Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 48

Khairul menatap gadis yang telah di selamatkannya suatu ketika dulu. Riak wajah Iffah dan Hadi jelas gembira. Laura yang bermain bersama sama Hadi bersama Iqbal yang datang ke rumahnya manakala Iffah pula datang menghidangkan air untuk mereka semua dah macam happy family.

"Bila kau nak kawin Khai?" Tanya Iqbal sekadar beramah mesra.

Khairul tersengih sebagai jawapan.

"Ada jodoh aku kawin lah." Jawap Khairul selamba.

"Bukan jodoh kau dah ada depan mata ke?" Tanya Iqbal dalam nada bergurau.

"Siapa?"

Jari telunjuk Iqbal terhalang kepada Iffah yang sedang membantu Laura membawa beberapa manisan.

"Tengok lah nanti. Kau tu bila pula?" Tanya Khairul pula.

"Aku tunggu restu dari abang dia je" Jawap Iqbal sambil tertawa kecil.

Khairul menggelengkan kepalanya.

****

Ayumi menatap tajam wajah Joey. Begitu juga dengan anak buahnya itu. Memandang mereka sekarang sedang berada di kafe berhadapan syarikat Ayumi tempat di mana Alisya bekerja jadi tiada sesiapa yang akan mengesyaki sekiranya mereka ingin berbincang mengenai kumpulan kerana kawasan kafe itu lengan pada pagi itu.

Sekeping gambar gadis berambut hitam serta bermata hazel dan tersenyum di serahkan kepada Joey.

Joey mengerutkan dahinya.

"Siapa pula ni?" Tanya Joey. Wajah dingin dia jelas kelihatan tapi tidak terkesan pada Ayumi kerana dia telah terbiasa akan hal itu.

"Satu satunya anak perempuan Dato Wafi uncle aku." Jawap Ayumi dingin.

"Kau nak aku buat apa?"

"Jaga keselamatan dia dekat kediaman kau yang jauh dari bandar tu. Uncle dah bagi keizinan. Kalau nak kepastian lebih tanya dia."

Wajah Joey jelas kurang suka dengan misi yang di beri oleh Ayumi itu.

"Tapi kenapa?"

"Kau kenal Lutfi? Dia akan berkahwin dengan sepupu aku secara paksaan. Sekiranya sepupu aku jatuh dekat tangan Lutfi secara automatik Irfan akan jual dia untuk dapat keuntungan. Aku tak nak pisang berbuah dua kali."

Joey mencerna segala data penting yang di sampaikan oleh boss dia itu. Nafas di hembus perlahan.

" Aku terima. Tapi guna 'cara' aku sendiri. Boleh? "Kata Joey yakin. Gambar sepupu Ayumi di simpan dalam poket seluar.

Ayumi mengganguk sahaja sebagai balasan.

" Aku pergi dulu. Assalamualaikum. "

Salam Joey di balas dalam hati. Kopi yang di pesan tadi di hirup perlahan. Matanya tidak lari dari telefon yang berada di dalam genggaman tangan nya.

Perbuatan Ayumi terhenti apabila ada dua orang gadis datang dengan berpakaian tertutup tetapi tidak bertudung bersama dengan senyuman hambar.

"Awak Tengku Afiqa Ayumi kan?" Tegur salah seorang penuh sopan.

Ayumi sekadar mengangguk sebagai balasan kerana kurang selesa akan kehadiran kedua gadis di hadapannya.

"Aku Sabrina.." Kata seorang gadis yang memakai kaca mata hitam. Nada suara perlahan sahaja.

"Aku pula Farisya..Kau masih ingat kan kita satu sekolah dulu." Gadis yang bertanya tadi membuatkan Ayumi tersentak.

"Apa hajat korang datang sini jumpa aku!?" Tanya Ayumi dingin. Dia menatap tajam kedua gadis itu.

"Kitaorang cuma nak minta maaf dan sampaikan suatu pesanan ni. Untuk rumah tangga kau juga.." Kata Farisya serius namun tetap ada lembut juga pada nadanya.

Ayumi terdiam saja tanpa membalas sepatah kata pun.

"Syasya rancangan nak musnahkan rumah tangga kau dan Faris." Kata Sabrina perlahan namun jelas di pendengaran Ayumi.

Ayumi menggenggam erat penumbuknya yang berada di bawah meja.

"Macam mana korang tahu?" Tanya Ayumi masih dalam nada dinginnya.

"Dia tinggal dengan kitaorang. Tapi Ayumi boleh tolong kitaorang, tolong kitaorang berubah kitaorang tak sanggup dah buat benda jahat kitaorang nak ke jalan yang benar. Tolong kitaorang boleh?" Pinta Sabrina bersungguh sungguh. Tangan Ayumi yang memegang telefon di genggam bersama linangan air mata penyesalan.

Ayumi tergamam melihat Sabrina menangis. Dia melepaskan genggaman tangan Sabrina begitu juga telefon nya. Sabrina jelas terasa dengan tindakan Ayumi yang seakan menolak dia.

Kedua tangan Ayumi memegang tangan Farisya dan juga Sabrina. Perlahan lahan dia mengukirkan senyuman tulus ikhlas.

"Aku boleh tolong korang tapi dengan syarat korang betul betul nak berubah." Kata Ayumi lembut bersama senyuman.

"Betuk ke.?" Tanya Farisya terkejut.

Ayumi mengganguk sahaja.

Sabrina berhenti menangis dia tersenyum bahagia.

Aku yakin aku akan berubah demi anak aku..

****

Pintu pejabat Faris di ketuk perlahan. Faris yang berada di dalam mengerutkan dahi. Tidak pernah seorang pun datang mengetuk pintu pejabatnya pada waktu begini.

"Masuk" Laung Faris.

Ayumi melangkah masuk bersama senyuman manisnya. Dia membawa beberapa bekal untuk makan tengah hari suaminya.

Faris tersenyum.

"Rajinnya isteri kita ni.." Puji Faris.

Ayumi tersenyum malu.

"Makan tau saya tunggu awak." Kata  Ayumi sambil membuka satu persatu bekal yang di bawanya.

"Kau sudah makan ke?" Tanya Faris.

Ayumi mengangguk.

"Saya teman awak makan"

"Hmm" Jawap Faris pendek.

"Okey saya makan awak suap." Kata Ayumi seakan tahu yang suaminya itu tidak menyukai apa yang di katanya tadi.

Faris tersenyum. Tangan nya menyuakan sudu yang penuh dengan nasi dan sayur  pada mulut Ayumi. Ayumi akur lalu memakannya.

Kini giliran Ayumi pula menyuakan makanan pada Faris. Faris tersengih nakal. Namun dia tetap memakan makanan yang di sudu Ayumi.

Selang beberapa minit. Ayumi lincah sahaja mengemas bekal yang sudah habis di bawa dia tadi. Lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik mandi yang di sediakan di dalam pejabat Faris untuk mencuci tangan.

Selesai sahaja aktiviti tersebut dia pun keluar untuk bersiap keluar.

Tiba sahaja dia di sisi kanan meja Faris sebuah ketukan pada pintu pejabat Faris kedengaran. Ayumi mengerutkan dahi. Manakala Faris mengarahkan orang yang mengetuk pintu itu masuk.

Beberapa saat sahaja, orang yang mengetuk pintu pejabat Faris masuk. Ayumi membulatkan matanya terkejut jelas seorang gadis masuk yang memakai pakaian yang menjolok mata. Namun Faris seakan tidak mengenali gadis yang di hadapan dia sekarang ini.

"Siapa pula kau ni?" Tanya Faris dingin manakala Ayumi hanya diam membisu.

"I pekerja baru syarikat you. Nama I Syasya Adrianna." Kata Syasya bersama kenyitan mata kanannya menggangap Ayumi tiada di situ. Ayumi menggenggam penumbuk dalam diam. Namun dia di kejutkan lagi apabila Faris menarik tangan kanan nya sehingga dia jatuh terduduk di atas riba Faris. Tangan kekar milik Faris melingkar pada pinggang Ayumi. Ubun ubun Ayumi di kucup sekilas.

Dalam diam Syasya menyumpah seranah Ayumi. Dia mendengus geram dalam dia.

"Apa yang kau nak? Tak ada apa apa kau boleh keluar." Usir Faris dingin.

Ayumi yang berada di dalam dakapan Faris terkaku sahaja. Terkejut akan tindakan yang di ambil Faris tadi.

Syasya mengangguk perlahan lalu keluar dari situ bersama suatu rancangan jahat.

" Kenapa awak buat depan dia?"Tanya Ayumi. Kepala nya menunduk malu.

" Aku sayang kau. Aku tahu kau tak suka kehadiran perempuan tak cukup kain tu"Bisik Faris sebagai jawapan di telinga Ayumi. Ayumi tersentak. Lalu mendongak menatap mata kelabu unik milik Faris.

Yang hanya dia peroleh hanya satu renungan penuh kasih sayang.

Tanpa sempat dia menoleh ke arah lain Faris mencium lama bibir isterinya itu lembut. Ayumi terkaku. Namun tetap juga di balasnya ciuman Faris itu.

"Aku kenal perempuan tadi. Jangan risau aku masih sayang kau." Kata Faris selepas  melepaskan kucupan sambil mengeratkan lagi pelukan pada pinggang isterinya itu.

Ayumi tersenyum. Tangannya melingkari pada leher suaminya. Lalu kepalanya di sandarkan pada dada bidang isterinya itu.

" Saya sayang awak juga.. "Gumam Ayumi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro