❦︎☾︎ CHAP 21 ☽︎❦︎
•||2 BULAN KEMUDIAN||•
HARI yang ditunggu telah tiba.. majlis itu kelihatan sangat meriah dengan tetamu tetamu yang datang.
"Relax Han.. everything will be okay" kata Hafiz sambil menepuk bahu sepupunya itu.
"Aku nervous ni" kata Farhan tegang.
"Ni nervous la.. sekejap lagi tengok bakal bini cun melecun memang hilang habis nervous tu.. jangan pulak tok kadi tu terkejut kalau kau terlebih excited nak kahwin" kata Hafiz sambil ketawa kecil.
"Kau ni macam dah berpengalaman tapi.. awek pun takde" sindir Farhan.
"Amboii mentang-mentang dia dah nak kahwin.. sindir aku pulak. Kau tau apa? Orang single ni memang diciptakan untuk menyelesaikan masalah orang taken tau!" Balas Hafiz sambil berpeluk tubuh.
"Iyalah wahai sepupu ku yang single" kata Farhan masih giat mengusik.
~•~•~•~•~•~
Sedap bethol Farhan mengusik.. aku batalkan majlis dia baru tahu - Author yang semboyy😤
Jangan bergurau macam tu la wahai Author ku sayang oii - Farhan Izrain
~•~•~•~•~•~
"Ya Allah Farhan.. lawanya bakal bini kau" kata Hafiz dengan mulut yang melopong.
"Aku tengah nervous ni.. jangan ganggu aku" kata Farhan dengan wajah yang tegang.
"Cuba kau tengok Dian.. aku berani jamin auto hilang rasa nervous kau" kata Hafiz sambil memaksa Farhan menoleh kebelakang.
"Ish kau menyi--" kata katanya terhenti apabila wajah Diandra menenuhi kontena matanya.
Cantiknya dia.. puji Farhan dalam hati sambil mata masih fokus pada wajah manis Diandra yang tersenyum malu kepadanya.
"Ehem ehem! Nikah dulu woii! Lepas nikah kau nak tenung bakal isteri kau sampai tembus dinding pun aku tak kisah!" Kata Hafiz kuat.
Farhan menjeling tajam pada Hafiz yang berada disebelahnya.
"Kawal suara kau please.. mati orang tua kat depan aku ni.. tak nikah la aku alamatnya" bisik Farhan perlahan.
"Tu je yang kau tahu" balas Hafiz sambil menjulingkan matanya.
Farhan hanya membalas dengan sengihan. Diandra dibelakang dikerling sekali lagi.
"Boleh kita mulakan? Farhan dah sedia?" Tanya Tok Kadi sambil menghadiahkan senyuman kepada Farhan.
"Insyaallah dah sedia" jawab Farhan mencuba mengawal rasa gementarnya.
"Bismillahirrahmanirrahim.. Muhammad Farhan Izrain bin Abdullah.."
"Saya"
"Aku nikahkan dikau dengan Nur Diandra Natasia Binti Izzumuddin berwakil walinya kepada aku dengan mas kahwinnya seperangkat alat solat tunai"
Nafas ditarik panjang sebelum dia menghembuskan nya perlahan.
"Aku terima nikahnya Nur Diandra Natasia Binti Izzumuddin dengan mas kahwinnya seperangkat alat solat tunai" lancar saja ucapan itu meluncur keluar dari mulutnya.
"Sah?"
"Sah!!"
Farhan menghembuskan nafas leganya.. akhirnya, apa yang dia impikan kini telah menjadi kenyataan.
"Alhamdulillah.." kata Tok Kadi itu sambil menadah tangan untuk membacakan doa.
"Aminn" tangan diraupkan kemuka selepas doa dipanjatkan sebagai rasa syukur kepada ilahi diatas apa yang berlaku harini.
"Diandra.. dah sedia untuk sesi membatalkan wudhu?" Tanya Datin Hasyimah pada Diandra yang masih gementar itu.
"Insya Allah" itu sahaja yang keluar dari mulutnya saat ini.
Farhan yang sedang berjalan ke arahnya tidak berani dipandang.
"Assalamualaikum" suara Farhan yang kedengaran makin membuat dia gelabah.
"Ehem.. w-waalaikumussalam" jawab Diandra gagap.
"Alahai sayang.. awak takut ke?" Bisik Farhan mengusik.
"Diamlah" marah Diandra dengan muka yang makin memerah.
"Diandra.. Farhan nak sarung cincin tu" bisik Datin Hasyimah memberi hint kepada Diandra supaya menghulurkan tangannya.
"B-baik ibu" jawab Diandra sambil membuat apa yang disuruh oleh Datin Hasyimah.
Cincin disarungkan.. dahinya dicium lembut oleh sang lelaki yang baru sahaja bergelar suaminya.
"Terima kasih sayang untuk semuanya" bisik Farhan lembut ditelinga isterinya.
"Dan terima kasih juga abang sebab sudi terima Dian" balas Diandra dengan mata yang berkaca.
Farhan mengangguk sambil tersenyum manis. Mata basah isterinya itu dikucup lembut.
"Lepas ni.. takkan ada dah air mata duka, abang akan jadikan sayang perempuan paling bahagia dekat dunia ni" kata Farhan dengan senyuman.
"Ehem ehem.. lek lek ahh bro. Lagi berapa jam je lagi" tiba tiba suara Hafiz merosakkan suasana.
"Sumpah kau mengganggu Fiz" kata Farhan dengan muka acah acah marah dia.
Diandra pula hanya tersenyum malu pada mereka.
"Congratulations!" Tiba tiba Hafiz menjerit kuat
"Ya Allah.. rasanya ibu dah boleh ni daftar Hafiz dekat Hospital Tanjung Rambutan ni" kata Datin Hasyimah menyindir anaknya.
"Ish ibu ni! Hafiz sihat lagi tau!" Kata Hafiz sambil memuncungkan bibirnya.
"La sihat lagi? Aku ingat dah tak betul tadi" kata Farhan turut sama mengusik Hafiz.
"Farhan!" Jerit Hafiz dengan wajah cemberut.
Habis semua ketawa dengan telatah Hafiz itu.
PINTU bilik yang ditolak dari luar itu mengalihkan perhatiannya.. mata yang sudah ingin terkatup itu dipaksa untuk buka.
"Sayang.. kenapa tak tido lagi ni?" Tanya Farhan lembut.
"Tunggu abang la.." jawab Diandra perlahan kerana dirinya sudah mulai dikuasai kantuk.
"Lainkali sayang tido je dulu.. tak payah tunggu abang" kata Farhan sambil tersenyum
"Ermm.." hanya itu yang keluar dari mulut Diandra.
"Dah tido sana.. dah lewat malam ni. Kesian Dian penat seharian layan tetamu" kata Farhan lembut.
"Ermm.." jawapan Diandra masih sama.
Kaki dibawa ke almari.. sebuah tikar mengkuang diambil lalu dibentangkan ditepi katil. Selimut dilipat lalu diletakkan dihujung kepala untuk dijadikan sebagai bantal.
"Kenapa abang tido dekat bawah?" Tanya Diandra menahan kantuk.
"Abang takut sayang tak selesa je.. takpe, abang dah biasa tido macam ni. Sayang tido jelah atas katil tu" balas Farhan sambil merebahkan kepalanya diatas lipatan selimut itu.
Tanpa suara Diandra sudahpun bersila disisi Farhan dan sepantas kilat dia meletakkan kepalanya diatas dada suaminya
"Jom tido" kata Diandra sambil memejamkan matanya.
"Sayang.. tak selesa la. Sakit badan nanti macam mana?" Kata Farhan sambil bangun dari pembaringan.
Diandra merenung mata suaminya.. tangan Farhan digenggam erat.
"Kita dah janjikan nak hadapi susah senang sama-sama. Bila Dian terima pinangan Abang bermakna Dian dah sedia untuk hilang segala kemewahan yang Dian ada.." dia berhenti disitu seketika.
Pegangan makin dieratkan.
"Dian taknak benda lain.. Dian taknak kemewahan. Dia cuma nak kasih sayang dan cinta abang je. So abang pun kena stop kaitkan Dian dengan kemewahan. Bagi Dian.. abang adalah tempat paling selamat dan selesa untuk Dian"
Senyuman manis mekar dibibir Farhan. Tangan wanita itu yang masih tunak memandangnya itu dikucup dengan penuh syahdu.
"Ini adalah saat dimana tak pernah sekalipun abang bayangkan.. Sayang adalah anugerah Allah yang paling bermakna buat abang. Abang janji abang takkan sia siakan permata yang Allah kirim untuk abang" kata Farhan sambil mengucup bibir Diandra sekilas.
"Ish apa ni.. tak aci la main curi curi!" Marah Diandra lembut sambil menutup mukanya.
"Eh malu ke?" Tanya Farhan sambil mengalihkan tangan Diandra yang menutupi wajahnya.
"Abanggg" Meleret saja suara Diandra memanggil Farhan yang masih giat mengusiknya.
"Ya sayanggg" balas Farhan dengan nada yang sama.
"Yeay! Berjaya pun alihkan tangan ni!" Kata Farhan keriangan.
"Ish macam budak bu--" belum sempat dia menghabiskan kata bibirnya terasa seperti disambar sesuatu.
"Dah tido.. dengar awak cakap sampai esok pun tak habis" kata Farhan sambil bangun dari duduk.
"Nak pergi mana?" Tanya Diandra pelik.
"Tido la sayang" kata Farhan.
"Tido bawah jelah.. best apa? Dian tak pernah lagi rasa tido atas tikar ni" kata Diandra teruja.
"Ya Allah pelik la awak ni sayang" kata Farhan sambil mengambil dua biji bantal yang berada diatas katil.
Diandra hanya tersengih menampakkan barisan giginya yang elok tersusun.
"Nah bantal" kata Farhan sambil menepuk bantal milik Diandra.
"Abang tido dulu" arah Diandra dan Farhan yang bingung itu hanya menurut sahaja.
Tanpa sebarang kata Diandra pantas sahaja merebahkan kepalanya diatas dada bidang milik Farhan seperti tadi.
"Ahh selesanya.. Goodnight abang!" Kata Diandra girang sebelum menutup matanya.
"Ingatkan apa la tadi" kata Farhan sambil merangkul pinggang isterinya.
"Selamat malam sayang" kata Farhan lalu pipi isterinya dicium penuh kasih.
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎
Author single so jangan minta scene ii yang boleh membuatkan Author jeles tak tentu pasal 😭🖐🏻.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro