Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 46

Tingkap kaca yang di basahi air hujan rintik rintik di pandang sepi. Jumlah pelanggan yang datang dalam kuantiti yang kecil membuatkan Alisya berasa bosan.

Memori semalam masih ligat berpusing di dalam mindanya.

Siapa perempuan yang gelarkan diri dia Mafia tu?

Kenapa dia kenal aku tapi aku tak kenal dia?

Dan kepada suara King tu macam pernah dengar je?

Kenapa dia kata..

Alisya berhenti memikirkan soalan apabila teringat akan ungkapan yang keluar dari mulut King. Wajah nya memerah secara tiba tiba.

"Fikirkan aku lah tu" Bisik suatu suara tepat pada telinga Alisya yang berlapik tudung .

Alisya terkejut. Pantas dia menoleh ke arah asal suara itu. Matanya membulatkan terkejut. Jantungnya juga berdetak tidak sekata.

"Bila masa awak sampai sini?" Tanya Alisya yang masih terkejut itu.

"Lama dah sempat juga tengok kau fikir pasal aku.." Jawap suara itu bersama dengan sengih nakal.

Alisya mengembungkan kedua pipinya.

"Kau fikir apa tadi? Bila tarikh kita kawin?" Tanya suara itu pula.

Alisya mencubit lengan sasa lelaki itu.

"Aqif jangan main main boleh tak!" Kata Alisya geram.

Suara yang menegur dia tadi A. K. A Aqif meledakkan tawan yang walaupun dalam kesakitan.

"Betul lah. Bila masa pula aku bergurau?"Balas Aqif dalam nada bergurau.

Alisya menggulingkan bola matanya ke atas menyampah dengan perangai tak semenggah Aqif itu.

" Aip tak baik buat macam tu dekat bakal suami kau ni. "

Alisya menampar kuat bahu Aqif.

" Auwww.. Aku aje kau pukul kan. Nanti bila kawin macam mana pula aku jadinya. Entah entah biru badan aku tak lama." Kata Aqif lalu menangkap pergelangan tangan Alisya.

" Lepas.. "Kata Alisya dalam nada geram.

Pekerja lain yang melihat drama tak terbayar itu hanya tertawa sahaja. Membuatkan Alisya termalu sendiri.

"Kenapa datang sini?" Tanya Alisya serius walaupun wajahnya kian memerah.

"Aku kira nak makan tadi tapi tengok kau tak jadi automatik kenyang." Jawap Aqif turut serius.

Alisya mendengus geram. Lalu dia berdiri membuatkan Aqif mengerutkan dahi.

"Nak pergi mana tu?" Tanya Aqif lembut.

"Buat kerja lah layan awak ni buat saya pening kepala"

"Aik belum kawin dah pening kepala? Bila masa pula aku 'makan' kau ni?"

Alisya mengengam penumbuknya. Ikutkan hati memang melayang penumbuk ni tapi disebabkan Aqif pelanggan kafe tempat dia bekerja dia kurung niat tersebut.

"Awak boleh tak jangan main main boleh. Sakit hati tau tak"

"Meh sini aku ubat kan.." Tawar Aqif tangannya naik menggosok kepala Alisya lembut.

Alisya terpana.

"Tak payah. Saya banyak kerja lagi ni." Tolak Alisya lembut lalu beredar dari meja yang di duduknya sebentar tadi.

Aqif mengangguk perlahan sebagai jawapan.

"Jus oren satu.." Pesan Aqif sebelum Alisya berlalu pergi.

Alisya menunjukkan simbol okey dengan menggunakan jarinya 👌🏻.

Bakal bini aku pembunuh upahan...

Desis hati Aqif bangga.


****

Waktu malam mula melabuhkan tirainya menggantikan sang suria. Begitu juga kafe tempat di mana Alisya bekerja. Masa untuk dia bekerja  telah pun tamat. Sebagai orang terakhir yang di amanah untuk menutup kafe Alisya terpaksa pulang lewat. Begitu juga lah rutin harian dia sepanjang dia bekerja di kafe tersebut.

Selesai mengunci pintu kafe Alisya menyiapkan dirinya dan beberapa barang yang perlu dia bawa pulang Alisya pun mengatur langkah  berjalan kaki menuju ke arah rumah yang di sewanya yang agak dekat dengan tempat dia bekerja.

Dengan hanya di terangi lampu sulung yang di bawa dia berjalan perlahan sambil menyanyi kecil.

Tiba tiba sebutir peluru melepasi kepala dia tanpa sempat Alisya sedari kehadiran peluru tersebut, jelas riak terkejut terpapar pada wajahnya. Lalu Alisya menoleh ke belakang tetapi belum sempat dia menoleh sebutir peluru lagi peluru melepasi pada pipi sebelah kanannya. Jelas pipi kanannya tergores dan mengeluarkan sedikit cecair merah.

Alisya mendengus geram.

Semakin banyak peluru yang datang ke arahnya membuatkan dia sukar untuk mengelak setiap peluru itu.

Arah mana asal peluru ni semua?

Tanya Alisya dalam hati.

Beberapa detik kemudian seseorang datang dari arah kiri Alisya yang sedang duduk mencangkung melindungi diri.

Tubuh badan Alisya di dakap sosok tersebut erat lalu badan Alisya di cempung oleh sosok tersebut.

Alisya terkaku dalam pelukan sosok tersebut. Dia menatap lama wajah tersembunyi sosok yang memakai topeng hitam dan memiliki logo mahkota kecil pada kepala topeng tersebut.

King.?

Badan Alisya di bawa masuk ke sebuah lorong melindungi gadis tersebut dari terkena peluru dari suatu arah oleh seorang penembak yang memihak kepada musuh.

Lalu badan rendah Alisya di turunkan secara berhati hati. Tidak mahu menyakiti gadis di hadapannya.

"Kau tak apa apa?" Tanya King dalam nada risau.

Alisya menggelengkan kepala sebagai jawapan.

"Kenapa?" Tanya Alisya dalam nada tersangat perlahan. Namun masih lagi dapat di tangkap oleh King.

"Sebab kau bakal jadi isteri aku. Aku tak nak lah bakal isteri aku cedera parah."Jawap King selamba. Topeng yang menutupi kepalanya di tanggal bersama kenyitan mata kanan.

Alisya membulatkan matanya terkejut. Wajah lelaki yang pagi tadi baru sahaja singgah dalam mindanya.

" Awak? "

" Dah jangan buat muka macam tu. Buruk betul. Jom kita pulang.."

Alisya akur namun langkah kakinya terhenti ketika melihat Aqif menunduk sambil memegang perut pada bahagian kiri. Riak wajah Aqif juga kelihatan berkerut seribu seakan menahan sakit yang luar biasa.

"Awak okey ke ni?" Tanya Alisya prihatin.

Aqif tersengih dalam kesakitan.

"Tak ada apalah kena peluru saja dekat bahagian kiri perut aku ni" Jawap Aqif menghiraukan kesakitan yang dialami dia.

"Darah banyak sangat keluar ni. Rumah saya dekat saja. Kita rawat luka awak tu ye.."

Aqif hanya mengangguk sebagai balasan tidak mampu membantah kerana kesakitan yang dialami. Darah yang tidak henti henti mengalir keluar dari cerah luka Aqif di tekup oleh Alisya menggunakan tangannya. Segala barangan yang di bawa dia tadi langsung sahaja di tinggalkan.

Kemudian mereka berdua pun berjalan ke suatu arah.

****

Alisya dengan penuh berhati hati mengubati luka Aqif. Wajah Aqif yang penuh dengan peluh di toleh sekilas. Risau pula dia dengan keadaan lelaki yang telah menyelamatkan dia tadi.

Perlahan  lahan peluru yang menembusi kulit Aqif di keluarkan. Kemudian dibersihkan luka tersebut lalu di balut dengan penuh berhati hati.

Wajah Aqif yang bernafas kencang akibat kesakitan di pandang dengan suatu perasaan bersalah.

"Maaf menyusahkan awak.." Kata Alisya sambil menggenggam kain seluar yang dipakai serta menutup mata.

Aqif yang terbaring di atas katil tersenyum nipis. Wajah Alisya yang seakan ingin menangis mengundang tawa halus dari bibir Aqif.

"Kau bakal isteri aku ingat tu. Aku tak akan biarkan sesiapa lukai kau.." Kata Aqif tenang, matanya terkatup sejarah perlahan lahan. Akibat kesakitan mengeluarkan peluru tadi dia kehabisan tenaga dan juga darah.

Alisya terkaku. Lalu segala peralatan yang di gunakan di kemas.

Selimut di tarik sehingga paras dada Aqif. Lalu Alisya mengambil tempat pada sisi tilam tersebut. Dia tertidur dalam keadaan duduk. Menjaga Aqif yang sedang sakit.

Suatu rahsia telah terungkap. Banyak lagi perkara yang belum dia ketahui secara terperinci. Perjalanan mencari pembunuh kakaknya akan membawa dia ke arah suatu lagi rahsia yang terbesar.

Saya akan jaga awak..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro