❦︎☾︎ CHAP 26 ☽︎❦︎
DIANDRA merenung gadis yang ada dihadapannya itu. Wajah yang sudah tertutup keseluruhannya membuatkan dia terkedu.
"Aikhaa" panggilnya sayu.
"Ya aku Zulaikha Dian" balas Zulaikha sebelum menarik Diandra kedalam pelukan.
"Ya Allah.. cantiknya kau sekarang" kata Zulaikha teruja sambil memegang pipi sepupunya itu.
"Kau pun. Dah berniqab sekarang" balas Diandra dengan mata yang berkaca kaca.
Ahhh! Rindu bethol dekat sepupu yang selalu layan perangai degil dia ni🥺
"Kau dah kahwinkan? Dengan siapa?" Tanya Zulaikha sambil matanya melilau mencari kelibat suami sepupunya itu.
"Ada. Dia dekat kafe tengah borak dengan Hafiz" balas Diandra sambil menunjuk ke satu sudut.
"Ha lagi satu.. macam mana kau kenal Hafiz?" Tanya Zulaikha ingin tahu.
"Hafiz tu sepupu suami aku and dulu kitorang pernah jadi partner kerja" balas Diandra sambil tersenyum.
"What a coincidence" kata Zulaikha tak percaya
"Rahsia Allah kan.. siapa yang tahu" balas Diandra sambil ketawa kecil.
"Aku bersyukur sangat boleh tengok lagi senyuman dan gelak tawa Diandra Natasia yang aku kenal dulu" kata Zulaikha dengan mata berkaca.
Diandra hanya tersenyum manis sebelum tubuh itu ditarik lagi kepelukannya.
"Sayang.. jom masuk makan dulu" tiba tiba suara Farhan kedengaran ditelinganya.
"Awak pun.. Hafiz dah pesan makanan" kata Farhan sopan sambil menundukkan kepalanya.
"Terima kasih" jawab Zulaikha sambil mengikuti langkah suami isteri itu.
Dalam hatinya tak henti-henti dia mengucap syukur kepada Allah apabila dia melihat sepupu nya itu sudah kembali ceria.
"Assalamualaikum" kata Zulaikha lembut setiba nya dia dihadapan Hafiz.
"Waalaikumussalam.. duduklah" jawab Hafiz sambil menarik kerusi untuk Zulaikha.
"Sayang, nak apa apa lagi? Abang pesan ni je tadi" tanya Farhan sambil tersenyum manis.
"Dah cukup tapi kan.. Dian rasa nak makan makanan manis la" pinta Diandra dengan mata yang bersinar.
"Nak apa?" Tanya Farhan melayan.
"Hmm.. lainkali jelah" balas Diandra lagi.
Aduhai! Moodnya berubah ubah ya😌
"Dian! Tak payah risau la pasal harga. This is DN Cafe kot! Diandra Natasia punya" kata Hafiz tiba-tiba.
"Allahuakbar.. macam mana aku boleh tak perasan ek? Patutlah dari tadi semua pandang aku" kata Diandra sambil menepuk dahi.
"Biasalah.. kalau ada suami kat sebelah mana ada masa nak ambil tahu hal sekeliling" sindir Hafiz sambil ketawa.
Diandra sudah memuncungkan mulutnya sambil berpeluk tubuh. Hafiz nikan.. memang nak kena😤.
"Sayang nak makan apa?" Tanya Farhan meredakan kemarahan si isteri.
"Nak kek red velvet" pinta Diandra dengan mata yang penuh berharap.
"Waiter! Boss you nak makan kek red velvet ni!" Belum sempat Farhan bangun dari duduknya suara Hafiz terlebih dahulu kedengaran.
"Wait a minute Tengku!" Balas waiter itu sopan sambil menganggukkan kepalanya.
"Kau ni kan.. kalau sehari tak gaduh dengan aku memang tak aman eh hidup kau?" Tanya Diandra sambil membuat muka.
"Exactly" balas Hafiz pendek dengan muka tak bersalahnya.
"Nasib baik je kau ni bakal suami sepupu aku kalau tak.. dah lama aku pecahkan muka kau yang tak handsome tu!" Balas Diandra tak puas hati.
"Mak aih.. garang betul ek isteri kau ni Han? Macam mana la kau boleh jinakkan singa betina ni?" Sindir Hafiz.
"Kau ni kan..." Kata Diandra sambil mengetap bibir.
"Sayang.."
"Hafiz.."
Suara Farhan dan Zulaikha kedengaran membuatkan kedua-duanya diam seribu bahasa.
"Thanks Zira" ucap Diandra apabila seorang pelayan datang membawa kek red velvet nya
"It's okay Tengku.. saya minta diri dulu" pinta Zira lembut sebelum berlalu.
"Kau mengandung ke Dian?" Soalan tiba tiba dari Zulaikha membuatkan semua tersedak.
"T-tak la! Aku terasa nak makan je" balas Diandra selepas membasahkan tekaknya.
"Ouh.. sebab setahu aku kau tak suka makanan manis. Ingatkan kau mengidam tadi lagipun kau kahwin dah lamakan" balas Zulaikha pula.
"Siapa taknak ada anak kan? Tapi nak buat macam mana, belum rezeki" balas Diandra sambil tersenyum manis.
Terasa tangannya digenggam erat oleh Farhan. Dibalas genggaman itu. Insyaallah.. takdir Allah tak pernah salah.
JAM didinding dikerling sekilas oleh Diandra sebelum dia masuk kedalam bilik nya untuk menunaikan solat Asar.
"Umi! Dian nak solat dulu ya.. abang balik lewat harini" kata Diandra sewaktu dia melalui bilik ibu mertuanya yang sunyi itu.
"Iya" balas Umi Hasmah pendek.
Masuk sahaja didalam biliknya dia pantas menukar pakaian sebelum dia mengambil wudhu.
Selepas siap mengambil wudhu dia bergegas keluar dan membentang sejadah.
"Dian! buka pintu sekarang!!" Jeritan seseorang memeranjatkan Diandra yang baru sahaja ingin mengangkat takbir.
"Nak ap--"
"Apa kau dah buat dengan umi huh?!" Marah Hafiz tiba-tiba.
"Kau kenapa?" Tanya Diandra bengang.
Tiba-tiba nak marah orang pehal?!
"Kau ni memang tak boleh diharapkan? Tengok apa yang jadi dekat umi!" Marah Hafiz lagi.
"Hafiz.. dah la tu" tegur Datin Hasyimah lembut.
"Ibu! Dia ni dah melampau! Orang bagi tumpang pun tak reti nak bersyukur" hambur Hafiz lagi.
"Fiz.. dengar la dulu penjelasan Dian tu" tegur Zulaikha pula apabila melihat wajah sepupunya sudah merah.
"Kau bernasib baik tau sebab kau isteri Farhan kalau tak dah lama aku halau kau!" Marah Hafiz lagi sambil mendengus.
"Apa ni Fiz? Dari luar pun boleh dengar suara kau" suara Farhan tiba tiba kedengaran.
Wajah mencuka Hafiz dan wajah bengang isterinya dipandang berkali kali.
"Sayang.." panggil Farhan lembut namun hanya tatapan dingin Diandra membalas panggilannya
"Saya nak solat. Kalau abang nak makan saya dah hidang atas meja" balas Diandra datar sebelum..
Bum! Pintu bilik di tutup kuat sebelum dikunci dari dalam.
"Apa jadi ni?" Tanya Farhan bingung.
"Si Hafiz ni lah! Marah isteri kamu tu tanpa usul periksa" kata Datin Hasyimah sambil menjeling Hafiz.
"Kenapa?" Tanya Farhan masih bingung.
"Dian dah bagitahu dekat umi yang dia nak solat kejap dan makanan dia dah hidang, lepastu umi terasa nak makan.. umi keluar la,
tak tahulah macam mana boleh terhiris tangan sendiri tadi" terang Umi Hasmah.
Hafiz sudah mula rasa bersalah. Alamak! Apa aku buat ni?!
"Hah! Kenapa? Baru rasa bersalah? Tadi bukan main tembak Dian macam macam. Hal menumpang bagai!" Sindir Datin Hasyimah lagi.
"Apa ni bro? Hal tumpang menumpang apa pulak ni?" Tanya Farhan masih lagi bingung.
"Dia marah Dian sampai cakap orang dah bagi tumpang pun tak reti bersyukur. Siap cakap lagi kalau Dian tu bukan isteri kamu dah lama di halaunya" Datin Hasyimah melepaskan geram
Farhan melepaskan keluhan berat. Seorang isteri, seorang sepupu. Nak marah pun.. haih! Susah😌.
Farhan mengetuk pintu bilik itu perlahan. Nak buka? Kunci pendua entah dekat mana!
"Sayang.. buka la pintu ni" kata Farhan lembut.
"Kejap.. nak pakai tudung" balas Diandra dengan nada yang masih datar.
Pintu terbuka dan terjengul lah wajah beku Diandra.
"Saya nak pergi kafe jap. Ada hal. Abang nak makan.. makanlah, tak payah tunggu saya balik. Saya minta diri dulu. Assalamualaikum" kata Diandra tanpa sempat Farhan menyampuk.
Kunci kereta diambil sebelum tangan suaminya dikucup lembut lalu dia keluar tanpa sepatah kata.
"Han masuk solat dulu. Korang makanlah, Han tunggu Dian" balas Farhan sebelum masuk kedalam biliknya.
Hafiz yang menunduk kesal itu tidak dihiraukan.
"Pandai buat pandailah tanggung" sindir Datin Hasyimah belum berpuas hati.
"Dah dah la tu Mah.. kang makin kuat rasa bersalah budak tu" kata Umi Hasmah lembut.
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro