Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special BAB [Hisyam STORY]

Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun berjalan dengan langkah longlai. Air matanya mengalir tanpa henti. Tanah perkuburan dia lewati tanpa perasaan lalu berhenti pada sebuah kubur yang masih merah tanahnya.

Remaja lelaki itu terduduk di hadapan kubur tersebut . Batu nisan yang bernama 'Nurul Qalisha' ditatap lama.

"Kenapa mama tinggalkan Hisyam? mama dah janjikan tak nak tinggalkan Hisyam macam papa tinggalkan kita. Mama janji nak bawa Hisyam jumpa balik abang Shawn. Tapi kenapa mama pergi?!" Jerit remaja lelaki itu atau lebih dikenali sebagai Hisyam.

Segala kenangan semasa dia berumur 7 tahun terngiang di kepala.

'Awak ada perempuan lain belakang saya kan?!' Tengking Puan Nurul apa bila suaminya pulang ke rumah.

'Apa yang kau merepek ni sejak bila pulak aku ada perempuan lain.' Bidas Encik Zikri

'Awak jangan menipu. Siapa perempuan nama Lynne tu?! Siapa?!!' Jerit Puan Nurul.

Riak wajah Encik Zikir berubah bengis. Tangan dia naik menampar pipi isterinya sendiri.

PANG!

Pipi kana Puan Nurul terasa kebas.

'Mulai hari ini kau Nurul Qalisha Binti Qayyum aku ceraikan kau dengan talak 1' Tengking Encik Zikri tanpa menghiraukan perasaan isterinya itu.

Lalu Encik Zikri berjalan laju ke arah bilik kedua anak lelakinya, lengang Shawn yang memeluk erat tubuh adiknya di rentap kasar.

Puan Nurul yang terduduk akibat terkejut dengan situasi sekarang berusaha mengapai tangan anak sulung dia itu.

'Awak pulangkan balik anak saya. Awakkk?!!!' Jeritan Puan Nurul sayup sayup kedengaran pada gegendang telinga si kecil Shawn yang pada ketika itu berumur 10 tahun.

Hisyam berlari anak ke arah ibunya. Tubuh lemah ibunya di peluk erat.

'Mama nape abang ikut papa?' Tanya Hisyam dalam nada sedih.

Puan Nurul menangis terisak isak. Tubuh kecil Hisyam di dakap erat.

'Nanti kita cari Abang kamu, mama janji'

****

Sejak kejadian itu Puan Nurul dan Encik Zikri di panggil ke mahkamah untuk menguruskan penceraian mereka. Lagi parah apabila Puan Nurul sendiri menangkap sosok seorang gadis muda semasa pembicaraan di jalankan.

Setelah selesai pembicaraan itu, Puan Nurul pulang dengan tangisan yang tiada penghujung sehingga lah dia nyaris di langgar kalau tidak Ayumi datang menyelamatkan ibu tunggal itu.

'Mak Cik okey ke ni?' Tanya Ayumi prihatin.

Puan Nurul menangis sebagai jawapan. Penyesalan yang tiada noktah dalam hidupnya di saat lafaz cerai itu meluncur pada bibir suaminya.

Ayumi mengerutkan dahi.

'Mana rumah mak cik boleh saya tolong hantar kan?'

Hampir setengah jam jugalah Ayumi memujuk Puan Nurul agar menunjukkan jalan ke rumahnya kerana dalam keadaan Puan Nurul sebegini.

'Haikal bawak ke tempat alamat ni' Arah Ayumi sambil menghulurkan sekeping kertas.

Ketika itu mereka masih di bumi Jepun, negara yang di katakan kaya dengan teknologi yang canggih.

Bagaimana pula Ayumi mengetahui Puan Nurul mengetahui bahasa Melayu?

Itu kerana dia terlihat sosok puan Nurul tadi di mahkamah semasa dia ada urusan pembebasan anak buahnya yang telah di fitnah melakukan onar di bandar Tokyo itu.

****

Dalam perjalanan hanya keheningan yang bermaharajalela.

Sampai sahaja pada kawasan tempat tinggal Puan Nurul, Ayumi datang membantu perempuan beranak dua itu turun dari kereta.

Haikal yang pada tika itu seakan merasai sesuatu yang tidak kena menoleh ke belakang.

'Aik tadi tak de tak silap aku budak tu?' Desis hatinya apabila matanya menangkap sosok seorang budak lelaki terbaring dengan kesan lebam di badannya.

Laju sahaja kaki jejaka itu melangkah ke arah sosok budak remaja lelaki itu.

'Adik Okey tak ni. Nak abang bawak pergi hospital?' Tanya Haikal perlahan.

Sosok budak lelaki itu membuka perlahan kelopak mata nya lalu menggeleng kepala. Air mata budak lelaki itu mengalir tanpa di pinta.

'Papa bawa abang Shawn.. Hiks Hiks abang.. Hisyam rindu abang Shawn'

Tangisan budak lelaki itu membuatkan Haikal terkaku lalu dia mengambil keputusan untuk membawa masuk ke dalam rumah puan Nurul.

'Mak cik kenal budak ni?' Tanya Haikal yang sedang menggendong si cilik Hisyam.

Puan Nurul terkaku melihat keadaan anak lelaki nya itu.

'Anak mama, siapa buat anak mama macam sampai macam ni sekali?' Tanya Puan Nurul sebak.

'Kawan kawan Hisyam buli Hisyam ma, dorang ejek Hisyam, cakap yang papa kaki perempuan' Luah budak lelaki itu.

'Papa tak macam tu kan ma' Ujar Hisyam lagi.

Puan Nurul menggeleng kepala sedih melihat anaknya yang berkeadaan begitu.

'Mama, Hisyam nak balik abang Shawn..' Rengek Hisyam yang masih dalam gendongan Haikal itu.

'Mama janji nanti kita sama sama cari abang kamu ya'

Ayumi yang sedari tadi memerhati perbualan anak dan ibu itu mengerutkan dahi. Tidak memahami perbualan tersebut.

'Mak cik dengan anak mak cik ni ada masalah ke?' Tanya Ayumi lembut.

Puan Nurul menghela nafas pendek. Sedaya upaya mengumpul tenaga untuk meluahkan segala yang terpendam di hatinya.

Dan sejak itu hubungan Ayumi dengan ibu kandung Hisyam menjadi erat.

****

6 Tahun kemudian...

Pagi yang mendung bertemakan awan yang berwarna kelabu membuatkan perasaan kurang senang bersarang di hati Hisyam yang ketika itu fokus belajar.

Di tempat lain pula, khususnya di Hospital milik Ayumi yang terletak tidak jauh dari sekolah yang Hisyam duduki,

Raut wajah Ayumi berubah keruh apabila dewan bedah yang sedari tadi masih berlampu kan warna merah. Hatinya mula tidak senang dengan warna lampu tersebut sehingga lah pintu dewan bedah itu terbuka dari dalam.

"Maaf cik Ayumi kami gagal membuang ketumbuhan pada rahim Puan Nurul. Nyawa beliau juga 😔 tidak dapat diselamatkan."

Ayumi tersentak.

"Kau kata pembedahan dapat di jalankan macam biasa?! Mana janji kau hah?!" Tengking Ayumi berang.

Doktor yang bertugas mengetuai pembedahan itu menunduk merenung lantai hospital.

"Pendarahan yang banyak punca utama."

Ayumi meraup wajahnya apabila mendengar itu.

Air matanya tumpah tika itu juga. Dia sudah lama memgagap ibu Hisyam itu sebagai ibunya selama dia berada di bumi Jepun itu.

"Apa yang kita nak cakap nanti? Dekat Hisyam."Soalan Haikal yang setia berada di samping Ayumi.

"Terus terang aje."Jawapannya Ayumi pendek.

****

Kedua kaki Hisyam berlari selaju yang boleh ke tanah perkuburan islam yang terletak agak jauh dari kawasan sekolah nya.

Matanya membulat terkejut apabila menatap Ayumi dan beberapa orang yang tidak dia kenali mengerumuni tanah perkuburan itu.

Lantas kakinya menghampiri mereka semua.

"Jangan cakap mama dah.." Ujar Hisyam yang tidak sanggup menghabiskan kalimat nya.

Ayumi mengangguk.

Langkah kaki Hisyam automatik berubah longlai. Kubur yang tanahnya masih merah di tuju.

Bahu Haikal di tepuk lembut oleh Haikal.

"Lelaki kena kuat. Ini hanya satu dugaan banyak lagi dugaan yang akan datang nanti" Pesannya.

Haikal menangis di situ juga merapati kepergian satu satunya keluarga yang dia ada.

****

"Kau masih teringat kenangan lama ke?" Tanya Shawn apabila menyedari adiknya itu sedari tadi  termenung.

Hisyam tersentak mendengar teguran tersebut. Laju sahaja kepalanya di toleh ke kanan menatap abangnya.

Hisyam mengangguk perlahan.

Shawn tersengih kelat. Leher adiknya di rangkul mesra.

"Dah tak yah fikir benda tu. Buat masa ni kita enjoy dulu dekat pantai nih" Ujar Shawn gembira lalu menari leher adiknya secara paksa ke arah pantai.

Aryan dan yang lain telah pun tergelak sakat melihat kelakuan adik beradik itu.

Shawn yang gembira manakala Hisyam yang tersiksa di kepit di celah ketiak lelaki itu.

"Busuk bang" Jerit Hisyam kuat. Sedaya upaya dia meminta untuk dilepaskan.

Shawn tidak menghiraukan jeritan kuat Hisyam itu. Tanpa membuang masa mereka menyelam bersama sama.

Aryan menggeleng kepala.

"Kau tak nak join sekali ke?" Tanya Shifa yang sedari tadi memerhati tingkah jejaka itu. Aryan menggeleng kepala.

"Kalau mandi dengan kau boleh lah dengan dorang terima kasih je" Jawab jejaka itu selamba.

Terus masam riak wajah Shifa di buatnya.

"Lelaki tak sedar diri" Gumam Shifa geram.

Aryan tertawa suka.

######

Special bab dah mari.. 😂 tunggu ea akan ada yang menyusul lagi

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro