Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 42

Hisyam duduk termenung di taman buatan rumah agam Faris. Mengimbau kenangan lalu. Kenangan di mana di mana dia masih kecil lagi.

Dia menghela nafas berat.

"Macam besar sangat masalah kau Syam cuba cerita sikit." Tegur Hanif yang kebetulan lalu di kawasan taman buatan itu.

"Oh, abang Hanif. Tak ada lah cuma terfikir tentang abang kandung Syam" Kata Hisyam sayu. Dia menundukkan sedikit kepalanya.

"Abang kandung kau bukan dah jumpa ke?." Tanya Hanif sambil mengerutkan dahi.

"Jumpa? Bila?"

"Ai kau tak tahu lagi ke atau Ayumi belum bagi tahu?"

"Kenapa dengan kak Yumi?"

Hanif tayang senyuman sinisnya.

"Kau nak tahu siapa abang kandung kau?" Tanya dia dalam nada sinis.

Pantas kepala Hisyam mengangguk.

"Lawan aku dulu. Kau kalah. Kau cari sendiri siapa abang kandung kau. Kau menang. Aku bagi tahu siapa abang kandung sebenar kau. Amacam?" Cabar Hanif.

Hisyam tersentak. Dia tersenyum kelat.

"Jangan tayang senyum macam tu aku tahu Ayumi ajar kau skill berlawan. Aqif pula ajar kau menembak. Jadi tak ada alasan untuk kau menolak cabaran aku."

Hisyam mengeluh sekali lagi.

"Nak buat macam mana lagi. Nampaknya rahsia aku dah terbongkar." Kata Hisyam lalu bangun dari duduknya.

Hisyam berjalan  perlahan jauh sedikit dari Hanif.

Hisyam membuka langkah berlawan begitu juga Hanif yang tidak lekang dari senyuman sinisnya.

Tanpa mereka sedari Faris memerhati mereka dari tingkat atas rumah agam nya.

Budak tu bukan calang calang orang.

Dari kejauhan juga Shawn menjadi pemerhati pertarungan antara Hanif dan Hisyam.

Dorang nak buat apa tu?

Tanpa amaran Hisyam berlari menuju ke arah lawan.

Hanif menepis tumbukan Hisyam selamba. Lalu dia menyepak perut Hisyam.

Hisyam melangkah ke belakang dua tapak. Perut yang senak di pengang seketika. Dia menyeringai kesakitan.

Shawn yang melihat Hisyam seakan dalam kesakitan melangkah menghampiri mereka yang sedang berlawan tanpa sesiapa sedari.

Tak ada pilihan lain. Aku perlu guna taktik kotor.

Kata Hisyam dalam hati. Dia tersenyum sinis.

Lalu Hisyam meluru ke arah Hanif. Tangan kanannya memegang bahagian belakang badan. Pisau rambo yang tersorok di balik baju di keluarkan. Lalu di hunus pada wajah Hanif.

Pipi kanan Hanif sedikit terhiris dan mengeluarkan darah.

Hanif menepis tangan Hisyam yang mencuba menikam nya di bahagian perut.

"Kau nak tahu sangat siapa abang kau kan?" Tanya dia dengan nada yang di keraskan.

Hisyam diam. Lalu terus meneruskan serangannya tanpa henti dengan libasan pisau rambo nya.

Shawn berhenti dari terus melangkah apabila mendengar suara Hanif. Dia seakan tetarik ingin mengetahui siapa abang sahabat Aryan itu.

"Abang kandung kau.."

Hanif terkena serangan penumbuk di bahagian perut. Dia menyeringai kesakitan.

"Adalah.."

Hanif sekali lagi menerima serangan sepakan dari Hisyam di bahagian perut nya.

"Shawn.." Bisik Hanif tepat di telinga Hisyam. Lalu dia terduduk menahan sakit di perut.

Tak guna punya boss dengan kembar dia tu. Ajar budak boleh tahan hebat dari aku..

Monolog Hanif sambil memegang perutnya yang senak akibat serang bertubi tubi dari Hisyam.

Hisyam memberhentikan serangannya. Pisau rambo yang hampir menikam perut Hanif jatuh ke tanah.

Mata Hisyam membulat terkejut. Shawn yang berada di belakang Hanif dengan jarak kedudukan yang agak jauh di pandang dengan riak wajah tak percaya.

Shawn terkejut melihat Hisyam yang hampir membunuh Hanif dengan pisau yang di bawanya tanpa pengetahuan sesiapa.

"Mu.. Mustahil.." Kata Hisyam terkejut. Dia melutut di atas tanah taman buatan. Air matanya menitis tanpa di pinta.

"Dia abang kau Hisyam. Dia cari kau dari dulu sampai sekarang." Kata Hanif sambil bangun lalu menyapu debu yang melekat pada suit yang dipakai.

"Tapi kenapa akak Ayumi tak bagi tahu.?" Tanya Hisyam yang sedang menundukkan kepala.

"Dia lupa lah tu" Jawap Hanif selamba.

"Hiks.. Hiks.. Hiks.. Abang" Esakan Hisyam jelas kedengaran di  telinga Hanif yang duduk berhampiran.

Aduhh.. Nangis pula budak ni..

Hanif mengusap perlahan tengkuk nya

Matanya melilau seakan mencari sesuatu. Kelibat Shawn yang tidak jauh darinya membuat dia tersenyum lebar.

" Shawn tolong aku pujuk budak ni aku ada hal sikit lah. Boleh ya. Bye. Assalamualaikum" Kata Hanif lalu berlari melepasi Shawn yang tidak tahu apa apa.

Shawn terkaku melihat Hisyam menangis itu. Hatinya mula hiba melihat keadaan Hisyam yang selalu ceria itu sedih tanpa tahu punca.

Wa alaikum salam.. Aku kena pujuk budak tu ke?

Tanya Shawn dalam hati. Dia menapak perlahan ke arah Hisyam yang masih dalam dunia kesedihan nya.

"Kau lelaki tak patut nangis macam budak perempuan." Pujuk Shawn yang sedang mengusap perlahan tengkuk nya.

Hisyam terdiam. Namun air matanya tetap mengalir.

Abang. Abang Shawn abang kandung aku. Lelaki yang mengaku abang angkat Aryan.

Hisyam bermonolog di dalam hatinya.

" Hanif kenapa dia nangis ni..?" Jerit Shawn apabila menangkap kelibat Hanif yang menyorok bersama Naufal di balik dinding.

"Dia baru jumpa abang kandung dia" Jawap Hanif dalam nada menjerit juga.

Naufal yang berada dekat dengan Hanif mengerutkan dahi.

"Siapa abang budak tu?" Tanya Naufal.

Hanif tayang senyum sinis.

"Siapa abang dia Nif?" Tanya Shawn lagi.

"Shawn Hariz bin Nasir" Jawap Hanif selamba. Naufal tersentak.

Faris yang memerhati dari tingkat atas mengerutkan dahi. Tidak faham apa yang sedang berlaku.

Shawn tersentak.

Dia memandang lama Hisyam yang masih menangis seperti bayi itu.

Dia adik aku..?

Tanya Shawn dalam hati.

Bahu Hisyam di sentuh nya lembut.

"Bangun." Arah dia sepatah.

Hisyam akur dalam keadaan menunduk.

Tanpa di sangka dia di peluk erat oleh Shawn. Hisyam tersentak namun hanya membiarkan pelukan sang Abang yang bertahun tidak dia jumpa.

"Aku tengok dah macam gay dorang tu.." Kata Naufal tanpa berlapik.

Pakk

"Jangan cakap macam tu. Shawn tu rindu adik dia je. Kau ni pun. Aku tahu lah kau tu tak ada adik. Tak payah cakap macam tu." Nasihat Hanif panjang lebar.

Naufal mengusap kepala nya perlahan.

"Sakit tau tak.." Marah Naufal tak puas hati.

"Tak tahu pun kau sakit. Ingat kebal tadi." Jawap Hanif lalu beredar dari situ.

Naufal mendengus geram.

****

"Bos kenapa bos nak maklumat Rose?" Tanya Carl berasa basi.

Kini mereka berada di dalam bilik VIP dalam sebuah kelab malam.

"Kau tahu kedudukan Rose paling digeruni selepas Black Phoenix?"Tanya Irfan bersahaja.

Carl mengangguk sahaja.

" Aku nak rampas kedudukan  mereka berdua tu. "Terang Irfan sambil meneguk selamba arak yang berwarna kuning.

Carl terdiam.

" Bawak masuk mereka sekarang."Arah Irfan pada pelayan lelaki yang setia di dalam bilik VIP.

Pelayan lelaki mengangguk patuh.

Carl mengerutkan dahi.

" Siapa? "Tanya Carl

Irfan tersenyum sahaja sebagai jawapan. Memandangkan di dalam bilik VIP itu hanya mereka berdua.

Selang beberapa minit. Tiga orang gadis dengan berpakaian tidak cukup kain masuk ke dalam bilik yang di tempah khas oleh Irfan.

Carl membulatkan matanya lalu menundukkan pandangan.

"Pilih sahaja yang kau mahu Carl aku belanja." Kata Irfan. Lalu dia memilih dua daripada tiga gadis itu.

Gadis yang tinggal hanya menundukkan kepalanya. Sedaya upaya dia memanjang pakaian yang di pakaiannya itu mahu menutup apa yang patut.

Carl menjongket kening nya.

" Aku pulang dulu lah Carl. Ada benda nak buat. Kau berseronok kat sini. Kalau nak bawa balik pun boleh." Kata Irfan lalu beredar bersama sama dengan kedua gadis yang di pilih nya.

"Yang kau duduk tercegat dekat sana buat apa pergi layan anak buah Tuan.." Tengking pelayan lelaki yang masih menemani di dalam bilik VIP.

Terhinjut bahu gadis itu apabila di tengking. Lambat - lambat gadis itu menuju ke arah Carl akibat takut. Lalu dia duduk di sebelah Carl dengan jarak sejengkal.

Carl tersenyum nipis dalam diam. Wajah gadis di hadapan dia cantik. Tapi sayang buat kerja kotor.

Tangan Carl naik merangkul bahu si gadis.

"Kalau Kau nak selamat baik ikut rentak aku." Bisik Carl di telinga gadis itu.

Gadis itu hanya mengangguk patuh.

"Aku nak beli perempuan ni" Kata Carl dingin pada pelayan di bilik itu.

Pelayan lelaki itu hanya mengangguk setuju.

"Baik boss lagi pun perempuan tu masih fresh." Kata pelayan itu bersetuju.

"Nanti bila aku dah puas aku bagi balik.." Sambung Carl dingin.

Si pelayan hanya mengangguk tidak membantah.

Manakala gadis yang duduk bersebelahan Carl sudah menggigil ketakutan.

"Minum ni sebelum kita pergi dari sini." Arah Carl sambil menghulurkan segelas air.

Si gadis pantas menggeleng tanda menolak.

"Ni air cola bukan kencing setan" Kata Carl dingin.

Si gadis perlahan lahan mengambil gelas itu dan meneguk nya. Selesai air di dalam gelas itu habis. Tiba tiba kepala  gadis itu terasa sakit. Lalu pengsan di dalam dakapan Carl. Carl tersenyum sinis.

Wang miliknya di lemparkan ke arah pelayan lelaki itu.

Carl mengangkat tubuh gadis itu dengan cara bridal style.

Hanya satu tujuan sahaja. Ke rumah dia.

****

Bunyi pancuran air dalam bilik mandi mengejutkan si gadis dari lenannya. Comforter yang menyelimuti di selak lembut. Badannya yang tersarung baju tidur di pandang kosong. Kemudian baru si gadis itu menyedari sesuatu. Air matanya menitis  tanpa di pinta. Lutut nya di peluk erat lalu dia menyembamkan wajahnya dan menangis teresak esak.

"Kau dah bangun rupanya.." Tegur Carl sinis. Tuala yang hanya membaluti bahagian pinggang menampakkan six pack membuat si gadis makin kuat menangis.

"Apa awak buat dekat saya." Tanya gadis itu sambil tersedu sedan.

"Aku hanya menerima layanan kau je.." Jawap Carl selamba.

Si gadis menegakkan kepala nya menatap Carl yang bersilang tangan ke dadanya bersama senyuman sinis.

"Tapi kenapa?" Tanya gadis itu dengan linangan air mata.

"Aku dah beli kau. Ingat tu." Kata Carl lalu berjalan perlahan ke arah gadis itu. Si gadis menjarakkan kedudukan dia lalu berlari ke arah pintu bilik tidur. Sedaya upaya dia membuka pintu itu namun terlambat apabila ada tangan kekar yang menahan tangannya dari terus memusing tombol pintu.

Lalu badan si gadis di tolak selamba menghadap Carl. Tangan kanannya di letakkan di tepi kepala gadis itu.

Wajah nya sengaja di dekatkan ke wajah gadis yang sedang menangis teresak esak.

"Apa nama kau?" Tanya Carl dengan suaranya yang serak basah.

"Adawiyatul" Jawap gadis itu menunduk.

"Bila bercakap pandang aku.." Arah Carl tegas.

Adawiyatul mendongak menatap mata yang tajam seperti helang itu.

"Kau masih dara jangan risau. Aku bukan binatang masih waras. Dan mulai hari ini kau akan jadi pembantu rumah ni. Kau ingkar arahan aku..." Kalimat kata dari Carl sengaja dia gantungkan.

Dagu Adawiyatul di angkat lembut. Satu kucupan hangat dia beri pada dahi si gadis. Kemudian ibu jari nya menyekat lembut air mata yang membasahi wajah si gadis.

" Kau tahu nasib kau. " Sinis Carl lalu beredar masuk ke dalam bilik pakaian.

Adawiyatul tergamam. Dahi nya di sentuh. Dia terduduk lemah. Jantungnya berdegup kencang apabila berdekatan dengan lelaki itu.

"Kau akan terima lebih dari tu kalau ingkar arahan aku" Kata Carl dari dalam bilik pakaian nya.

Si gadis menangis teresak esak semula.

"She my girl"


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro