❦︎☾︎ CHAP 5 ☽︎❦︎
DIANDRA menghela nafas berat.. kenapa 'dia' harus muncul kembali. Hatinya yang berkecamuk di tenangkan.. dia tidak mahu ada orang yang tersakiti kerananya.. Mummynya pergi meninggalkan dia buat selama lamanya hanya kerana dia tidak berpegang pada janji.. 'dia' datang mencari tetapi tidak menjumpai sebarang bukti yang menunjukkan dia mengotakan janjinya..
༆FLASHBACK༆
SUASANA yang tadinya tenang kini menjadi kacau bilau.. rumah bersepah dengan kerusi, meja mahupun kaca dimerata tempat..
"Mummy.. Tasia takut" Adu Diandra pada mummynya..
"Relax sayang.. takde benda yang akan jadi" pujuk Tengku Zaharah walaupun dia sendiri dalam ketakutan.
"Mummy.. how if anything happen to us?" Tanya Diandra sambil memeluk erat tubuh ibunya..
"insya-Allah everything will be fine" ujar Tengku Zahirah dengan senyuman manis..
"How's you day pretty?"
Suara itu membuatkan dia menelan liurnya kesat.. Takde orang lain yang memanggilnya 'pretty' kecuali..
"Takkan dah tak ingat aku? Sedihnya hidup"
Suara itu kedengaran lagi membuatkan bulu romanya naik tanpa disuruh
"A.. aku tak kenal kau!" Balas Diandra dengan suara bergetar..
"Aku kenal kau.. dan aku tahu kau tak hebat dalam bab menipu.. tambah tambah lagi aku"
Balasnya dengan ketawa dihujung ayat..
"Sayang.. Tasia cakap dengan siapa?" Tanya Tengku Zahirah yang pelik melihat tingkah anaknya yang bercakap Seorang diri
"Betul mummy nak tahu?" Tanya Diandra dengan suara perlahan..
"Yes" jawab Tengku Zahirah pendek..
"Hold my hand.. close your eyes, blank your mind" kata Diandra sebelum menggenggam erat tangan mummynya..
"Kenapa kau sorang sorang kat sini? Mana kawan kawan kau?"
"Takde orang nak kawan dengan aku. Kau teman boleh?"
"Boleh! Aku pun takde kawan"
"Yeay! We're freind!"
"Janji dengan aku.. yang kau akan ada dengan aku sampai bila bila"
"Aku janji.. kau pun kena janji ngan aku. Jangan lupakan aku walau sesaat"
"Aku mungkin tak tapi aku takut kata kata kau makan diri sendiri"
"Aku takkan lupa janji yang kita semai.. kau kan sahabat aku!"
"Baguslah kalau macam tu.."
Kenangan itu kembali menjengah akalnya membuatkan dia hampir terjelepok..
"Mummy tengok atas.. and you will see who make my tears go away" kata Diandra sambil mendongakkan kepala..
Membulat mata Tengku Zahirah apabila melihat makhluk itu..
"Kenapa terkejut? Did my face so beautiful that can make you speechless?"
Duh!! Sape bela dia ni? Sila kutip! Makhluk belaan anda terlampau confident! Perasan gila😂😂
"Yes.. your face is so beautiful" jawab Tengku Zahirah membuatkan Diandra menahan tawanya agar tidak terlepas..
"Ouh really? Thank you!"
Jawab 'dia' dengan suara hilaian tawa yang menakutkan..
"Kau nak apa lagi?!" Tanya Diandra kembali apabila suasana hanya ditemani dengan deruan angin kencang..
"Tak banyak.. just you, you, and you! That's all"
Jawabnya sambil menyeringai membuatkan wajahnya kelihatan semakin menyeramkan..
"Stop talking nonsense! Kau tak wujud pon! Kau tak boleh kawan dengan aku! Kita dari dunia yang berbeza" jawab Diandra bengang..
Dah la perasan! Tak faham bahasa pula tu😂😂
"Dulu ok je? Kenapa? Aku tahu mesti kau dah ada kawan baru kan? Sebab tu lah kau tinggalkan aku macam sampah!"
Jerkahannya menampar kuat gegendang telinga Diandra. Dengan petir suara dia lagi kuat tau😂
"Kau bukan sampah! Tapi kau makhluk yang menyerupai sampah! Jangan kacau hidup aku la" jawab Diandra kasar.
"Aku pernah dengar, kalau lembu, ia berpegang pada tali, kalau manusia pula, dia berpegang pada janji.. tapi kau? Mana janji kau?"
Tanya 'dia' sarkastik (?) Membuatkan Diandra tersentap..
"Janji tu dah lama terkubur! Sejak aku tahu siapa kau yang sebenarnya!" Lantang Diandra membela diri..
"Mudahnya kau cakap janji tu dah terkubur! Begitu mudah engkau berubah! Ingat balik janji kita pada malam 29 June"
Kata kata itu membuatkan otak Diandra pantas mengakses kembali memori oada malam 29 June itu.
"Kalau kau mungkir janji.. aku takkan ganggu kau tapo aku akan hapuskan sorang demi sorang orang yang kau sayang"
"Aku janji! Aku takkan mungkiri apa yang aku dah lafazkan"
Ya Allah betapa bodohnya dia mengikut segala yang dikatakan oleh 'dia'!
"Kau dah ingat? Tapi kau dah terlambat!"
Kata dia sebelum aku berpaling ke belakang dan melihat sesuatu yang amat mengerikan..
"Mummy!!!" Jeritnya sambil menarik tali yang terjuntai itu..
"Mummy why you do this?!" Tanya Diandra kuat tapi sayang tubuh itu sudah kaku tidak bermaya..
"Mulai harini dendam aku pada kau akan berbalas dengan darah yang terkandung dalam tubuh sesiapa yang ada ikatan dengan kau!! Mark my word!"
Nafas Diandra kembali tersekat.. dia tidak mahu itu terjadi!! Dan dia takkan benarkan ia berlaku!!
"Larilah hujung dunia sekalipun! Aku akan dapat jejak kau! Jadi jangan sesekali ada niat nak lari dari aku sebab aku akan pastikan hidup diorang lebih merana!"
Katanya sebelum suasana kembali seperti biasa.. tiada lagi suara yang menyeramkan yang tinggal hanyalah sebuah banglo yang tak ubah seperti kapal pecah! Dan terbaringnya sekujur mayat bersama ikatan tali ditekak!
༆END OF FLASHBACK༆
AIR mata kembali menemani dirinya.. pipinya sudah lencun akibat terlalu banyak menangis. Kenagan lama kembali menjelma membuatkan dia merasakan diri nya sangat tidak berguna!!
"Dian! Awak kenapa?" Tanya Farhan yang kebetulan ingin masuk kedalam biliknya untuk mengambil pakaian..
"Takdelah.. kau nak apa?" Tanya Diandra kembali..
"Saya nak ambil baju, nak keluar jap" kata Farhan sambil membelek baju lusuh yang ada didalam almari pakaiannya..
"Kau nak baju? Aku ada banyak baju besar yang tak pakai lagi sebab besar sangat" pelawa Diandra dengan tawa kecil..
"Takpelah.. baju saya pun dah cukup untuk dipakai" katanya lalu tangan mencapai sepasang baju lusuh berwarna hitam untuk dipakai..
"Aku keluar dulu la" kata Diandra apabila perasan Farhan ingin membuka bajunya..
Haram siak!! 😂😂
Kedengaran suara ketawa Farhan membuatkan Diandra mengetap bibirnya.. Malu doo🙈❤️
"Ala awak malu ke?" Tanya Farhan apabila dia keluar dari biliknya..
"Mana ada!" Jawab Diandra sambil melarikan pandangan apabila perasan Farhan sedang merenungnya.
"Haih kenapa muka kamu merah tu Dian? Demam lagi ke?" Tanya Umi Hasmah yang sedang membawa makanan kemeja..
"M.. mana ada merah! Dah.. demam dah kebah!" Apa aku cakap ni? Monolog dia sendiri..
"Alhamdulillah la kalau dah kebah! Ni Mak cik ada buatkan bubur.. maaflah takde nasi Farhan baru nak keluar cari duit untuk beli beras" kata Umi dengan senyuman..
"Dian ada benda nak bagi kat mak cik. Tunggu jap!" Kata Diandra sebelum bangun dan berlalu ke arah ruang tamu..
Dia kembali dengan sebuah dompet ditangan..
"Ni duit ni.. Dian bukan nak hina mak cik ke apa. Tapi Dian nak bagi sebagai sedekah dan sebagai tanda terima kasih sebab jaga Dian semalam" kata Diandra sambil menghulur beberapa keping not 100..
"Tak payah susah susah Dian.. saya boleh cari sendiri dan kami ikhlas jaga awak" jawab Farhan..
"Kau tak kesiankan aku? Aku nak buat pahala ni.. Aku pun ikhlas nak bagi duit ni." Kata Diandra sambil memandang terus kearah Farhan..
Serba salah Farhan jadinya.. Ya Allah kenapa la aku berdebar ni?! Adoi!!
"Ambil je la mak cik.. Dian balik dulu" kata Diandra sebelum meletakkan kepingan wang kertas tadi di atas Umi Hasmah..
Tangan Umi Hasmah dikucup dan dahi wanita tua itu juga tidak terlepas menjadi sasarannya..
Atas permintaan peminat setia Suri Hati Encik Pengemis iaitu nurdinaizzaty.. aku pub chap ni!! Berikan tepukan please👏🏼👏🏼👏🏼
HAHAHAHAHAHAHAHA
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎
Tu je dari Syu..harap korang suka la ye♥︎
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro