Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 59 PERJUMPAAN MAFIA II

Sofia yang menjaga pintu utama tempat para ketua Mafia itu tersentak apabila Hafiz keluar dari bilik tersebut bersama riak wajah terkejut.

"Erk.. Anak buah Rose rupanya." Ujar Hafiz kekok. Belakang tengkuknya di usap segan.

Sofia teguk air liur kelat lalu menganguk sebagai balasan. Dia mengambil jarak menjauhi Hafiz kerana kedudukan mereka yang agak dekat itu.

Hafiz hanya melihat melalui ekor mata sahaja perbuatan Sofia itu. Anak buah Rose tiada seorang pun yang tidak menutup identiti menyukarkan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui identiti mereka.

Hafiz menghela nafas perlahan.

****

Suasana tegang di dalam bilik  bar tersebut membuatkan sesiapa sahaja menggigil ketakutan. Aura setiap seorang ketua Mafia di dalam bilik tersebut mampu mengetarkan sesiapa sahaja.

"Kalau dah tak ada apa apa aku nak balik dah" Ujar Sya memberhentikan tatap tajam masing masing yang terarah pada Irfan.

Afiq menganguk sahaja, membenarkan pemergian Sya.

Sya bangun dari duduk lalu berjalan melepasi Rose tanpa menegur. Aura Rose betul betul  membuatkan dia gentar walaupun mereka tidak pernah bermusuhan.

Rose menurut pemergian Sya dari belakang disusuli anak buahnya.

"Kau tak pergi lagi ke? Ke nak mampos dekat sini?" Sinis Iqbal bersuara.

Irfan yang menyedari dirinya di tegur mendengus geram lalu dia turut mengatur langkah meninggalkan bilik bar tersebut bersama tiga orang anak buahnya.

"So kau tak nak berdamai dengan aku ke?" Tanya Tengku Afiq bersama tawa mengejek. Memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam bilik itu.

"Kau rasa. Perlu ke? Sedangkan adik kau dah jadi milik aku" Sinis Faris yang tidak lupa tawa sinisnya.

Afiq mencebik.

'Aku debik kang'

Desis dia di dalam hati.

Namun perkara yang mengejutkan terjadi. Faris dengan tanpa perasaannya melemparkan sekeping kad berwarna keemasan berlogo burung Phoenix hitam tepat pada kepala Tengku Afiq.

Tengku Afiq menjeling tajam.

"Perangai setan kau jangan tunjuk sangat" Tegur Tengku Afiq. Kepala yang di sasarkan kad keemasan tadi di usap bagi menghilangkan sakit yang dia rasai.

"Kesah pula aku." Jawap Faris selamba. Lantas dia mengundurkan kerusi yang didudukinya untuk beredar dari situ.

"Jaga adik aku elok elok" Pesan Tengku Afiq sebelum Faris lesap dari retina matanya bersama sama dengan anak buahnya.

"Kau rasa Fandi kenapa Rose nak bagi kerjasama dengan Faris tambahan pula dia nak berdamai dengan kumpulan aku. Tak pernah pernah kut" Kata Tengku Afiq. Kedua telapak tangannya di genggam erat bersama renungan tajam tepat ke hadapan. Tempat di mana pintu keluar terletak.

Affandi yang di tegur itu tertawa kekok.

"Mungkin ayah bos ada berhutang budi dengan Rose. Manalah tahu kan" Jawap Affandi selamba. Peluh dingin jelas mengalir pada dahinya kerana takut sekiranya bos dia itu mengesyaki sesuatu pada diri nya .

"Mungkin juga."

****

"Aku nak ke tandas dulu korang tunggu dekat tempat parking." Kata Naufal tergesa gesa.

Faris dan yang lain hanya mengangguk setuju. Faham maksud tersirat yang diungkapkan oleh Naufal itu.

Lantas Naufal berlari anak menuju suatu arah iaitu tandas. Suasana yang riuh di dalam Kasino Bar menyukarkan dia untuk mencari kedudukan tandas.

Sedang dia mencari kedudukan tandas tanpa di sengajakan dia melanggar susuk tubuh seseorang sehingga membuatkan orang yang di langgar tersebut jatuh terduduk.

Naufal tersentak. Matanya menangkap sosok yang amat dia kenali.

Ketua Dark Scorpio.

Naufal teguk air liur kelat. Lantas dia membantu Sya bangun dari terus di himpit oleh orang ramai yang hadir pada malam tersebut.

Degupan jantung Sya jelas dia dengari sendiri. Tangan dia menggeletar apabila leganya di sentuh oleh Naufal.

'Dia.'

"Maaf. Tak nampak awak tadi." Kata Naufal. Tangan dia menggosok belakang tengkung. Memandangkan ketinggian sosok di hadapannya rendah membuatkan dia menundukkan kepala.

Sya mendongakkan kepalanya. Matanya membulat . Di akibat terlalu terkejut dia berundur setapak ke belakang. Mask yang menutupi separuh wajahnya melindungi dia dari terkantoi.

"Tttak app..apa.."Gagap Sya membalas. Laju sahaja tangan dia  menepis lembut tangan Naufal yang mengengam lembut tangan kanannya.

" Ouh Okey. Kalau tak ada apa apa lagi saya pergi dulu. Maaf untuk sekali lagi. "Pamit Naufal sebelum berlalu pergi.

Sya terkaku di tempat dia berdiri, orang ramai yang lalu lalang tidak langsung dihiraukan.

Wajah itu...

Suara itu..

Dia..

Suami aku..

Dan anak buah Black Phoenix?

Riak wajah Sya berubah  menandakan bertapa terkejutnya dirinya .

Tangan kanan nya di bawa menyentuh dada. Degupan jantung yang laju jelas kedengaran pada kedua telinganya.

"Naufal Mafia?"

****

Ayumi menatap lama siling tempat bilik tidur dia dan Faris. Hari ini banyak perkara yang berlaku. Sehinggakan diri dia tiada waktu untuk berehat.

Krek..

Bunyi pintu bilik di membuatkan dia tersentak, lalu matanya di pejam rapat mengelakkan dirinya daripada ditanya pelbagai soalan.

Faris melangkah masuk ke dalam bilik, baju yang tersarung pada badan di buka satu persatu. Tuala yang tersangkut pada kerusi meja solek di gapai.

Langkah di atur masuk ke dalam bilik mandi. Setelah beberapa minit di dalam bilik mandi Faris keluar dengan hanya berpakaian seluar pendek paras lutut. Tuala mandi kembali di sidai pada kerusi meja solek.

Kemudian dia merangkak menghampiri isterinya yang sedang nyenyak tidur itu. Badan Ayumi di dakap erat. Lalu dahi isterinya itu di kucup penuh kasih.

Dan matanya perlahan lahan terpejam rapat. Hanyut dalam dunia mimpi. Tanpa dia sedari air mata Ayumi setitik  mengalir .

Maaf..

****

Di suatu sudut hutan yang terdalam terletaknya sebuah gudang lama yang di penuhi oleh dadah dan berbagai senjata api yang di bawa masuk secara haram.

Irfan yang sedang leka dalam dunia dadah nya sendiri di dalam bilik pejabatnya di kejutkan dengan kehadiran seorang gadis yang berpakaian amat menjolok mata. Sehingga menampakkan bahagian dada gadis tersebut.

Irfan yang telah khayal itu tidak lagi waras akal fikirannya sehingga  kehadiran gadis tersebut di anggap gadis biasa .

"Dengan khabar angin kau nak sangat dengan Ayumi.." Kata Syasya dalam nada menggoda. Tanggannya meliar pada badan lelaki itu.

Kawasan pejabat Irfan yang suram dan tiada langsung konconya yang menjaga memudahkan kerja Syasya untuk menggoda Irfan.

"Kalau ya pun kenapa?" Tanya Irfan dalam keadaan khayal.

"Aku boleh tolong. Dengan satu syarat kau mesti tolong aku dapatkan Faris" Bisik Syasya di telinga Irfan.

Irfan tersenyum sinis. Lengan Syasya di tarik lembut sehingga badan gadis itu terduduk di atas ribanya.

Syasya tersenyum suka. Mangsa nya telah pun memberi respon yang dia inginkan.

"Apa yang aku dapat?" Tanya Irfan. Bibirnya liar mengucup ke segenap badan putih Syasya.

Gadis itu tertawa menggoda.

"Aku.."

Irfan tersenyum sinis. Tanpa sempat di ramal dia mencempung badan Syasya yang seperti model terkenal.

"Aku terima."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro