Bab 70
4 Jam kemudian...
Wajah tegang Darwish dan Farisya membuatkan suasana wad yang di diami oleh Sabrina juga berubah tegang.
"Rina kau tahu kan yang kau tu baru je lepas bersalin. Patutnya kau berehat je dekat sini dulu." Tegas Farisya.
"Tak masuk akal lah keputusan kau nak pergi jumpa Ayumi dalam keadaan kau baru bersalin ni" Tambah Darwish menyokong Farisya untuk tidak membenarkan Sabrina pergi bertemu Ayumi kerana keadaannya yang baru sahaja melahirkan anak itu.
"Aku tetap nak jumpa Ayumi. Aku ada hal mustahak nak bincang dengan dia. Tolong lah aku merayu ni." Rayuan Sabrina membuatkan Farisya dan juga Darwish berpandangan sesama sendiri.
Darwish mengeluh lalu dia mengangguk sahaja.
"Panggilkan jururawat datang sini" Arah Darwish tanpa menatap wajah Farisya itu.
Farisya patuh.
Selepas kepergian Farisya, Darwish menatap lama wajah Sabrina yang pucat itu.
"Aku tak tahu apa sebab kau nak sangat jumpa Ayumi tapi aku nak pesan satu perkara. Kau nak ke anak kau tengok kau dalam keadaan macam. Fikir masa depan anak kau la Sabrina." Ujar Darwish serius.
"Sebab aku fikir masa depan anak aku lah aku nak jumpa Ayumi. Aku tahu hidup aku tak lama." Jawap Sabrina sebak. Bayi lelaki yang berada di dalam pelukannya di kucup sayang.
"Mama nak Umi Ayumi bagi kamu nama. Mama nak Walit Faris lindungi anak mama ni. Mama tahu mama tak mampu beri anak mama kebahagiaan ni. Mama harap sangat kamu tak akan bertemu dengan ahli keluarga ayah kamu. Mama takut kamu di siksa. Mama tak mahu kamu sakit macam mana mama alami sekarang ni.
"Darwish, aku nak kau tunaikan hajat aku boleh? "Kata Sabrina bersama linangan air mata.
" Apa yang kau nak? "Tanya Darwish semula.
" Tolong jadi guardian untuk anak aku. "
Darwish terdiam. Namun lama kelamaan dia tersenyum.
" Aku setuju. " Sahut Darwish sambil tersenyum.
****
Pintu rumah agam yang diketuk bagai nak roboh itu membuatkan Ayumi tak senang duduk. Nak aje di tembak nya gerangan itu. Mujur mengandung.
Perutnya yang besar daripada Sya itu di usap sayang lalu dia berjalan perlahan menuju ke arah pintu.
Klak..
Pintu rumah di buka dan terserlah wajah tiga orang manusia yang amat dia kenal. Dua di antaranya pula ialah perempuan.
"Erk Sabrina?" Ujar Ayumi lebih kepada soalan.
"Boleh kita orang masuk?" Tanya Darwish pula serius.
Wajah Sabrina yang pucat itu jelas terpancar kegembiraannya apabila menatap wajah Ayumi yang menunggu hari untuk bersalin.
"Masuk lah duduk, jap aku nak ambilkan air untuk korang." Pelawa Ayumi bersama senyuman manisnya.
"Tak perlu. Kita orang just nak singgah sini kejap je" Tolak Farisya pantas.
Ayumi menganguk faham.
"Siapa yang datang tu Ayang?" Tanya Faris yang baru sahaja menuruni anak tangga. Berbaju santai saja dia di hari minggu itu.
"Sabrina ni hah abang dengan Farisya dan Darwish" Jawap Ayumi.
Faris berjalan ke arah Ayumi yang baru sahaja melabuhkan punggung di atas sofa yang di sediakan di ruang tamu tingkat bawa itu.
"Apa hajat korang ke sini dan siapa bayi lelaki tu?" Tanya Faris setelah menyedari kehadiran bayi lelaki Sabrina itu.
Ayumi menatap teruja bayi lelaki bermata hijau juga berambut perang halus.
"Siapa dia? Comel nya" Ujar Ayumi teruja.
"Anak aku dan bakal anak kau Ayumi" Jawap Sabrina sambil mengusap lembut pipi gebu anaknya itu.
Ayumi mengerutkan dahinya.
"Maksud kau apa?" Tanya Faris kurang faham.
"Aku tak mampu jaga dia Faris, Ayumi. Aku tak mampu beri dia kebahagiaan. Aku juga tak mampu beri dia kasih sayang secukupnya." Jawap Sabrina sebak. Air matanya mengalir membasahi pipi bayi lelaki nya.
Ayumi tergamam.
Farisya menggosok lembut belakang Sabrina cuba menjauhkan semangat.
" Farisya, masanya telah tiba. Tolong aku. "Kata Sabrina sambil menyerahkan bayi lelaki kepada Farisya.
Farisya menganguk. Belum sempat bayi lelaki itu sampai dalam dukungan Farisya...
BANG..
Satu tembakan menembusi kepala Sabrina. Darahnya memercik membasahi wahah Farisya juga anak Sabrina.
Sabrina menghembuskan nafas terakhir nya dengan senyuman yang terhias di wajahnya.
Lantas sahaja anak Sabrina itu di dukung Farisya lalu diserahkan kepada Ayumi. Wajahnya yang di basahi darah pekat milik Sabrina membuatkan badannya menggigil ketakutan.
Tidak pernah dalam hidupnya sekalipun di basahi darah manusia yang sebegitu pekat warna nya pada wajahnya. Lebih lebih lagi darah sahabat nya sendiri.
Darwish mengambil sapu tangan milik di dalam kocek. Wajah Farisya itu di lap perlahan. Tanpa sempat di ramal. Tubuh Farisya tiba tiba sahaja melemah lalu tidak sedarkan diri mujur sempat Darwish menangkap tubuh gadis itu.
"Dari arah mana peluru tu tadi?" Tanya Faris dingin. Lantas sahaja Ayumi merangkul tangan Faris. Bagi langkah berjaga jaga.
"Faris AWASSS" Jerit Naufal dari anak tangga tingkat atas apabila menyedari sesuatu yang pelik.
Pintu rumah agam milik Faris di rempuh kasar. Dua orang lelaki berbadan tegap masuk dengan wajah bengis masing masing.
"Bagi bayi tu sekarang" Jerkah salah seorang lelaki itu.
"Kau siapa?" Tanya Faris dingin.
"Aku suami dia. Bagi cepat bayi lelaki tu!" Marah Alder suami Sabrina.
Ayumi yang sedang mendukung bayi lelaki Sabrina memeluk erat badan bayi lelaki itu takut kehilangan bayi yang baru dia kenali.
"Ingat senang senang aku nak bagi. Dalam mimpi bro" Sinis Faris. Badan isterinya di tarik kebelakangan badannya.
"Zafrin bunuh mereka." Arah Alder riak.
Zafrin. Lelaki itu patuh akan arahan boss dia itu. Tanpa membuang masa dia menyasarkan pistol nya yang berada di kedua belah tangan nya tepat ke hadapan.
"Aryan, Hisyam!" Jerkah Ayumi kuat.
Aryan dan Hisyam yang baru sahaja keluar dari lif rumah agam mengerutkan dahi masing masing.
Kehadiran Alder dan seorang lelaki yang ingin menarik picu pistol membuatkan mereka berdua memahami situasi itu.
Pistol di keluarkan. Tanpa membuang masa picu pistol di tarik lalu peluru di tembak.
Sasaran mengenai leher orang suruhan Alder dan juga bahagian kepala orang suruhan itu.
Sekali lagi picu pistol di tarik.
"Kau tak layak hidup dalam dunia ni sampaikan isteri sendiri kau bunuh." Tengking Faris.
Alder menggigil ketakutan. Dia berundur setapak dua tapak.
BANG.!
Dengan itu bayi lelaki yang berada di dalam dukungan Ayumi hidup tak berbapa dan beribu sejak kejadian itu .
" Ya Allah. Abang sakit.. "Jerit Ayumi. Jubah yang di pakai oleh Ayumi habis basah lencun dengan air ketuban nya yang telah pun pecah itu.
" Abang!! "Jeritan Ayumi tu telah pun mengundang semua Ahli keluarga mafia itu terkejut.
Sya dan Sofia yang bari sahaja menuruni lif terkejut.
" Aryan pengang bayi ni. Aku nak bawa Ayumi pergi hospital sekarang "
####
KEPADA PEMBACA SHMM IFA MINTA MAAF SANGAT II SEBAB LAMBAT UPDATE.
AWAL TAHUN NI BANYAK SANGAT HW CG BGI.
🌸 Dan info paling penting korang mesti baca 'KEMBAR KU DARI NERAKA' sebelum siri ketiga di terbitkan. Sebab ada beberapa watak yang korang kena hadam betul ii dekat cite tu. Cek profil Ifa korang akan jumpa nanti.. Okey 🌹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro