Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

❦︎☾︎ CHAP 20 ☽︎❦︎





                        "AKU nak kau kerja dengan aku" kata Tuan Maliki dingin sambil memandang wajah Farhan.

"Huh?" Tanya Farhan dingin.

"Client aku nal bagi projek besar.. mungkin puluhan juta harganya tapi dengan syarat, dia nak cucu sulung aku yang uruskan projek ni" sambung Tuan Maliki membuatkan Farhan tersenyum sinis.

"Maaf Tuan Maliki saya tak boleh. Saya sedar diri ini siapa" jawab Farhan dengan senyuman terpaksa.

"rugi kau tolak perlawaan aku. Kalau kau ikut.. mesti kau boleh hidup bagaikan seorang raja dan berikan layanan kepada Anak Tengku Izzumuddin selayaknya permaisuri" kata Tuan Maliki memprovoksi.

"Maaflah.. seperti yang saya cakap.. saya sedar diri ini siapa. Pengemis. Jangankan menjadi Raja dan naik takhta, halaman istana pun takkan dapat saya jejak" sindir Farhan kembali.

Diandra terkedu.

"Kau bijak dalam berkata namun bodoh dalam bertindak. Boleh tak kau jadi bijak macam Hafiz?" Tanya Tuan Maliki.

Hafiz sudah tidak sedap duduk.

"Tak boleh" jawab Farhan pendek.

Mereka masih menantikan alasan yang keluar dari mulut Farhan.

"Sebab saya memang bodoh selayaknya seorang yang tak berpendidikan. Hafiz bijak pandai sebab dia cucu Usahawan boleh belajar sampai ke luar negara" sambung Farhan lagi.

"Sedangkan saya? hanya Cucu Sulung kepada seorang pekebun tapi saya bangga.. sebab dia tak pernah buang dan benci saya" sindir Farhan lagi.

Tuan Maliki sudah panas telinga. Mana budak lelaki yang memohon simpatinya dahulu? Yang sanggup ditendang dan dicaci olehnya hanya kerana inginkan sedikit wang.

"Jangan kurang ajar" marah Tuan Maliki dengan bibir yang diketap rapat.

"Han.. siapa ajar cakap macam tu?" Tiba tiba suara Umi Hasmah kedengaran.

Farhan terdiam dan semua yang ada disitu turut sama terkaku. Kehadiran wanita itu tidak dijangkanya.

"Maaf Umi"ujar Farhan perlahan memecahkan kesunyian.

"U-umi datang naik apa?" Tanya Diandra mengalihkan topik.

"Datang tumpang kawan lama Umi tadi. Kitorang terserempak dekat simpang" jawab Umi Hasmah sambil tersenyum

"H-hasmah?" Seru Tuan Maliki perlahan.

"O-ouh.. maaf ya Tuan anak saya kurang ajar dgn Tuan tadi" ujar Umi Hasmah dengan senyuman ikhlas.

Farhan sudah mengetap bibir.

"Suruh dia terima kontrak saya tadi baru saya maafkan awak" kata Tuan Maliki dengan riak wajah biasa.

"Jangan guna perkataan maaf untuk keuntunga diri sendiri" kata Farhan dengan riak wajah bengang.

"dan jangan libatkan Umi dalam hal ni" sambungnya dengan riak wajah kosong.

"Kenapa? Umi kau memang takkan dengar cakap aku kalau betul dia patuh pada aku.. dia takkan ikut bapak kau yang tak guna tu" kata Tuan Maliki tanpa berlapis.

Prang!!

Pasu bunga yang pecah itu menjadi tatapan mata mereka.

"Saya paling benci orang cakap ayah saya tak guna sedangkan org tu tak tengok macam mana susahnya dia cari duit untuk suap kitorang makan!" Jerkah Farhan dengan nafas yang naik turun.

Umi Hasmah sudah tidak malarang. Dia juga turut sama merasakan sakit hati yang dirasakan Farhan.

"Macam ni cara kau dengan suami tak guna kau ajar anak? Huh! Menakjubkan" kata Tuan Maliki lagi sambil menepuk tangan.

"Jangan hina suami saya. Tuan boleh hina saya tapi bukan suami dan anak saya" kata Umi Hasmah lembut.

"Sayang.. jom balik" ajak Farhan tiba tiba membuatkan Diandra terkejut.

"Umi jom! Ni bukan tempat kita" ajak Farhan dan dijawab anggukan oleh Umi Hasmah.

"Akak balik dulu ya Syimah" kata Umi Hasmah dengan senyuman.

"Ya kak. Hafiz salam dengan Umi dulu" kata Datin Hasyimah sambil tersenyum serba salah.

"Baik ibu" jawab Hafiz dengan senyuman.

Tangan Umi Hasmah disalami dengan penuh sopan. Walau macam mana pun kehidupan wanita itu.. dia tetap Mak saudaranya.

"Assalammualaikum" kata mereka bertiga sebelum melangkah pergi dari situ.

"Kenapa ayah cakap macam tu tadi? Kecil hati akak" kata Datin Hasyimah perlahan.

"Memang patut pun aku cakap macam tu! Biar dia sedar sikit diri dia siapa" balas Tuan Maliki sambil menjungkit bibir.

Datin Hasyimah terdiam, dia tidak mampu lagi membalas kata kata ayahnya.

"Aku balik dulu.. hal yang kita bincangkan tadi tu pandai pandai la kau uruskan" kata Tuan Maliki sebelum berlalu pergi.

"Ibu okay?" Tanya Hafiz perlahan sambil mengelus bahu ibunya.

"Okay je. Eh tadi bukan ke Fizz cakap nak keluar ke tadi? Pergilah nanti lewat pulak balik" kata Datin Hasyimah sambil tersenyum.

"Ya Allah Fiz lupa! Takpelah Ibu Fizz pergi dulu eh" kata Hafiz sambil menyalami tangan ibunya.

"Yelah. Hati hati" kata Datin Hasyimah sambil tersenyum manis.


















                                              DIANDRA hanya diam melihat wajah tenang Farhan yang sedang leka memandu keretanya. Tiada lagi wajah kesal dan bengang yang dia pamerkan tadi.

"Erm.. awak okay?" Tanya Diandra takut takut.

"Okay je" jawab Farhan sambil tersenyum.

"Han.. berhentikan umi dekat madrasah boleh? Umi ada benda nak bincang dengan kawan Umi" kata Umi Hasmah lembut

"Baik umi" jawab Farhan sambil tersenyum.

10 minit berlalu tanpa suara.. masing masing mengunci bicara dan hanya berdiam diri.

"Dah sampai Umi" kata Farhan memecahkan kesunyian.

"Jap umi Dian tolong buka pintu" kata Diandra pula sambil keluar dari kereta.

"Susah susah je Dian" kata Umi Hasmah sambil bibir tak lekang dengan senyuman...

"Tak susah pun" jawab Diandra pula sambil ketawa kecil.

"Umi boleh jalan sendiri Dian. Kamu berdua tu.. hati hati bawa kereta.. jangan laju sangat Han, awak bawa anak orang dlm kereta orang ni" kata Umi Hasmah sambil ketawa.

"Han tahu Umi" jawab Farhan sambil ketawa.

"Dian pergi dulu Umi.. assalammualaikum" kata Diandra sebelum kereta berlalu pergi meninggal kan Umi Hasmah.

"waalaikumussalam" jawab Umi Hasmah sebelum dia masuk kedalam madrasah itu.














                      "SAYA minta maaf kalau sebab saya hubungan awak dengan keluarga awak berantakan" kata Diandra setelah lama menyepi.

"Shh.. tak payah la ungkit benda yang dah lepas sekarang ni kita kena fokus dengan perancangan kita nak kahwin" kata Farhan sambil tersenyum.

"Okay.. tak terasakan kita dah nak kahwin" kata Diandra sambil menutup mata

"Hmm.. saya terfikir.. macam mana hidup kita lepas kahwin. Mesti lagi banyakkan cabaran dan dugaan yang kita kena lalui?" Kata Farhan sambil menatap kehadapan.

"Walau apa pun jadi.. walau macam mana berat sekalipun ujian tu.. kita akan cuba tempuhi bersama" kata Diandra sambil tersenyum manis.

Wajah Diandra dipandang.. wanita itu masih menhadiahkan senyuman manis untuknya.

"Insya Allah kita cuba" balas Farhan sambil turut sama menghadiahkan senyuman manis buat pujaan hati.

Diandra hanya mengangguk dengan senyuman manisnya yang tak lekang dari bibirnya.

"Jom makan.. saya laparlah" kata Diandra sambil membuat muka comel pada Farhan.

"Eii nasib baik tak kahwin lagi.. kalau tak habislah pipi awak saya gigit" kata Farhan dengan nada mengusik.

"Ehhh suka hati je nak gigit pipi orang.. awak gigit pipi saya, saya balas balik. Saya gigit tangan awak biar putus" kata Diandra dengan riak wajah yang comel.

"Janganlah buat muka macam tu.. iman saya tau kalau dekat dengan awak" kata Farhan sambil ketawa.

"Muka apa? Saya tak buat apa-apa pun" kata Diandra sambil tersenyum mengusik pada Farhan.

"Kang ada jugak orang cari tok kadi malam ni" kata Farhan sambil mengangkat keningnya.

"Oit! Orang gurau jelah.. d-drive la.. s-saya tak ganggu awak dah" balas Diandra cuak.

"Tahu takut" kata Farhan dengan senyuman mengusik.



                 

☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴠᴏᴛᴇ★☽︎
☾︎ᴊᴀɴɢᴀɴ ʟᴜᴘᴀ ᴍᴇʀɪᴀʜᴋᴀɴ ʀᴜᴀɴɢ ᴄᴏᴍᴍᴇɴᴛ☽︎

Stay tuned for the next chap😘❤️







Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro