BAB 45 GADIS MISTERI iii
Ayumi tersenyum sinis melihat plan yang di lakar di hadapannya. Penumbuk digenggam kuat.
Kau akan kenal dengan siapa kau berhadapan..
Desis hati Ayumi.
****
Seorang gadis melangkah perlahan keluar dari sebuah rumah banglo dua tingkat itu. Senyuman dia melebar ketika pemilik banglo tersebut menerima dia untuk menjadi 'pasangan tidur'.
Lepas orang tua ni mampus harta dia aku bolot semua. Faris tunggu sayang datang ya...
Kata gadis itu dalam hati bersama tertawa sinis.
****
Alisya melangkah lebih dalam lagi masuk ke dalam gudang terbiar itu. Data yang di baru sahaja peroleh menunjukkan bahawa orang terakhir yang bersubahat dengan Irfan ada di lokasi tersebut namun figura orang langsung tidak kelihatan sejak tadi.
Tiba tiba deria dia menangkap sesuatu yang tak kena dengan kawasan nya itu.
Tanpa di sangka berdas das tembakan di lepaskan yang menyasarkan dia sebagai mangsa utama. Asal peluru tersebut cuba di carinya namun gagal. Peluru tersebut datang pelbagai arah membuat dia keliru.
Alisya bertungkus lumus mengelak semua peluru tersebut setiap langkah yang di ambil setiap itu juga peluru hampir mengenai badannya. Nafas berat jelas kedengaran. Tetapi tanpa di sangka ada seseorang yang datang dari arah belakangnya bersama dengan pisau rambo yang tajam serta berkilat.
Alisya menahan serangan itu dengan menggunakan tangan kanan. Penumbuk di beri kepada penyerang tersebut namun sempat di tangkap. Telapak tangan yang kasar mengengam penumbuknya membuat Alisya dapat meneka bahawa penyerang adalah seorang lelaki.
Tangan yang mengengam penumbuk Alisya di lipat kebelakang badannya oleh si penyerang membuatkani pergerakan Alisya terbatas.
Alisya mencuba mengerakan badannya kasar namun gagal lelaki misteri yang mengunci pergerakan dia adalah seorang yang mahir.
Kau bergerak aku rogol kau dekat sini juga..
Ugut lelaki misteri yang memakai mask dan berhoodie biru tua.
Suara yang berbisik itu membuatkan Alisya menelan air liur. Badannya dipaksa duduk di atas kerusi yang telah tersedia di gudang lama itu dengan kasar sekali.
Beberapa minit kemudian datang seorang perempuan bermata merah semerah darah bersama mask yang menutupi separuh wajah gadis itu.
Membulat mata Alisya ketika menangkap perempuan bermata merah itu. Namun tidak lama kemudian dia menatap tajam wajah Rose. Dia tidak suka akan kehadiran perempuan di hadapannya.
"Aku tak sangka kau nak juga ikut data yang palsu tu" Kata Rose sinis.
Alisya diam membisu tidak mahu membalas.
Rose mendengus geram.
"Buka mask perempuan tu.." Arah Ayumi pada anak buah nya yang berasa di sampingnya.
Anak buah Rose patuh lalu berjalan ke arah Alisya. Mask yang menutupi separuh wajah Alisya di tanggalkan. King yang berada di samping Alisya membulatkan mata akibat terkejut. Gadis yang di lawan dia tadi adalah Alisya A. K. A Nur.
"Aku ingatkan kau ni siapa lah? Pengacau jalan kumpulan aku. Rupanya kau Nur!" Kata Rose cukup sinis.
Alisya mengetap gigi.
"Panggil aku Alisya bukan Nur." Kata Alisya dingin.
King terkaku mendengar cara percakapan Alisya hadis yang disayangi nya itu.
"Nama kau Nur Alisya Hidayah. Bukan sama je ke?" Tanya Rose.
Alisya terdiam.
Tangannya yang di gari menyukarkan pergerakannya.
"Kenapa kau kacau misi kumpulan aku?" Tanya Rose dingin.
"Kau yang kacau jalan aku. Kenal pun tidak menyemak saja" Bidas Alisya selamba.
"Di hadapan kau ni ketua Mafia hormat sikit." Tegur King.
Alisya terdiam lama dia menatap wajah King yang di tutup oleh topeng berwarna hitam.
Rose tertawa sinis melihat Alisya yang seakan menyedari sesuatu pada King.
"Aku bagi kau tawaran ikut kumpulan aku atau mati di tangan aku" Kata Rose memberi pilihan.
King tersentak.
"Tapi Rose dia.."
"Diam King. Di hadapan kau ni musuh bukan kawan ingat tu!" Jerkah Rose pada kembarnya
Alisya diam.
"Kakak aku kena rogol. Masa tu umur aku baru 17 tahun.."
Suara Alisya menarik perhatian kedua kembar itu.
"Badan dia di jual ke luar negara macam patung. Tempat untuk memuaskan nafsu serakah binatang. Tak cukup dengan itu, Irfan beli dia balik. Dia yang jual kakak aku lepas tu beli balik. Kelakar bukan?. Ingatkan bila dia beli balik kakak aku dia nak lindungi kakak aku. Tapi aku silap. Dia siksa kakak aku. Lagi teruk daripada di rogol. Dia bunuh kakak aku. Tanpa belas. Masa tu aku tak tahu nak buat apa lagi.. "
" Tapi tiba suatu hari datang seorang pak cik bagi aku tawaran untuk balas dendam. Aku terima tanpa fikirkan masa depan aku nanti. Aku nak bunuh Irfan. Dia punca segalanya. Tapi korang halang lalu aku. Kenapa!!"
Jeritan Alisya dengan di sertai linangan air mata membuatkan Rose tersenyum nipis di balik mask yang menutupi separuh wajahnya.
" Jadi sebab tu kau kejar Irfan. Bunuh semua yang bersubahat dengan dia. Kau pernah fikir tak berapa ramai lagi orang yang tersiksa dekat tangan dia.? Pernah fikir? Dia rosakan sahabat aku. Kawan baik aku. Dia jual kawan baik aku dekat orang lepas dia lempiaskan nafsu binatang dia. Lepas tu dia bunuh pula kawan baik aku dengan berbagai seksaan sebab dendam. Kawan aku yang jadi mangsa kau tahu tak. Kau halang jalan aku kau ingat aku akan berdiam diri je selagi Irfan tu belum mati dekat tangan aku" Bidas Rose pula.
Alisya terdiam terpana dengan kata kata Rose.
"Aku bagi pilih. Walaupun kita pernah kenal tapi jangan harap aku bagi kau peluang untuk hidup kalau kau berkeras nak kacau jalan aku" Peringatan Rose membuatkan Alisya mendecit geram.
Rose tertawa sinis sebelum memusingkan badannya ke arah pintu gudang lama tersebut.
Alisya menundukkan kepalanya.
"Aku terima tawaran kau.." Sahut Alisya tanpa berfikir panjang.
Rose tersenyum tanpa sesiapa ketahui.
"Lepaskan dia kita ada misi baru lepas ni." Arah Rose.
King patuh lalu melepaskan Alisya daripada gari yang mengari pergelangan tangan perempuan dia.
Kau milik aku seorang..
Bisik King lalu beredar pergi mengikut jejak kakak kembarnya.
Alisya tergamam. Suara itu seakan dia kenal namun siapa?
****
Adawiyatul yang sedang leka mengemas rumah milik Carl tersentak apa bila terasa badannya di peluk dari arah belakang.
Tangan kekar milik Carl membuatkan dia diam mengeraskan badan.
Dagu Carl sengaja di rehatkan pada bahu gadis itu. Haruman lavender milik gadis dia sungguh menenangkan.
"A.. A.. Awak l..lebih baik ma..mandi dulu" Kata Adawiyatul gagap. Tangan kekar milik Carl sedaya upaya di lepaskan daripada terus melilit pinggangnya.
"Aku nak duduk sini jap." Balas Carl dingin.
Badan Adawiyatul di pusing menghadap dirinya. Tanpa sebarang amaran badan gadis itu di cembung lalu di bawa masuk ke dalam bilik tidurnya. Jantung Adawiyatul berdegup kencang. Tangannya yang secara automatik memaut leher Carl di perketatkan lagi.
"Awak kata tak akan sentuh saya..?" Tanya Adawiyatul yang perlahan lahan berkaca pada matanya apabila badannya selamat mendarat pada tilam saiz King Carl.
Carl tersenyum sinis.
"Aku tak ada sebut janji kan?" Balas Carl sengaja.
Carl merangkak ke arah Adawiyatul dengan sengihan nakal di bibir. Adawiyatul menggigit bibirnya air mata tak usah kata empangan telah pun pecah air matanya pun mengalir tanpa di pinta.
Badan gadis itu di dakap Carl erat. Ubun ubun Adawiyatul di kucup sayang.
"Shhh.. Aku tak buat apa apa pun. Just tolong teman aku tidur aku penat nanti pukul 3 kejutkan aku kita makan sama sama" Pujuk Carl lembut. Ibu jarinya mengesat lembut air mata yang mengalir di tubin mata Adawiyatul, matanya perlahan lahan terkatup akibat lelah bekerja .
Adawiyatul terkaku. Wajah kusut Carl di pandang lama. Rambut depan Carl yang panjang hingga menutup sebahagian dahinya di selak lembut. Wajah putih tanpa cela milik Carl di tatap lama. Lalu satu kucupan hinggap pada dahi lelaki yang sedang lena di ulit mimpi itu.
Adawiyatul tersenyum gembira.
Comel nyaaaa... Kyaaa..
Monolog Adawiyatul dalam hati. Lama kelamaan matanya pula minta ingin di tutup seketika.
Beberapa minit kemudian Adawiyatul tertidur dalam dakapan hangat Carl. Carl tersenyum nipis. Ya, dia tidak tidur kerana terjaga dengan agenda nakal Adawiyatul tersebut..
Dia menatap lama wajah gadis itu. Gadis yang di belinya.
Aku akan jaga dia macam aku jaga nyawa aku..
Desis hati Carl lalu menyambung tidurnya yang tergendala sebentar tadi pelukan pada badan Adawiyatul diperkemaskan.
I Love You Wiyatul..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro