Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❦︎☾︎ CHAP 28 ☽︎❦︎

                 

                        TANAH yang masih merah itu direnung olehnya tanpa jemu. Isterinya yang berada disebelah hanya diam dan sabar menunggu.

"Sayang.. pergi lah tunggu dalam kereta. Panas la dekat sini" kata Farhan lembut sambil tersenyum.

"Takpe. Dian tunggu abang dekat sini je" balas Diandra turut sama memberikan senyuman yang tiada serinya.

Farhan mengeluh perlahan sebelum bangun dari duduknya.

"Abang nak pergi mana?" Tanya Diandra bingung

"Nak balik la sayang. Esok kita datang lagi" kata Farhan sambil menghulurkan tangannya pada Diandra.

"O-ouh.. okay" kata Diandra sambil menyambut huluran tangan suaminya.

"Ermm.. abang tak marah Dian kan?" Tanya Diandra perlahan sambil menundukkan kepalanya.

"Sayang.. abang tak marahkan sayang. Dah Allah tentukan macam tu.. kita kenalah terima seadanya" balas Farhan sambil mengusap lembut pipi Diandra.

"Apa kata Zulaikha? Jadi ke diorang tangguhkan dulu majlis tu?" Tanya Farhan tiba-tiba.

"Jadi. Ibu cakap majlis diorang akan berlangsung next week" balas Diandra.

"Susah-susah je tangguh.. bukan ke semua dah ditempah? Rugi la kalau macam tu" kata Farhan serba salah.

"Takde yang susahnya sayang. Ibu cakap, abang tak payah risau. Ibu akan uruskan hal tu" balas Diandra sambil menggenggam tangan Farhan.

"Terima kasih sayang sebab selalu ada dengan abang" kata Farhan terharu.

Sikap isterinya itu membuatkan dia tidak sampai hati ingin memarahi Diandra walaupun pada awalnya dia sempat menyalahkan Wanita itu.

"Aip! Termenung pulak dia.. dah jom balik. Dian belum solat asar lagi ni" balas Diandra lembut sambil menarik tangan suaminya.

'Han balik dulu umi. Nanti Han datang lagi' monolognya sendiri sambil berjalan perlahan meninggalkan kawasan perkuburan islam itu.

"Abang nak singgah dekat mana mana tak? Atau nak terus balik?" Tanya Diandra sewaktu mereka dalam perjalanan ke keretanya.

"Takde. Abang balik hantar sayang lepastu abang nak keluar jap. Ada hal" kata Farhan sambil membuka pintu kereta untuk Diandra.

"Terima Kasih" ucap Diandra lembut sebelum dia meloloskan diri kedalam perut keretanya.

"Ermm.. abang" panggil Diandra takut takut apabila kereta sudah meninggalkan kawasan perkuburan itu.

"Apa sayang?" Tanya Farhan lembut sambil melirik isterinya sekilas.

"Nak makan sushi boleh?" Tanya Diandra manja.

"Mana nak cari?" Tanya Farhan lembut.

"Dekat Cafe Dian ada tapi.. Dian malas nak pergi" kata Diandra sambil menggaru keningnya.

"Abang hantar Dian dekat rumah. Rehat. Abang keluar nanti lepas urusan abang dah siap. Abang singgah beli. Okay?" Tanya Farhan.

"Yeay!" Hanya itu jawapan Diandra sebelum dia menepuk-nepuk tangannya gembira.

Farhan hanya menggeleng sambil ketawa kecil melihat tingkah isterinya yang teruja itu.

"Kenapa la comel sangat ni huh? Kang abang gigit baru tahu" kata Farhan sambil mencucuk pipi gebu isterinya.

"Ish abang ni! Tahu gigit orang je" balas Diandra sambil mencuka.

"Siapa suruh sayang comel sangat?" Tanya Farhan sengaja melayan sikap manja Diandra.

"Dah Allah bagi Dian comel. Bersyukur jelah" jawab Diandra polos.

"Ya Allah, lemah betul iman abang kalau syg buat macam tu" kata Farhan acah acah pegang dada dia.

"Muhammad Farhan Izrain!" Marah Diandra manja.

Namun hanya tawa Farhan membalas panggilannya.

















                                 CAFE tersebut dimasuki olehnya. Mata melilau melihat sekeliling untuk mencari sosok tubuh yang dia kenal.

"Encik Farhan.. Tuan Maliki minta Encik kebilik VIP" tiba tiba ada suara seorang wanita menegurnya.

"Huh? Ouh. O-okay.. terima kasih" balas Diandra gagap sebelum dia mengikuti langkah gadi muda itu.

"Ni biliknya.. saya minta diri dulu" kata gadis muda itu sambil berlalu meninggalkan Farhan yang tercengang.

Tok! Tok!

Pintu diketuk perlahan sebelum ada satu suara kasar dari dalam mengarahkan dia masuk.

"Maaf saya lambat" ujar Farhan apabila dia sudah pun berdiri dihadapan lelaki 50 an itu

"Silakan duduk" pelawa Tuan Maliki dengan satu senyuman kecil.

"Terima kasih" jawab Farhan pendek sambil membalas senyuman itu.

Sudah kembali sunyi dan sepi apabila masing-masing tidak mahu membuka mulut.

"Maaf mengganggu tapi saya datang nak ambil order" kata gadis muda tadi sopan.

"Give me two ice lemon tea" balas tuan Maliki apabila Farhan hanya diam tanpa bicara

"Ada apa Tuan nak jumpa saya?"tanya Farhan sopan.

"Atuk nak kamu uruskan next project besar di Syarikat Atuk" balas Tuan Maliki lembut.

Farhan terdiam seketika. Kenapa macam ada yang pelik? Atuk?

"Atuk dah tak larat Han. Atuk amat perlukan pertolongan Han sekarang" sambung Tuan Maliki lemah.

"Ke-kenapa dengan Atuk?" Tanya Farhan gagap.

Tuan Maliki tersenyum kecil.

"Atuk dah tua Han.. bila bila masa je Tuhan boleh ambil nyawa atuk" balas Tuan Maliki.

"Tapi kenapa tiba-tiba?" Akhirnya soalan itu terluah juga dari mulut Farhan.

"Sebab..."

||FLASHBACK||

                  "AYAH.. sampai bila ayah nak hukum akak? Dia tak salah ayah" tanya Datin Hasyimah dengan pandangan sayu diberikan kepada ayahnya.

"Siapa suruh dia tak dengar cakap aku?! Sekarang tanggunglah sendiri!" Marah Tuan Maliki.

"Ok. Katakanlah dia salah.. kenapa kena benci Farhan? Dia takde kena mengena pun ayah. Siang malam dia kerja nak jaga umi dia. Ayah tak kesian ke tengok dia?" Tanya Datin Hasyimah.

"Bayangkan kalau Hafiz yang ada dekat tempat Farhan, apa yang ayah akan buat?" Datin Hasyimah masih belum berpuas hati.

"Aku akan tolong dia la!" Balas Tuan Maliki yakin.

"And then buat benda tu pada Farhan. Dia pun cucu ayah. Cucu sulung yang ayah dambakan dulu!" Kata Datin Hasyimah emosi.

Tuan Maliki terdiam. Ya, Muhammad Farhan Izrain. Itulah cucu yang dia dambakan dan akhirnya dia sendiri yang hancurkan impiannya.

"A-aku tak boleh" balas Tuan Maliki perlahan.

"Why?" Tanya Datin Hasyimah pendek.

"Aku takut dia bencikan aku. Kau sendiri boleh nampak betapa bencinya dia pada aku" balas Tuan Maliki sambil menunduk.

"Ayah kena tahu. Dia tak bencikan ayah cuma dia terkilan bila ayah layan umi dengan abah dia macam tu" kata Datin Hasyimah pula.

"Once you talk with him.. you will know, he never hate you" kata Datin Hasyimah lembut sebelum dia keluar meninggalkan ayahnya yang termangu.

||END OF FLASHBACK||

                          "ATUK minta maaf Han" ujar   Tuan Maliki lemah.

Farhan merenung wajah Tuan Maliki yang begitu mengharapkan kemaafannya.

"Siapa Han untuk menghukum? Dan untuk apa Atuk minta maaf? Atuk takde buat salah apa pun dengan Han" balas Farhan lembut.

Tangan Atuknya diambil sebelum dia menyalami tangan itu penuh hormat.

Setitik air mata Tuan Maliki jatuh membasahi wajah tuanya.

"A-atuk tahu Umi dah takde?" Tanya Farhan membuatkan Tuan Maliki terkejut.

"U-umi kamu dah takde? Bi-bila?" Tanyanya dengan suara yang bergetar.

"Baru je tadi" kata Farhan perlahan.

"Ya Allah.. atuk tak sempat nak minta maaf dengan umi kamu" kata Tuan Maliki kesal.

"Umi dah maafkan atuk. Dia selalu pesan pada Han, jangan pernah benci atuk sebab walau apa pun jadi.. atuk masih ayah dia dan atuk kepada Han" balas Farhan sambil mengangguk.

"Bertuahnya atuk dapat cucu macam kamu" kata Tuan Maliki lembut sambil mengusap kepala Farhan.

"Pasal project tu.. boleh atuk bagi Han masa sampai minggu depan?" Tanya Farhan takut takut.

"Boleh. Aku tunggu jawapan Han" balas Tuan Maliki menurut.

Farhan hanya membalas dengan senyuman manis. Wajah manis isterinya tiba terlintas di fikirannya.

Perlu ke abang terima cadangan atuk demi kesenangan hidup sayang?

Perlu ke abang terima cadangan atuk demi bagi balik kemewahan sayang yang abang ambil?

Dia buntu.
























☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro