Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 28

Wajah Ayumi yang berona merah membuatkan Faris tertawa nakal. Namun dia tetap fokus pada pemanduannya untuk pulang ke rumah mereka.

Manakala Ayumi hanya diam menyepi. Peristiwa semalam masih bermain main lagi di dalam minda nya. Malu nya.

"Hey masih merajuk lagi ke.."Soal Faris lembut. Serba salah pula dia di buat nya.

Tapi Ayumi menghiraukan soalan Faris. Malu yang teramat membuatkan dia membuang pandangan ke luar cermin kereta Faris. Melihat jalan raya yang mula sesak. Namun bukan itu yang menarik perhatian Ayumi. Tetapi seseorang. Fingura seseorang sedang berlumuran darah dan berpakaian serba hitam.

Siapa?

"Aku minta maaf okey...Dah tak nak merajuk macam ni..senyum sikit.."Pujuk Faris lembut. Kepala si isteri yang di baluti shawl di gosok lembut.

Ayumi terpana. Kemudian dia menoleh ke arah Faris. Senyuman manis terlakar tanpa di pinta.

"Mana ada merajuk lah..hish awak ni.."Kata Ayumi perlahan. Namun sempat di tangkap setiap bait kata kata yang keluar kerana Faris memiliki pendengaran yang tajam.

"Good girls" Faris tersenyum tetapi seperti biasa arah matanya tetap memandang hadapan.

Sekali lagi Ayumi ingin melihat sosok misteri itu melalui cermin kereta Faris namun...

Tiada.

Mana dia pergi..Tanya Ayumi di dalam hati. Anak matanya mula meliar di kawasan perjalan kaki tersebut. Tetap sama tiada.

Siapa tadi tu ? Kenapa berlumuran darah?

"Cari apa pula tu.."Soalan Faris menyentakkan Ayumi dari terus mencari sosok misteri tadi.

"Tak..Tak ada apa apa.." Jawap Ayumi.

Faris mengangguk perlahan sahaja. Tanda sebagai jawapan.

****
Bunyi keluhan nafas membuatkan Hafiz mengerutkan dahi nya.

"Kenapa..?"Tanya dia.

"Entah lah gementar sikit kut..Tak lama lagi kan giliran aku kahwin.."Jawap Naufal bersahaja.

"Ceh..cakap je kau takut apa susah.." Sinis sahaja cara percakapan Hafiz di telinga Naufal. Membuat dia menjeling tajam sahabat dia itu.

"Eleh..Kau cakap besar pandai ..Kahwin nanti jangan cakap dekat aku kau nak terkencing pula.."Bidas Naufal lalu meneruskan kerjanya yang tergendala di bilik pejabat milik nya.

Hafiz tertawa kecil.

Kita tengok lah nanti..

****

Setiap sasaran yang berada di hadapan, dia sepak dan tembak tanpa rasa secalit pun bersalah. Wajah yang di bengiskan membuatkan pihak musuh cuak.

"Hebat juga ketua DARK SCOPIO ni rupanya.."Sinis sang ketua musuh membuatkan ketua DARK SCOPIO merengus geram.

"Patut nya kau tak perlu bernafas lagi Halim..menyusahkan orang je bila hidup.."Sinis ketua Dark Scopio.

"Tch..Kasar , patut nya kau tu duduk rumah lipat baju..bukan Cari aku.."Bidas Halim sinis.

Sya atau lebih di kenali dengan gelaran ketua Dark Scopio tersenyum sinis. Mata dia memandang tajam lelaki di hadapan nya kini.

Tanpa sebarang amaran Sya meluruh ke arah lelaki itu. Satu hentakan di hadiahkan pada kepala lelaki itu mengunakan pistol di tangannya. Membuat Halim tertunduk sementara. Tidak mahu membuang masa lebih dengan membiarkan musuhnya hidup lagi. Satu tusukan dia, beri pada bahagian perut lelaki itu. Kemudian tusukan berubah rentak , tusukan di bahagian perut Halim bertambah banyak. Kerana Sya memberi tusukan secara bertalu arus tiada henti sehingga raugan kesakitan Halim terhenti . Darah yang keluar membuak buak langsung tidak di hiraukan.

Turun naik nafas Halim di buat nya. Suara pula terasa tersekat di kerongkong. Semua serangan Sya amat pantas di matanya. Langsung tidak sempat di elak.

Piasau yang di gunakan tadi sengaja di jatuhkan ke lantai. Darah musuh yang membasahi pisau rambo tersebut jelas memercik sedikit akibat berlaga dengan lantai gudang lama yang terbiar.

Tidak cukup dengan tusukan, Sya mengambil pula pistol miliknya yang diselitkan di pinggang tadi.

"Kau terlampau naif Halim..dalam dunia mafia ni kau lalai sedikit sahaja kau mati.."Kata Sya sinis. Pistol di sasarkan pada kepala Halim.

"Kau bakal ..menyesal nanti.."Kata Halim tersekat sekat.

Bang..

Sasaran tepat mengenai kepala Halim sehingga berlubang.

Aku tak kan menyesal..

Monolong Sya dalam hati.

"Bos dia yang terakhir..." Ujar Jone pada ketua dia itu tanpa perasaan gentar.

"Bersihkan mayat dorang...aku Nak balik..pastikan bukti di hapuskan.."

Joey. Orang kanan Sya sang Ketua Dark Scopio baka isteri orang penting Black Phoenix hanya patuh. Kini tiada lagi musuh yang akan menganggu mereka.

"Macam mana kalau Naufal tahu kerja kau ni.." Celah suatu suara dari hadapan Sya. Membuatkan Sya mengetap gigi.

"Dia akan faham aku yakin.." Jawap Sya pada sosok lelaki di hadapan nya.

"Dua minggu dari sekarang tarikh perkhawinan kau dah di tetapkan..Jangan sampai orang lain dulu yang bagitahu hal ni.."Kata sosok lelaki itu, selamba. Dia sempat dia berbisik sesuatu pada Sya ketika melimpasi dia.

"Hati hati.."

Pesan lelaki itu lalu menjalankan tugas membersihkan kawasan yang di penuhi darah itu.

Sya mengangguk sahaja. Kemudian dia melangkah keluar dari gudang lama tersebut.

****

Di suatu tempat terpencil. Kelihatan satu fingura seseorang lengkap berpakaian serba hitam sedang merawat luka akibat kesan dari tembakan pihak musuh.

"Sampai bila kau nak cari DIA hah" Tanya seorang lelaki yang sedang merenung tajam sosok yang sedang merawat luka akibat kesan tembakan tadi.

"Sampai akhir hayat aku...dia dah bunuh benda paling berharga dalam hidup aku..Baik kau diam.. Kalau tak tahu apa apa.."Jawap sosok berpakaian serba hitam dingin.

"Tch..Hidup kau akan sia sia kalau macam ni.." Bidas lelaki misteri itu pula.

"Janji aku puas.."Ujar sosok itu lagi. Satu hentakan pada meja yang menyimpan segala keperluan kecemasan untuk rawatan ringan jelas kedengaran. Menandakan sosok itu sedang marah.

"Jangan cakap kau menyesal nanti.."Kata kata terakhir lelaki misteri itu sebelum beredar keluar dari bilik yang dihuni sosok berpakaian serba hitam tadi.

Aku akan musnahkan hidup kau perlahan lahan..

Irfan.

Macam mana kau musnahkan hidup kakak aku..

########

Ifa datang membawa watak baru guys..:-)


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro