"DIANDRA..." panggil Farhan perlahan kerana takut gadis itu terkejut akan tindakannya.
Tubuh gadis itu hanya bergerak-gerak tetapi matanya masih belum terbuka. Dia mendengus perlahan mungkin kerana marah kerana ada sesuatu yang menganggunya.
"Dian.. bangun, dah pukul 3:00 pagi dah" katanya lagi sambil menggoncang bahu Diandra perlahan.
"Ermm" suara dengusan Diandra kedengaran lagi.
"Dian.. awak taknak bangun ke?" Tanya Farhan lagi.
"Ermm.. kenapa ni?" Tanya Diandra dengan suara yang serak basah.
"Dah tengah malam ni.. awak taknak balik ke?" Tanya Farhan perlahan.
"Dah pukul berapa?" Tanya Diandra lagi.
"Dah pukul 3:00 pagi la awak" kata Farhan sambil tersenyum pahit.
"Astaghfirullah! Lamanya saya tidur" kata Diandra sambil meneyeh matanya kerana menahan kantuk.
"Mana ada lama. Biasa la awak penat kan" kata Farhan sambil ketawa kecil.
"Jom la balik! Saya mengantuk sangat-sangat ni" kata Diandra sambil bangun dari duduknya.
"Yelah" balas Farhan pendek sebelum membuntuti langkah Diandra dihadapan.
MATA dicelikkan dan cahaya matahari mula menerobos masuk kedalam deria penglihatannya. Mata dicelikkan berulang kali untuk menghilangkan rasa silau dimatanya.
"Baru pukul 6:15 pagi tapi dah cerah macam ni" katanya perlahan sambil mengeliat kecil.
Mata masih tertumpu pada jam dinding sebelum ia beralih ke satu sudut dimana ada satu frame gambar disitu..
"Kau pandai sebenarnya.. tapi kau lebih memilih ibu kau sebab apa? Aku tahu apa jawapan kau.. kerana apabila ada ibu disisi cita-cita dan impian sudah tidak berguna lagi" kata Diandra sambil tersenyum pahit.
"Tapi kau kena ingat.. apabila ibu tiada disisi impian dan cita-cita juga akan turut musnah" dia bercakap seorang diri disitu..
❐️FLASHBACK❐️
TANAH yang masih merah itu dipandang dengan juraian air mata. Perlahan-lahan tangannya naik mengusap batu nisan itu.
"Kenapa mummy pergi? Kenapa dia tak ambil nyawa Dian?" Tanya Diandra pada batu nisan itu.
"Mesti Dian akan rindu masakan mummy.. pelukan mummy.. kata-kata semangat mummy" katanya sambil teresak-esak.
"Siapa lagi nak temankan Dian lepasni? Dian dah takde siapa-siapa mummy.. kalau betullah daddy sayang Dian.. dia takkan tinggalkan Dian kat sini seorang diri" kata Diandra apabila teringat akan daddynya..
"Aku nak masuk office balik.. ada projek"
"Kalau kau nak balik.. balik sendiri. Tapi kalau kau tak balik lagi okey kot"
"Aku pergi dulu nanti lambat pula"
Terngiang-ngiang kembali kata-kata yang dilemparkan oleh mulut daddynya sendiri. Pandangan mata daddynya menunjukkan kebencian yang teramat sangat pada dirinya..
"Sampai hati daddy! Because of that 'something' you treat me like a rubbish!" Katanya sambil teresak esak..
"Doakan Dian mummy.. doakan Dian boleh jadi yang terbaik tanpa pertolongan daddy.. Dian tak perlukan dia.. sebagaimana dia tak perlukan Dian dalam hidup dia " katanya sambil bangun dari duduk.
"Dian balik dulu mummy.. Assalamualaikum" kata Diandra sambil melangkah pergi.
Langkahnya membawa seribu impian dan cita-cita tapi sayang.. hanya langkah yang lemah menemani.. semangatnya meruntun jatuh apabila terkenangkan nasib diri..
"Takkan ada orang bantu kau Dian.. kau kena kuat demi diri kau sendiri!" Katanya perlahan sebelum menapak kearah taxi..
"Selamat tinggal mummy.. nanti Dian datang lagi" katanya sebelum menutup pintu kereta.
❐️END OF FLASHBACK❐️
"Aku dah hilang tempat bergantung tapi aku harap kau masih diberi peluang untuk membanggakan Umi kau" ujarnya sambil tersenyum..
"Kau beruntung Farhan kerana Allah beri nikmat tu untuk kau" sambungnya sebelum bangun lalu menuju kedapur.
"AWALNYA Umi bangun" kata Diandra yang baru melangkah masuk kedapur setelah siap membersihkan diri.
"Nak buat sarapan.. kena la bangun awal" kata Umi Hasmah sambil tersenyum.
"Umi duduklah biar Dian yang buat" kata Diandra sambil menarik tangan Umi untuk duduk.
"Takpelah Dian.. awak tu tetamu, biar Umi je yang buat" kata Umi Hasmah menolak
"Takpe.. biar Dian yang buat.. Umi duduk je" kata Diandra lalu meninggalkan Umi Hasmah.
"Garam ada kat mana Umi?" Tanya Diandra apabila tidak menjumpai botol yang berisi garam.
"Dekat atas rak tu" kata Umi sambil menunjuk ke arah rak dihadapan Diandra.
"Takde la Umi" kata Diandra sambil menyelongkar rak itu kembali..
"memang la takde sebab dia ada dengan saya" kata Farhan yang tiba-tiba muncul bersama satu balang kecil ditangan.
"Awak buat apa dengan garam ni? Takkan makan kot" kata Diandra sambil merampas balang itu.
"Haah! Saya makan" jawab Farhan membuatkan mata Diandra membulat.
"Hahahaha saya gurau je lah! Awak nak masak apa ni?" Tanya Farhan sambil memanjangkan leher untuk melihat isi didalam periuk itu.
"Tak payah sibuk la Farhan" katanya sambil menolak Farhan supaya menjauh.
"Kedekut" komen Farhan sambil mengambil tempat di depan uminya.
Mereka hanya melihat kelincahan seorang wanita yang bernama Tengku Diandra sedang memasak.
"Pandai Dian masak.. siapa ajar?" Tanya Umi Hasmah memulakan perbualan apabila kesemuanya mengunci bicara.
"Boleh la umi.. arwah mummy yang ajar" jawab Diandra sambil tersenyum manis.
"Ouh.. boleh la umi rasa air tangan orang lain lepasni.. umi dah muak rasa air tangan Han" kata Umi Hasmah sambil melirik anak Lelakinya.
"Umi dah tak sayang Han" kata Farhan sambil memuncung.
"Eii buruknya awak merajuk" kata Diandra sambil ketawa..
"Awak pun sama.. taknak la kawan" kata Farhan sayu.
"Hahahahahaha" ketawa dua wanita itu membuatkan rasa ingin mengusiknya terbang dibawa angin.
Ketawa yg mendamaikn hati lelakinya. masya-Allah sungguh indah ciptaanmu😍 katanya kagum..
"Umi ada tepung gandum tak? Kalau ada Han ingat nak buat cekodok" kata Farhan.
P/s: Tertiberr Author ingat cekodok Mia🤣❤️
"Ada dalam kabinet tu la" kata Umi Hasmah sambil menunjuk ke arah kabinet ditepi singki.
"Okay umi!" Kata Farhan dengan girangnya sambil berjalan kearah kabinet tersebut.
Tepung gandum diambil sebelum dia memasukkannya ke dalam sebuah mangkuk besar.
"Pandai ke awak buat cekodok?" Tanya Diandra sambil mengerling lelaki itu.
"Eh? Awak ingat awak sorang jeke pandai masak?" Tanya Farhan sambil bercekak pinggang.
"Hehe" hanya itu yang keluar dari mulut Diandra.
"Awak tak pakai bedak eh?" Tanya Farhan tiba-tiba.
"Kenapa? Hodoh eh? Biasa la saya bukannya cantik" kata Diandra sambil ketawa.
"Taklah.. dah cantik cuma... kena tambah ni biar lagi cantik!" Kata Farhan sambil mencalit tepung gandum yang sudah siap digaul itu kepipi Diandra.
"Muhammad Farhan Izrain" panggil Diandra dengan suara tertahan.
"Habis la pipi saya.." kata Diandra sambil menjeling lelaki itu.
"Siapa suruh awak tak pakai bedak?" Kata Farhan sambil ketawa.
"Awak pun kena pakai jugak!" Serentak dengan itu dia terus melakukan perkara yg sama.
Kalau Farhan buat secalit.. dia pi hentam lagi banyak dari tu..
P/s: aku tak tahu nak gambarkan macam mana🤣💔
"Tengku Diandra Natasia" nada suara yang sama juga kedengaran.
"Buat pandai tanggung la" jawab Diandra sambil menjelirkan lidah.
"Awak tunggu la!" Kata Farhan sambil mengangkat mangkuk itu.
"Farhan, Dian.. nak suruh Umi tolong sapukan ke?" Tanya Umi Hasmah membuatkan masing-masing tersengih.
"Hehe.. maaf umi" kata Mereka serentak sebelum kembali melakukan kerja masing-masing.
Pendek ke guys? Hambar kan? Author dah kering idea tapi akan ku cuba sedaya upaya untuk menamatkan cerita ini.. acewah! Syu berdrama🤣🤣
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎
Pape roger🙈🌹
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro