebik. Tangan dicekak pinggang. "Ma panggil Aleks sampai nak terkeluar anak tekak pun tak reti turun. Pakai sangat benda alah ni lagi."

Dapatlah rasa sepitan ketam di pinggang. Terkeluar jeritan pondan dari mulut itu.

Alice pula terbahak mengetawakan abangnya. "Hahaha!" Tangan berada di perut menahan senak.

"Ma! Sakitlah." Si ibu melepas juga akhirnya. Tangan disilang kemas pada dada sebelum mengorak langkah ke arah closet, meninggalkan anaknya yang longlai di sisi meja. Ceh, baru sikit. Ayah kau kena lagi teruk.

Buka saja almari baju ini, Puan Emerald mengeluh. Boleh kena darah tinggi dia tengok keadaan baju berterabur sana-sini. Kusyuk sangat dengan kerja sampai keadaan sekeliling tak diambil tahu. Memang cari penyakit!

Bakul baju kotor diambil dan mulalah sesi bebelan.

Alice turun dari katil sebaik tawanya reda. Tergedek-gedek dia pergi pada abangnya melahap makanan, sesekali menjawab leteran ibu mereka. Pasrah saja air mukanya.

Dia berjinjit menyamai tinggi meja kerja Aleksis lalu menghulur tangan. Aleksis yang melihat tertawa halus. Comel je si pendek ni mintak makanan.

Tersenyum lebar Alice apabila diberikan pudding. Dia duduk bersandar di kaki meja itu. Mereka berdua diam, hanya bebelan Si ibu memenuhi segenap ruang.

"Abang." Panggilnya secara berbisik. Aleksis mengintai dari atas, wajah comot itu ditatap sambil mengangkat satu alisnya. "Abang boleh keluar tak?" Oh.

Dia tersenyum tipis. Sebersalah. "Abang... Ada kerja lagi lah harini. Tak boleh lama-lama sangat. Okay ke?"

Hampir luntur senyuman Alice. Kerja, assignment, kerja, assignment! Selalu sibuk. Tapi-- still boleh.

Dia angguk laju. "It's okay." Mereka boleh singgah beli aiskrim pun dah memadai.

"Kita pergi--"

"Alice. Kan abang dah kata abang ada banyak kerja. You know you shouldn't ask someone busy to play with you, right."

Tersentak mereka berdua apabila Puan Emerald menyampuk. Walaupun nadanya lembut, Alice tahu ibunya sedang memarahinya.

"No. It's fine, Ma. Aleks pun kena rehat jugak kan. Alang-alang tu bawa adik keluar--"

"Tak payah. Alice pun ada homework kena buat kan. Dahulu kan apa yang patut dulu baru Ma benarkan nak buat apa-apa pun."

"Tapi Alice dah siapkan semua!" Bentaknya. Puan Emerald jungkit kening. Betul ke budak ni?

"Then pergi main dengan Aley dekat bawah." Alice laju menggeleng. Main dengan adiknya hanya dapat lebam je!

Ibunya menghela nafas. Dia menunduk menyamai tinggi anak gadisnya.
"Awak ni ajak orang keluar, ada duit ke? Main kebas je duit orang." Hidung kecil itu dikepit manja.

Alice menepis tangan itu. Pipinya terasa bahang. "Of course Alice ada!" Dia dah belajar menabung lah.

"Tetap tak boleh. Ma tak benarkan keluar. Semua orang busy harini, and even if you don't, you have to busy yourself or go watch cartoons." Alice menunduk.

"When everyone's free, baru kita keluar sama-sama. As a family. Clear?" Dia angguk.

Kepala anaknya ditepuk lembut sebelum bekas pudding bertukar tangan.

Alice memberi reaksi cepat. Dia cuba mengambil kembali tapi ibunya lebih laju berdiri dan diletakkan atas meja. Memang tak sampailah nak capai! Wajahnya seakan mahu menangis. My pudding!

"It's your brother's. Alice dah makan tadi kan."

"Mana a--"

Aleksis mengeluh. "Just let her eat, Ma. It's just a pudding. I don't mind." Dia pun bukanlah penggemar pudding. Dia makan itu pun sebab ibunya yang buatkan.

Si ibu buat muka terkejut. "Hey! Ibu penat buat ni dengan penuh kasih sayang you taknak makan? I want you to eat now. You know how those gremlins are, right."

Aleksis cemas. Mula dah drama air mata dia. Cepat-cepat dia capai pudding dan menyuap sesudu penuh.

"Mmhm! Oishīdesu." Dan teruskan suapannya. Puan Emerald sengih sambil mengusap pipi anaknya.

Alice yang menjadi pemerhati hanya melihat dengan wajah suram. Kemudian dia mengangguk perlahan. Kain bajunya digempal erat. Pintu bilik dituju.

Tujuan asalnya datang ke sini sperti biasa berakhir dengan kegagalan.

"Alice!" Suara Aleksis memanggilnya.

Adiknya berpaling dengan sengihan.

"It's okay. It's just a pudding."

***

KRAYON ditekan pada pipi saat dia menompang dagu. Buku mewarna yang lengkap dengan warna ditatap bosan. When she said she's bored, she really means it.

"Haih..." Dia mengeluh untuk kesekian kalinya.

Kepala direhat atas lengan tetapi kakinya tidak duduk diam. Digoyang ganas untuk hilangkan kebosanan. Dia hanya nak luangkan masa dengan Aleksis. Adik-beradiknya yang lain semua sibuk dan taknak luangkan masa.

Semua dengan study, kawan, kerja.

'I hope I have friends.'

Kepala diangkat sikit, menjenguk adiknya yang sudah nyenyak tidur atas sofa sambil memeluk remote control dengan tatapan tajam. Adik tak guna. Tadi bukan main menangis tak bagi tukar channel!

Pandangan beralih pada kaca TV yang terang-benderang.

Barney is a dinosaur
From our imagination
And when he's tall
He's what we call a dinosaur sensation!

Dia pasti yang tersangat pasti lirik lagu ini sudah tertanam elok dalam benak otaknya. Boleh naik hantu dia jika dengar untuk sekian kali. Dia bukanlah kanak-kanak yang gemar lagu menjengkelkan ini.

Dia cuba untuk bangun untuk tutup TV namun kantuk lebih pantas mengambil alih badannya. Kelopak mata semakin jatuh.

Yet this song successfully made her sleepy.

Jari ditunding pada dinosaur merah jambu itu masih berjoget riang.

I will kill you, Barney. One day! Matanya terkatup.

***

PENAT.

Dia tak tahu hala tujunya ketika ini. Kakinya terasa kebas dan hilang fungsinya kerana hampir seharian dia melarikan diri. Dia lapar, perutnya berkoroncong meminta diisi.

Namun dia tak boleh berhenti.

Sesekali kepala berpusing sekilas, pastikan pemangsanya tidak mengejarnya. Tiada.

Nafas dihela-- Mungking terlalu awal untuk dia rasa selamat.

Anak matanya mengecil sebaik menangkap bayangan kereta laju menghampirinya, ingin melanggarnya. Ah.

Pin pin!

Bagaikan refleksi dia hanya mampu menutup matanya dengan lengan. Pelik. Badannya tak merasa kesakitan, namun telinganya mendengar bunyi rempuhan yang kuat.

Apa yang berlaku? Tangannya dialih untuk melihat. Mukanya yang sememangnya pucat ditambah lagi getaran yang menguasai diri. Badan rebah di atas jalan tar dan sedikit mengensot ke belakang. Apa ini salahnya?

Raungan kedengaran lebih jelas apabila api kepulan asap tebal mula kelihatan. Ramai orang berpusu-pusu meninggalkan lokasi dan beralih ke tempat selamat, ada yang membantu mangsa-mangsa.

"Fuck! Hurts like hell!" Shen keluar dari kereta yang dicurinya. Darah hangat membasahi dahi disentuh perlahan. Damn, it stings.

Kepala ditoleh kanan kiri mencari mangsanya.
"Where the fuck are you kid?! Come out now!" Suaranya berdentum kuat dalam kesesakan lautan manusia.

Tidak dihiraukan kekacauan yang dia mulakan. Sekejap dia jatuh akibat tolakan dari orang cemas dan cuba bangun dengan bantuan orang yang menghulur bantuan.

"Your wound is not that serious but it's better to be treated immediately." Shen melihat manusia yang membantunya. Pandangan masih berpinar-pinar akibat hentakan tadi.

"You should sit in safer place. Don't worry, I'm doc--" Dia hanya mengibas tangannya.

"No need, no need." Dia takde masa untuk dirawat. Tapi lelaki asing ini masih menegah.

Shen mendengus. Degil. Kalau tak silapnya orang ini adalah pemilik kereta yang dilanggarnya tadi. Kenapa masih sibuk selamatkannya? Dia hampir bunuh dia kot.

Kemudian dia kaku. Matanya jatuh pada sosok yang dicarinya, terperangkap dalam lautan manusia. "I got you, brat." Tubuh doktor itu ditolak kasar ke tepi. Laungan itu diendah sepenuhnya.

He needs to focus on his job. His priority.

"Bro..." Lariannya terpegun sebaik mendengar suara adiknya memanggil. Dia menjeling dari tempatnya berdiri. "What?!"

Shua keluar dari kereta, terhuyung-huyang. Hampir saja dia terjatuh namun sempat berpaut di pintu.

"I feel sick..." Really sick. Uhuk uhuk!

Untuk kesekian kalinya dia batuk. Dadanya terasa sangat sesak. Saluran pernafasan sangat sempit buatkan dia sukar bernafas. Shen dapat lihat kulit adiknya yang sememangnya pucat dari beberapa hari yang lepas berubah menyamai kain putih walaupun hanya separuh sahaja kelihatan kerana memakai pelitup muka.

Shen meramas rambutnya. Serabut!

Belum saja dia menghampiri Shua, kelibat remaja lelaki kembali memenuhi retinanya. Tak, semakin menghilang dari pandangan. Dia tak boleh biarkan.

"You brat! Don't you run!"

"S... Shen-!" Shua cuba mengejar dari belakang walaupun perlahan.

Shen sudah jauh ke depan. Ditolak ganas semua manusia yang menghalang laluannya. Masuk di setiap celah yang boleh. Ini kali pertama kerjanya berada di luar kawalan. Jika ada pun tak sebesar ini! Kesemua mangsa perdagangannya maut dalam kontena. Faktor kematian mereka tak tahu, yang pasti ini mesti berkait dengan penyakit berjangkit.

Sudah agak sepatutnya dia lenyapkan sesiapa yang berpenyakit.

Dan hanya remaja itu terselamat. The only survivor.
"Troublesome!"

Setiap langkah rasa seperti kakinya mengheret bata. Tak seperti Shen, badannya menjadi mangsa rempuhan dalam kekacauan. Mask dibuang. Dia rasa rimas, tak boleh bernafas. Batuknya masih belum berhenti, malah lebih teruk.

Uhuk! Uhuk!

Pandangan mula berbalam. Shua pegun di tempatnya, sisi kepala dipegang. Telinganya berdesing.

"Boy! Are you okay?!" Pekikan seseorang dapat didengar sipi-sipi. Dia menoleh perlahan. Lelaki yang bersama abangnya tadi. "Stay there! I'm coming to you!"

Buk! Separuh badannya tumbang akibat rempuhan tadi.

Sakitnya bertambah lipat ganda. Seluruh fizikalnya sedang meraung kesakitan. Everything feels numb. In and out.
Mulut ditutup menghalang batuknya semakin berterusan.

Uhuk! Uhuk! Pelik.

Matanya jatuh pada telapak tangannya yang dilitupi cecair likat panas. Blood.
Dan badannya sepenuhnya rebah di atas jalan tar.

"Brother... Everything hurts..."

Shen tersenyum senang. Sedikit lagi. Remaja itu betul-betul berada di hadapannya.

'Just one tug, this brat will be in my hand!'

"Arghhh!" Jeritan nyaring menarik perhatiannya.

"Someone's dead!"

Dunia seakan hitam sebaik pandangannya jatuh pada sekujur tubuh kaku yang dikerumuni ramai orang. Anak mata mengecil.

Remaja itu ditinggalkan. Kaki dengan sendiri berlari mendekati adiknya. Sekali lagi manusia di situ menjadi mangsa tolakan.

"Shua!!" Telinga diletak pada dada kiri, mencari degupan jantung.

'Lub dub. Lub dub.'

Ada. Shua masih ada bersamanya. Nafasnya terasa bergetar. Tangan dibawa ke dahi. Panas, sangat panas. But why does his hand feel so damn cold?!

"Is he okay?" Soalan bodoh apa tu. Mata Shen merah dengan amarah.

"He's totally dying here! Not a damn person ever called ambulance?!" Dan barulah masing-masing gunakan telefon mereka selain merakam kejadian ini.

Shen melihat baju Shua yang dipenuhi darah yang masih baru. Hangat. Mulut adiknya yang comot dikesat walaupun tangannya menggigil. Shua akan selamat.

No one gonna die.

"B-bro...?" Mata Shua terbuka sedikit, namun sekejap saja sebelum tertutup kembali bersama batuk berdarah.

Mata Shen terbuka luas. Seakan tak percaya dengan apa yang dihadapi. Darah merecik di mukanya diabaikan. Badan Shua digoncang kuat.

"Stay awake, dumbass! Don't scare me like this!" Shua tidak menyahut.

Ini buatkan Shen tak keruan.
"Where's the rescue team?! Why're they so fucking late! My brother is dying here!" Amuknya di situ sambil menarik Shua lebih dekat dengannya.

"They will come in 15 minutes." Satu suara mencelah. "Everyone please give us some space. The patient cannot breathe if you block the atmosphere."

Semua mengambil beberapa tapak ke belakang. Doktor itu kembali bersama kit. Sarung tangan getah dipakai.

"Lay him down."

"What. No! He's my brother--"

"He is. And you might hurt him if you hold him like this. Trust me." Tegas doktor itu berkata. Shen akhirnya menurut dan membiarkan doktor itu melakukan tugasnya dengan profesional.

Namun ia tak dapat mematikan keresahannya.

Saat doktor itu mengeluarkan picagari. Wajahnya bertukar tegang.
"What do you think you're doing to my brother, doc?"

"Propofol. It'll help him relax." Dia tak percayakan doktor ini.

"You better safe him."

Mata doktor itu tertancap pada sepucuk pistol lelaki di depannya keluarkan. Dirinya tak dapat menahan daripada mengeluarkan cemuhan.

Dia berdecit. "That explains everything. Despite sending your brother to clinic, you chase after a kid like a mad dog."

Shen mengertap rahang. He knew from the start.

Bang! Bingit lokasi ini dengan jeritan dan tembakan rambang itu.

Orang ramai mula lari bertempiaran namun Shen abaikan semua itu. Apa yang penting dia perlu selamatkan adiknya yang tenat. Dia tak boleh hilang satusatunya darah dagingnya.

Kltak. Picu ditarik.

"And now you're not gonna save my brother?" Ditekan kemas muncung pistol itu di belakang kepala doktor itu.

Tangan doktor itu langsung kaku. Picagari digenggam kemas lalu berpaling ke arah Shen dengan panahan tajam.

"Don't act clueless. We both don't want to lose him." Tidak gentar dengan besi sejuk yang diacu di kepalanya.

"You don't want to lose your brother. I don't want lose my patient."

***
"I'm doctor. My job is to heal, not kill. That's my oath."
.
.
.
[25/10/2022]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro