Bab 53
Aryan menatap tajam wajah Hisyam begitu juga Hisyam. Memandangkan kini mereka di bilik latihan kumpulan Rose jadi tiada siapa kesah sekiranya mereka ingin beradu kekuatan. Namun yang menjadi penghalang pula ialah..
"Apa pandang pandang aku tahu kau ada hutang dengan aku bulan lepas. Bila nak bayar?" Tanya Hisyam sinis.
Aryan mengerutkan dahinya.
"Sejak bila pula aku ada hutang dekat kau?" Tanya Aryan pula.
"Eleh jangan buat buat lupa. Top up 30 bulan lepas yang kau minta aku belikan tu bila bayar?"Ujar Hisyam mengingati rakan dia yang seorang itu.
Aryan tergamam. Ya, dia baru mengingati hal itu. Dia mencebik bibir. Tangan kanan menyeluk poket bahagian belakang seluarnya.
" Eleh tu pun nak berkira ke? Kata sahabat dunia akhirat. Mana akhiratnya? "Cebik Aryan sambil mengeluarkan tiga keping wang bernilai RM 30 ringgit.
" Ahh tak de. Syurga, Akhirat kalau kau tak bayar hutang kena tanya nanti baru tahu. "Bidas Hisyam lalu merampas wang yang berada di tangan Aryan.
Aryan buat mimik muka geram.
" Buruk beno muka hang tu.. "Kata Hisyam pula sambil memasukkan duit ke dalam dompet dia.
" Biar lah kau kesah buat apa! " Bidas Aryan lalu tanpa amaran di meluruh ke arah Hisyam bersama penumbuk yang di sasarkan di bahagian perut. Hisyam tidak sempat mengelak lalu badannya berundur beberapa langkah kebelakangan.
"Hoi, dah gila ke main tumbuk tumbuk ni. Senak perut aku sial" Marah Hisyam pula, sempat dia mencarut kawannya itu.
"Kita kata nak lawan kan. Jangan berlengah lagi. Ke dah jadi pengecut?" Provok Aryan.
Hisyam maju ke hadapan bersama tendangan. Namun sayang sempat di elak Aryan.
Ayumi dan Sofia yang melihat kejadian itu hanya menggeleng kepala.
"Lama tak tengok Haikal dengan Raikal gaduh macam tu kan?" Sampuk Aqif bersama senyum nipis dia.
Ayumi tersenyum saja sebagai balasan begitu juga Sofia.
"Agak agak macam manalah dorang sekarang ni ye?" Tanya Aqif yang sedang melabuhkan punggung dia di atas kerusi yang di sediakan.
"Sekarang dia orang dalam proses penghantaran semua data kumpulan untuk dipindahkan ke dalam kumpulan kita." Jawap Ayumi sahaja.
Aqif mengangguk faham.
****
Harry melangkah ke dalam perkarangan rumah seorang lelaki yang berhutang dengan kumpulan Irfan. Wajah dingin dia jelas kelihatan. Manakala matanya menatap tajam pintu rumah di hadapan dia.
Di pendengaran dia jelas kedengaran suara seorang gadis sedang merayu bersama tangisan. Lalu muncul pula suara remaja lelaki seakan melindungi gadis itu.
Tanpa berlengah dia meneruskan perjalanan dia untuk mengutip hutang.
****
Di dalam rumah itu pula sedaya upaya Farah melindungi adiknya Danial yang telah pun di pukul oleh Ayah kandung mereka kerana wang.
Air mata Farah tidak henti henti mengalir apabila melihat keadaan adiknya yang seakan nyawa nyawa ikan itu. Tidak kurang juga pada badannya yang menerima beberapa kesan pukulan rotan dan tali pinggang.
"Ayah sudah lah tu. Farah dah cakapkan Farah dah tak ada duit ayah yang habiskan semua." Kata Farah cuba untuk memberanikan diri melawan ayahnya yang seakan lupa diri.
Encik Mukhtar hanya membiarkan anaknya itu bersuara, tali pinggang di tangan dia di lipas pada badan Farah tanpa belas begitu juga badan Danial yang jelas di basahi darah merah yang masih segar.
"Mukhtar aku rasa dah cukup tu. Hutang kau pun masih banyak ni kalau mengikut perkiraan kau patut mati sekarang." Celah Harry yang elok bersandar di muka pintu.
Encik Mukhtar terpempan mendengar suara yang amat dia kenali itu.
"Tuan Harry" Lantas dia menoleh ke arah Harry yang duduk bersandar di muka pintu rumah kayu dia.
"Tuan saya rasa tuan patut tambah seminggu lagi. Lagipun bukan nye Bos minta bulan depan bayar ke?" Tanya Encik Mukhtar seraya tersenyum kekok walaupun dalam ketakutan. Kerana jelas badan tua Encik Mukhtar itu menggeletar ketakutan.
Harry menghela nafas berat. Matanya sempat menangkap kedua sosok adik beradik itu. Lalu otak nya bertindak mendapat idea.
"Tuan, saya janji saya akan bayar tapi saya perlukan lebih masa tuan boleh tunggu bukan"
"Masalah dia Bos nak duit tu sekarang. Kalau tak nyawa kau. Kau nak bagi nyawa kau ke?" Kata Harry dingin cukup dingin hingga mampu membuat Encik Mukhtar yang berumur itu menggeletar ketakutan satu badan.
"Macam ni lah. Kau bagi dua orang anak kau tu sebagai galah ganti. Lepas tu bagi tahu je banyak mana kau nak pampasan dia aku bayar" Arah Harry dingin.
Pantas Encik Mukhtar itu mengangguk setuju.
"Satu juta untuk satu orang" Jawap Encik Mukhtar tanpa berfikir panjang.
Harry tersenyum sinis. Lalu dia mengarahkan salah satu pengikut dia untuk membawa cek untuk di tanda tangan sebagai bukti penyerang duit tersebut.
Farah dan Danial yang sedang nyawa nyawa ikan itu membulatkan mata. Tidak menyangka bahawa ayah mereka tergamak menjual darah daging sendiri.
"Ayah sanggup ayah buat kita orang macam ni! APA DOSA AKU SAMPAI AKU DENGAN KAKAK AKU KAU JUAL HAH ORANG TUA SIAL" Tengking Danial walaupun dalam keadaan sakit yang mencengkam seluruh badan.
Encik Mukhtar tidak menjawab malahan dia beredar dari situ setelah mendapat cek bernilai 2 Juta itu. Harry hanya menggeleng kepala melihat sikap orang tua tidak sedar diri itu.
"Bawak dia orang masuk dalam kereta aku. Lepas tu korang boleh pulang nanti malam aku bagi duit tu" Arah Harry lalu beredar keluar dari rumah kayu tersebut bersama tangan yang menyeluk poket seluar.
Farah dan Danial seakan mahu membantah namun apakah daya dalam keadaan mereka yang sebegini rupa.
Mereka pasrah sahaja. Laju sahaja mereka di tolak masuk ke dalam kereta ' Tuan Harry ' itu membuatkan Danial merengis kesakitan.
"Danial dapat tahan tak?" Tanya Farah dalam nada risau.
Danial hanya mengangguk sahaja. Tidak mahu merisaukan kakaknya itu. Tanpa di sedari kelakuan Farah di perhatikan oleh Harry. Dia mengukir senyuman nipis seketika sebelum memulakan pemanduan dia ke suatu markas Mafia.
****
Sejak dalam perjalanan lagi Farah dan Danial hanya mendiamkan diri kerana kecederaan yang dialami mereka. Sehingga lah mereka sampai di sebuah rumah agam yang besar serta di kelilingi oleh bunga rose merah serta hitam.
Farah mengerutkan dahi kerana tidak mengenali tempat tersebut.
"Korang boleh keluar sekarang." Kata Harry. Namun Farah serta Danial masih belum berganjak dari tempat duduk penumpang bahagian belakang keretanya.
Harry menghela nafas perlahan.
"Hisyam , Laura korang dua mari sini jap.." Laung Harry kepada dua orang sosok yang berada di perkarangan rumah agam tersebut
Hisyam dan Laura patuh.
"Kenapa?" Tanya Hisyam setelah sampai di hadapan abang angkatnya yang amat dirindui.
"Bawa masuk lelaki dan perempuan dalam kereta aku tu dan rawat dorang" Arah Harry A. K. A Haikal.
Laura dan Hisyam patuh lalu menuju ke arah kereta Haikal.
"Eh, hai. Korang siapa ye?" Tanya Laura ramah.
Farah tersentak dengan teguran tersebut lalu menoleh ke arah Laura dan Hisyam yang tercegat di hadapan pintu kereta.
Badan lemah Danial, Farah dakap erat.
"Tolong selamatkan adik saya.." Rayu dia.
Laura tergamam apabila matanya menangkap darah yang tidak henti henti mengalir.
"Bawak dia keluar Syam" Arah Laura pantas.
Hisyam patuh. Tubuh badan Danial yang telah pun pengsan di cempung secara berhati hati. Manakala Laura membantu Farah untuk keluar dari situ.
Lalu Hisyam dan Laura pun membawa mereka ke dalam bilik rawatan yang telah tersedia di markas Ayumi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro