❦︎☾︎ CHAP 7 ☽︎❦︎
DIA memandang tempat dihadapannya, dia sendiri tidak tahu mengapa destinasi ini yang dia tuju. Kelibat seseorang membuatkan dia mengetap rahangnya.
"Kesian kau Farhan, sanggup jadi pengemis demi nak sara hidup ibu kau. Aku pon tak sanggup nak tolong daddy aku kat Office" katanya pada diri sendiri.
Kelihatan lelaki itu masih sibuk melakukan kerja tanpa menghiraukan mata mata yang memandangnya. Pintu dibuka dan dia keluar sebelum kaki menapak kearah tempat lelaki itu sedang kusyuk melakukan kerja.
"Farhan.." panggil Diandra perlahan apabila dia tiba disitu.
"Eh Dian! Awak buat apa dekat sini?" Tanya Farhan dengan riak wajah terkejut.
"Aku bosan so aku datang sini" kata Diandra sambil tersenyum kecil.
"Pelik la awak ni! Orang lain bosan pergi jalan jalan tempat yang best tapi awak datang tempat gelandangan ni kenapa?" Tanya Farhan dengan dahi berkerut.
"Tak semua orang sama! Aku adalah aku" balas Diandra dengan nada jengkel.
"Kau tak penat ke kena kerja?" Tanya Diandra sambil memandang wajah lelaki itu yang berpeluh.
"Penat la! Tapi nak buat macam mana.. nak mengemis pun rasa macam tak layak dah. Saya dah besar dan dah boleh kerja." Jawab Farhan sambil menghadiahkan senyuman pahit pada Diandra.
"Kau nak kerja? Aku boleh tolong carikan" kata Diandra sekadar ingin membantu.
"Tak apa! Lagipun kerja sekarang ni semua nak sijil. Saya kerja kat sini pon dah cukup memadai" jawab Farhan tenang.
"Hish kau ni! Memang tolak rezeki betul la! Ada je kerja yang tak tengok sijil" kata Diandra membalas
"Suka hati awak la! Saya nak buat kerja dulu" balas Farhan sebelum berlalu pergi untuk mengelap meja yang lain.
Diandra tidak menjawab sebaliknya mengambil tempat duduk disitu sambil mata melilau sekeliling. Bolehke dia hidup disini? Boleh ke dia menggelarkan dirinya seorang gelandangan?
"Nak minum apa?" Pertanyaan seseorang membuatkan angannya lenyap sekelip mata.
"Bandung je" jawab Diandra perlahan.
"Baik" jawabnya lalu pergi untuk menyiapkan hidangan Diandra.
Mata kembali difokuskan pada mereka yang sibuk dengan kerja masing-masing. Ada yang sibuk mengutip botol, kotak mahupun apa apa yang boleh mereka gunakan untuk dapatkan duit.
"Adakah aku juga akan melakukan perkara yang sama untuk mencari rezeki diesok hari?" Pertanyaan itu diutarakan pada dirinya sendiri.
Lama dia memerhati mereka sampaikan tidak perasan masa berlalu dengan pantas..
TENGKUK diurut sambil mata menatap langit malam yang cukup indah. Dengan taburan bintang ditemani sang bulan yang terang bercahaya. Dalam kegelapan malam dia masih belum pulang kerana ingin mencari rezeki.
"Weyh Han!" Sapaan seseorang membuatkan dia mengurut dadanya.
"Apa kau ni? Bagi la salam dulu" ucap Farhan dengan wajah yang kelat.
"Hahahha sorry bro! Sekarang ni aku nak tanya kau kenal ke perempuan tadi?" Tanyanya membuatkan Farhan mengerut kening.
"Perempuan mana pula ni?" Tanya Farhan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"La bukan ke kau ada seorang je kawan perempuan?" Tanya Zahir dengan riak wajah berkerut.
"Ouh! Yang datang tadi eh?" Tanya Farhan kembali.
"Ya Allah kenapalah kau ni lembab sangat hah?" Tanya Zahir membuatkan Farhan menyengih.
"Haah aku kenal dia kenapa?" Tanya Farhan.
"Dia tunggu kau ke?" Soalan dijawab dengan soalan.
"Kenapa kau tanya?" masya-Allah! Kang ada dua dua aku ketuk jap lagi.
"Tu.." kata Zahir sambil memuncung kearah satu tempat yang membuatkan Farhan turut sama menoleh.
"Ya Allah! Kenapa dia tak balik lagi?" Tanya Farhan perlahan sambil membuka langkah kearah Diandra yang sedang enak dibuai mimpi.
"Dian.." panggilnya perlahan kerana takut Diandra terkejut.
Diandra membuka mata dengan terpisat-pisat apabila terasa namanya dipanggil.
"Kau panggil aku ke?" Tanya Diandra dengan nada perlahan kerana kantuk masih menguasai diri.
"Haah! Kenapa awak tidur sini? Balik la. Dah malam la Dian" kata Farhan perlahan.
"Aku keluar dari rumah sebab Daddy aku benci aku" ucap Diandra tanpa sedar.
"Apa?" Tanya Farhan tidak percaya.
"Aku cakap apa tadi?" Tanya Diandra kembali dengan wajah yang sudah segar bugar.
"Betul ke awak keluar dari rumah? Betul ke daddy awak benci awak?" Tanya Farhan kembali membuatkan Diandra menelan liurnya yang terasa kesat.
Nafas ditarik panjang sebelum dihela perlahan. Dadanya terasa sesak apabila mendengar pertanyaan lelaki itu.
"Ya" jawapan pendek diberikan kepada Farhan membuat kan mata lelaki membuntang luas.
"Tapi kenapa?" Tanya Farhan lagi.
"Dia tuduh aku penyebab kematian mummy aku" jawab Diandra perlahan tetapi masih mampu didengari oleh Farhan.
"Allahu.. habis awak tinggal kat hotel mana ni?" Tanya Farhan.
"Hotel?" soal Diandra kembali.
"Yelah hotel. Takkan awak nak tidur dalam kereta kot" kata Farhan lagi.
"Kalau terpaksa" jawab Diandra bersahaja.
Alah tidur dalam kereta je kot. Bukan tak biasa.. dah lebih dari biasa. Monolog Diandra sendiri.
"Hish! Nanti awak sakit pinggang la Tengku Diandra" kata Farhan pula.
"Jngan panggil aku Tengku la Farhan" kata Diandra dengan mimik wajah menyampah.
"Okay! Awak dah makan ke belum?" Tanya Farhan lagi.
"Belum" jawab Diandra dengan sengihan.
"Kenapa tak makan lagi? Ouh sebab awak tak biasa eh dengan makanan kat sini?" Tanya Farhan prihatin
"Bukan tak biasa dengan makanan tapi saya tak tahu nak makan apa" kata Diandra tanpa menyedari yang dia telah tersasul membahasakan dirinya saya.
"Saya?" Tanya Farhan mengusik membuatkan Diandra membuntangkan mata.
"Jom makan saya lapar!" Lagi sekali.
Diandra pantas mengetap bibirnya.
"Nak makan dekat mana?" Tanya Farhan.
Dia ingin mengusik sebenarnya tetapi dimatikan hasratnya apabila melihat wajah wanita itu sudah seperti udang bakar.
"Adalah! Takpe saya belanja" kata Diandra sebelum dia menampar bibirnya.
"Jangan buat macam tu nanti sakit mulut awak macam mana?" Tanya Farhan sambil menggelengkan kepalanya.
"Okay" jawab Diandra sambil tersenyum malu.
"AWAK nak tidur mana malam ni?" Tanya Farhan saat mereka dalam perjalanan ke restoran yang dicadangkan oleh Diandra.
"Entah! Dalam kereta kot" balas Diandra bersahaja.
"Tak payah mengada Diandra. Kalau awak nak tidur kat rumah saya pon boleh. Tidur dengan umi" pelawa Farhan sambil tersenyum.
"Habistu awak? Takkan nak tidur serumah kot" tanya Diandra sambil mengerutkan keningnya.
"Eh mana boleh macam tu.. saya tido kat luar je" jawab Farhan masih lagi dengan senyuman.
"Eh tak payah la saya boleh cari tempat lain nak tidur. Kesian awak kena tidur luar sebab saya" kata Diandra menolak.
"Eh tak ada apa-apa la. Saya dah biasa tidur luar takut awak je yang tak selesa. Yelah kan rumah saya tu rumah usang bukan banglo macam rumah awak" kata Farhan sambil memberikan senyuman walau tidak semanis tadi.
"Takpelah itu pon dah cukup baik" balas Diandra lembut berserta senyuman yang paling manis dia hadiahkan pada Farhan.
"Mulia nya hati awak. Saya tak pernah jumpa wanita kaya yang sanggup berkawan dengan Pengemis dan jadikan tempat gelandangan hidup sebagai destinasi apabila bosan" kata Farhan membuatkan Diandra ketawa.
"Awak mungkin cakap saya mulia sebab tak pernah nampak keburukan saya" balas Diandra dengan senyuman pahit.
"Awak nak bawa saya pergi mana ni?" Tanya Farhan menukar topik..
"Pergi makan la Farhan oii" kata Diandra bersahaja.
"Saya tak ada duit la Dian" kata Farhan keresahan.
"Kan saya dah cakap tadi saya nak belanja awak" balas Diandra pula.
"Segan la saya. Mesti awak nak makan tempat mahal mahal kan? Dah la saya pakai macam ni.. nanti jatuh la saham awak" kata Farhan sambil menelek tubuhnya yang dibaluti jean lusuh dan t-shirt hitam.
"Tak apa. Buat apa kisah pasal mulut orang? Kita takkan mampu tutup mulut diorang" balas Diandra tenang.
"Tak payah risau la Farhan. Tutup je telinga awak. Anggap je diorang tak wujud diantara kita" balas Diandra sambil menekan brek apabila mereka tiba didestinasi yang dituju.
"Jom!" Ajak Diandra sambil merenung Farhan
Farhan jyga turut melakukan perkara yang sama sebelum dia hanyut dalam Iris Kebiruan milik Diandra.
Mata saling merenung, gelora dijiwa semakin kuat bagaikan lautan yang dilanda badai. Jantung berdegup seirama bagaikan mengerti apa yang cuba disampaikan oleh mereka.
Adakah benih cinta yang mereka semai mula tumbuh? Adakah kisah mereka bakal bermula?
Stay tuned for next chapter 💘
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎
Tu je dari Syu..harap korang suka la ye♥︎
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro