Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 38 Gadis Misteri ii

Rose menatap tajam gadis misteri di hadapan dia. Sekali lagi target nya di bunuh oleh gadis di hadapannya. Segala makian, carutan semua di luahkan di dalam hati.

Kedua tangan gadis misteri yang menggenggam erat pistol berkembar di jeling sekilas. Nafasnya turun naik menahan marah. Mayat seorang lelaki yang terkulai lemah tidak bernyawa di pandang tajam.

Pertama kali kerjanya di ganggu orang luar. Lebih lebih lagi pembunuh upahan yang kini melonjak naik nama nya.

"Siapa kau sebenarnya hah!?" Tengking Rose.

Senyap.

Sunyi.

Tiada sebarang balasan yang Rose terima.

Tanpa menunggu lama lagi dia mengarahkan semua anak buah nya dengan menggunakan isyarat tangan untuk menangkap gadis misteri di hadapan nya.

Anak buah Rose menyerang dari pelbagai arah gadis misteri itu. Namun dengan begitu mudah gadis misteri itu menepis di setiap serangan yang di tuju ke arah nya.

Anak buah Rose pula kebanyakannya juga cedera akibat serangan balas dari gadis misteri itu.

Rose mendecit. Lalu pistolnya di keluarkan dan di sasarkan pada bahu gadis misteri itu.

Namun nasib lebih menyebelahi si gadis misteri ketika dia mengambil keputusan untuk melompat turut dari gudang lama yang hanya berjumlah dua tingkat.

Rose berlari ke arah kawasan gadis misteri itu melompat tadi. Di menatap lama gadis misteri yang berlari bagai lipas kudung.

"King pasal pengacau misi kita aku bagi tugas ni dekat kau." Kata Ayumi melalui earphone di telinga.

"Aku okey je. Aku bawa Raziq boleh?"

"Boleh"

****

"Aryan dan Hisyam kau berdua ikut cikgu pulang ya" Arah Sofia yang sedang mengemas buku buku pelajar kelas 5 Berani.

Aryan mengerutkan dahi manakala Hisyam yang menguap jelas perubahan riak wajahnya.

"Kenapa aku mesti ikut kau?" Tanya Aryan dingin.

Murid murid 5 Berani mengendahkan perbualan guru dan rakan kelas itu kerana ingin pulang ke rumah dengan cepat.

Sofia tersenyum misteri.

"Cikgu dah janji nak tunjukkan kamu sesuatu bukan?" Kata Sofia lagi.

Hisyam tersenyum kelat. Seakan dapat menangkap apa yang telah di katakan oleh guru kelasnya itu.

"Hisyam bawakan barang barang akak pergi tempat parking guru.." Arah Sofia lembut.

Hisyam hanya mengangguk patuh. Aryan terpinga pinga mendengar Sofia yang mengelarkan dirinya sebagai kakak Hisyam. Kerana setahunya Hisyam tidak mempunyai kakak mahupun adik hanya abang sahaja yang telah dikatakan hilang bertahun tahun lamanya .

" Dah jom.. "Ajak Hisyam sambil mengambil ke semua barang barang Sofia itu.

Manakala Sofia telah lesap pergi ke bilik guru.

Aryan akur sahaja.

Sesampai mereka di tempat yang di arahkan. Kelihatan figura Sofia menghidupkan enjin kereta nya.

" Masukkan ke dalam kereta ni barang barang cikgu tu termasuk kamu berdua."

Aryan dan Hisyam akur. Lalu masuk ke dalam kereta Honda City putih milik Sofia.

Di dalam perjalanan mereka menyusuli jalan raya yang hanya di penuhi hutan. Aryan sekali lagi tidak senang duduk.

Ke mana gurunya ingin membawa dia dan sahabat nya itu.?

Di jeling sekilas wajah Hisyam yang tenang seakan telah mengetahui sesuatu.

****

Rumah agam tiga tingkat itu di pandang tidak berkelip. Air liur di telan kelat ketika mata menangkap beberapa figura yang berjaga di setiap sudut rumah agam tersebut.

"Kenapa bawa Aryan datang sini?" Tanya Hisyam yang baru sahaja keluar dari dalam perut kereta.

"Rose akan latihan korang berdua dekat sini.." Jawap Sofia tenang ketika keluar dari perut kereta nya.

Mata Hisyam membulat terkejut.

Boss yang ingin melatih mereka??

"Korang sebenarnya siapa.? Kenapa aku terima banyak sangat kejutan dalam tahun ni?" Tanya Aryan bertubi tubi. Rambutnya di ramas kasar. Kerana keliru.

"Kalau aku berterus terang dengan kau tolong simpan baik baik rahsia aku ni ye?" Ujar Hisyam serius.

Aryan terdiam sebelum mengangguk perlahan.

Nafas berat di hembus perlahan, yang datangnya dari bibir Hisyam.

"Aku perisik sebuah kumpulan Mafia yang digeruni dalam dunia ni.." Sekali lafaz sahaja membuatkan Aryan melangkah kebelakangan setapak kerana terkejut.

"Kau.." Aryan tidak mampu berkata lagi.

"Lama betul korang dekat luar tu masuk cepat panas ni.." Tegur sebuah suara perempuan yang berlainan nadanya.

Aryan, Hisyam dan Sofia menatap gadis yang berdiri di hadapan pintu rumah agam Evil Rose.

"Kau siapa..?" Tanya Aryan sekali lagi. Namun wajah familiar membuatkan dia membulatkan mata terkejut.

"Kau isteri pak cik Faris kannnnn.." Kata Aryan terkejut dan terus menjerit.

"Woi budak, kau panggil laki aku pak cik.! . Dia muda lagi kot. Kau ni patut belajar hormat dari aku." Kata Ayumi dingin sambil mengetuk kuat kepala Aryan.

Aryan mengadu sakit.

"Aww.. Sakit lah setan.." Kata Aryan tanpa sedar menaikan amarah Ayumi.

Ayumi tersenyum sinis.

Dia kata aku setan. Tunggu setan aku datang betul nanti baru tahu.


Sekali lagi kepala Aryan di ketuk kuat oleh Ayumi tanpa belas kasihan.

"Ni ha, ambil setan kau.. Ambil.. Ambil.." Kata Ayumi sambil memukul kuat kepala dan badan Aryan.

Tidak tahan akan penderaan Ayumi itu pantas sahaja Aryan berlari mengelilingi rumah agam Evil Rose. Lalu tanpa Aryan sedari dia telah pun berlari keluar kawasan Ayumi dan memasuki hutan yang menjadi sempadan antara kumpulan Faris dan Ayumi.

Ayumi membulatkan matanya. Bahagian bibir pantas di raba.

Tak da.

Dia tidak memakai mask hitamnya.

Pantas tangan dia di panjangkan untuk menarik kolar baju sekolah Aryan agar berhenti berlari.

Huh.. Nasib aku atlet sekolah dulu kalau tak. Dah mati agaknya. Mati semput.

Desis hati Ayumi.

"Lepas...Lepas kau pukul aku..!" Jerit Aryan separa kuat. Sambil kedua tangannya berusaha memukul tangan Ayumi yang menggenggam kolar baju sekolah nya.

"Shhh... Jangan buat bising. Kau bukan lagi dekat kawasan aku. Sekarang ni kita berada dekat kawasan Black Phonix" Bisik Ayumi keras di telinga Aryan.

Aryan tergamam mendengar nama kumpulan Mafia tersebut. Ya, di kenal Black Phonix itu siapa. Namun tidak pula dia mengenali ketua kumpulan Mafia tersebut.

Aryan menoleh ke arah Ayumi di belakang. Seakan meminta penjelasan.

"Kau nak tahu siapa ketua kumpulan Black Phonix?" Tanya Ayumi sambil tersenyum sinis.

Aryan mengangguk teruja.

"Toleh sana." Arah Ayumi sambil menampar kuat pipi Aryan tanpa sebarang amaran.

Kepala Aryan terteleng ke kanan akibat tamparan kuat Ayumi itu.

"Aucchhh.." Gumam Aryan perlahan.

Semak samun yang melindungi diri mereka berdua menjadi tembok untuk mengintai ke arah pintu utama markas Faris.

Figura Faris dan sahabatnya yang lain yang keluar dari markas Mafia tersebut membuat Aryan ternganga.

"Pak Cik Faris ke tu??" Tanya Aryan separuh berbisik pada Ayumi yang duduk santai di atas tanah serta bersandar pada sebatang pokok berdekatan dengan kedudukan Aryan.

Pantas Ayumi membaling batu kecil pada Aryan kerana kesilapan tutur katanya.

"Aucchhh. Okey okey. Abang Faris. Betul ke tu abang Faris.." Tanya Aryan sambil menepis semua balingan batu batu kecil dari Ayumi.

"Betul lah tu."

"Abang Faris tahu ke kau siapa?" Balingan batu sebesar duit syiling 50 tepat mengenai kepala Aryan hingga menyebabkan dahi Aryan terguris sedikit.

"Hormat. Dan tidak. Kau jangan memandai bagitahu pula. Aku sembelih pakai raya korban bulan depan baru tahu." Kata Ayumi dingin.

Aryan telan air liur kelat.

"Habistu kenapa kau tak bagitahu. Dia suami kau kut."

"Sampai masa yang sesuai aku bagi tahu." Jawapan Ayumi tenang.

"Jadi kenapa cikgu sofia tu bawa aku jumpa kau? . Kau siapa sebenarnya?" Tanya Aryan bertubi tubi.

"Aku akan latih kau jadi apa yang kau inginkan selain Faris." Jawapan Ayumi sambil berdiri dan menepuk punggung nya bagi menghilangkan debu.

Aryan terkedu.

"Kau tak jawapan soalan kedua aku.?"

"Aku Rose ketua Evil Rose. Permaisuri Dunia." Kata Ayumi dingin lalu bangun dari duduknya dan menepuk perlahan punggung nya bagi menghilangkan debu tanah. Aryan turut berbuat demikian dengan riak wajah yang terkejut.

Ayumi berjalan mendahului dan Aryan turut berdiri mengikut jejak Ayumi yang telah berjalan mendahului.

Namun tiba tiba Ayumi melayangkan sepakan menggunakan kaki kanannya yang di sasarkan pada rusuk kiri Aryan.

Aryan tersentak namun pantas menepis serangan tersebut.

Ayumi menyerang sekali lagi dengan menggunakan penumbuk nya.

Aryan menahan dengan kedua lengan nya yang di rapatkan ke muka.

Ayumi menarik nafas perlahan dan menghembuskan nya. Sepakan dan tumbukan selamba sahaja di hayukan bertubi tubi pada badan Aryan. Tanpa belas kasihan pula tu.

Aryan mendecit geram.

"Pahal kau serang aku.!"

"Musuh tak akan bersimpati Aryan."

Serangan dari Ayumi bersusah payah Aryan tepis dan balas. Sehinggalah petang menjelang.

Aryan yang tercungap cungap di hadapan rumah agam kumpulan rose itu di pandang simpati oleh Hisyam. Air oren yang di buatnya tadi di hulurkan pada Aryan namun Aryan tidak menyambut. Matanya terpaku pada suatu arah.

Anak mata Hisyam menoleh ke suatu arah itu. Matanya turut terpaku.

"Eric aku cadangkan waris seterusnya kumpulan kau Aryan."

"Kenapa kau boleh pilih Aryan yang masih muda itu Rose.?" Tanya Eric sambil tersenyum apabila matanya bertembung dengan anak mata darah daging nya.

"Dia macam kau. Aku hanya memberi cadangan. Kerana Stevan tiada sifat macam kau."

"Waris kumpulan aku, aku dah pilih. Dia Khairul Arffan Aryan bin Tengku Eric Muhammad." Kata Eric membuat Ayumi tersenyum.

"Kenapa?"

"Dia keturunan aku. Dia darah daging aku. Dia pilihan Rose. Mafia yang di geruni dunia." Kata Eric yakin.

"Kau sanggup tanggung risikonya.."

Eric mengangguk perlahan sebagai balasan.

****

"Arrghhhh" Jerit si gadis misteri sambil berusaha mengeluarkan peluru pada lengan nya.

"Aku dah cakap Alisya lupakan Irfan. Lupakan dendam kau tu. Tengok kau dah cedera teruk macam ni.Aku tak sanggup tengok kau cedera lagi Alisya " Tengking seorang lelaki yang berwajah bengis di hadapan si gadis misteri itu.

"Diam. Aku tahu apa yang aku buat jangan masuk campur urusan aku." Balas si gadis misteri itu dingin.

"Alisya!?"

"Diam."

Lelaki itu meraup wajahnya geram atas kedegilan si gadis misteri di hadapan nya atau di panggil Alisya.

"Setiap anggota badan dia patut rasa bilah belati aku. Setiap dosa yang dia buat patut di hapuskan dengan menghapuskan kewujudan dia."

####
Ifa hampir putus asa buat bab ni yang asyik terpadam perkataan dia.. Hemmm

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro