Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Special BAB [HAIKAL, RAIKAL & AZRIN GENERASI BARU ]

Raikal menatap lama wajah isterinya, membuatkan Adawiyatul tersipu malu. Angin sepoi sepoi bahasa di restoran berdekatan hotel Tengku Afiq menambahkan suasana romantik di antara mereka berdua.

"Ayah nak jumpa Ecad boleh?" Tanya seorang budak lelaki yang berumur dalam lingkungan 2 tahun.

Perbuatan Raikal terganggu kerana teguran anak lelakinya, lalu dia mengalihkan pandangannya ke arah asal suara tersebut .

"Boleh je, tapi  lepas Qoyyum habiskan makan tu" Jawab Raikal sambil mengusap lembut kepala anak lelakinya.

Qoyyum mengangguk faham. Laju sahaja tangan kecil  itu menyudu bubur yang hanya berbaki sedikit sahaja lagi  yang berada di dalam mangkuk kecil khas bayi .

Raikal tersenyum manis.

"Terima Kasih, awak dah bagi hadiah terindah buat saya." Ujar Raikal ikhlas. Tangan isterinya di gengam erat.

Adawiyatul membalas genggaman hangat suaminya itu.

"Awak dah bagi saya hadiah lagi terindah tau!" Balas Adawiyatul pula.

Perutnya di usap sayang, bakal anak kedua mereka . Kini kandungannya telah pun mencecah umur 9 bulan hanya menunggu masa sahaja lagi.

Raikal tersenyum.

"Awak syurga saya. Hadiah yang terindah yang tak pernah saya akan lupakan" Sambung wanita bertudung labuh ungu lembut itu.

"Ibu, Ayah Yumm dah habis" Petah anak lelaki Raikal berkata kata walaupun umurnya masih muda lagi.

Raikal mengangguk, lalu membantu anaknya itu menuruni kerusi bayi.

"Jom bidadari saya.." Usik Raikal ☺️.

Adawiyatul tersenyum.

****

"Ecaddddddddd!! " Jeritan Edy kedengaran kuat.

Kanak kanak lelaki yang baru sahaja menjangkau umur 5 tahun itu kelihatan begitu gembira.

"Ecaddddddddd!! " Jeritan Qoyyum pula kedengaran. Kelihatan anak lelaki Raikal itu tidak mahu kalah dengan Edy. Abang angkatnya.

Edy menatap ke arah asal bunyi jeritan itu. Bibirnya mengukir senyuman.

"Ecad! Haii!!" Panggil Fikir teruja pula. Anak lelaki Jack itu berlari laju ke arah Arsyad dan juga kembarnya. Tangan nya juga turut di depakan.

Arsyad tersenyum teruja. Dia juga turut mendepakan tangannya.

"Fikri!!" Jerit Arsyad teruja.

Edy dan juga Qoyyum yang berada di kejauhan memasamkan wajah masing masing.

"Edy!! Yuyumm!!" Jerit seorang kanak kanak lelaki pula.

Badan kedua kanak kanak lelaki itu di dakapnya erat sehingga nyaris tersembam menyembah pasir pantai.

"Najmiiiiiii" Jerit Edy dan Qoyyum serentak .

Anak lelaki tunggal Haikal itu kelihatan gembira sahaja menyapa rakan rakannya.

"Lame tak jumpa" Marah Qoyyum sambil menarik manja pipi rakannya itu.

"Najmi pergi luar negare lah. Tu tak dapat jumpe" Balas Najmi bersungguh.

Qoyyum mengangguk faham.

"Jom, jumpa Iyad.. Ecad dah tak mau kawan kita lagi.." Ujar Edy penuh dramatik.

Najmi dan Qoyyum mengangguk patuh pada perintah abang angkat mereka itu. Edy tersenyum lalu memimpin tangan adik adik angkatnya itu menuju ke arah Irsyad kembar Arsyad itu.

"Iyad buat ape tu?" Tanya Najmi ramah.

Irsyad menggaru rambut perangnya. Anak mata hijau zamrud persis ibunya meliar seakan mencari sesuatu.

"Cari Kandar" Jawab anak teruna Ayumi yang seorang itu.

Zain yang menjadi pemerhati sedari tadi tertawa kecil apabila mendengar cara percakapan Irsyad itu. Kini dirinya telah pun berumur 8 tahun. Dah besar dah, dapat sorang adik perempuan lagi tu.

"Mummy, Daddy Zain nak main dengan adik adik boleh?" Tanya Zain lemah lembut.

Zack tersenyum sambil mengangguk.

"Bawa adik perempuan kamu sekali ni ha" Tubuh badan kecil  Zahira, kanak kanak berumur 1 tahun itu di turunkan dari ribaan Jasica.

Zain mengangguk patuh.

"Edyyy!!! Fikri !! Arsyad, Irsyad!!!" Jerit kanak kanak lelaki itu kuat.

Edy, Fikri dan dua kembar seiras itu menoleh ke arah asal suara yang memanggil mereka.

"Abang Zainn" Jeritan kanak kanak itu membuatkan semua yang berada di situ tertawa. Terusik dengan gelagat generasi baharu itu.

"Iraaaaaaa.. Ummi rindu Iraaaaaaa" Panggil Tengku Ummi Izyan Nani. Anak bongsu Ayumi dan Faris.

Zahira hanya tersenyum sahaja sebagai balasan. Tidak memahami apa yang dituturkan oleh kanak kanak perempuan di hadapannya.

"Tomey lah adik awak niiiyy" Puji Ummi sambil mencubit pipi gebu adik perempuan Zain itu.

Zain hanya menjawab dengan tawa nya sahaja.

"Mana Auliya?" Tanya Ayumi apabila tidak menyedari kehadiran isteri Jack itu. Ya, Jack mengambil keputusan untuk menjadi suami kepada Auliya. Gadis muda yang menjadi mangsa kerakusan Anuar.

"Dia cakap nak pergi tandas tadi. Otw pergi sini lah tu." Jawab Jack.

Ayumi mengangguk faham.

"Abang! Biar Ayang buat tu" Pekik Ayumi apabila menyedari Faris mahu mengganggu tugas dia untuk menyiapkan BBQ mereka.

Faris tertawa. Ayam yang telah siap di panggang itu di usiknya dengan cara mencucuk daging ayam tersebut menggunakan garfu.

"Pengantin basi ni bersweet la pula" Celah satu suara yang amat familiar pada deria pendengaran mereka semua yang berada di situ.

"Betul tu bang" Sokong suara seorang wanita yang kelihatan sedang mendukung seorang kanak kanak lelaki berumur 3 tahun.

"Yoo Qif. Lama tak nampak batang hidung kau" Sapa Hafiz ramah lalu dia berjabat tangan dengan kembar Ayumi itu.

Aqif tersenyum sambil tangannya berjabat dengan Hafiz.

"Aku busy semenjak jadi wakil Mega Holding dekat bahagian New Zealand. Kerja banyak sangat" Jawab Aqif selamba.

"Ni pun mujur dapat cuti" Sambung dia lagi.

Naufal tertawa melihat wajah kusut kembar Ayumi itu.

"Alah biasalah tu nanti" Celah Naufal dari kejauhan.

"Thaqif apa khabar?" Tanya Ayumi pada anak tunggal adik nya itu. Pipi gebu kanak kanak lelaki itu di cubit geram.

"Okey je" Jawab Thaqif pendek.

Ayumi mengangguk faham.

"Ifa mane? Tadi aku macam nampak kelibat dia." Tanya Aqif sambil meraup rambutnya kebelakangan.

"Ifa sape lak ni?" Tanya Alisya curiga.

"Pasal Shifa, dia balik bilik dia dulu ade hal tadi.." Jawab Ayumi sambil matanya melilau melihat kelibat anak anaknya yang sibuk bermain.

"Sape Shifa ni? Tak pernah nampak pun?" Tanya Alisya yang kekeliruan.

Aqif tertawa kecil.

"Shifa, anak perempuan satu satunya Aunty Darlene dengan Uncle Aaron. Awak tak kenal kut. Dia berkawan baik dengan Ayumi" Jawab Aqif selamba.

Alisya mengangguk faham.

****

Sementara itu,  Shifa pula kelihatan sedang berjalan perlahan menuju bilik hotelnya.

Apabila bilik bernombor 107 jelas kelihatan kakinya berhenti melangkah. Kunci perak di keluarkan lalu di masukkan ke dalam tombol pintu.

Lampu bilik hotel itu di buka lalu pintu bilik di tutup serta di kunci. Helaan nafas panjang jelas kedengaran. Penat seharian berjalan di kawasan hotel milik Tengku Afiq itu. Di tambah pula dengan hasil karya nya yang perlu di persiapkan sebelum masuk tahun baru itu membuatkan dia mati akal untuk mencuri masa ketika bersama Ayumi serta kawan kawan nya yang lain.

"Kemain panjang kau mengeluh" Tegur seseorang di belakang nya.

Shifa terkejut, lantas badannya mengundur ke belakang sehingga belakang badannya belaga dengan pintu masuk bilik hotel.

"Erkk? Aryan apa kau buat dekat sini? Macam mana kau masuk sini!?" Nada suara Shifa berubah ketakutan apabila menatap keadaan Aryan yang hanya bertuala separas pinggang bersama air yang menitis ke atas selendang yang di pakai nya.

"Kau tak kenal aku lagi ke? Khairul Shifa." Tanya Aryan dalam nada suara serak basah. Kedua tangannya mengepung badan Shifa agar  dapat mengelakkan gadis itu lari.

Shifa tersentak.

"Aku dah janji nak cari kau lepas kita tamat SPM dulu. Dan yah kau hilang tanpa jejak. Aku tanya abang kau, kembar kau, jawapan dorang sangat mengecewakan. Dorang cakap kau pergi ke oversea untuk sambung belajar. Bila aku minta alamat universiti mana kau belajar. Dorang kata kau tak nak bagi tau sape sape. "

Aryan mendekatkan lagi jarak kedudukan mereka berdua.

" Bidadari aku dah ada depan mata. Tak de tempat lagi untuk kau lari . Kau tetap jadi milik aku lepas ni"

Bisik lelaki itu di telinga Shifa.

Shifa terkaku di tempatnya. Dengan selamba sahaja, Aryan mencuit hidung Shifa sebelum beredar ke arah bilik pakaian.

Selang beberapa minit Aryan keluar lalu berjalan ke arah pintu utama. Kelibat Shifa, gadis pujaannya itu tidak ada lagi di situ. Dia tersenyum sambil mengangkat bahu.

"Pasti"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro