Bab 55
Danial menatap lama wajah kakakbya dari jauh. Jelas sahaja kakaknya itu sedang gembira berbual dengan Ayumi serta Laura.
"Jauh kau termenung" Sapa mesra Aryan sambil menepuk belakang kepala Danial.
Danial mendengus geram.
"Kau memang suka ganggu hidup aku kan?" Kata Danial dalam nada menahan geram. Penumbuk telah sedia di genggam bagi melepaskan geram.
"What? Aku nak kawan dengan kau saja." Ujar Aryan bersama riak wajah minta terajang.
Tanpa disangka Hisyam datang menyergah.
"BAHH" Sergah Hisyam.
"Opocot" Latah Aryan.
Danial menatap lama wajah Aryan yang merona merah secara mendadak, begitu juga Hisyam.
"Kau memang tak guna Hisyam. Kalau aku arwah tadi macam mana!"Tengking Aryan bersama jelingan maut.
" La, kira untung lah tu. Aku tolong galikan kubur kau. Betul kan Danial"Kata Hisyam selamba.
Danial hanya mengangguk setuju dengan riak wajah blur dia.
Aryan mendengus geram lalu beredar dari situ mencari ketenangan atau lebih kepada merajuk.
Hisyam menatap kawannya itu tanpa niat ingin memujuk. Kemudian matanya terarah pada Danial yang diam dari tadi.
"So kau umur berapa?" Tanya Hisyam sekadar beramah mesra.
"17.."
"Masih sekolah?"
"Dah berhenti empat bulan lepas.."
Hisyam mengangguk faham sambil mengetuk dagunya.
"Kau nak sekolah lagi tak? Memandangkan tahun ni kau SPM." Tanya Hisyam yang sedang mengambil tempat di atas sofa berhadapan dengan Danial. Memandangkan mereka sekarang ini berada di ruang tamu tingkat dua rumah agam Devil Rose yang sunyi selepas ketiadaan Aryan serta Ayumi dan yang lain.
" Aku nak lindungi kakak aku je. Lagi pun masa depan aku dah hancur sebab orang tua tak guna tu." Nada suara Danial yang dingin membuatkan Hisyam memahami perasaan lelaki itu.
"Tapi akak nak kamu sekolah. Berjaya. Jangan jadi macam akak ni" Sampuk suatu suara lembut di belakang Danial.
Danial tersentak. Lantas dia menoleh ke arah asal suara itu.
"Tapi kak.." Kata kata Danial terpotong apabila Ayumi bersuara pula.
"Saya akan tanggung semua yuran bayaran kemasukan kamu ke Sains High school." Kata Ayumi yang baru sahaja sampai di tingkat atas itu.
Danial tergamam mendengar nama suatu sekolah yang amat popular itu. Popular dengan kepintaran murid murid di sana.
"Tapi.."
"Hisyam daftarkan nama Danial hari ni dekat pengetua sekolah. Dia akan satu kelas dengan kamu dan Aryan." Arah Ayumi lalu beredar dari situ.
Danial terpana mendengar arahan Ayumi itu.
"Nampaknya kau akan bersekolah dengan kita orang.." Kata Hisyam sambil tersenyum manis.
"Tapi kak.. Danial " Danial sedaya upaya membantah keputusan Ayumi itu.
"Reda je lah woi.." Tegur Aryan yang baru muncul entah dari mana.
Danial dan Farah terkejut.
"Salam kau mana. Dah cukup pahala ke?" Tanya Hisyam sinis.
Aryan terpempan.
"Akak pergi dulu lah kalau macam tu. Baik baik dekat dengan kawan baru kamu" Pesan Farah sebelum beredar dari situ mengikut langkah Ayumi yang menuju ke dapur.
Danial menunduk pasrah.
"Dengar cerita kau reti seni mempertahankan diri kenapa tak lindungi kakak kau dengan benda tu?" Tanya Aryan.
Danial menghela nafas sedaya upaya menambah kesabaran.
"Aku.."
****
Alisya menatap lama bangunan hospital di hadapannya. Belon yang berwarna merah serta bakul yang berisi buah buah menandakan dia ingin melawat seseorang.
Kakinya di atur menuju ke dalam hospital itu. Lalu kaunter pertanyaan di tuju. Dua orang jururawat yang menjaga kaunter depan hospital itu tersenyum manis apabila melihat Alisya seakan ingin menanyakan sesuatu.
"Tumpang tanya. Wad Mirza dekat mana?" Tanya Alisya sopan.
"Sebentar ye cik." Jawap salah seorang daripada jururawat tersebut lalu menaip beberapa huruf di atas papan kekunci komputer.
"Wad 121 cik." Sambung jururawat itu lagi.
Alisya tersenyum lalu mengucapkan terima kasih kepada jururawat tersebut. Lalu dia beredar untuk mencari wad tersebut.
****
Danial termenung sendirian. Selepas Ayumi pulang, suasana rumah agam itu terlalu sunyi membuatkan Danial tenang sehingga seorang lelaki mengganggu ketenteraman dia.
"Kenapa datang sini?" Tanya Danial tanpa menoleh ke arah orang yang datang itu.
"Aku harap kau maafkan lah Aryan tu tadi. Aku tengok tak henti henti dia ganggu kau."Kata lelaki yang datang menghampiri Danial.
" Kenapa kau bawa aku dan kakak aku tinggal sini? "Tanya Danial lantas menoleh ke arah Haikal yang sedang menatap perkarangan rumah agam kumpulan dia dari dalam rumah.
" Kira bagus aku tolong kau dengan kakak kau tu. "Jawap Haikal selamba.
Danial menatap lama wajah Haikal sebelum menghela nafas berat.
" Kenapa? "
" Kenapa? Sebab aku tak sama macam Irfan dengan konco konco dia. Aku dari kumpulan lain. Menyamar untuk mendapat maklumat penting kumpulan mafia tu"Jawap Haikal sambil menggosok lembut kepala Danial yang sedang duduk di sebuah kerusi.
Danial terkaku.
" Pasal Aryan tu. Dulu dia tak macam tu. Rasanya dia nak kawan dengan kau. Lagi pun aku tengok nasib kau dengan Aryan tu hampir sama dah." Kata Haikal sambil tersenyum manis.
"Sama?" Tanya Danial pula.
"Dia tak ada masalah. Lagi lagi ayah. Ayah dia baru meninggal dua minggu lepas. Hampir samakan dengan kau." Jawap Haikal bersama senyuman yang masih belum lekang dari bibirnya.
Danial terdiam lama. Otak dia ligat memikirkan tentang Aryan, lelaki yang sebaya dengan dia.
" Fikir masak masak Danial. Tawaran dekat Sains High school tu pun baik fikir masak masak. Peluang datang sekali saja." Nasihat Haikal panjang lebar.
Lalu dia pun mengatur langkah ke arah pintu keluar rumah agam itu.
"Abang suka kakak saya ek?" Tanya Danial mendadak bersama sengihan miang dia . Bukan apa kerana dia ternampak Haikal itu selalu mengusik kakak dia.
Haikal berhenti melangkah.
"Bila masa pula ni? Tak ada lah." Dalih Haikal lalu menyambung langkah nya.
Danial tertawa halus. Dia sempat menangkap senyuman Haikal tadi yang menandakan suatu jawapan.
"BAHH" Sergah Aryan mengejutkan Danial.
"Setan kau melatah." Latah Danial. Habis hilang segala macho nya akibat melatah.
Aryan dan Hisyam yang baru muncul itu telah pun tertawa terbahak bahak siap berguling guling lagi.
"Woi aku sakit ni kau boleh bawa main lagi! Korang memang nak kena kan.." Tengking Danial geram lalu berjalan perlahan ke arah kedua remaja yang sebaya dengannya.
Maka bermulalah sesi tumbuk tampar remaja tersebut.
****
Alisya mengatur langkah menuju ke arah lif hospital. Niat dia hanya ingin pulang untuk merehatkan diri.
Namun tanpa di jangka dia bertembung dengan Lutfi. Jejaka yang berkulit sawo matang bersama mata yang tajam menikam anak mata Alisya.
Jelas riak wajah Lutfi berubah apa bila bertembung dengan Alisya itu. Lalu tanpa berlengah dia meminta izin dengan Irfan yang berada tidak jauh dari dia untuk pulang dengan segera.
Pintu lif yang ingin di tutup ditahan menggunakan tangan kekar milik dia.
"Maaf cik tingkat paling bawah sekali." Arah Lutfi. Memandangkan Alisya duduk berhampiran punat lif.
Alisya mengangguk faham. Dalam diam dia tersenyum sinis.
Target seterusnya..
Bisik hati Alisya.
"Nama apa ye?" Tanya Lutfi pula sambil matanya nakal melirik tubuh badan Alisya.
"Damia Kairina." Kata Alisya memulakan tipu daya nya.
Lutfi tersenyum manis.
"Saya Lutfi. Selamat berkenaan"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro