Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 54

Hisyam menatap lama wajah Danial yang terlantar di atas katil dalam bilik rawatan markas mereka. Tenang sahaja wajah remaja itu ketika tidur seakan tiada masalah sahaja.

"Ryan kau rasa budak ni umur berapa?" Tanya Hisyam pada sahabatnya.

Aryan yang sibuk bermain game di telefon nya menoleh sekilas wajah Hisyam.

"17 kut.."

Hisyam menatap lama wajah Aryan pula.

"Mana kau tahu?" Tanya dia lagi.

"Rasa.." Jawap Aryan mudah.

Hisyam menepuk dahinya.

Tanpa mereka sedari di dalam bilik rawatan itu, Danial perlahan lahan membuka kelopak matanya. Lalu dia menoleh ke arah Hisyam dan Aryan yang sedang duduk bermain game. ML.

"Korang siapa?" Tanya Danial dalam nada perlahan.

Aryan dan Hisyam serentak menoleh ke arah Danial yang perlahan ingin duduk namun tidak terdaya. Lantas Aryan dan Hisyam membantu Danial.

"Aku Hisyam.."

"Haii, aku Aryan. Nama kau apa?" Tanya Aryan yang tiba tiba sahaja ceria itu.

Hisyam menjeling sahabatnya itu.

"Danial." Jawap Danial perlahan

"Kau dekat markas akak aku sekarang ni. Oh ya, kau nak jumpa kakak kau ?" Tanya Hisyam sambil tersenyum nipis.

Danial tersentak. Baru dirinya mengingati kakaknya itu.

"Mana kakak aku?" Tanya Danial cemas.

"Ada je. Kau nak jumpa sekarang ke?  Dengan keadaan kau macam ni?" Tanya Aryan seakan membantah kemahuan Danial itu.

Danial mengangguk sahaja walaupun badannya yang berbalut itu masih sakit.

Hisyam mengangguk sahaja apabila Aryan memberi isyarat mata kepada nya.

****

" Nama awak apa? "Tanya Ayumi ramah bersama senyuman di bibirnya.

Farah terpana memandang senyum ikhlas Ayumi itu.

" Farah. Farah Aqila. "Jawap Farah gugup.

Ayumi mengangguk, faham.

" Saya dekat mana sekarang ni?"Tanya Farah perlahan.

Ayumi tersenyum sahaja apabila melihat riaksi Farah itu.

" Awak dekat markas saya jangan risau. Awak selamat daripada Irfan." Kata Ayumi ketika menangkap riak wajah ketakutan Farah itu.

" Tapi~"

" Akak. Akak tak apa apa? "Tanya Danial memotong soalan Farah yang ingin dia tanyakan tadi.

" Akak okey je kenapa tak rehat hmm?Awak tu belum sembuh lagi tau" Kata Farah menasihati adiknya itu.

Danial tersengih. Rambutnya yang di usap sayang oleh Farah membuat dia lebih menyayangi lagi kakaknya itu berbanding orang lain.

"Amboi.. Amboi.. Amboi bukan main manja dia dengan kakaknya. Dengan kita tadi bukan main dingin nak mati" Celah Aryan sambil mencebik bibir.

Danial menjeling tajam Aryan, begitu juga Aryan.

"Ikut suka aku lah kakak aku. Bukan kakak kau kan?" Sinis Danial.

"Eh sedar sikit~~"

Mulut Aryan yang di tekup oleh Hisyam memberhentikan Aryan dari terus berkata kata.

"Hmm...pffff..hmm" Jerit Aryan tidak menyukai perbuatan sahabatnya itu.

"Kau diam aku gosok mulut tu dengan berus pakaian nanti baru tau." Ugut Hisyam bersama jelingan maut.

Aryan berhenti menjerit. Dia mengangguk faham bersama kedua tangan yang di angkat ke paras bahu.

"Bagus." Kata Hisyam sambil mengusap kasar serta menarik kuat rambut Aryan.

"Jahanam punya kawan. Sakit sial. LEPAS.!" Marah Aryan sambil menumbuk numbuk badan Hisyam kuat.

Laju sahaja Hisyam melepaskan cengkaman tangannya lalu berlari meninggalkan Aryan apabila figura Haikal berjalan bersama sama Aqif.

"Abang!" Jerit Hasyam teruja.

Danial yang hanya menjadi pemerhatian jelas terkejut  melihat perubahan riak wajah Haikal apabila mata meraka berdua bertembung. Jelas di retina matanya Haikal tersenyum manis.

"Hisyam. Ada apa?" Tanya Haikal sambil mengusap lembut kepala Hisyam memandang Hisyam tidak sama tinggi dengan dirinya.

"Bila balik?" Tanya Hisyam manja.

Aryan yang berada di kejauhan mencebik.

Ceh. Menunjuk nunjuk kau ye..?

Monolog Aryan dalam hati.

Haikal tertawa halus. Mendengar sahaja cara percakapan Hisyam, tahu lah dia apa yang di mahukan oleh adik angkat dia itu.

" Misi abang belum selesai lagi. Nanti abang bawa Hisyam jalan jalan. Tapi kenapa tak minta dekat Shawn aje?" Jawap Haikal bersama kerutan pada dahinya.

"Ala.. Abang kan ada hutang lagi dekat Syam" Kata Hisyam, mengungkit kisah lama.

Haikal tersenyum kelat.

Ish! Budak ni ingat gak apa yang aku janjikan dulu rupanya. Ingatlah lupa. Habislah duit aku.

Danial mengerutkan dahinya. Perwatakan Harry atau lebih di kenali sebagai Haikal itu jelas berbeza. Dia keliru.

Siapa sebenarnya dorang ni?

****

Kelopak mata Amalina perlahan lahan terbuka. Siling bilik Azrin di tatap lama. Lalu matanya melilau melihat sekeliling bilik yang asing baginya.

Kepala menoleh ke arah kanan tempat tidurnya. Jelas seorang bayi lelaki sedang tidur lena bersama dengkuran halus.

Tanpa sedar Amalina mengukirkan senyuman manis.

Comel

Klik

Bunyi pintu bilik air di buka menarik perhatian Amalina.

Azrin yang hanya memakai tuala paras pinggang membuat Amalina termalu sendiri, lantas pandangan dia di tundukkan.

Azrin tersenyum sinis.

"Kau dah bangun ya. Bagus" Kata Azrin dingin lalu menuju ke arah bilik pakaian.

Amalina mengerutkan dahi nya. Kepala di garuk perlahan. Matanya terbuntang luas. Ya, kini dia tidak lagi memakai tudung hanya balut di bahagian kepala.

"Mana? Mana tudung aku?"

Tanya Amalina dalam hati cemas kerana tidak mahu mengganggu tidur si kecil.

"Tudung kau aku basuh tadi. Penuh darah." Kata Azrin yang telah lengkap berpakaian santai.

Amalina tersentak.

"Tttapii"

"Tak ada tapi tapi." Bantah Azrin selamba lalu mendekati batang tubuh Amalina.

Manakala Amalina secara spontan berundur ke belakang. Menjaga jarak dengan lelaki yang tidak dia kenali itu.

"Kau gerak sekali lagi. Badan kau aku bogel! " Ungu Azrin dingin.

Amalina terpempan. Badannya sengaja di keraskan. Jari jemari kasar Azrin naik memeriksa kepala Amalina yang baru sahaja berbalut tadi.

Parah jugalah kecederaan yang di alami oleh gadis itu.

"Luka dekat kepala kau agak dalam jadi banyak kan berehat." Bisik Azrin di telinga Amalina. Lalu dia merebahkan diri di sebelah Edy yang sedang nyenyak tidur.

Amalina terpaku di tempatnya.

"Kau boleh tidur dekat sofa sana. Aku penat." Ujar Azrin ringkas.

Amalina patuh sahaja. Dia berjalan terhincut hincut ke arah sofa berdekatan. Lalu membaringkan badannya secara perlahan lahan.

****

Keesokan paginya, Azrin menatap lama Amalina yang tertidur lena di atas sofa biliknya tanpa sedikit gangguan pun.

Dia berjalan menghampiri Amalina. Rambut panjang Amalina yang menutupi sebahagian wajahnya di alih perlahan. Tanpa sedar Azrin menarik  senyuman nipis.

Tak berfikir panjang, Azrin  mencempung badan Amalina dengan penuh berhati hati. Dan di letakkan di sebelah kiri Edy secara perlahan lahan.

Amalina merengek kecil.

Edy yang telah lama terjaga menatap lama gadis yang sedang lena di sebelah nya. Dengan cara meniarap dia sedaya upaya menghampiri gadis di sebelahnya.

"Buu.. Buu" Kata Edy seakan teruja

Azrin mengerutkan dahi.

Pipi Amalina di pukul dengan menggunakan tangan kecil milik dia.
Seakan membangunkan Amalina yang sedang lena di buai mimpi.

Tangan kecil Edy menampar lembut pipi Amalina sehinggalah membuatkan gadis itu terjaga dari tidur.

Amalina mencelikkan matanya. Wajah pertama yang di lihat ada wajah Edy yang tertawa suka.

"Buuu.. Buu" Ujar Edy sehingga air liur nya terhambur keluar.

"Hey.. Nama awak siapa?" Tanya Amalina sambil menggosok matanya. Lalu badannya di tegakkan. Badan Edy di angkat cermat.

"Edy" Jawap Azrin yang sedang bersiap siap ingin ke hospital.

"Memandangkan kau tinggal rumah aku. Aku rasa lebih baik kau jaga anak aku. Lagi pun kau bukan tak bergaji jaga anak aku. Aku akan masukkan gaji kau tiap bulan dalam akaun bank kau. Faham. Mulai hari ni tugas kau jaga anak aku" Kata Azrin sebelum berlalu pergi.

Amalina tergamam.

Aku jaga budak.. Tak pernah terfikir pun..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro