Bab 56
Alisya menatap lama setiap gerak geri Lutfi di pelabuhan itu. Mask yang menutupi separuh daripada wajah Alisya menutup identiti sebenar dia.
Dari jarak jauh pula terlihat figura King bersama sniper jarak jauh milik dia.
Memandang Raziq dalam proses persiapan untuk majlis perkahwinan dia, Rose telah pun mengarahkan Alisya sebagai ganti duet maut King.
Tak henti henti King tersenyum kerana dapat melakukan misi bersama sama dengan si pujaan.
"Dua orang lelaki kira kira 90 meter dari kau. Dua lagi nampak macam tegah bincang. Hati hati. Keliling kau tu pun tengah di kawal ketat. Dorang just bersembunyi. "
Kata King melalui earphone.
"Faham" Jawap Alisya.
"Aku back up kau dari belakang"
Alisya mara ke hadapan, keluar daripada tempat persembunyian dia. Beberapa jarum panjang dan tajam di lemparkan ke arah sekeliling dia. Jarum yang telah di bubuh racun itu berjaya menusuk ke setiap salah satu tubuh badan anak buah Irfan yang bersembunyi itu.
Lutfi menatap tajam Grim Reaper yang mengganggu kemasukan senjata haram kumpulan dia.
Manakala King yang berada di atas salah satu kontena jauh daripada kawasan pertempuran itu memulakan tugasnya menembak musuh yang ingin membunuh Grim Reaper dari jarak dekat.
Bang.. Bang.. Bang..
"Kenapa Grim reaper boleh tahu kedudukan kita.?"Tanya Lutfi dalam nada marah.
" Tak tahu boss. "Sahut salah anak buahnya yang sedang bertungkus lumus melindungi Lutfi.
Lutfi mendecit lalu meneruskan kerjanya cuba sedaya upaya untuk menembak Grim Reaper itu.
Alisya tersenyum sinis di balik mask yang di pakainya, lalu dia menuju ke arah Lutfi apabila mendapati ada ruang yang memudahkan dia menyerang.
"Tembak bahagian kaki dia."
Arah Alisya melalui earphone. Tanpa membalas apa apa sebutir peluru pantas menuju ke arah sasaran yang di arahkan oleh Alisya tadi.
Lutfi terduduk akibat menerima tembakan mengejut.
"Lisya berundur Irfan hantar back up ramai"
Arah King cemas apabila matanya menangkap ramai ahli melalui teropong yang di bawa bersama.
"Baik"
Lantas sahaja Alisya menyudahkan kerja dia lalu berlari pantas menuju ke arah kedudukan King tanpa sesiapa sedari.
"Kenapa lambat!" Tengking Lutfi yang sedang terduduk bersama darah yang tidak henti henti mengalir keluar pada bahagian yang di tembak King tadi.
"Maaf boss jalan sesak tadi." Jawap salah seorang daripada bantuan yang datang.
"Cis, banyak alasan korang semua ni!" Marah Lutfi lagi
"Sebab korang kita tak dapat apa apa bekalan senjata tahu tak." Tengking Lutfi lagi apabila mendapati semua bekalan senjata yang baru sampai telah pun masuk ke dalam air laut tanpa sesiapa sedari.
"Maaf boss." Jawap semua anak buah Lutfi yang hadir bersama kepala yang di tunduk menyesal.
"Maaf maaf je ku tahu kan. Sekarang nak biar aku mati pula. Tunggu apa lagi bawa aku pergi hospital!!" Tengking Lutfi sekali lagi. Jelas tingi urat hijau di dahinya walaupun wajahnya telah pucat.
"Baik bos"
***
Aqif menatap lama wajah Alisya yang telah pucat lesi itu. Timbul tanda tanya di minda nya.
"Kenapa muka kau pucat sangat.?" Tanya dia prihatin.
"Tak ada ap~" Kata kata Alisya mati di sana apabila dia pengsan. Darah di bahagian perut jelas mengalir keluar. Lantas sahaja Aqif mencempung badan manakala tangan kiri dia menekup luka di bahagian perut Alisya.
Riak wajahnya jelas risau.
"Bertahan Alisya"
****
Zul menatap lama Arissa yang sedang duduk di atas katil. Begitu juga Arissa, wajahnya kian memerah apabila Zul mengenyit matanya.
Baju Melayu berwarna putih masih tersarung elok pada badan Zul. Ya, mereka baru sahaja beberapa jam lepas sah bergelar suami isteri.
"Tak nak pergi mandi ke? Tak lama lagi Isyak ni" Kata Zul bersama senyuman yang manis.
Arissa mengganguk, patuh pada arahan suaminya.
Selang beberapa minit selesai sahaja solat Isyak, Arissa melipat sejadah serta telekung yang di gunanya semasa solat.
"Awak nak makan apa malam ni? Biar saya masak"
Zul yang sedang duduk santai di atas katil tersengih nakal. Muncul suatu idea di dalam mindanya.
"Makan kau malam ni boleh?" Tanya Zul.
Arissa tertunduk malu.
Manakala Zul tertawa suka. Suka menyakat isteri yang baru beberapa jam lalu dia nikahi.
"Dah lah. Abang gurau je" Kata Zul apabila melihat wajah mendung isterinya itu.
Pantas sahaja kakinya melangkah ke arah isterinya itu.
"Abang gurau je. Jangan lah sedih. Hilang seri pengantin tu ha.." Pujuk Zul sambil mencubit lembut pipi gebu Arissa.
CUP..
Tak semena pipi gebu Arissa itu di kucup sayang. Arissa terpana. Pipi Arissa dia tekup.
"Awak.."
Zul duduk bersila di hadapan Arissa. Hidung isterinya di cuit manja.
"Mana ada kita merajuk." Kata Arissa manja.
Zul tersenyum.
'Ini berlian aku. Berlian termahal aku. Akan aku jaga sampai hujung hayat aku'
Desis hati Zul.
****
Ayumi menatap lama Faris yang sedang mengajar Aryan dan Hisyam di halaman rumah mereka.
'Sampai bila?'
Desis hati Ayumi.
"Hey, jauh kau termenung. Rindu suami lah tu" Sakat Sya yang baru datang bersama dulang yang berisi air untuk suaminya dan yang lain.
Sofia juga turut hadir untuk melihat bakal suami dia melatih Aryan dan Hisyam.
"Rindu nya dia dekat suami dia tu.." Sakat Sofia pula.
"Bukan lah. Aku rasa macam akan ada sesuatu yang buruk akan terjadi je" Kata Ayumi menyuarakan rasa hati dia.
Sya dan Sofia terdiam. Mereka juga merasakan perkara itu namun tidak pula mereka bersuara.
"Nanti kalau ada sesuatu yang terjadi, nak lagi korang kawan dengan aku?" Tanya Sya tiba tiba.
Sofia dan Ayumi berpandangan sesama sendiri.
"Apa maksud kau?" Tanya Sofia mewakili Ayumi.
"Suatu hari nanti korang akan tahu juga. Jangan risau. Masa tu aku nak korang jadi sahabat aku. Jangan pinggirkan aku. Boleh?" Nada suara Sya yang berubah itu membuatkan Ayumi tersenyum dalam diam
"Kita orang janji akan terima kau. Jangan risau lah"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro