Bab 34
Cahaya yang menerobos masuk ke dalam bilik yang jauh lebih besar dari bilik lain di dalam vila tersebut telah membuatkan Ayumi tersedar dari lena nya.
Jelas mata yang berwarna hijau kelihatan masih mamai. Kemudian dia menoleh ke arah sisi kanan nya.
Kosong.
Hanya sekeping kertas bersaiz kad pengenalan berwarna merah terlekat di atas bantal milik Faris.
Kertas berwarna merah itu di ambil dengan penuh perasaan malas.
Aku pergi kerja dulu ye. Jangan lupa sarapan. Jaga kesihatan tu. Jangan buat aku risau macam semalam.
Sayang mu.
S.I.F
Ayumi tersenyum nipis tanpa di pinta. Bau perfume yang berada di kertas itu sentiasa dapat menenangkan.
Ayumi bangun perlahan lahan kemudian mengambil tuala yang tersidai di ambil.
Beberapa minit kemudian..
Ayumi keluar dengan berpakaian lengkap baju lengan panjang berwarna hitam dan seluar tracksuit berwarna biru gelap. Tudung shawl yang tersidai di kepala kerusi dia ambil lalu dililit secara santai.
Selesai memakai apa yang patut , Ayumi melangkah keluar dari bilik tidur dia dan Faris. Bilik yang berbeza dari yang pertama kali dia diami.
Bunyi kekecohan yang berada di tingkat bawah menarik perhatian Ayumi. Kemudian dia menuruni tangga vila tersebut secara bersiap siaga.
Bunyi kekecohan tersebut semakin kuat sehingga ada yang menegurnya.
"Puan Ayumi cepat naik ke atas. Di sini bahaya. Tuan pasti tak nak puan cedera."Tegur salah satu anak buah Faris yang sedang sedaya upaya melindungi isteri boss mereka.
Ya. Vila kediaman Faris telah di serang dengan 10 orang lelaki yang memiliki tato ular di bahagian muka masing masing.
Ayumi tersenyum sinis. Lama sudah dia tidak beraksi. Kira kira 4 hari yang lalu.
"Siapa hantar kamu semua?"Tanya Ayumi bernada dingin. Anak anak buah Faris yang berjumlah 4 orang itu tergamam.
Pihak musuh yang tidak menjawap pertanyaan Ayumi membuatkan dia mendegus perlahan.
"
qui t'a envoyé le même?"Tanya Ayumi. Cara percakapan dia sengaja di ubah agar pihak musuh dapat memahami. Walaupun kesudahannya nanti tetap sadis.
"Puan baik lari cepat. Kita tak tahu apa yang di rancang mereka. Lagi pun tuan Faris dah bagi amaran supaya kitaorang bawa lari puan sebelum musuh dapat kesan.."Kata salah seorang dari anak buah Faris yang lain pula. Nadanya seperti berbisik.
BANG!
"Lambat." Kata Ayumi selamba. Pistol yang berada di gengaman tangannya jelas di mata anak anak buah Faris . Masing masing melopong. Pistol yang berukiran bunga ros hitam menjalar bersama akar berduri. Membuatkan mereka ternganga luas.
Darah yang keluar dari kepala yang berlubang itu membuatkan mereka sedikit gerun.
"Tu as augmenté.." Kata salah seorang dari pihak musuh yang terkejut melihat kehadiran Ayumi itu.
"Qui ťenvoie?"Tanya Ayumi dingin berserta anak matanya perlahan lahan berubah warna merah.
10 lelaki yang tidak dikenali oleh Rose terdiam. Lalu mereka menatap tajam Rose.
"Tue le" Ujar si KETUA pihak musuh.
Rose tersenyum sinis. Pistol di sasarkan pada titik penting tubuh badan pihak musuh itu.
BANG.!BANG.!BANG.!
Darah yang memercik di kawasan lantai vila Faris di pandang kosong.
"Je sais déjà qui est ton patron" Kata Rose sinis dan dingin.
"Korang tunggu apa lagi bakar lah mayat tu..."Arah Rose pada anak buah Faris yang masih melopong akibat terlampau terkejut.
"B..ba..baik" gagap anak buah Faris serentak.
Rose menyeluk kocek seluar nya untuk mengambil telefon. Kemudian nombor seseorang dia dail.
"Assalamualaikum. Carikan aku mana kedudukan Jones sekarang ni.."
"...."
"Aku ada perhitungan"
"...."
"Waalaikumsalam.."
Talian di matikan setelah arahan disampaikan. Anak anak buah Faris yang membersihkan mayat mayat yang Rose bunuh hanya meneguk air liur berkali kali.
Siapa sangka di hadapan mereka ini adalah ketua mafia yang digeruni. Membunuh sudah sebati dalam dirinya.
Selesai membersihkan mayat mayat pihak musuh dengan cara membakar. Masing masing terduduk diam. Perasaan terkejut itu masih ada.
"Aku tahu korang bagitahu Faris pasal ni . Aku sembelih sekor sekor" Amaran Rose di patuhi. Tidak mahu mendapat perkara tersebut.
"Macam mana Rose boleh berpasangan dengan Tuan Faris.?"Tanya salah seorang anak buah Faris.
"Perjanjian.."Jawap Rose tenang kemudian berjalan ke arah dapur untuk bersarapan.
"Kau fikir tak apa yang aku fikir?"Tanya Azim anak buah Faris pada rakan seperjuangan nya.
"Ya. Tuan Faris ada back up kuat."Jawap Arif pula.
"Jadi kita tak leh belot Tuan lah ni"Tanya Hidawi pula.
"Kau ada niat nak belot ke?"Tanya Tanya Arif pula.
Hidawi tersengih kemudian menggeleng laju.
"Aku rasa korang perlu tahu ni."Celah Rose dingin sambil berjalan ke arah mereka bertiga dengan raut wajah serius dan telefon yang berada di tangan.
Anak buah Faris masing masing menyepi. Takut sangat lagak nya.
"Ada pembelot dalam lalang korang.."
Jelas riak wajah terkejut anak buah Faris terpempan selepas mendengar apa yang di ucapkan Rose. Masing masing menjeling tajam.
"Bukan korang. Tapi ni "Telefon di hulurkan oleh Rose.
Azim menyambut hulurkan telefon tersebut. Kemudian melihat satu persatu apa yang terpampang di dalam screen.
Mata dia sekali lagi membulat terkejut.
"Faizal..Dia pembelot?"Tanya Azim ragu ragu.
"Dia ketua sebenar COBRA. Aku nak korang sampaikan dekat Faris. Aku tak nak kumpulan dia binasa."Kata Rose tenang. Kemudian mengambil telefon dia pada Azim.
Azim menatap kedua rakan nya. Kemudian mengangguk.
****
"Aryan kenapa dengan kamu sebenarnya. Kamu ada masalah ke. Share dengan cikgu boleh.?"Tanya Sofia lembut, sebagai seorang guru kelas Aryan dia perlu bertanggungjawab atas apa yang di lakukan oleh Aryan.
Aryan menggenggam penumbuk dalam diam. Kemudian merengus kuat.
"Kau tak perlu tahu masalah aku. Tak ada siapa peduli aku jadi jangan buat buat peduli."Kata Aryan dingin.
Sofia terdiam. Sebelum tersenyum sinis. Dia baru sahaja mendapat arahan dari pihak guru disiplin yang Aryan perlu di gantung sekolah kerana membuli seorang murid, dan murid tersebut hampir mati.
"Jangan ingat cikgu tak tahu kamu ada masalah keluarga bukan. Perebutan takhta mafia boleh membuat seseorang itu buta Aryan."Kata Sofia tenang. Jari jemari nya di silang. Kini mereka di kawasan taman yang jauh dari murid murid. Jadi tiada siapa tahu apa yang di bincang mereka.
Jelas riak wajah terkejut Aryan.
"Macam mana kau tahu..?"Tanya Aryan .
"Dunia mafia tidak boleh menjamin kehidupan kamu. Jadi cikgu sarankan ada baiknya kamu belajar bersungguh sungguh dari sekarang. Lagi pun kamu nak SPM .."Nasihat Sofia tanpa menjawap pertanyaan Aryan.
"Macam mana cikgu tahu jawapan dah ada depan mata kamu. Kawan baik kamu sendiri Aryan." Kata Sofia kemudian bangkit dari duduk nya.
Aryan tersentak.
Hisyam ke.?
Dalam tempoh kamu kena gantung sekolah ni cikgu nak kamu pergi ke Alamat ni."Sekeping kad di hulurkan kepada Aryan.
Aryan hanya menyambut tanpa sepatah kata.
"Kamu boleh belajar jadi yang terkuat kalau kamu pilih jalan untuk menjadi mafia . Tapi kalau kamu nak pilih jalan belajar lebih baik kamu tak payah pergi. Cikgu tak kisah kalau kamu ingin jadi yang kedua dua. Pilihan di tangan kamu."Langkah ke bilik guru di atur. Kemudian meninggalkan Aryan di taman buangan tersebut.
Lama Aryan merenung kad yang berat di tangan nya. Kemudian mendecit.
Aku perlu rebut takhta tu bersebab..
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro