Bab 32
Faris yang diam menyepi membuatkan Ayumi tertawa dalam hati. Aduhai suami .. suami.
"Belum masanya lagi."Kata Faris kemudian memeluk Ayumi dari hadapan. Dahi isterinya di kucup sayang.
Anak buah Faris yang menjadi pendengar itu tersengih.
Dah berubah dah boss aku ni...
Ayumi kaku dalam dakapan Faris. Namun perlahan lahan dia terlelap. Membuang perasaan ingin muntahnya.
"Pastikan kau cari punca macam mana musuh kita tu boleh mati awal nanti.."Kata Faris dingin kepada anak buahnya.
"Baik Boss.."
****
"Nama aku Harry.." Kata si Abang sambil berjabat tangan dengan Irfan.
Irfan mengangguk kemudian menyambut tangan Harry.
"Aku Carl .." Irfan mengangguk. Namun si Adik tidak pula mahu berjabat tangan dengan nya.
"Korang nak tak join masuk kumpulan aku.."Tanya Irfan hanya untuk berbasa basa.
"Kumpulan? Apa yang kitaorang akan dapat kalau join kumpulan kau?"Tanya si Adik sinis. Tangan di silangkan ke dada. Si Abang di jeling pantas.
"Semua. Aku boleh bagi apa yang aku nak. Perempuan , duit , harta. Cakap apa yang korang nak.."Kata Irfan bersahaja. Senyuman sinis terlakar di bibirnya apa bila melihat kedua kembar seiras itu seakan mengangguk setuju.
"Kitaorang setuju. Jadi apa tugas pertama kitaorang.."Tanya Harry seakan tidak sabar.
Irfan tersengih.
Masa nya untuk aku cari maklumat Rose..
Desis hati Irfan.
"Korang akan..."
****
Zul memandang lama Arissa yang sedang enak melahap di hadapan dia. Terbit senyuman tanpa dia sedari.
Ibu jarinya naik menggosok lembut bahagian bawah bibir Arissa. Comot sangat makan mana tidak nya.
Arissa berhenti makan. Mata nya membulat terkejut.
"Minggu depan kita kahwin.."Kata Zul selamba setelah selesai mengelap kesan di bibir Arissa tadi.
Arissa terdesak air liur sendiri. Terkejut gamak nya.
"Uhuk...uhuk... Awak cakap apa tadi" Tanya Arissa .
Zul tertawa halus. Air oren yang disisi di hulurkan untuk Arissa.
"Kita kahwin.."
Membulat mata Arissa mendengar perkataan keramat itu. Mukanya lantas memerah.
Mungkin dengan cara ini aku dapat jaga keselamatan dia..
****
"Akak..!" Jerit Hadi riang. Setelah mengetahui bahawa kakak kesayangannya telah sedar dari lena yang panjang dari Khairul. Dia pantas sahaja berlari menuju wad kakak nya itu.
"Hadi.."Kata Iffah seakan tidak percaya.
Lalu badan kecil Hadi di dukung oleh Khairul agar membantu kanak kanak lelaki itu duduk di pangkuan Iffah yang masih berada di atas katil.
"Akak ! Hadi rindu akak. Lama tau akak bangun nasib baik ada abang Khai tak lah Hadi bosan." Kata Hadi ceria. Tiada pelat walaupun umurnya baru sahaja menginjak 5 tahun itu.
Iffah tertawa halus. Kanak kanak di hadapan dia kini bukan lah adik kandung sebenarnya tapi adik tiri nya. Ayahnya khawin lain dengan janda anak satu. Namun kebahagiaan itu tidak tahan lama ketika ayah dan ibu tiri nya di bunuh kerana hutang yang banyak oleh anak anak buah Faizal.
"Gembira nampak" Usik Khairul yang mengambil tempat pada kerusi yang telah di sediakan.
Iffah hanya tersenyum kekok sebagai balasan. Jejaka di hadapan dia sekarang ini sungguh tampan membuatkan di sentiasa mahu menundukkan pandangan nya.
"Hadi nak tak jalan jalan dengan kakak " Tanya Khairul sambil mengusap lembut rambut kanak kanak lelaki itu.
"Nak.. Nak..Nak.."Jawap Hadi teruja.
"Akak jom lah. Kita jalan bosan lah teperap dalam wad ni.." Rungut Hadi.
Iffah hanya mengangguk sebagai balasan. Kasihan pula melihat wajah cemberut adik tiri nya itu.
"Kau boleh bangun perlahan lahan ke?" Tanya Khairul ketika teringat akan keadaan Iffah yang baru sahaja sedar dari lena yang panjang akibat kecederaan yang parah.
Iffah mengangguk kemudian cuba untuk bangun. Tapi tiba tiba dia terasa sakit pada bahagian perut nya yang di tusuk. Pergerakan Iffah terhenti.
Khairul menghela nafas perlahan. Kerusi roda yang berada di penjuru bilik wad tersebut dituju. Kemudian kerusi roda tersebut ditokok ke arah Iffah dan Hadi yang berada di pangkuan kakak nya itu.
Hadi yang masih duduk di pangkuan Iffah di dukungnya untuk turun. Kemudian Khairul tersengih nakal.
Badan Iffah dicempung tanpa amaran. Iffah terkaku seketika sebelum terjerit kecil.
Hadi yang tidak jauh dari mereka tersengih.
Badan Iffah diletakkan perlahan lahan di atas kerusi roda. Wajah memerah Iffah membuatkan tawa halus Khairul terlepas.
"Jom" Kata Hadi riang.
****
Di Perancis pula...
Kereta yang di pandu oleh anak buah Faris perlahan lahan mengubah had kelajuan normal. Ayumi yang tertidur membuatkan Faris tersenyum nipis.
"Aih boss dah bahagia je saya nampak. Kahwin hari tu kenapa nak jemput.."Kata anak buah Faris sekadar beramah mesra dengan boss dingin nya.
"Aku tak nak kau terkorban macam kawan kau tu. Sebab tulah aku tak jemput kau.."Balasan daripada Faris membuatkan anak buahnya mengerutkan dahi.
"Kenapa pula boleh jadi macam tu..?"Tanya anak buah dia lagi.
"Masa perkahwinan aku dulu COBRA datang serang nasib tak de yang terkorban.."Jawap Faris sambil menggosok belakang Ayumi tempat dimana ada kesan tembakan dahulu.
Anak buah Faris tersentak.
"Kita dah sampai.."Brek tangan di tarik kemudian anak buah Faris keluar untuk membuka pintu bahagian ketua mereka itu.
Faris keluar dengan mencembung tubuh kecil Ayumi yang lena tidur itu. Kini di hadapan Faris tersergam indah sebuah vila berwarna cream. Di pintu gerbang untuk masuk ke dalam rumah itu pula berbaris semua anak buah Faris yang menetap di negara ini.
"Yo Faris long time not see bro.." Sapa seorang lelaki berwajah cina namun fasih berbahasa melayu.
"Kau buat apa dekat sini Shawn??"Tanya Faris dingin. Kaki nya di bawa melangkah masuk ke dalam vila milik nya itu.
"Alah lawat kawan sendiri tak dapat ek. Tu pula siapa kau bawa. Perempuan simpanan or skandal kau..?"Tanya Shawn tanpa berlapik sambil menunding jari pada Ayumi yang lena di buai mimpi.
"Mulut kau tu baik sikit. Dia isteri aku. "Jelingan tajam Faris bagi pada Shawn.
Shawn teguk air liur kelat.
"Bila kau kahwin!!" Tanya Shawn atau lebih kepada jeritan. Namun tidak mengejutkan Ayumi.
"Tiga minggu lepas.."Jawap Faris selamba lalu melangkah masuk ke dalam bilik tidur yang berdekatan dengan nya.
Shawn tergamam.
Faris meninggalkan Shawn seketika. Bidadari nya di letak secara perlahan lahan di atas tilam empuk. Satu kucupan singgah di dahi Ayumi sebelum comforter di tarik sehingga paras perut Ayumi.
Lalu Faris menuju ke arah pintu bilik dan perlahan lahan pintu bilik tersebut di tutup agar tidak menggangu lena bidadari nya. Ada benda dia ingin selesaikan jadi terpaksa lah meninggalkan Ayumi berseorangan.
"Shaw aku nak kau hacked maklumat satu kumpulan ni.."Arah Faris sambil berjalan ke arah Shawn yang leka bermain telefon nya
"Kumpulan mana pula?"
"Musuh kita dekat sini.."
"Aku okey je.."
"Bagus.."
Shawn tersenyum lebar.
Ada kerja juga akhirnya..
"Oh ya apa nama bini kau tu..?" Tanya Shawn.
"Ayumi.."
"Cantik orang nya"
Faris menjeling tajam Shawn di hadapan nya. Namun Shawn senyum sahaja sebagai balasan. Kemudian ketawa.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro