Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❦︎☾︎ CHAP 25 ☽︎❦︎

||FLASHBACK ||

                               "SAYANG.. janganlah marah dekat abang. Bagitahulah harini hari apa?" Pujuk Farhan sambil menggoncangkan bahu Diandra.

"Takde apa apa" balas Diandra dengan senyuman terpaksa.

"Bagitahulah.." pujuk Farhan lagi.

Umi Hasmah hanya tersenyum melihat perlakuan mereka. Hailah budak! Sampai bila nak suruh umi jadi orang ketiga dekat sini ni?😭

"Sayang.. cepatlah" pujuk Farhan dengan bersungguh sungguh

"Takde apa apa pun.. saja je nak kenakan abang" balas Diandra tetapi masih dengan wajah ketatnya.

Farhan tersenyum manis seketika sebelum dia merapatkan kerusinya kearah Diandra.

"Selamat ulang tahun sayang.." bisik Farhan romantis.

Diandra terkedu seketika sebelum dia memukul lengan suaminya lembut.

"Main main kan?" Tanya Diandra dengan perasaan terharu.

Selepas kematian mummynya takde seorang pun pernah mengucapkan 'selamat hari lahir' untuknya. Dan kini.. ayat itu kembali dituturkan, dari seorang insan yang dia gelar suami😭.

"Semoga sayang jadi anak dan isteri yang baik, panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu. Doa abang sentiasa ada dengan sayang" sambung Farhan lagi sebelum sebuah kucupan hinggap didahinya.

Air mata yang tadinya dia tahan kini jatuh bercucuran. Farhan menyeka lembut pipi isterinya.

"Abang.. terima kasih" balas Diandra sambil mengucup tangan suaminya.

"Umi! Selamat hari lahir" tiba tiba suara riang Diandra mengejutkan Farhan.

"Aik?" Tanya Farhan pelik.

"Sayang merajuk sebab abang tak ingat birthday umi. Bukannnya tak ingat birthday sayang" balas Diandra sambil ketawa.

"Hari jadi umi dengan Dian sama ke?" Tanya Umi Hasmah pula.

"Yup!" Balas Diandra girang.

"Ya Allah.. terima kasih sayang. Selamat hari lahir.. semoga jadi anak yang baik. Isterinya yang taat dan ibu yang penyayang" tutur Umi sambil memeluk Diandra.

"Dian doakan umi cepat sembuh.. panjang umur. Nanti bolehlah main dengan cucu Umi" kata Diandra sambil membalas pelukan Umi Hasmah.

"Insyaallah aminn sayang" balas Umi Hasmah pula

"Ehem! ehem! Han ada hadiah untuk Umi dengan sayang" kata Farhan mengalihkan perhatian mereka.

"Apa?" Tanya Diandra pelik.

"Tadaa!!" Segugus kunci yang berada ditangan Farhan dipandang pelik oleh dua wanita itu.

"Kunci apa tu Han?" Tanya Umi Hasmah.

"Kunci rumah sewa, Han jumpa rumah sewa. Cantik. Harga pun berpatutan" kata Farhan dengan senyuman.

Umi Hasmah dan Diandra menahan sebak.

"Kenapa susah-susah belikan rumah sewa? Nanti kesian abang kena kerja kuat sangat sebab nak bayar rumah" kata Diandra sambil memdekati isterinya.

"Sayang.. abang tak kisah pun abang penat. Asalkan sayang dengan umi selesa" kata Farhan sambil memeluk isterinya.

"Terima kasih" jawab dua wanita itu menghargai apa yang dia lakukan.




                           "EH abang! Bukan ke tu ibu Zimah?" Tanya Diandra apabila mereka sampai dikawasan rumah sewa yang dibeli oleh Farhan.

"Haahlah" balas Farhan mengiyakan.

"Dian dah lama tak jumpa dia. Dia berhenti kerja pun tak bagitahu sepatah pun dekat Dian" balas Diandra berkecil hati.

Farhan hanya mampu membalas dengan senyuman.

"Abang.. apa yang dia buat tu?" Tanya Diandra apabila melihat Kak Zimah sedang menunduk dihadapan sebuah rumah.

"Dia buat apa kat rumah sewa kita?" Tanya Farhan kembali.

"Rumah sewa kita?" Tanya Diandra tak percaya.

Macam mana nak percaya.. rumah dua tingkat yang cantik tu rumah sewa mereka? Tak masuk akal kalau Farhan cakap sewa dia murah.

"Eh abang.. dia dah pergi la" balas Diandra hampa apabila melihat teksi yang membawa kak Zimah sudah jauh.

"Jom" ajak Farhan lembut sambil menolak  kerusi roda uminya dan satu tangan lagi menggenggam tangan Diandra.

"Han.. umi bukan nak menuduh Zimah buat benda yang bukan-bukan tapi hati umi tak sedap la" suara Umi Hasmah kedengaran.

Wajah Farhan turut sama menunjukkan reaksi yang sama.

"Tunggu sini kejap eh.. Han pergi tgk dekat sana jap" kata Farhan sebelum dia berjalan menuju kearah tempat yang tadinya Kak Zimah duduki.

"Astaghfirullahalazim" Farhan beristighfar panjang apabila melihat bungkusan itu.

"Ada apa Han?" Tanya Umi Hasmah pelik.

"Apa ni umi?" Tanya Farhan sambil mengangkat bungkusan itu.

"Ya Allah! Apa ni?"

||END OF FLASHBACK||



















                              "SAYANG.. ok ke tak ni?" Tanya Farhan apabila melihat riak wajah isterinya yang berubah.

"Ouh.. o-ok je" balas Diandra gagap.

"Betul?" Tanya Farhan curiga.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan dipintu membuatkan Diandra bangun sekaligus melarikan diri dari Farhan yang masih menunggu jawapannya.

"Eh ibu! Masuklah.. jom makan. Kitorang baru je nak makan ni" pelawa Diandra sambil menyalami tangan milik Datin Hasyimah.

"Setiap kali datang sini.. mesti boleh makan punya" jawab Hafiz riang.

"Masuklah! Tunggu apa lagi dekat depan pintu tu?" Tanya Farhan pula sambil bangun dari duduknya.

"Siapa datang Han?" Tanya Umi Hasmah daripada dapur.

"Siapa lagi kalau bukan si mulut murai ni!" Jawab Farhan selamba mengutuk Hafiz.

At least tak cakap belakang okay😬

"Jahat ek kau? Kau tunggu.. mentang mentang ada isteri" kata Hafiz sambil menjulingkan matanya

"Apa kaitan?" Tanya Farhan pelik.

"Dia nak cakap yang dia dengki tu.. maklumlah forever alone" balas Datin Hasyimah sambil berlalu kedapur

"Cayalah Ibu!" Balas Diandra sambil ketawa.

"Dah sayang jom makan. Dia tu tinggal la.. nak makan pandai pandailah cari ek" kata Farhan sambil menarik tangan Diandra kedapur.

"Ya Allah Ya Tuhanku.. beri lah aku kekuatan hati untuk menghadapi mamat dengn minah sewel tu. Amin!" Doanya geram.

"Woi! Cepatlah" panggil Farhan dari arah dapur.

"Jap!" Balasnya sambil berlari anak kedapur.

"Dudukla Fiz.. nasib baik Dian masak lebih harini.. boleh la jugak korang merasa" kata Umi Hasmah sambil menghulurkan pinggan pada Hafiz.

"Terima kasih Umi" balas Hafiz sambil mencedok lauk kedalam pinggannya.

"Ibu.. boleh tak tolong pinangkan someone untuk Hafiz?" Tanya Hafiz sambil menyuap makanan ke dalam mulutnya.

Uhuk uhuk! Semua tersedak woii😂 Hafiz yang single tu minta ibu dia pinangkan someone untuk dia.. oh my Allah sungguh tak masuk akal!

"Kenapa dengan korang? Pelik sangat ke permintaan Fiz ni ibu?" Tanya Hafiz pada Datin Hasyimah.

"Bukan setakat pelik.. tak masuk akal tau! Kamu biar betul Fiz oii?" Tanya Datin Hasyimah sambil mengurut dadanya.

"Betullah! Ibu ingat Fiz tak laku ke?" Kata Hafiz sambil menjeling pasangan suami isteri yang tengah syok gelakkan dia.

"Farhan! Diandra! Korang diam eh.. dari tadi gelak.. tercekik nasi tu baru tahu" katanya sambil membuat rolling eyes.

"Eh eh! Dia yang buat orang terkejut tiba tiba doakan orang tercekik pulak!" Marah Farhan masih dengan ketawanya.

"Abang nak lauk lagi?" Tanya Diandra sambil berusaha menahan tawanya.

"Dah cukup sayang. Abang dah kenyang nii" jawab Farhan pula.

"Umi? Ibu?" Tanya Diandra lagi.

"Boleh jugak.. umi nak lauk asam pedas ni lagi. Tolong ambilkan boleh?" Pinta umi Hasmah lembut.

Diandra membalas dengan senyuman sebelum dia bangun dari duduknya untuk kedapur.

"Hafiz nak suruh ibu pinangkan siapa?" Tanya Datin Hasyimah lagi.

"Tengku Zulaikha Atira" sebut Hafiz dengan senyuman manisnya.

"What? Sepupu aku?" Tanya Diandra dengan mata yang membulat

"Haah. Kitorang jumpa bulan lepas. Dia baru balik dari Mesir" jawab Hafiz masih tak lekang dengan senyuman.

"Seriously?! Nanti bawa aku jumpa dia ya" pinta Diandra berharap.

"Nanti aku set time" jawab Hafiz gembira.

"Alhamdulillah.. akhirnya tercapai jugak hasrat ibu nak tengok anak ibu ni ada pendamping hidup" kata Datin Hasyimah sambil mengusap kepala anaknya itu.

"Ibuuu.." balas Hafiz meleret sambil membuat muka comelnya 🥺🤣







☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro