Bab 52
Azrin memanaskan enjin kereta. Edy pula di letakkan pada kerusi bayi di sebelah kerusi memandu. Dahi bayi itu di kucup sayang.
Edy terkekeh ketawa. Suka gamaknya diperlakukan sebegitu oleh sang ayah.
"Kita pergi beli barang dulu ye Edy." Kata Azrin. Pintu kereta di tutup lalu brek tangan di jatuhkan serta gear kereta di ubah manakala kakinya menekan pedal minyak.
BMW hitam itu perlahan lahan keluar dari perkarangan hospital yang mulai sunyi. Langit yang berwarna oren menandakan tidak lama lagi malam akan menjelma.
Agak agak bila Edy nak dapat ibu dia?
****
Sampai sahaja Azrin pada sebuah pasar raya bahagian basah. Dia mengambil troli lalu di tolok menuju ke arah tempat barangan yang ingin di beli. Edy yang berada elok dalam dakapan Azrin hanya diam kerana kepenatan. Matanya juga kuyu ingin tidur, lama kelamaan mata bayi itu terkatup rapat. Bunyi dengkuran halus daripada Edy membuatkan Azrin tersenyum.
"Anak ayah penat ye.." Kata Azrin sambil tersenyum.
Kebahagiaan dia terletak pada senyuman Edy. Cukup hanya Edy dalam hidupnya tak perlu orang lain. Tetapi Edy juga memerlukan kasih sayang seorang ibu. Perkara itu merunsingkan Azrin sejak dia bertemu dengan Edy lagi.
"Auchh..Maaf Encik. Tumpang lalu jap" seorang gadis yang tanpa sengaja melanggar Azrin kerana tubuh badan Azrin yang menghalang laluan.
Azrin tersentak terus hilang segala lamunan dia. Lalu memberi ruang kepada gadis yang melanggar dia untuk memudahkan dia keluar dari lorong bahagian barangan basah . Pendek saja orangnya.
Gadis yang tanpa sengaja melanggar Azrin tersenyum kekok sebelum mengatur langkah menuju ke suatu arah. Azrin seperti biasa hanya menampakkan wajah beku nya itu.
Selesai dia membeli semua keperluan dapur, troli yang menyimpan semua barang yang di beli di tolak ke arah kaunter pembayaran.
****
Selepas menyimpan segala barang yang di belinya ke dalam bonet kereta, Azrin mengatur langkah menuju ke arah pintu kereta bahagian belakang penumpang . Edy yang telah pun terlena di letakkan perlahan lahan pada set bayi yang berada di bahagian belakang tempat duduk penumpang pula sebagai langkah berjaga jaga kerana waktu telah pun lewat malam.
Selesai meletakkan Edy tanpa mengganggu lena bayi itu Azrin menutup pintu kereta. Baru sahaja dia ingin berlari anak menuju ke arah pintu bahagian untuk memandu badannya di tolak oleh seorang gadis bertudung sehingga mereka berdua jatuh bersama sama dalam keadaan Azrin di atas dan gadis itu di bawah.
"Kau lagi"
"Awak!"
Tanpa berlengah Azrin lantas bangun dari terus menghimpit gadis yang dikenali di pasar tadi.
"Awak tolong saya!" Kata gadis itu cemas ,beberapa orang gangster datang bersama alatan tajam mengepung Azrin dan gadis yang tidak dikenali oleh dia.
Azrin mendecit. Beberapa orang gangster itu hanya merosakkan harinya. Namun di sebabkan kawasan tempat dia meletakkan kereta ialah agak tersorok membuat sesiapa sahaja tidak mengetahui akan berlaku pertempuran di sana.
Azrin menolak gadis itu kebelakangan badannya. Pistol yang tersorok di sebalik baju kemeja yang di pakai dia.
"Serahkan perempuan tu dan kita orang tak akan ganggu kau.." Kata salah seorang daripada empat orang gangster itu.
Azrin tersengih sinis. Dapat dia merasakan badan gadis di belakang dia sekarang ini menggeletar ketakutan.
"Tak akan. Apa pula salah perempuan ni sampai korang kejar dia?" Tanya Azrin dingin.
Keempat empat gengster yang mengejar gadis tadi mendengus geram.
"Kau tak perlu tahu. Bos kita orang yang nak bukan uruskan kau kan." Bidas ketua gangster itu.
"Kalau tak ada apa korang boleh balik." Arah Azrin dingin.
Namun keempat orang itu masih berdegil mahukan perempuan itu.
"Kau akan menyesal lindungi perempuan tu" Kata si ketua gangster.
Azrin tidak membalas malahan dia menembak secara rawak ke arah gangster - gangster itu.
Dua daripada empat masih selamat kerana mampu mengelak segala serangan Azrin itu namun dua yang lain telah pun mati.
Pistol di tangan Azrin di sepak oleh si ketua. Azrin mendecit tidak suka.
Badan gadis yang tidak di kenali dia di rangkul. Azrin menyepak pula wajah si ketua itu sehingga pengsan. Manakala anak buah yang tinggal di tarik rambutnya lalu di hentakkan pada lutut nya.
Lalu anak buah yang masih tersisa pengsan seperti si ketua tadi.
Gadis yang berada dalam dakapan Azrin terkaku. Bunyi degupan jantung Azrin jelas kedengaran di telinganya. Membuatkan jantung dia juga berdegup kencang.
"Kau ada cedera dekat mana mana?" Tanya Azrin prihatin namun masih dalam nada dinginnya.
Si gadis hanya tersenyum sambil menggeleng kepala. Tetapi lain pula jadinya. Badan gadis itu tiba tiba sahaja kurang keseimbangan lalu jatuh namun masih sempat di sambut oleh Azrin. Ya, gadis itu pengsan bersama darah yang mengalir di kepala serta pada kakinya yang seakan di tembak dari jauh.
Azrin menghela nafas. Badan gadis itu di cembung lalu di masukkan ke dalam keretanya dan di duduk kan bersebelahan dengan Edy.
"Apa pula lepas ni?"
****
Alif menatap lama wajah putih Anatasha yang sedang nyenyak tidur itu. Tanpa sedar senyuman nakal terbit pada bibir Alif. Tangannya mengelus lembut pipi Anatasha.
Namun tangannya ditepis oleh Anatasha dalam keadaan yang masih tidur.
Alif terkekeh ketawa lalu dia meniup lembut wajah Anatasha pula.
"Hmm jangan kacau lah" Rengek Anatasha manja.
Namun perkara itu semakin berlarutan sehingga Anatasha terjaga dari lena nya.
"Awak!"
"Amboi bukan main sedap kau tidur bilik aku lepas tu jerit jerit. Nak aku cium bibir kau tu bagi diam. Nak?" Tanya Alif dalam nada mengugut.
Anatasha terpempan.
Bilik yang asing baginya di tatapan seketika. Badan di tegakkan lalu barulah dia menyedari bahawa sekarang dia di bilik lelaki yang telah menculik nya pantas sahaja Anatasha berlari ke arah pintu bilik tersebut apabila terpandang Alif tanpa sehelai baju pada badannya hanya memakai seluar pendek paras lutut sahaja.
Pergerakan Anatasha terhenti apabila Alif bersuara.
"Kau nak ke mana huh..?" Tanya Alif sambil mendekati Anatasha yang sedang membelakangi dia. Pinggang gadis itu dipeluk tanpa amaran. Lalu di pusing menghadap dia.
Badan Anatasha di lekap kan pada pintu. Tangan kiri Alif naik mengepung sebelah kiri Anatasha manakala tangan kanannya elok melingkari pinggang gadis itu.
Wajah Anatasha elok sahaja berwarna merah. Sedaya upaya dada bidang lelaki yang tidak di kenali dia itu di tolak menjauh apabila berasa Alif semakin mendekati wajahnya.
Jelas dapat dia rasakan deruan nafas Alif yang hangat itu menampar pipinya.
"Kau tahu apa kesalahan kau?" Tanya Alif sengaja ingin bermain.
Pantas kepala Anatasha di gelengkan laju.
"Kau. Goda. Aku. Malam. Tadi" Bisik Alif satu persatu tepat di telinga gadisnya itu. Anatasha melopong.
Sekali lagi dia menggeleng kepala laju menidakkan perkara tersebut. Namun semakin teruk benda yang dia dapat. Alif semakin memperketatkan lagi pelukan pada pinggang nya. Hidung dia saling berlaga dengan Alif membuat dada dia berombak laju.
Tanpa sedar bibir dia telah pun di kucup Alif lembut. Membutang mata Anatasha di buatnya.
Pantas dia menolak kuat dada bidang Alif serta melonggarkan pelukan tangan kanan Alif pada pinggang nya. Pintu bilik Alif lantas sahaja di buka lalu dia melangkah keluar menuju biliknya.
Alif tertawa kecil melihat gelagat gadis di hadapan dia tadi. Lalu jari telunjuk kanannya menyentuh bibir dia sendiri.
Manis..
Dia tersenyum nakal.
****
Anatasha yang berada di dalam biliknya jelas menjerit sambil menutup wajahnya menggunakan bantal.
"Arghhhh.. Malunya... Malunya.. Malunya..." Ujar dia berulang kali.
Wajah yang memerah usah di katakan lagi jelas sungguh rupanya. Ditambah lagi tawa Alif yang kedengaran dekat di pintu biliknya.
Lelaki tu betul betul buat jantung aku rasa nak meletup..
****
Angin pagi yang indah membangunkan Naufal daru tidur yang lena. Dia menatap lama wajah isterinya yang sedang tidur itu. Tanpa sedar dia menarik senyuman lebar. Akhirnya dia memiliki gadis pujaannya semasa zaman sekolah lagi.
Abang akan jaga sayang sampai hayat abang..
Sya membuka kelopak mata perlahan lahan. Wajahnya merona merah apabila suaminya menata lama anak matanya.
"Good Morning sayang"
"G.. Good morning too."
"Seronok tidur?" Tanya Naufal nakal.
Sya mngembungkan kedua pipinya. Lengan suaminya di pukul manja.
"Ishhh.. Tak baik lah"
"Yelah tu"
###############
STOP JANGAN JERIT!!
Ifa tahu ramai yang menjerit kan😂
So macam mana bab ni? Ada semut tak?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro