Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❦︎☾︎ᴄʜᴀᴘ 35☽︎❦︎


                                        LANGIT yang redup itu direnung oleh Diandra. Sebulan sudah berlalu, hubungan dia dan Farhan makin romantis. Dia betul-betul dilayan bagai permaisuri di rumah banglo mewah itu.

"Ni Dian buah tembikai yang kau minta tadi" kata Zulaikha sambil mengambil tempat duduk disebelah Diandra.

"Terima kasih" jawab Diandra lembut.

"Dian.. bila due?" Tanya Zulaikha sambil mengusap perut Diandra yang sudah menghitung hari.

"Doktor kata minggu depan" balas Diandra sambil mengunyah buah tembikai yang disuapkan ke mulut.

"Ouh.. Aunty can't wait to see you" kata Zulaikha.

"Aku pun tak sabar nak tengok anak kau.. so bila?" Tanya Diandra sambil memuncung kearah perut Zulaikha yang kempis itu.

"Insyaallah soon" balas Zulaikha sambil tersenyum.

"Fiz mana?" Tanya Diandra apabila dia tidak melihat kelibat Hafiz bersama Zulaikha.

Biasanya tak boleh jauh lama lama. Rindu la katanya 🤢.

"Dengan husband kau la. Masing-masing kan kaki business sekarang ni" balas Zulaikha dengan nada menyampah.

"Hahaha ayuhlah bertabah" kata Diandra sambil ketawa geli hati.

"Ermmm.. aku nak bagitahu something ni" kata Zulaikha sambil melihat Diandra.

"Apa? Kau mengandung?" Tanya Diandra pantas.

"Spoil betul la cakap dengan kau" balas Zulaikha sambil memuncung disebalik purdahnya

"Hehe.. ok ok kau nak cakap apa?" Tanya Diandra kembali.

"Aku tak pasti lagi sebab belum check, tapi.. haid aku dah lewat dua bulan" kata Zulaikha sambil menahan senyum.

"Ahhh seriously?!" Kata Diandra tak percaya dengan riak wajah yang teruja.

Dia main teka je.

"Better kau check mana tahu mulut aku masin" balas Diandra sambil memeluk sepupunya itu.

Zulaikha hanya membalas dengan senyuman.

"Kau nak check? Aku ada pregnancy test" tanya Diandra memahami gelojak hati Zulaikha saat ini.

"A-aku takut expectations aku tak sesuai reality je" balas Zulaikha menyuarakan rasa kurang senangnya.

"Sebab tu aku cakap try check.. who's know Allah nak tambahkan rezeki kau" kata Diandra sambil menarik tangan Zulaikha untuk berlalu.

"Eh Dian! Kau nak bawak aku pergi mana?!" Tanyanya namun langkah kaki masih mengikuti mak buyung dihadapan nya.

"Naik atas. Check" balas Diandra teruja.

Zulaikha hanya menurut sahaja.

"Iya tapi slow slow la beb! Kang belum sempat check aku punya kau pula yang terberanak dekat sini" balas Zulaikha sambil menggeleng.

Diandra hanya menayangkan barisan gigi putihnya sahaja sebelum dia memperlahankan langkah kakinya.




















                               "HAFIZ! Congratulations!" Jerit Diandra seusai dia melihat Hafiz dan Farhan masuk ke dalam rumah.

"Thank you!" Balas Hafiz main main dengan muka bangganya.

"Congrats pasal apa ni?" Tanya Farhan bingung sambil merenung Hafiz dan Diandra silih berganti.

"Entah" jawab Hafiz pendek sambil duduk disebelah isterinya.

"Congrats untuk apa sayang?" Tanya Farhan turut sama melabuhkan punggung di sebelah isterinya.

"He's gonna be a Father soon" jawab Diandra sambil tersenyum.

"Ouh.. wait-- what?!" Tanya Hafiz dengan mata membuntang.

"Apa kau? Aku cakap yang Aikha nak makan Kek Butter la" balas Diandra sengaja ingin mengusik.

"Ouh.. aku salah dengar la kiranya ni" kata Hafiz dengan senyuman hambar.

Farhan dah tahan senyum.. ha siapa suruh selalu prank isteri aku? Kan dah kena balik.

"You're gonna be a Father soon" bisik Zulaikha pula ditelinga Hafiz.

Kalau tak dengar entahlah aku.. pekak kot mamat tu.

"Ahhh seriously?!" Tanya Hafiz teruja bercampur dengan rasa tidak percaya.

Diandra dan Farhan sudah saling tersenyum antara satu sama lain. They know how it feel🥺.

"Sayang.. bila awak tahu?" Tanya Hafiz sambil memegang tangan isterinya.

"Tadi.. nasib baik Dian suruh saya buat pregnancy test kalau tak.. saya pun tak tahu" kata Zulaikha sambil membalas genggaman tangan suaminya.

"Alhamdulillah.. kan masin mulut aku" balas Diandra sambil membuat muka bangga gitueww.

"Suka tau buat muka macam tu.. nanti terkenan dekat anak macam mana?" Kata Farhan sambil mencubit pipi tembam isterinya.

"Sakitlah cik abang oii! Abang ingat pipi Dian ni apa?" Tanya Diandra sambil menggosok pipinya itu.

Farhan tidak menghiraukan rungutan isterinya malah dia makin galak menggomol pipi Diandra.

"Ehem! Ehem! Kitorang hidup lagi tau dekat sini.. nak manja manja silalah nyah dari pandangan kami" kata Hafiz kuat

Merah muka mereka berdua.. adoi! Macam mana boleh lupa kewujudan diorang berdua ek?

"Ermmm.. bro kau nak makan? Tadi Aikha ada masak banyak" tanya Diandra sengaja alihkan isu.

Coverline 🤣.

"Boleh jugak lagipun aku kesian tengok muka orang tu dah merah macam apa entah" kata Hafiz sambil bangun dari duduknya.

"Kau tunggu!" Kata Diandra kuat sebelum dia turut sama bangun untuk mengejar Hafiz.

"Sayang! Hati hati kang jatuh" jerit Farhan sambil bangun untuk mengikuti langkah sang isteri.

Zulaikha hanya menggeleng perlahan sebelum dia juga turut sama melangkah untuk ke dapur.

"Abangg!!" Jeritan Diandra dimuka pintu dapur itu menyebabkan Farhan, Hafiz dan juga Zulaikha bergegas ke sana.

"Kenapa Sayang?" Tanya Farhan cemas.

"Tengok Hafiz tu! Dia taknak mengalah pun dengan Dian" adu Diandra manja.

Farhan dah urut dada. Ingatkan apalah tadi.. rupa-rupanya itu je. Ish! Buat orang risau jelah.

"Orang perempuan memang selalu nak menang ek? Sakit betul hati aku!" Kata Hafiz sambil menjulingkan matanya.

"Ehem! Ehem! Siapa selalu menang kalau kita berdebat?" Tanya Zulaikha tiba-tiba.

Farhan dan Diandra turut sama melihat mereka.

"Saya" balas Hafiz laju sebelum dia mengerling isterinya.

"See.. tak selalunya wanita tu menang" bidas isterinya membuatkan dia tersengih 'tidak bersalah'.

"Ab-abangg" panggilan Diandra yang cemas itu menyebabkan Farhan kembali memandangnya.

"Apa?" Tanya Farhan pelik apaba dia melihat wajah isterinya.

"A-air ketuban dah pecah" kata Diandra sambil melihat ke kainnya yabg yang sudah lencun.

"A-abang nak kena buat apa nii??" Tanya Farhan tidak tahu apa apa. Biasalah anak sulung ann.

"Call ambulans!" Kepala otak berkarat Hafiz akhirnya berfungsi mengeluarkan idea yang cukup bernas bagi Farhan namun tidak pada dua wanita itu.

"Tak payah. Lambat!" Balas Diandra dan Zulaikha serentak.

"Habistu nak buat macam mana ni?" Tanya Farhan sambil menggaru kepalanya.

"Ambil kunci drive la!" Balas Zulaikha sedikit kuat.

Kenapa la dua bakal bapak budak bengap sangat ni? 😭🤣.

"Abangg cepatlah! Baby dah nak keluar ni.. kang tak pasal-pasal abang jadi bidan terjun lak" balas Diandra kuat.

"Kejap sayang!!"























                SUARA Farhan mengalunkan azan ditelinga si kecil membuatkan Diandra berasa nyaman. Farhan yang sedang mengusik si kecil membuatkan dia tersenyum.

"Anak-anak papa taknak bangun lagi ke? Buka la mata tu.. tengok muka papa yang handsome ni" kata Farhan sambil menguis pipi si kecil.

Diandra tertawa perlahan. Akhirnya setelah hampir 3 jam bertarung nyawa dia melahirkan dua orang putera.

"Farhain dengan Fazrain taknak tengok mama ke? Bangunlah sayang" kata Farhan lagi sambil mengucup lembut mata anaknya.

"Mana abang tahu Dian nak letak nama tu untuk diorang?" Tanya Diandra pelik.

Farhan mengalihkan perhatiannya pada Diandra yang masih lemah itu. Perlahan kakinya menapak kesana..

"I know everything about you" balas Farhan sambil tersenyum.

"Terima kasih sayang sebab sudi lahirkan zuriat abang.. abang hargai sangat sangat" ujar Farhan sambil mencium kedua dua belah pipi isterinya.

"Dian pun sama.. terima kasih sebab sudi teman Dian dalam labour room tadi" balas Diandra sambil tersenyum.

Mereka bertatapan dan hampir sahaja mereka hanyut didalam mata masing- masing namun, si pengacau adalah pemusnah segalanya 🙂.

"Boys! Uncle is coming!" Jerit Hafiz seusai pintu dibuka.

"Anak aku tengah tido siot!" Marah Farhan.

Kesal. Dahlah dia ganggu moment romantik tadi pastu masuk je terus jerit macam orang tak betul. Apahal?

"Sorry bro.. aku excited ni" balas Hafiz sebelum dia berlari kearah si kecil yang masih enak dibuai mimpi.

"Sayang.. comelnya diorang" puji Hafiz sambil memanggil isterinya.

"Aikha.. kau taknak check ke? Kita dekat hospital ni" tanya Diandra sambil mengangkat kening.

"Kejap lagi" balas Zulaikha sambil berjalan kearah suaminya.

"Assalamualaikum.. congrats sayang" kata Tengku Izzumuddin dan Datin Hasyimah seusai mereka tiba.

Pipi dan dahi Diandra tak henti-henti menerima kucupan dari mereka. Masing- masing mengucapkan rasa syukur yang tak terhingga kepada Sang Pencipta.

"Muka diorang iras muka abang la.. hidung dengan mata je Dian punya" kata Diandra sambil memuncung.

Semua ketawa mendengar rungutan Diandra. Nasib badan 😂.





























HAPPY ENDING RIGHT? 🥺😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro