Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CAPITULO SIETE

PENAT. Punggung dihenyak di atas kerusi rehat setelah hampir separuh hari melakukan kerja pembersihan di dalam rumah ini. Jika hari ini merupakan hari cuti buat semua rakyat daripada melakukan kerja, dia berbeza.

Hari-harinya sudah diisi dan disusun rapi menggunakan time table. Segala yang dilakukan wajib mengikut jadual tersebut bagi mengelakkan dia melakukan perkara tidak berfaedah.

Telefon dikeluarkan dan berita siaran lansung ditonton.

"Here is an update on the De-vian flu situation for 14 May 20__. 17,655 patients have recovered and has been discharge. This brings the total number of recoveries to 1,128,183 cases or 81.5% of total cases. As of 12 pm, there are 20,670 new cases bringing the total number of De-vian flu infection to 1,384,353.

Of the 20 670 new cases, there are 10 imported cases the other 20 660 are local infection. A total of 243 942 patients are still receiving treatment. 1096 are in the Intensive Care Unit ( ICU ) and 540 cases are require respiratory assistance.

There are 260 new De-vian flu death, which brings the death though to 12,228 or 0.88% of the total number of cases.

That's all the news for today. Thank you and please adhere to the SOP. Wear a mask and carry hand sanitizer everywhere you go. Go out only if necessary to avoid close contact. Sincere words from the Daily Bulletin, stay safe and stay at home."

Telefon dimatikan sebaik berita itu tamat.

"Perkara yang sama diulang. Manusia zaman sekarang hanya tahu berseronok tanpa kenal tempat dan masa. Sibuk buat event besar-besaran. Bila nyawa tinggal di hujung tanduk baru menyesal bertandan."

Itu hanya pendapatnya. Dan hanya dapat diluah pada diri sendiri. Jika dia beritahu depan orang mahu dikecam oleh skuad makcik bawang. Baik dia berdiam saja.

Lagipun dia diharamkan menonjolkan diri dalam mana-mana media massa. Nafas dihela panjang.

Buku diari di atas riba dibuka dan pen mula bergerak di atas helaian kertas. Mengeluarkan bait-bait ayat yang puitis. Mempunyai isi tersirat di sebalik isi tersurat yang indah ini.

Dia memejam mata. Pen dan buku diletak kembali.

Sepi menjemput suasana senja. Hanya ditemani dengan bunyi burung-burung berkicauan di Hutan Gunung ini yang ingin pulang ke rumah. Angin sepoi-sepoi menampar lembut wajahnya sekaligus rambut separas bahunya beralun mengikut rentak tiupan.

Tenang. Dikelilingi dengan flora dan fauna membuatkan otaknya yang bercelaru serta hatinya yang berasa sesak berasa lapang.

Kelopak mata perlahan-lahan terasa layu. Kantuk menguasai diri sehingga dengkuran halus mula kedengaran.

***

SEORANG kanak-kanak tersenyum riang sambil berlari tempiaran di taman permainan bersama rakan-rakannya yang sebaya dengan dirinya.

"Alice." Satu suara tua lembut memanggilnya.

Kanak-kanak itu berhenti dan menoleh. Atuknya bersama senyuman membuat isyarat pada dirinya, masa untuk pulang.

Senyuman di bibirnya terus memudar. Dia memandang rakannya yang terpinga-pinga.

"Kita kena balik. Lain kali pula ya kita main."

"Alah. Awalnya balik." Rungut seorang kanak-kanak lelaki. Yang lain angguk dengan wajah sayu.

"Maaf. Grandpa dah datang ambil kita. Kita balik dulu. Sayonara!" Dia menunduk dan terus berlari anak ke arah atuknya. Sempat dia melambai pada rakannya.

"Jom balik." Dia angguk perlahan. Tangan atuknya digamit dengan tangan kecilnya.

Atuknya perasan akan wajah suram itu berasa bersalah. Pasti cucunya rasa sedih. Bukan selalu anak dan menantunya membenarkan anak mereka ini pergi ke taman. Bukan ingin mengongkong tetapi kes penculikan yang semakin berleluasa. Ibu bapa mana yang tak merisaukan anak-anak mereka?

"Kita makan aiskrim nak? Grandpa belanja."

Wajah cucunya terus ceria. "Nak!"

Mereka berdua lantas pergi ke kedai aiskrim berdekatan. Mujur saja mereka tiba awal kerana tempoh berniaga hampir tamat.

"Aiskrim lain dah habis. Hanya ada flavor chocolate dan vanilla." Ucap jurujual.

"Tak apa. Beri kami dua kon setiap flavor." Jurujual itu angguk dan melakukan apa yang patut.

Kanak-kanak itu dengan teruja menyambut huluran kon aiskrim tetapi terbantut apabila mendengar teguran atuknya.

"Alice, apa yang kamu perlu kata pada abang?" Dia tersengih comel.

"Terima kasih, abang aiskrim." Jurujual itu tersenyum. Petah berkata pada awal umur begini. Pasti sudah dididik dengan baik.

"Sama-sama, adik comel."

Mereka berdua berjalan berpegangan tangan di sekitar taman rekreasi ini sementara habiskan aiskrim. Sesekali mata tuanya melirik ke arah cucunya. Hatinya diserbu rasa rindu yang membuak.

Wajah kamu berdua begitu seiras.

Andai kata masa boleh diputar takkan dia bazirkan peluang itu untuk membaiki kesilapannya. Pasti anak gadisnya boleh membesar dan membina rumah tangga sendiri.

Ini semua salahnya.

"Kenapa grandpa asyik menangis tengok muka Alice? Ibu, Baba pun sama. Alice buat salah ke?" Tersentak dia mendengar soalan itu terpacul dari mulut kecil cucunya.

Air mata segera dihapuskan sebelum senyuman manis diberikan.

"You reminded me of someone." Kanak-kanak itu diam. Jawapan yang sama.

"Suatu hari nanti kamu akan tahu segalanya. Bila Alice dah besar Alice boleh tahu apa yang Alice nak. Sama ada diberitahu dan dicari. Pada usia awal ni kamu hanya perlu berseronok sebab itulah kanak-kanak lakukan. Terlalu awal untuk kamu faham dan hadamkan."

Terkelip-kelip mata bundar itu mendengar bicara atuknya. Tetapi satu perkataan yang terlintas di fikirannya.

"Apa tu dihormati dan disanjung?"

Mereka berdua berhenti dan saling berpandangan.

"Itu..."

***

BADAN sudah lencun dengan peluh. Laju saja dia menyelak kelopak matanya dengan nafas tidak stabil. Badan ditegakkan kemudian wajah diraup beberapa kali.

Mimpi.

"Tch--" Mutiara jernih di pipinya diseka laju. Jangan diingatkan peristiwa tu. Semuanya sudah berlalu.

Dia segera bangun dan masuk ke dalam rumah. Pintu gelangsar ditutup. Hampir saja dia ingin menjerit melihat satu makhluk terpacak sebaik dia berpaling.

Meow~

Dia mengeluh. "Sorry, Snow White. Mama terlelap tadi. Jom, kita makan." Sebelah tangannya mendukung kucing munchkin itu menyentuh tirai pintu gelangsar.

Tetapi perbuatannya tertegun apabila matanya terkunci pada kepulan asap hitam dan tebal di bahagian Hutan montane atas.

Satu alisnya ternaik. Kebakaran?

***

AWW! Dia mengundur mendadak sambil menutup kesan cakaran kucingnya.

"Cino, sakitlah. Mama bukan sengaja nak pijak ekor awak." Cino atau nama penuhnya Cappuccino memandang sayu Tuannya. Cepat-cepat dia bergesel pada kaki itu, memohon kemaafan.

Meow~

Dia tersenyum nipis. "Tak apa. Sikit je. Pergi makan." Cino dimasukkan ke dalam ruang yang menempatkan 6 ekor kucingnya, bilik stor tetapi diubah suai menjadi sebuah bilik dikhaskan untuk kucing.

Selesai mengunci pintu, lantas dia berlari ke arah dapur. Bekas diletak ke dalam sinki sebelum pili air dibuka. Kesan cakaran di lengannya dibasuh. Air putih membasahi tempat lukanya bertukar merah.

Bibir bawah digigit kemas menahan daripada mengeluarkan bunyi. Sakit.

Tetapi langsung tak membuatkan setitis air matanya keluar. Mungkin sudah terbiasa.

"Kulit kamu ni lembut. Sangat sensitif sama macam buah plum. Sebab tu nama kamu red plum. Jadi jaga diri baik-baik, jangan sampai tinggalkan parut."

Dia akan sentiasa ingat pesanan dari ibunya.

Seketika dia dapat merasakan gegaran skala kecil. Dia melihat sekeliling. Gempa bumi ke?

Prangg! Gelas di atas meja terhempas dan pecah berderai. Serpihan kaca bertaburan.

Dia mengeluh. Sebaik saja gegaran itu sudah hilang dia cuba mengutip serpihan kaca. Tapi lain pula jadinya.

"Auchh--" Jarinya pula berdarah. Cemerkap. Itulah dirinya.

Siap saja merawat dan membalut luka dia terus meninggalkan dapur. Lepas ini sajalah dia kemas. Badan dihempas pada sofa manakala sebelah tangan mencapai patung penguin nya. Telefon dikeluarkan melihat apa-apa notifikasi.

Retinannya menangkap masa pada skrin telefon sudah menginjak pukul 11 malam. Lama juga dia terlena tadi. Kemudian dia kembali pada tujuan asalnya. Hanya mesej dan pesanan yang sama dari seseorang.

Gila. Perkataan yang sesuai untuk orang itu.

6 missed video call from Bestie.

Iris hitamnya membesar, terkejut. Habislah dia. Jarinya lincah menelefon kembali sahabatnya. Deringan pertama, tidak terjawab. Deringan kedua, masih sama. Deringan ketiga...

"Idiot!!" Sudah diagak ini reaksi sahabatnya, Sophia Drizella.

Matanya terpejam, terkejut dengan jeritan sahabatnya. "Kau ni buat apa sampai tak jawab call aku. Risau aku dibuatnya. I thought something bad happened to you!"

"Maaf, saya tertidur tadi. Bangun-bangun saya beri kucing makan, langsung tak tengok phone. Jangan lah garang sangat, Sophie. Saya tahu saya salah. I'm sorry."

Sophia di hujung talian mengeluh panjang. Sudah terbiasa dengan sahabatnya yang hati selembut sutera.

"It's okay. Lain kali kau buat lagi, aku tak teragak-agak nak pergi rumah kau. Aku heret kau duduk sekali dengan aku."

Tawa kecil meniti di bibirnya. "Mana bolehlah, Sophie. Pandemik lah sekarang. Bahaya, polis sana sini, roadblock. Tak pasal awak masuk lokap dulu."

Sophia berdecit.

"Do I care? Asalkan patuhi SOP tak jadi apanya. Pakai mask, bring hand sanitizer and just do swab test. Lagipun kes makin turun kan. Relaks lah."

"Ada-ada je awak ni."

Mereka terus berbual tanpa menyedari masa sudah larut malam. Dan secara tak langsung retina Sophia secara tak langsung menangkap lengan kanan sahabatnya berbalut.

Wajahnya berubah tegang.

"Dude." Terdiam dia mendengar suara keras sahabatnya. "What happened to your right arm?"

Air liur terasa seperti pasir ketika ini. "Ss- Sophie... Wait. I can explain-"

"Explain what?! Kau toreh tangan kau lagi ke?!" Tengking Sophia. Dia menggeleng laju. Air matanya sudah mengalir di pipi kirinya.

"Aku tahu kau tertekan tapi tolonglah jangan buat benda gila. Kau tak fikir orang yang berada di sekeliling kau? Keluarga kau? Aku? Kau tak fikir siapa yang akan terkesan bila kau buat kerja bodoh ni?"

Sophia gigit bibir. Air mata mengalir deras. Pernah sekali, rakannya cuba mengelar tangan kerana depresi tapi mujurlah dia sempat bertindak. Jika dia tak telefon pada waktu itu apa yang bakal berlaku?

Sejak itu dia jadi protective dengan sahabatnya meski sekadar atas talian.

"I- I'm sorry! Saya tak boleh fikir betul waktu tu. Tapi sumpah saya tak toreh tangan kalini. Ni kucing saya yang buat tadi. Dia tak sengaja." Dia menerangkan apa yang berlaku.

Sophia diam sesaat sebelum bersuara. "Please, kalau kau buat betul-betul memang aku lempang kau sampai berdarah." Dia angguk laju sambil tangan menyeka air mata.

Sophia menghela nafas. Kenapalah kawannya sejenis softie.

"Dah lah. Dah pukul berapa ni. Esok lambat masuk kelas. Luka tu dah bersih kan? Baguslah. Pergi tidur."

"Okay, oyasumi."

"Night too. Sorry tengking kau tadi." Dia menggeleng pula. "Tak apa. Awak tengking pun sebab sayang saya. Bye~"

Sophia melambai dan panggilan video tamat. Keluhan terpacul di mulutnya. Sekali dia merenung lengannya yang berbalut.

"Pain pain, go away and never come again." Bibirnya bergetar-getar bersama sisa air mata.

Baru saja dia ingin meniup bunyi ketukan pintu yang kuat buatkan kepalanya menoleh.

***

SEBAIK mendengar kerekan pintu terbuka sedikit tangan masing-masing kemas memegang pitol.

"Nak... haa-?!"

Kltak! "Shut up and let us in." Dingin suara garau itu mengugut.

Dia terkaku di muka pintu. Jantung berdetak melebihi orang normal. 3 muncung pistol terarah padanya ketika ini dan bila-bila masa saja peluru itu menembus isi dagingnya.

"Kau tak fikir siapa yang akan terkesan bila kau buat kerja bodoh ni?"

Tak nak. Dia tak nak mati. Dia tak boleh sama sekali.

"Hiks--" Pandangan Black Death langsung terarah pada seorang gadis kecil. Air liur terasa susah untuk ditelan begitu juga tangan teragak-agak untuk menjatuhkan senjata.

Should they kill an innocent girl?

Dia mengundur beberapa tapak ke belakang. Takut. Siapa jejaka-jejaka asing ni? Mereka bukan pengawal bertugas untuk berjaga di sini, dengan seragam yang berbeza. Bagaimana manusia di hadapannya berjaya memasuki perumahannya yang dikawal ketat?

Dia dan jejaka-jejaka asing ini bertentang mata lama. Di dalam fikiran masing-masing sudah memikirkan pelbagai perkara.

"Who are you?/ Awak siapa?"

Black Death kegelisahan. Bila-bila masa sahaja pengawal itu boleh tiba. Tambah pula keadaan Big Boss semakin parah.

"I know this isn't the right to explain but let us in. Our friend injured and need to treat." Ujar Flash datar.

Mereka melihat gadis kecil ini terkulat-kulat untuk bersuara. Satu badan menggigil kerana ketakutan.

Keluhan berat dilepaskan. "We're not a bad guy. Look," pistol dijatuh perlahan sebelum menyambung, "no weapon, no war."

Dia menggigit bibir. Iris hitamnya melihat seorang demi seorang manusia di hadapannya. Comot-momot dengan bekasan tanah lembap dan ranting kecil serta daun kering. Dapat dikesan titisan darah yang membasahi lantai mosaic.

Matanya membesar. Tangan menekup mulut lalu pandangannya kembali terarah pada Black Death, atau lebih tepat lagi jejaka bermata biru.

"Please..." Big Boss bersuara lemah.

.
.
.

"Jika kamu nampak orang sakit, kamu mesti tolong tau. Semua yang berada di atas muka bumi ni layak dihulur pertolongan."

"Tapi Ojichan, kalau orang tu orang jahat macam mana?"

"Itu... bergantung pada hati kamu untuk menilai seseorang. Segala pilihan terletak pada diri Akari. Tiada yang salah melainkan hati kita ikhlas melakukan sesuatu. Ojichan pasti kamu takkan biarkan orang sakit. Sebab hati cucu atuk terlalu mulia."

"Kenapa Ojichan yakin sangat?"

"Kamu boleh ke lihat orang sengsara depan kamu?"
.
.
.

Melihat gadis kecil ini kaku Black Death tiada pilihan. Mungkin jalan terbaik adalah menghapuskan gadis kecil ini. Pistol diangkat kembali.

Belum sempat picu ingin ditarik diri mereka sudah ditarik masuk ke dalam villa ini.

Black Death tergamam.

Dia, gadis remaja, telah melakukan kesalahan besar dengan membawa masuk orang asing ke dalam rumah tanpa asal usul periksa ketika dunia sedang dilanda wabak membunuh.

Dalam situasi genting ini, De-vian flu ditolak tepi. Baginya nyawa-nyawa jejaka ini lebih penting.

Baginya ini bukan satu kesalahan tetapi satu kewajiban. Menyelamatkan nyawa seseorang adalah perkara utama.

Dia akan tanggung segala hukuman yang diberi. Inilah pilihannya. Pilihan hatinya.

Pintu ditutup rapat dan dikunci. Tangannya menggeletar kerana kali pertama melanggar arahan 'orang itu' tetapi dalam masa yang sama teruja. Sudah lama tidak melakukan onar.

Badan dipusing melihat Black Death yang setia melihatnya.

"Jika ada yang bertanya siapa kamu, guna nama..."

Dia menarik nafas dan menyeka sisa air mata. Bibir meloret senyuman manis.

"You can call me Kana."

***
"It's painful but I can't let anyone see my weak points."
.
.
.
[25/02/2023]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro