Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 13

Tepat jam 8 pagi Ayumi tersedar dari lena nya. Selepas berjumpa dengan Ahli kumpulan tadi dia sambung tidur balik. Mengantuk gila katakan.

Badan nya cuba di bangunkan namun ditegah oleh sepasang tangan kekar. Menghalang nya dari pada terus bangun. Kepala di dongak kan untuk melihat pemilik tangan itu. Terus saja muka Ayumi berubah merah saat kedudukan dia dan sang pemilik tangan itu begitu dekat.

"A..Aw..Awak bu..buat..a..ap..Apa kat sini.??" Soalan bodoh Ayumi ajukan. Muka menoleh ke tempat lain bagi mengelakkan melihat gerangan yang begitu dekat dengan nya.

"Eeh..lawat bini sendiri tak boleh ke..??"Tanya Faris a.K.a pemilik tangan tadi.

"Ma..mana ..ya..yang lain.."gagap Ayumi. Aduhh...kenapa gagap niiihh..desis hati Ayumi. Mulut di tekup. Malu punya pasal.

"Oo..yang lain ada kat kafe hospital sarapan pagi..kau Tak lapar ke..??ni aku ada bawa makanan untuk kau.."Plastik berwarna merah di letakkan di meja berdekatan katil Ayumi. Pandangan redup di beri oleh Faris pada isteri nya itu.

Wajah polos Ayumi semakin memerah saat mata nya berlaga dengan mata Faris itu.

"Ke..kenapa..te..tenung..sa..saya Macam tu.." Selimut yang menutupi kaki nya di genggam erat. Bagi membuang rasa takut berdepan dengan Faris. Rasa takut yang datang nya tidak di undang.

"Saja..semalaman Kau tidur jer..rindu tengok senyuman kau tu.."Jujur Faris

Makin merah wajah Ayumi di buat nya. Ya allah, mana pergi nya keberanian aku niii...

Air liur di telan kelat. Pandangan matanya pantas di alihkan ke arah plastik merah tadi yang berisi bekas makanan berwarna biru.

"Awak bawa untuk saya ke tu.." Mulut dijuih kan ke arah plastik merah itu.

Faris hanya mengangguk. Senyuman nya mekar saat melihat Ayumi tersenyum lebar. Ialah masa majlis perkahwinan hari tu bukan Ayumi makan pun sikit je masuk perut. So lapar la.

"Biar aku ambil kan.."Tangan di bawa mengambil plastik merah itu dan bekas makanan berwarna biru di bawa ke luar.

"Terima kasih.."

Tuk..Tuk..Tuk..

Pintu di ketuk dari luar. Membuat kan pasangan itu menoleh serentak ke arah pintu wad.

"Masuk.."Laung Faris.

Pintu wad di buka. Tersembul wajah Azrin salah satu ahli silent killer. Kot putih labuh paras lutut yang tersarung di badan tegap nya menampakkan yang dia seorang doktor di hospital yang di duduki Ayumi sekarang ini.

"Apa khabar Yumi Faris.."Sapa mesra Azrin dengan senyuman manis nya.

"Baik.."Jawap Faris sambil membalas senyuman Azrin.

"Kurang baik.."Jawap Ayumi jujur betul apa dia kurang sihat.

"So..best dapat makan peluru.??"Soal Azrin sinis.

Membuatkan dia menerima renungan maut dari bos nya itu.

BUKK...

Satu tendang tepat mengenai perut Azrin yang berdekatan dengan katil yang di duduki Ayumi. Terduduk lelaki itu di buat nya.

Perut di pegang. Senak siot.. Mata menjeling Ayumi tajam. Mulut terkumat kamit menyumpah bos dia itu.

Ya gerangan yang menyepak perut Azrin tadi adalah Ayumi. Hilang habis rasa sakit di badan akibat peluru saat mendengar kata sinis anak buah nya yang satu itu.

"Sakit lah gila.."Kata Azrin geram.  Lantas dia berdiri dari duduk akibat tendangan 'penalti' dari Ayumi tadi. Mata nya tetap memandang tajam Ayumi.

Faris yang melihat isteri nya menendang Azrin itu terkebil kebil. Kuat troo

Mana sakit terkena peluru itu hilang.??

"Azrin jangan sampai 'hantaran kahwin' kau nanti berkurang aku buat.."Pesan Ayumi lembut cukup lembut di pendengaran Faris tapi mampu membuat kan Azrin hilang darah di muka serta seluruh badan. Ya, bagi Azrin itu satu ugutan.

"Okey..Okey Tak buat dah.."Senyuman sumbing di hadiah secara paksa. Sakit di perut masih belum berkurang.

Itulah keluarga besar Evil Rose. Kasar dalam bergurau.

"Apa hajat kau datang ke mari..??"Tanya Faris yang dari tadi mendiamkan kerana menyediakan makanan untuk sang isteri yang tercinta.

"Nak tengok tengokkan keadaan bos besar aku ni ha..dah sihat or dah mati.."Selamba saja Azrin menjawap mengakibatkan mendapat jelingan maut dari kedua suami isteri itu.

"Ahh..so..so..sorry..err abaikan lah apa yang a..ku ca..kap tu ek.."Air liur di telan pahit saat merasakan dua aura membunuh yang kuat yang datang nya dari pasangan suami isteri itu.

"Baik. Kau . Jaga. Cara. Percakapan. Kau . Tu."Ujar Ayumi sepatah . Mata nya tetap tajam menatap Azrin.

Glup..

Pantas Azrin berlari secara lintang pukang menuju keluar bilik Wad Ayumi .

"Huh..dia memang macam tu ke.??"Tanya Faris setelah kelibat Azrin tiada lagi di situ.

"Haah..selalu sangat..tak payah hiraukan dia tu saya nak makan ..nyumm..nyumm.."

Faris tersenyum nipis seketika sebelum menghidangkan bekas makanan yang di bawa nya kepada Ayumi.

                              *****

Di luar wad pula sedang Azrin berlari tiba tiba dia terlanggar seseorang. Wajah yang di langgar dia hampir seiras dengan Ayumi. Namun jantinanya berlainan. Ya. Dia Aqif kembar Ayumi.

"Wowowo .. asal kau ni bro...Sakit bahu aku tahu tak.."Marah Aqif. Tatapan tajam dia beri kepada Azrin.

"Ma..maaf..Aku Tak sengaja bro.."Kata Azrin sambil menunduk 90° takut bertentang mata dengan Aqif yang juga memilik aura membunuh yang sama seperti Ayumi.

"Muka kau pucat pasal..terlanggar hantu ke sebelum kau langgar aku.??"Tanya Aqif lagi setelah sedar akan perubahan riak wajah Azrin.

"Haah terlanggar hantu dengan kak ponti tadi...dah lah aku nak blaa ada keja ni.."Jawap Azrin lalu beredar dari situ tanpa menunggu balasan Aqif.

Aqif hanya menggeleng kepala melihat gelagat Azrin yang berubah kepada budak bodoh sejak mereka tamat zaman persekolahan. Agak nya itu kot efek belajar doktor simpul nya. Lalu menyambung perjalan menuju wad yang menempatkan Ayumi. Kakak kembar nya.

"Assalamualaikum.."Sapa mesra Aqif kepada kedua orang yang berada di dalam wad tersebut.

"Walaikumsalam.." Jawap Ayumi dan Faris serentak dengan senyuman .

"Kau ade terserempak dengan Azrin ke tadi.??"Tanya Ayumi sambil mengunyah makanan.

"Ada..Muka Dia pucat gila..dia Kata dia ada terlanggar Hantu dengan Kak Ponti masa aku tanya kenapa muka pucat habis tu.."Jawap Aqif panjang lebar.

Menyebabkan kunyahan Ayumi terhenti. Urat hijau mula timbul di dahi nya. Menandakan Ayumi sedang menahan marah.

Setelah sisa makanya di telan dia pun menjerit..

"AZRINNNNNN" Jeritan Ayumi menyebabkan Azrin yang sedang elok minum di kafe hospital tersedak teruk.

"Uhuk..uhuk...mati la nak.."Ujar Azrin sendiri di kafe hospital itu.

"Kenapa kau jerit.??"Tanya Aqif pelik. Kepala di lentokkan ke kanan.

"Aku tahu dia mengumpat siapa tu..siap Dia nanti aku jumpa aku siat siat danging dia bagi makan buaya baru tahu.."Ujar Ayumi geram. Sudu yang di dalam gengaman bengkok sedikit akibat gengaman Ayumi terlalu kuat.

Faris yang memerhati sudu yang berada di dalam genggaman tangan isteri nya itu tersenyum kelat.

Apalah jadi kalau Ayumi tu betul betul mengamuk..???

        
                             ****

Setelah hari menjelang petang  kelihatan sebuah kereta BMW milik Azrin meluncur laju di atas jalan raya. Sehingga lah sampai betul betul di hadapan pagar rumah banglo dua tingkat nya. Kereta di berhenti betul betul di hadapan saat mata nya terpandang sebuah kotak yang tidak seberapa besar. Hanya mampu meletakkan anak kucing atau anak manusia.

Dahi Azrin mula berkerut memikirkan siapa yang meletakkan kotak itu di hadapan rumah nya. Mata mula melihat kiri dan kanan. Namun tiada yang mencurigakan. Di tambah lagi dia tidak memiliki jiran . Disebabkan rumah nya terletak jauh dari kawasan bandar.

Pintu kereta mula di buka ejen kereta di biarkan terpasang. Kaki bergerak ke arah kotak itu. Semakin dekat semakin banyak persoalan yang bermain di minda nya.

Sehingga isi di dalam kotak itu jelas kelihatan. Seorang bayi baru saja lahir. Dianggarkan kira kira beberapa jam lepas. Bagaimana Azrin tahu.??
Kesan darah pada bayi itu masih kelihatan.

Mata nya terbutang luas. Terkejut akan kehadiran bayi lelaki yang lena di buat mimpi. Di bahagian kiri bayi lelaki itu terselit sekeping kertas berwarna putih.

Tangan nya di bawa ke arah kertas putih itu. Isi di dalam kertas itu di baca penuh teliti.

Kepada pemilik rumah ini saya berharap awak dapat jagakan bayi ini, dia baru sahaja melihat dunia. Saya harap awak boleh lindungi di bagi pihak saya. Saya tidak mampu menjaga nya di sebabkan hal yang tertentu yang menghalang saya menjaga darah daging saya sendiri. Saya mohon jagakan anak ini dengan penuh kasih sayang yang tidak saya mampu beri. Tolong..!! Tolong jangan sakiti dia. Saya mohon..
Sekian dari ibu yang menyayangi anak ini.

Selesai sahaja membaca surat itu mata Azrin jatuh kepada bayi lelaki yang berada di dalam kotak itu.

Bayi di dalam kotak itu mengeliat kecil sebelum menangis kuat. Tekedut Azrin seketika sebelum mengambil bayi itu dan mengendong nya. Ditepuk tepuk perlahan bayi itu mulutnya menyanyikan zikir zikir pendek untuk mengundurkan bayi lelaki itu.

"Aduuu..sape lah punya anak mintak aku jagakan ni.."

"Dah lama aku ni bukan reti sangat ...haisssh..nanti lah aku jumpa Jasica.."

Rungutan panjang Azrin beri. Bayi yang berada di dalam dakapan di lihat sekilas. Senyuman Azrin mula mekar. Bayi itu sungguh comel.!!!

########

Ifa datang membawa berita gembira..khe..khe..khe..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro