Bab 65
Azrin yang keluar dari bilik tidur Ayumi dan Faris lantas sahaja di serbu oleh Ayumi. Riak wajahnya juga turut berubah mendung.
"Suami aku macam mana?" Tanya Ayumi. Nada suaranya antara dengar dan tidak dengar sahaja.
"Bagi dia berehat. Luka tusukan dekat bahagian perut dia tu agak dalam." Jawab Azrin tenang. Wajah satu persatu ahli keluarga mafia itu di tatap tanpa perasaan.
Hafiz dan Naufal yang baru sahaja sampai menghela nafas lega.
"Aku nak bercakap sikit dekat Ayumi kejap." Pinta Azrin. Hafiz dan Naufal mengangguk faham. Sofia dan Sya yang berdiam diri di tarik menjauh dari Ayumi dan Azrin itu.
"Kenapa?" Tanya Ayumi dingin. Pintu bilik tidur dia yang terbuka sedikit menampakkan keadaan Faris yang sedang lena bersama balutan kain kasa di badan.
"Dengan khabar angin, Kau mengandung. Sampai bila nak sembunyikan dari Faris? ." Tanya Azrin. Matanya juga menatap Faris yang sedang tidur.
Ayumi tersentak. Perutnya yang belum menampakkan bentuk di usap sayang.
"Ya. Aku mengandung anak Faris." Jawap Ayumi dalam nada sayu.
"Belum masanya lagi. Ramai musuh Faris yang tengah cari aku. Bila nanti dorang tahu aku mengandung, pasti anak ni jadi mangsa seterusnya." Sambung Ayumi. Kakinya di bawa melangkah ke dalam bilik tidur lalu menghampiri Faris.
Azrin mengeluh. Kadang kala ikut kepala otak boss dia itu boleh menyesal di buatnya.
" Oh ya. Mana Edy. Tak nampak pun. Kau tinggal dia sorang sorang dekat rumah ke.!"Laju sahaja tutur kata Ayumi apabila tidak menyedari kehadiran si cilik penerus Azrin.
" Ada kat rumah dengan bakal bini aku. "Jawap Azrin selamba.
Dia melangkah melangkah masuk ke dalam bilik tidur tersebut. Segala peralatan untuk mengubati luka Faris tadi di kemas semula ke dalam satu beg segi empat tepat.
Ayumi menatap Azrin lama.
'Otak dia ni betul ke tak? Bakal bini dia siapa? Ada ke yang nak?'
Desis hati Ayumi.
"Ada la orang yang nak aku. Aku kan hensem. Ramai berkenan nak wat menantu." Tutur Azrin riak.
Angkat bakul sendiri.
" Aku nak balik dah ni. Jangan lupa tau, Apa yang kau cakap tu bagi tahu dia. Dia ayah kepada anak kau." Ujar Azrin sebelum beredar.
Ayumi tersenyum kelat. Dia menatap lama wajah Faris yang sedang lena itu. Telapak tangan kanan Faris di genggam erat.
'Awak. Tak lama lagi awak akan jadi ayah.'
****
Irfan tersenyum sinis sebaik sahaja mendengar berita yang di sampaikan oleh anak buahnya.
'Faris cedera?'
"Peluang terbaik." Gumam Irfan.
"Korang culik perempuan ni" Arah Irfan sambil menunjukkan sekeping gambar perempuan sedang tersenyum manis.
"Baik boss" Sahut anak buah kepercayaan Irfan.
"You nak mulakan dah ke?" Tanya Syasya yang hanya menjadi pemerhati sedari tadi.
"Yup"
Syasya tersenyum sinis.
****
Ayumi tersenyum gembira apabila pesanan makanan yang di pesan setengah jam tadi telah pun sampai.
"Selamat menjamu selera.." Kata pelayan restoran tersebut.
Ayumi tersenyum sahaja sebagai balasan sehingga tidak dia sedari pelayan restoran itu tersenyum sinis.
Dengan bacaan doa makan Ayumi menjamu selera.
5 minit pun berlalu...
Pandangan Ayumi mula kabur. Badannya juga tidak lagi dapat diimbangi. Lalu badannya selamat menyembah meja makan tersebut. Pelayan restoran tadi tersenyum sinis. Umpan dia mengena.
Tanpa membuang masa lagi. Pelayan lelaki itu berjalan ke arah Ayumi. Badannya gadis tersebut di cembung. Dia beredar dari situ tanpa sesiapa sedari kerana suasana restoran yang agak lengang itu.
****
Faris menatap lama badannya yang di balut serupa mayat itu.
"Kau dah bangun bagus la. Ayumi keluar pergi kerja semalam . Tapi masalahnya dia belum balik lagi. Dari semalam kita orang tunggu . Aku call adik dia tadi. Cakap yang Ayumi dah balik rumah." Terang Hafiz serius.
Faris tersentak. Badannya sedaya upaya cuba untuk di angkat namun tidak mampu. Hafiz mengeluh. Badan sahabatnya di bantu untuk duduk.
" Kau dah arahkan anak buah cari ke?"Tanya Faris.
" Dah. Tapi dorang tak jumpa. Aku syak dorang dah guna taktik kotor."Sampuk Naufal yang baru sahaja sampai.
" Macam mana korang boleh lepas pandang ni! "Tengking Faris. Kolar baju Hafiz di genggam erat dari arah tepi.
" Kita orang tak sengaja. Lagi pun banyak benda nak handel. Syarikat kau tu pun dah tungang langgang. "Sahut Naufal dingin. Mata dia menatap tajam kedua sahabat dia itu.
Faris mengeluh selimut yang menyelimuti kakinya di genggam erat. Air mata jantan dia mengalir laju. Isterinya hilang.
" Kau dah suruh Shawn detected? " Tanya Faris lagi.
Mereka senyap seketika. Sehinggalah bunyi keluhan dari mulut Naufal meluncur keluar.
"Shawn dah cuba. Dua hari kau tak sedarkan diri. Semua benda banyak berubah. Sampaikan bini aku campur tangan tolong carikan Ayumi tu." Terang Naufal serius. Kalau boleh dia tidak mahu melibatkan isterinya dalam hal ini namun nasib isteri bos dia yang merangkum sahabatnya lebih penting di tambah lagi isteri sahabatnya itu adalah kawan isterinya Sya.
" Bawa aku jumpa Shawn sekarang. "Arah Faris. Dalam nada dingin yang tersangat dingin.
Hafiz menganguk faham.
****
Ayumi tersandar lemah pada dinding bilik kurungan tersebut. Bibirnya yang jelas menampakkan kesan darah akibat di tampar jelas masih baru.
Perutnya yang berbunyi minta di isi itu melemahkan Ayumi.
Tok.. Tok.. Tok..
Pintu bilik kurung tersebut di buka dari luar membuatkan Ayumi mengeluh perlahan.
"Boss makan la dulu. Sedap apa yang kita orang beli ni." Pujuk Carl A. K. A Raikal..
"Haih ye lah."Kata Ayumi perlahan.
Haikal menutup pintu bilik kurungan tersebut bagi memastikan tiada siapa yang mensyaki hal tersebut.
" Good girl.. "Kata Raikal bersama senyuman manisnya.
Ayumi menjamah makan tersebut dengan lafaz bismillah dan doa makan.
" Dorang tenaga cari kau. Patut ke kita orang bagi tau lokasi kau sekarang?"Tanya Haikal yang sedari tadi berdiam diri.
" Tu keja Sofia. Kejap lagi mati la IRFAN tu."Jawap Ayumi selamba sambil memakan peha Ayam panggang yang di beli Raikal tadi.
Haikal dan Raikal menganguk faham.
****
Dengan langkah lenggok Syasya melangkah ke dalam pejabat Faris. Pakai yang amat menjolok mata tersebut langsung tidak terkesan oleh Faris.
"You ni fail yang you nak tadi." Kata Syasya dalam nada menggoda. Sempat lagi tangannya menyentuh tangan Faris ketika memberi Fail tersebut.
Faris menjeling tajam Syasya yang berada di hadapannya.
"Pergi mampus la kau betina." Sinis Faris.
Syasya tertawa sinis.
"You akan menyesal Faris." Pesan Syasya sebelum beredar
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro